Penjual tempe, doa dan kuasa Allah swt

on Monday, July 8, 2013

Penjual tempe, doa dan kuasa Allah swt | Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Sekadar hiasan

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe .. Amin"
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe .. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:

 Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

 Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita. 

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.

Menyayangi,tapi tidak dapat memiliki...


Menyayangi,tapi tidak dapat memiliki...| 

Menyayangi,tapi kita mungkin tak kan dapat memiliki..kerana suratan takdir sudah menentukan..
Mungkin kita menyayangi tetapi tidak dapat memilikinya sekarang..
Mugkin di masa hadapan kita akan dapat memilikinya..atau memiliki yang lebih baik daripadanya..
Memiliki apa yang kita hajati,samada harta,impian,pasangan hidup atau apa-apa saja,kita mesti berusaha,berdoa,tawakal dan redha dengan ketentuan Allah..
Walaupun kita tidak dapat memiliki,percayalah,pasti ada hikmah di sebaliknya..
Kerana Allah itu lebih Maha Mengetahui..
Berdoa selalu minta petunjuk daripada Allah..pasti Allah akan membantu kita..

KOLEKSI GAMBAR TROLL PUTERI AWANI - VIDEO CINTA SEMINGGU






TROLL FOTO DAH SEMINGGU KITA KAPEL – GAMBAR TROLL ERY DAN CINTANYA YANG SEMINGGU | Video yang bertajuk TAU TAK? DAH SEMINGGU KITA KAPEL? itu menjadi popular dan viral di laman sosial. Akibatnya, ramai individu yang berkongsi gambar TROLL video terbabit.



Pengajaran, fikir dulu sebelum buat dan jangan salahkan orang lain atas kebodohan anda.





























SAKSIKAN DAHULU

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN NOOR NABILA - KAKAK NEELOFA





SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN KAKAK NEELOFA - NOOR NABILA | Neelofa yang menjadi pengapit kepada kakaknya, Noor Nabila kelihatan cantik berseri-seri dan sempoi. Tahniah diucapkan kepada kakak Neelofa. Sekarang kita tunggu pula majlis akad nikah Neelofa. Siapa agaknya bakal suami Neelofa? Mungkinkah anda yang sedang membaca?


Layan gambar majlis perkahwinan kakak Neelofa, Noor Nabila di bawah.

Guru Sekolah Maut Ditembak Di Bachok Kelantan


Guru Sekolah Maut Ditembak Di Bachok Kelantan | BACHOK: Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, di sini, maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang tadi.

Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.

Mangsa sempat memandu kira-kira 300 meter selepas ditembak dan berhenti di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan sebelum meninggal dunia. - myMetro



Innalillah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah - Fuh.My | Guru Maut Ditembak Di Sekolah Bachok

KLIP VIDEO PALING BUGIMA ABAD INI!






VIDEO DAH SEMINGGU KITA KAPEL - VIDEO ERY DAN CINTANYA YANG SEMINGGU | Sebelum ini kita dikejutkan dengan klip VIDEO PUTUS CINTA PILIHAN KAMI YANG PALING BADASS! yang memaparkan seorang budak lelaki hingusan meluahkan perasaannya di dalam video terbabit. Kini, terdapat pula budak mentah perempuan yang berkongsi video kehebatan cinta mereka yang baru berusia satu minggu.


Tau Tak? Dah

Pengakuan Emma Maembong Cintakan Zizan Razak


Akhirnya desas desus mengenai dua artis ini untuk menyelami hati budi masing masing akhirnya telah terjawab. Sebelum ini mereka pernah dikaitkan setelah melihat kemesraan masing-masing di dalam berinteraksi di laman twitter sehingga menimbulkan spekulasi yang mengatakan mereka kini sedang hangat bercinta. Pelakon yang memberitahu bahawa dia dan Zizan memang hanya sekadar kawan baik, namun jika jodoh menemukan dirinya dan zizan, beliau tidak mampu untuk menolak ketentuan tuhan.

Namun gadis berusia 19 tahun ini berkata buat masa ini dia tidak mahu fokus dengan kisah percintaan tetapi mahu bekerja dengan lebih keras lagi dalam mepertingkatkan mutu lakonannya. Pada pandangan penulis, dua artis ini sama padan dan sesuai untuk mendirikan masjid baru. Sekiranya jodoh telah datang, cepat cepat lah umumkan yea.
sumber : http://perihalnegara.blogspot.com/