Gempar!!Babi mengamuk cederakan penduduk

on Wednesday, July 10, 2013

Gempar!!Babi mengamuk cederakan penduduk | JEMPOL, NEGERI SEMBILAN - Penduduk di Kampung Bayai Lama, di sini gempar apabila seekor babi hutan mengamuk menyebabkan seorang warga emas cedera selepas tangan kirinya digigit haiwan itu, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, Saerah Hassan, 82, berjalan seorang diri ke rumah jirannya kira-kira jam 4.30 petang sebelum secara tiba-tiba seekor babi betina seberat 70 kilogram meluru ke arahnya dan menggigit serta menyeretnya beberapa meter.Seorang penduduk, Mastura Jamaludin, 39, berkata, warga emas itu cedera teruk di pergelangan tangan kirinya setelah diserang babi hutan berkenaan, malah bajunya turut terkoyak akibat digigit haiwan tersebut."Nenek itu tidak dapat melarikan diri atas faktor usianya dan mujur dia diselamatkan orang kampung yang melalui kawasan berkenaan.

"Tidak lama kemudian pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Bandar Seri Jempol datang memberi rawatan susulan ke Hospital Jempol sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, semalam," katanya.Seorang lagi mangsa, Mohd Amin Mohd Joni, 39, berkata, dia terpaksa bertarung menyelamatkan diri hampir 30 minit apabila binatang itu bertindak mengejarnya.

Menurutnya, dalam kejadian sekitar 10.50 pagi itu, dia baru sahaja pulang dari kebun getahnya kemudian berehat di sebatang pokok kundang sambil menunggu rakannya."Saya ternampak seekor babi sedang tidur berhampiran motosikal rakan.”Tetapi secara tiba-tiba bangun lalu bertindak mahu menyondol menyebabkan saya terpaksa berpusing sekeliling motosikal sebanyak tujuh kali."Akibat ketakutan, saya mengambil keputusan memanjat pokok kundang bagi menyelamatkan diri," katanya yang merupakan mangsa pertama sebelum Saerah.

Penduduk, Norsilawati Hussin, 39, berkata, dia bimbang insiden tersebut berulang kembali kerana boleh mencederakan penduduk."Saya harap perkara ini dapat diatasi segera. Berikutan insiden ini, saya takut hendak keluar walaupun waktu siang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Bayai Lama, Ali Yusup berkata, pihaknya kini giat memburu babi hutan berkenaan."JKKK, anggota Rela dan Jabatan Perhilitan turut serta dalam operasi ini."Usaha mengesan babi hutan berkenaan turut mendapat kerjasama daripada pemburu babi yang diberi kebenaran untuk tujuan tersebut," katanya.SH



Gadis 16 tahun khayal geng pecah rumah

Gadis 16 tahun khayal geng pecah rumah | MUAR  - Seorang remaja perempuan antara lima ahli kumpulan pecah rumah yang ditahan melibatkan rampasan bernilai kira-kira RM70,600 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Salleh, di sini, kelmarin.Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, remaja berusia 16 tahun yang sudah tidak bersekolah itu bersama rakannya berumur lingkungan 30an ditahan sekitar jam 6 pagi dalam keadaan khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah.


“Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan telah menemui sebuah kereta Proton Waja yang dicuri di Kandang, Melaka awal tahun lalu.“Selain itu, tiga paket kecil dipercayai dadah jenis syabu, 10 biji pil Eramin 5, satu komputer riba dan enam telefon bimbit juga dijumpai.

“Polis turut menemui peralatan pecah rumah seperti empat bilah parang, sebilah kapak, dua topeng muka dan satu besi pengumpil termasuk barang-barang seperti satu lesen memandu dan tiga kad kredit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, semalam.

Azman berkata, selain remaja perempuan itu, kumpulan berkenaan terdiri daripada suspek utama berusia 30an merupakan seorang peniaga buah-buahan, manakala tiga yang lain berumur 20an.Katanya, dua daripada lima suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kedua-duanya disabitkan kesalahan pada 2009.“Melalui saringan ujian air kencing, semua suspek positif dadah jenis syabu dan direman bermula semalam sehingga Isnin ini.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengesan kemungkinan ada saki baki ahli kumpulan yang masih bebas juga kes-kes lain yang dilakukan suspek,” katanya.Beliau berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan empat kes jenayah berkaitan ragut, samun dan curi kereta yang berlaku di Muar dan Melaka.“Kes disiasat mengikut Seksyen 379, Seksyen 379A, Seksyen 397 dan Seksyen 392 kanun keseksaan serta Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.SH


Layari Facebook terlalu lama boleh akibatkan gangguan mental


Layari Facebook terlalu lama boleh akibatkan gangguan mental | Cuti sekolah sudah tiba dan pastinya cuti yang panjang ini akan dihabiskan dengan melayari internet khususnya. Menurut kajian terkini, para pelajar yang menggunakan cuti mereka bagi bermain Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dikhuatiri akan terjejas mereka di masa hadapan.
Risiko penjejasan mental dan kemurungan ini berlaku kerana kurang pergaulan sosial yang sangat penting dalam pembentukan minda,  kerana, apabila tiba masa untuk hidup berdikari didunia luar, golongan ini bakal berdepan dengan masalah menyerap tekanan ketika bekerja kesan daripada kelemahan mereka untuk menguasai keadaan sekeliling, iaitu copy skills.
Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.
Kemahiran murid
“Apa yang dimaksudkan dengan copy skills adalah kemahiran murid meniru atau belajar daripada persekitarannya dalam memahami masalah dan menyerap tekanan.
“Kegagalan mempelajari kemahiran dalam situasi bukan formal akan menyebabkan golongan terbabit berdepan risiko mengidap kemurungan, sekali gus mengalami masalah mental,” katanya ketika ditemui BH sempena majlis perasmian hari terbuka dan jualan amal Hospital Sentosa, di sini, semalam.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan, manakala penyakit keresahan adalah 1.7 peratus. Tahap kemurungan didapati lebih tinggi membabitkan 2.5 peratus dalam kalangan usia 16 hingga 24 tahun dan kedua tertinggi membabitkan penduduk berumur 65 tahun ke atas.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental.
“Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja,” katanya.
INFO: Risiko kemurungan
  • Pelajar melayari laman sosial facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.
  • Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan.

Muzium mayat-mayat

Muzium mayat-mayat

Mayat pun boleh buat bahan tarikan pelancongan tau.
Bagi yang lemah semangat, disarankan jangan tengok ya...
Jom layan..















**camno??ada bran nak p ka kalau ada kat Malaysia??isk2..mintak simpangla buat benda2 camni...huhu


Sumber

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M 


Sekadar hiasan


Waktu imsak dan berbuka
PERLIS                                  
Waktu imsak dan berbuka KEDAH
Waktu imsak dan berbuka PULAU PINANG                    
Waktu imsak dan berbuka PERAK
Waktu imsak dan berbuka WP KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
Waktu imsak dan berbuka SELANGOR
Waktu imsak dan berbuka NEGERI SEMBILAN
Waktu imsak dan berbuka MELAKA
Waktu imsak dan berbuka JOHOR
Waktu imsak dan berbuka PAHANG
Waktu imsak dan berbuka TERENGGANU
Waktu imsak dan berbuka KELANTAN
Waktu imsak dan berbuka SABAH
Waktu imsak dan berbuka SARAWAK
Waktu imsak dan berbuka WP LABUAN

SUMBER








Perkara Sunat, Makruh dan Membatalkan Puasa


Perkara Sunat, Makruh dan Membatalkan Puasa



Ø Perkara-perkara sunat puasa:

a) membanyakkan membaca al-Quran

b) mandi junub sebelum fajar

c) melewatkan sahur waktu imsak

d) berbuka dengan buah tamar dan benda manis

e) membanyakkan sedekah

f) solat terawih

g) segera berbuka bila masuk waktu



Ø Perkara-perkara makruh puasa

a) berkumur-kumur dengan keterlaluan

b) merasa makanan dengan lidah

c) bercakap perkara-perkara buruk dan keji

d) memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk

e) gosok gigi setelah gelincir matahari

f) mencium isteri

g) menderma darah



Ø Perkara-perkara yang membatalkan puasa:

a) makan dan minum dengan sengaja

b) mengeluarkan air mani dengan sengaja

c) haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)

d) muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja

e) melakukan persetubuhan

f) gila walaupun sebentar

g) murtad

h) berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

Ø Perkara yang tidak membatalkan puasa:

a) Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.

b) Bersuntik

c) Tidur walaupun sepanjang hari

d) Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga

e) Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

Ø Hari-hari sunat puasa:

a) pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)

b) pada 9 Muharram (hari Tasu’a)

c) pada 10 Muharram (hari Asyura)

d) 6 hari pada bulan Syawal

e) Hari Isnin dan Khamis



Ø Hari-hari diharamkan puasa:

a) Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)

b) Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)

c) Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

**Puasa adalah pendinding daripada kemurkaan Allah SWT 


Selamat berpuasa =)

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA 2013





JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2013 | Jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2013 untuk setiap negeri dan wilayah2 persekutuan di Malaysia. Selamat menjalankan ibadah puasa.



BAGI NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA (klik pada negeri untuk waktu berbuka dan imsak)…

WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2013 JOHOR
WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2013 MELAKA
WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2013 NEGERI