Gila! Lelaki Mabuk Cuba Kunyah Muka Wanita

on Saturday, August 31, 2013


WENZHOU – Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.

Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.

Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.

Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.

Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.

Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.

Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu. – AP

p/s : Bangang.. igt muka pompuan tu biskut ke hape nak kunyah2..

Rupa Miss Korea 2012 Dulu VS Kini Mengejutkan Orang Ramai (3 Gambar)

Rupa Miss Korea 2012 Dulu VS Kini Mengejutkan Orang Ramai.
Dia menjadi perbual orang ramai kerana mereka pada mulanya percaya yang rupanya adalah asli tanpa pembedahan. Tetapi selepas gambar zaman persekolahan dia tersebar, orang ramai masih tertanya-tanya mengenainya kerana gadis ini bakal mewakili negara dalam Miss Universe.


Kini





Dulu


Best Sangat Ke Buat Macam Couple Ini? ( Gambar)

Apa yang best sampai nak buat macam tu di tempat awam? Ke style sekarang badan jadi tempat letak kaki pompuan?



[2 Foto] Kegagalan Photoshop Dr. Rosmah

Di Twitter dihebahkan gambar di bawah. Kononnnya TV3 melakukan kesilapan menamakan Dr Rosmah Mansor sebagai Perdana Menteri. Ini adalah photoshop paling fail di dunia. Sungguhpun fail masih ramai yang menyebarkannya di Twitter dan Facebook. Visual asal adalah seperti di bawah. Jangalah kita memfitnah Ummu 1Malaysia. Tak elok dan salah disisi agama. Dosa yo! #LULZ

Thanks @Hazrey for the ori photo.

Gambar Maya Karin Dipeluk dan Hampir Dicium

on Friday, August 30, 2013

Jangan jeles pula ye bila tengok anak orang utan ini dapat memeluk maya karin.




Read more at http://www.abahkhalisha.my/2012/12/gambar-maya-karin-dipeluk-dan-hampir.html#64owVTT5jDppZm4p.99 

Filem 3D Pertama Malaysia Ada Unsur Lucah


The Hunter merupakan filam 3D pertama Malaysia dan mungkin juga pertama di Asia Tenggara. Namun semasa menonton trailers filem ini, kami terperanjat melihat satu adegan panas. Pelakon Wanita adalah Tavani Hu dan pelakon lelaki adalah Isaac Ong.Adegan panas seperti ini mungkin akan ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Jadi kita di Malaysia tidak dapat melihatnya di panggung wayang kelak. Walaubagaimanapun, tonton teaser trailer ini dulu.

Burger Yang Boleh dimakan Bersama Pembungkusnya

Burger yang bisa dimakan beserta bungkusnya

Brazil - Pencinta burger kini tidak perlu membuka kertas pembungkus burger jika ingin menikmati makanan segera tersebut. Waralaba makanan cepat saji Bob s di Brazil mulai menyajikan burger dengan kertas pembungkus yang boleh diambil.

Pengguna dari pelbagai cabang restoran cepat saji tersebut kini boleh menikmati burger dan kertas pembungkusnya secara serentak.

Laman pemantau kejadian unik Odditycentral menyatakan program yang dicipta syarikat tersebut terbukti berjaya, kerana dapat mengurangkan sampah kertas yang dihasilkan oleh para penikmat burger hingga jumlah yang signifikan.

Pada awal tahun ini, para saintis dari Harvard melaporkan pembangunan produk WikiCells (novel yang kertasnya boleh dimakan), juga boleh digunakan sebagai pembungkus makanan tanpa mengubah cita rasa makanan tersebut.

Belum diketahui sama ada restoran makanan segera tersebut menggunakan teknologi WikiCells dalam pembuatan pembungkusan kertas itu. Sejauh ini, belum didapati pelanggan yang mengeluhkan program tersebut.

Menurut Odditycentral, slogan yang digunakan untuk iklan burger itu ialah "anda tidak boleh menahan diri".