Fouziah Teruja Sambut Ramadan Dengan Tunang

on Wednesday, July 10, 2013

Fouziah Teruja Sambut Ramadan Dengan Tunang

Di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca BeautifulNara yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna kepada kita semua. Apa pun, Abang Nara gembira melihat kegembiraan Fouziah Gous menyambut Ramadhan bersama tunangnya.
fouziah gous
Bagus betul kerana pasangan sama padan sama cantik ini pergi menunaikan terawih bersama-sama. Selain itu, tunang Fouziah juga turut mengajarnya mengaji. Kata Fouziah Gous menerusi Instagramnya:-
Syukur alhamdulilah dapat tunaikan terawih yg pertama bersama en tunang dan terima kasih mengajar mengaji @zhafyusof. I’m so lucky to hav u. Alhamdulilah.
Alhamdulilah hari ni solat dengan telekong baru yg sangat cantik from mama (#bakalmakmertua) sempena bulan ramadhan n thanks my mr tunang @zhafyusof for d lovely n colourful daisies.
fouziah gous
Memang comel sungguh Fouziah Gous bertelekung kan? Tambah menarik, selepas berterawih, Fouziah dan tunangnya telah berbasikal sejauh 6 kilometer. Ini satu aktiviti riadah yang sangat bagus. Cuma jangan buat sampai penat sangat sudah lah. Kang tak bangun sahur pulak.
fouziah gous
Marilah kita sama-sama doakan agar Fouziah dan Zhaf dipermudahkan untuk menjadi suami isteri. Pasti lebih seronok dan lebih banyak pahala mengerjakan ibadah bersama-sama di bulan Ramadhan di bawah ikatan yang sah. Sama-samalah kita doakan. –Beautifulnara

Siapa Kata GASTRIK Tak Boleh Berpuasa?

Siapa Kata GASTRIK Tak Boleh Berpuasa?

GASTRIK selalu digunakan sebagai alasan utama untuk meninggalkan puasa. Namun, tahukah anda gastrik sebenarnya bukan penyakit tetapi gangguan dalam perut, terutama apabila bahagian perut atas (berhampiran hulu hati) berasa sakit dan tidak selesa.
Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang bagi menampung satu gelen makanan dan minuman.
Sewaktu perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang serta dalam perut jugalah makanan diproses selain disimpan sebelum dibuang melalui usus.
Pakar Perunding Surgeri Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Peh Kiam Heng, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu. Ia berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.
“Jika radang ini dibiarkan tanpa rawatan, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan ulser. Sesetengah ubat, jika diambil dalam tempoh lama, juga boleh menyebabkan radang perut, khususnya ubat tahan sakit atau antiperadangan bukan steroid (NSAIDs) seperti aspirin, ibuprofen dan naprofen.
“Bagaimanapun, kesan ubat ini berbeza antara individu kerana bagi yang sensitif, satu pil boleh menyebabkan sakit perut, malah kemujarabannya terjejas seandainya mengambil alkohol berlebihan atau mengambil dadah (kokain) yang mengganggu proses penghasilan mukus bikarbonat, menyebabkan dinding perut terdedah pada tindakan asid hidroklorik,’ katanya.
Berikut beberapa langkah untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik.
Elak pengambilan makanan pedas dan masam
Makan secara bijak. Jika kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan dengan makan lebih kerap tetapi dalam kuantiti sedikit
Elak makanan yang merengsa perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak
Kurangkan minuman beralkohol
Berhenti merokok
Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan
Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan
Kekalkan berat badan seimbang. Ia membantu mengawal dan mengelak simptom gastrik
Banyakkan bersenam
Belajar mengendalikan tekanan

Gejala gastrik
Hilang berat badan
Tiada selera makan
Muntah
Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan
Bahagian atas perut terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit
Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol
Mual
Pedih hulu hati
Kesimpulan
Gastrik tidak bermakna tidak boleh berpuasa. Malah, berpuasa (atau mengosongkan perut) adalah baik untuk kesihatan. Pesakit gastrik dinasihatkan mengambil ubat setiap hari, sama ada selepas berbuka atau sewaktu bersahur.
Justeru, dengan pengambilan ubat, pesakit boleh menjalankan ibadat puasa tanpa masalah. Namun jika terlupa mengambil ubat, ibadat puasa masih boleh diteruskan dan ia tidak mendatangkan kemudaratan.
Pesakit juga tidak sepatutnya menderita disebabkan gastrik kerana ia mudah diatasi, dengan syarat pesakit didiagnos dengan betul dan mendapat rawatan sewajarnya. – HARIAN METRO

Tragedi Berdarah Awal Ramadan

Ramadan yang baru bermula hari ini sudah pasti berbeza bagi Shariza Abdul Manan, 25, apabila suami yang selama ini menjadi peneman hidupnya sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.


Lebih menyedihkan, persiapan untuk menghadapi Ramadan sudah dilakukan awal malah baju raya sedondon untuk mereka sekeluarga sudah ditempah sebelum tragedi memilukan kira-kira jam 2.45 petang semalam.
Suaminya, Muhamad Faizal Abdul Hamid, 28, maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori di Jalan Greenlane di Georgetown.
Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai pembantu pejabat di sebuah kedai jualan kenderaan di sini baru sahaja menghantar isterinya ke tempat kerja di sebuah hospital swasta sebelum motosikalnya bergesel dengan lori berkenaan.
Bapa mertua mangsa, Abdul Manan Othman, 52, berkata, kejadian berkenaan berlaku hanya beberapa minit selepas mangsa menghantar isterinya dan mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke pejabatnya yang terletak satu kilometer dari tempat kejadian.
“Mereka sudah lakukan persiapan untuk berpuasa malah baju raya untuk mereka sekeluarga termasuk anak perempuan yang berusia sembilan bulan juga sudah ditempah awal bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
“Walaupun sedih namun saya reda dengan apa yang berlaku dan saya berharap anak saya tabah menghadapi dugaan ini,” katanya ketika ditemui di unit Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam.
Abdul Manan berkata, kali terakhir dia bertemu dengan menantunya itu petang kelmarin ketika menghantar cucunya ke rumah mangsa di Jalan Kurau.
Katanya, arwah sempat berpesan kepadanya supaya berhati-hati di jalan raya ketika dia mahu pulang ke rumah.
“Saya pelik dengan sikapnya kerana sebelum ini dia hanya bersalaman sahaja dengan saya tetapi kelmarin dia menunjukkan sedikit perubahan.
“Mungkin itu petanda bahawa dia bakal meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi tempat kejadian apabila isteri mangsa dilihat meratapi kematian mangsa yang terbaring berlumuran darah berhampiran motosikalnya.
Mayat mangsa dibawa ke HPP untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga mangsa.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak hari ini.
Dalam pada itu jurucakap polis berkata, kes itu masih dalam siasatan polis dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. sumber

Pembunuh Upahan Di Percayai Bunuh Guru

Pembunuh Upahan Di Percayai Bunuh Guru | Polis tidak menolak kemungkinan pembunuh upahan telah digunakan oleh pihak tertentu untuk menembak mati seorang guru muzik di Kampung Beris Panchor, Bachok, Kota Baharu.
Pembunuh Upahan Di Percayai Bunuh Guru

Andaian itu berdasarkan maklumat daripada beberapa individu mengatakan terdapat pihak yang sakit hati dengan mangsa, Hashim Mat Zain, 43, yang didakwa mempunyai banyak hutang dan tidak berpegang pada janji.

Selain itu, dendam lama juga disyaki menjadi motif pembunuhan. Mangsa dikatakan ditembak menggunakan pistol jenis Smith & Wesson.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, melalui maklumat yang dikumpul, mangsa yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor turut terlibat dalam aktiviti jualan langsung, kontrak dan pembalakan namun ia masih dalam siasatan.

“Setakat ini kita terima khabar angin sahaja yang mengatakan mangsa ini banyak hutang, tak bayar hutang, janji dengan orang tetapi tidak tepati. Mungkin orang yang tertipu rasa marah, sakit hati kemudian upah orang untuk melaksanakan jenayah.

“Kebanyakan kes tembak di Kelantan bersebab, sama ada balas dendam, tidak puas hati. Mesti ada sebab, bukan sewenang-wenang melakukan samun, rompak dan tembak, tidak. Pandangan saya, ini mesti ada dendam lama dan sakit hati,” katanya ketika ditemui semalam. sumber


Padah rempuh polis

Foto
ANGGOTA polis memeriksa kereta suspek yang terbabas selepas berbalas tembakan.
Johor Bahru: Tindakan ganas dua penjenayah dipercayai cuba membunuh anggota polis dengan melanggar kereta peronda dalam kejadian berhampiran Balai Polis Tampoi, di sini, semalam, membawa padah apabila mereka ditembak anggota polis terbabit.

Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, anggota polis melihat kelakuan mencurigakan dua lelaki yang menaiki Proton Satria sebelum cuba menghampiri mereka.
Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, sebaik melihat anggota polis mendekati mereka dua lelaki berkenaan merempuh kereta peronda berkenaan.

Katanya, anggota terbabit terus mengejar suspek sambil meminta bantuan sebelum sebuah kereta peronda lain mengepung laluan Proton Satria berkenaan.
“Bagaimanapun, dua lelaki itu dilihat cuba merempuh kereta peronda polis itu dengan terus memecut kenderaannya.

Nora Danish dengan Porsche miliknya

Nora Danish bela burung hantu