Cacing Gergasi Sepanjang 19 Inci Ditemui Di China.

on Wednesday, July 10, 2013


Li Zhiwei, seorang pekerja perhutanan di Barat Daya China telah menjumpai seekor cacing tanah gergasi sepanjang 19 inci didalam longkang berhampiran rumahnya di Binchuan County.

"Ia kelihatan seperti ular," kata Zhiwei. "Saya melihat dengan teliti dan mendapati ia sebenarnya adalah cacing yang sangat besar," beliau memutuskan untuk membela cacing tersebut seperti binatang peliharaan lain.

Berita mengenai penemuan cacing ini juga telah menarik minat para saintis yang ingin mengkaji bagaimana cacing tersebut boleh membesar sebegitu dan adakah cacing tersebut boleh membahayakan manusia.

Bapa Menamakan Anak Dengan Nama Terpanjang Di Dunia.


Kelihatannya memang hebat kerana Ratziel, 15, dilahirkan sebagai Ratziel Timshel Ismail Zerubbabel Zabud Zimry Pike Blavatsky Philo Judaeus Polidorus Isurenus Morya Nylghara Rakoczy Kuthumi Krishnamurti Ashram Jerram Akasha Aum Ultimus Rufinorum Jancsi Janko Diamond Hu Ziv Zane Zeke Wakeman Wye Muo Teletai Chohkmah Nesethrah Mercavah Nigel Seven Morningstar A San Juan CCCII.


Bagi abangnya pula, Ramuel, 21, turut mendaftar di Universiti Filipina (UP) Baguio sebagai pelajar tahun dua. Dia juga menarik perhatian kerana mempunyai 20 nama.

Ramuel yang juga pelajar Biologi mempunyai nama penuh sebagai Ramuel Spirituel Mattathiah Obadiah Darius Desiderius Abner Macaire Nowell Asa Izzy Zoon Politikon Trigg Gruffydd Keen Kemp Knowles Bonifacio Makabayan A San Juan.

Manakala bagi kakak dua beradik itu, Ramille Lewisse, 25, yang mempunyai firma perunding rekabentuk laman web di Metro Manila, juga tidak ketinggalan.

Ramille Lewisse berjaya membina karier tetapi hanya beberapa orang saja yang mengetahui dia mempunyai 20 nama Ramille Lewisse Marion To Kalon Zoe Vera Natalia Nadezna Zora Hosea Pro Patria Berenice Clotilda Currente Calamo Naomi Nahum Mehetabel A San Juan.

Huruf A yang terdapat pada nama tiga beradik itu mewakili nama keluarga ibu mereka - Agustin.

Latihan mental yang diperlukan bagi membantu setiap beradik itu mengingat nama mereka dalam susunan yang betul dan dieja dengan betul dilakukan oleh ibu mereka.

Berita Baik Untuk Wanita - Seluar Dalam Anti Rogol Dicipta di India.



Untuk mengurang atau mencegah berlakunya kejadian jenayah sek dikalangan wanita di India, sekumpulan pelajar kejuruteraan disebuah universiti di India telah mencipta sesuatu yang dipanggil ‘Seluar Dalam Anti Rogol’.


Prototaip GPS dan papan litar kejutan
Seluar dalam anti rogol tersebut akan memberikan kejutan elektrik terhadap perogol-perogol dan seterusnya akan menghantar maklumat dimana tempat berlakunya kejadian tersebut melalui GPS kepada pihak polis.

Seluar dalam elektrik tersebut dicipta oleh sekumpulan pelajar kejuruteraan di Sri Ramaswamy Memorial University in Chennai, India, iaitu Manisha Mohan, Rimpi Tripathi dan Neeladri Basu Pal.

Seluar dalam yang dilengkapi dengan GPS (global positioning system) dan GSM (global system for mobile communications) serta sensor tekanan itu boleh memberikan kejutan terhadap perogol tersebut dengan kekuatan 3,800 KV.

Kejam, Kerana RM5, Drebar Teksi Sanggup Bunuh Pelancong.

Mendiang Troy Lee Pilkington


Bangkok: Polis menahan seorang pemandu teksi yang dituduh membunuh seorang ekspatriat warga Amerika Syarikat selepas mereka bertengkar mengenai tambang sebanyak RM5.

Gambar yang berjaya dirakam CCTV
 


Chidchai Utmacha, kanan menunjukkan bagaimana beliau mentak parang keatas mangsa 
Chidchai Utmacha, bergari dan dibawa ke Balai Polis untuk disoal siasat
Jurucakap polis Bangkok, Teerayut Maiplaeng berkata, pemandu berusia 32 tahun itu mengaku menikam Troy Lee Pilkington dengan parang Sabtu lalu.

Menurut Teerayut, Pilkington, 51, bekerja dengan syarikat kejuruteraan Amerika, Caterpillar dan menetap di Thailand sejak tiga tahun lalu.

Pemandu terbabit, Chidchai Utmacha memberitahu penyiasat, Pilkington menuduhnya menggodam meter sebelum meluru keluar dari teksinya di satu persimpangan jalan dan enggan membayar tambang sebanyak 51 baht (RM5). Dia juga mendakwa lelaki Amerika itu menyimbahnya dengan kopi apabila dia meminta tambang itu.

Chidchai berdepan dengan tuduhan membunuh dan membawa senjata di tempat awam tanpa alasan munasabah.

Sumber

Cara makan mee yang betul!

Marsha berposing cara apa ni?

on Tuesday, July 9, 2013

Wanita selamanya terperangkap dalam tubuh kanak-kanak


Wanita selamanya terperangkap dalam tubuh kanak-kanak | New Delhi: Laxmi Yedev secara tragis bagaikan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup - wanita yang selamanya terperangkap dalam tubuh kanak-kanak.
Dia masih mampu mengukir senyuman ketika diwawancara walaupun jelas Laxmi kelihatan berusaha untuk mengekalkan semangatnya.

Dengan ketinggian 0.99 meter (3 kaki 3 inci) dan mempunyai berat 19.05 kilogram, penyakit hormon yang karang berlaku meragut kehidupan biasa daripada Laxmi. Dia tidak lagi membesar sejak berusia lima tahun dan sehingga ini masih memakai baju kanak-kanak berusia enam tahun.

Dia melihat kawan-kawannya membesar menjadi wanita, sepanjang masa mengetahui dia tidak akan mencapai akil baligh.

Mereka akan menjadi isteri dan ibu, manakala Laxmi terpaksa menjalani kehidupan dalam ketakutan dan cemuhan.
Laxmi

Laxmi berkata: “Saya dibuli sepanjang usia dewasa kerana saiz yang kecil. Saya jarang keluar rumah kerana takut disakiti.”

Bapanya, pengawal keselamatan, Bahadur, 58 meraih 8,000 rupee (RM423) sebulan, tidak mampu untuk mendapatkan hormon pembesaran yang mungkin dapat membantu keadaan Laxmi jika diambil sebelum dia mencecah usia 16 atau 17 tahun.

Nasib baik Laxmi yang berasal dari Gurgoan dekat ibu negara India, New Delhi dapat pergi ke sekolah yang sama seperti Azad dan adiknya, Suman, 15, yang mempunyai ketinggian normal.

“Saya benci bertemu dengan rakan baru kerana ia menyakitkan apabila setiap kali direnung dan dibuli. Saya kini belajar untuk tidak mempedulikan mereka dan kadangkala saya agak biadap dan memberitahu mereka apa yang saya fikirkan,” katanya. - Sunday People HM