Ekslusif! Nurul Syuhada Sambut Hari Lahir Suami (3 GAMBAR)

on Thursday, August 29, 2013


Ekslusif! Nurul Syuhada Sambut Hari Lahir Suami (3 GAMBAR) | Selamat harijadi diucapkan kepada suami pengacara nurul Syuhada Nurul Ain.Majlis ini disambut khas oleh Nurul Syuhada buat suami tercinta.Cantikkan pasangan ni,wajah mereka seiras bak kata orang “sama cantik,sama padan,bagai pinang dibelah dua”.Gambar ini dikongsikan sendiri oleh Nurul Syuhada menerusi laman sosial miliknya.

Jika dilihat pada gambar,ternyata pasangan ini sangat bahagia dalam melayari bahtera ruumah tangga yang telah dibina oleh mereka.Walaupun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki anak,namun pasangan ini tetap bahagia.Inilah yang dikatan cinta sejati.

Semoga kebahagian milik mereka ini tercurah kepada setiap pasangan yang telah melayari bahtera rumah tangga,agar kekal bahagia ke akhir hayat..Aminn.

Jom kita layan gambar Nurul Syuhada sambut harijadi suami tercinta..Enjoice!!!





Sarimah Ibrahim dan suami


KL Gangster 2 Tersebar Di Internet, Syamsul Yusof Bengang!!!

Ini sangat mengecewakan. Abang Nara memahami betapa sedih dan marahnya Syamsul Yusof. Mana tidaknya, filem KL Gangster 2 yang dibuat dengan kos RM4.5 juta tersebar di Internet untuk muat turun sebelum waktu tayangan. Agak pelik juga bagaimana perkara ini boleh terjadi.
kl gangster 2 download
Info yang Abang Nara terima daripada rakan Amanz.my semalam ini ternyata membuatkan Syamsul Yusof mengamuk. Daripada maklumbalas di Twitter, memang filem yang dimuat turut adalah filem KL Gangster 2, bukannya tipu. Ini bermakna ada “leak” yang telah terjadi di kalangan orang-orang yang terlibat dengan filem ini. Hanya diorang sahaja yang ada akses kepada filem KL Gangster 2 buat masa sekarang.
kl gangster 2 download
Diharap Syamsul Yusof dan mereka yang terbabit akan segera mengambil tindakan. Takut-takut kerana “leak” ini, kutipan filem KL Gangster 2 tidak akan sehebat yang dijangkakan. Kena cepat sebelum ia tersebar lebih teruk. Cegah sebelum parah. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari.

Bapa Tiri Cabul, Bapa Kandung Pula Rogol


Bapa Tiri Cabul, Bapa Kandung Pula Rogol | Tindakan seorang ibu di Sabah menghantar anak daranya ke pangkuan bapa kandungnya berikutan cubaan suami barunya itu mencabul remaja berkenaan, umpama menghantar anak sulungnya ke mulut harimau, apabila anak gadisnya itu dirogol bekas suami.

Malah, dalam kejadian itu, bapa kandung remaja berusia 18 tahun itu dikatakan sudah menyarung kondom selain meletakkan pelincir dipercayai untuk ‘meratah’ anak gadisnya itu, tetapi mangsa diselamatkan sepasukan polis yang menyerbu hotel berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang bekerja kilang di Masai itu cuba merogol anaknya untuk kali ketiga sebelum polis menyerbu masuk bilik hotel yang disewa mereka. Difahamkan, suspek berasal dari Sabah bercerai dengan ibu mangsa ketika mereka tinggal di Sabah semasa mangsa berusia 8 tahun.

Mangsa dan adik lelakinya tinggal bersama ibunya di Sabah, manakala suspek berhijrah dan bekerja di sebuah kilang di Johor. Bagaimanapun, masalah timbul apabila bapa tiri mangsa cuba mencabulnya Mac lalu, menyebabkan ibu mangsa menghantar remaja itu ke Johor untuk tinggal bersama bapanya di Masai. Malangnya, ketika tidur di rumah bapanya itu pada 5 April lalu, mangsa dirogol pada kira-kira jam 1 pagi, sebelum dirogol kali kedua 14 April lalu di sebuah hotel di Johor Bahru selepas gagal berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (Johor Bahru).

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu pergi menguruskan dokumen diri mangsa di JPN Johor Bahru sebelum lelaki itu mengajak anaknya ke daerah ini dengan alasan mencari pekerjaan.

Apabila tiba di sebuah hotel, mangsa yang curiga dengan kelakuan bapanya yang asyik memegang kemaluannya, meminta suspek membelikan makanan dan ketika lelaki berusia 37 tahun itu keluar, mangsa menghubungi sepupunya di Skudai dan meminta diselamatkan.

Sepupu mangsa menghubungi kenalannya yang juga anggota polis negeri ini yang menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk mendapatkan bantuan. Sebaik menerima maklumat lokasi sebenar hotel, sepasukan polis diketuai Ketua Unit Cawangan Pegawai Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat menyerbu bilik suspek di hotel berkenaan.-maklumat dot my

2 Lelaki Capai Kata Sepakat Kongsi Isteri


2 Lelaki Capai Kata Sepakat Kongsi Isteri | Nairobi : Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.

Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.

Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.

Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.

“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.

Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.

Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku. – Agensi

Pelajar sekolah memandu trauma


Pelajar sekolah memandu trauma | KANCHONG DARAT - Seorang pelajar sekolah memandu trauma selepas kereta yang dipandu semasa menjalani latihan memandu di laluan dari arah Banting ke Kanchong Darat terbalik berhampiran sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang apabila sebuah kereta Proton Saga dari arah Kanchong Darat tiba-tiba membelok ke kanan, menyebabkan kereta dipandu pelajar terbabit gagal dikawal lalu terbalik.

Seorang guru sekolah memandu yang enggan dikenali berkata, pelajar wanita berumur lingkungan 20-an itu baru pertama kali menjalani latihan memandu.

Katanya, mangsa cuba mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan yang tiba-tiba membelok ke kanan, namun gagal lalu merempuh kenderaan itu sebelum terbalik.

“Mujur dia hanya cedera ringan di bahagian kaki dan segera dihantar ke Hospital Banting, manakala saya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun saya percaya, dia mungkin trauma kerana kenderaan dipandunya terbalik dan hampir meragut nyawanya,” katanya yang berada di sebelah pelajarnya itu sepanjang latihan.

Seorang pengguna jalan raya, Nurhanis Rusli, 35, berkata, ketika kejadian, dia berada satu kilometer daripada kenderaan mangsa.

Katanya, dia sendiri tidak perasaan bila pemandu Proton Saga terbabit membelok ke kanan sebelum dirempuh kenderaan mangsa.

"Masa itu saya dalam perjalanan ambil anak di sekolah, tiba-tiba sahaja sebuah kenderaan terbalik di hadapan saya sebelum orang awam cuba membantu mangsa.

"Mujur kedua-dua pemandu selamat,” katanya.-sinar harian

Wanita Trauma Apabila Diragut Ketika Solat


Wanita Trauma Apabila Diragut Ketika Solat | KUALA TERENGGANU - Sebelum ini, kita hanya mendengar duit tabung masjid dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika sedang solat, tetapi kejadian berbeza dialami seorang jemaah wanita di sebuah masjid di Chendering, di sini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 8.40 malam, ibu empat anak itu nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.

Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid.

“Disebabkan jemaah tidak ramai, jadi kami hanya membuat satu saf sahaja dan saya mengambil tempat di kedudukan paling tengah.

“Semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, semalam.

Kak Ani berkata, terkejut dengan situasi itu, dia terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya.

“Saya menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan saya itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu.

“Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit  tetapi gagal,” katanya.

Jelasnya lagi, penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul.

“Ini kerana, ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher.

“Tetapi apa yang saya musykilkan, bagaimana penjenayah itu tahu saya memakai rantai sedangkan semasa pergi ke masjid, saya terus memakai telekung sembahyang dan sememangnya tidak akan nampak barang kemas dipakai,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun insiden itu sudah berlalu beberapa hari, namun dia masih trauma.

“Setiap kali hendak solat, saya merasakan seperti ada orang di belakang walaupun hanya solat di rumah.

“Selepas kejadian, saya masih tidak berani  ke masjid dan insyaALLAH, selepas semangat saya pulih dalam beberapa hari nanti, saya pasti akan menjadi salah seorang jemaah di masjid itu lagi,” katanya.-sinar harian