Gambar Jasmin Hamid Yang Cun

on Monday, September 2, 2013

Walaupun dah berusia menjangkau pelakon vateran seusia pelakon era 90-an, tapi bila melihat Jasmin Hamid berada di kaca TV memang nampak muda dan penuh anggun. Berderau juga kadang-kadang melihat kelibatnya. -Instagram JasminHamid

PENGARAH DAN PENERBIT TAGIH HABUAN SEKS DARI ROZITA CHE WAN!!!!


KUALA LUMPUR: Pantang lihat ‘pucuk muda’, pasti mahu ‘dibahamnya’. Itu tabiat jelik segelintir penerbit dan pengarah filem atau drama tempatan yang tergamak meminta habuan seks daripada pelakon baru sebelum diberi peluang memperaga bakat dalam produksi mereka.

Senario itu bukan sekadar gosip atau khabar angin dalam industri hiburan tempatan, sebaliknya disahkan beberapa pelakon yang pernah berdepan pengalaman membabitkan maruah dan harga diri.

Difahamkan, kelompok penerbit dan pengarah miang itu dikenali di kalangan penggiat seni, cuma tiada pihak berani membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana khuatir ‘periuk nasi’ mereka bakal terjejas.

Ikuti pendedahan pelakon terbabit yang berharap ‘barah’ dalam dunia hiburan ini dapat diatasi pada masa depan seperti diluahkan kepada wartawan Metro Ahad.

Bekas peserta program realiti Raja Lawak musim kelima, Elly Sarimah atau nama sebenarnya Sarimah Mohd Daud pernah berdepan situasi menakutkan apabila seorang pengarah drama mengajaknya ke ‘bilik tidur’ ketika dia baru memulakan kerjaya sebagai artis sejak setahun lalu.

Katanya, selepas program Raja Lawak berakhir, dia menerima panggilan daripada seorang pengarah drama yang memintanya datang ke pejabat dengan alasan mahu berbincang mengenai tawaran berlakon.

Tanpa syak wasangka, dia segera ke pejabat pengarah itu namun sebaik sampai, dia terkejut apabila diminta menyerahkan tubuh sebagai syarat mendapat kerja.

“Saya setuju berjumpanya apabila dia mahu beri saya kerja. Namun, saya terkejut apabila dia mengajak saya mengadakan hubungan seks. Apabila saya menolak secara baik, dia seolah-olah mencabar saya supaya berani menyerahkan tubuh.

“Saya bertanya padanya, apakah cara sebegini perlu dibuat untuk dapat tawaran kerja? Dia tetap berdegil mahukan saya akur dengan permintaan itu, tapi saya akhirnya mengambil keputusan menolak tawaran itu,” katanya ketika dihubungi.

Elly berkata, dia tidak mahu memperbodohkan diri dengan menjual maruah semata-mata mahu mendapat tawaran kerja atau meraih populariti dalam masa singkat.

“Kalau mahu buat kerja terkutuk seperti itu, sudah lama saya lakukan, tapi saya mahu mencari rezeki halal. Walaupun pengarah gatal seperti ini menyatakan saya susah dapat kerja lain jika tidak mengikut kehendaknya, saya tidak kisah.

“Kerjaya saya bermula dari bawah sebagai bekas peserta program realiti dan kemudian mencuba nasib sebagai pelakon tambahan.

“Biarlah saya tidak popular atau mendapat tawaran hebat asalkan jujur dan bekerja bersungguh-sungguh,” katanya yang pernah membintangi drama Ini Harta Aku Punya, Biasa Je, Jejaka J dan Luka Seorang Perempuan.

Pelakon berasal dari Taiping, Perak, ini juga pernah melalui peristiwa sama ketika menerima pelawaan seorang lagi pengarah untuk makan malam. Tembelang sebenar pengarah itu terbongkar apabila dia bertindak berani memegang tangan dan merabanya.

“Dia tanya bila mahu ‘bermesra’ dengannya, sedangkan dia sudah berikan saya kerja. Saya yang tak selesa dengan situasi itu pantas bangun dan memarahinya lalu meninggalkan dia.

“Sebelum bergelar artis, saya pernah dengar ada orang bercerita mengenai cabaran dalam industri hiburan ini. Apabila melalui pengalaman hitam seperti ini, baru saya percaya ia benar-benar berlaku,” katanya.

Menurut Elly, yang penting, dia perlu lebih berhati-hati ketika berurusan mengenai sesuatu kerja.

“Jangan percaya janji manis pengarah atau produser yang mahu beri kerja semata-mata menerusi jalan mudah iaitu tidur dengannya.

“Lelaki itu berjanji akan menyimpan rahsia apabila artis perempuan sanggup menjalin hubungan sulit, tetapi itu hanya janji palsu.

“Seboleh-bolehnya, saya mahu berkongsi pengalaman hitam ini dengan artis perempuan lain, terutama yang baru menceburi bidang ini, supaya tidak menjadi mangsa,” katanya yang bakal muncul dengan single, Ke Tepi Ke Tengah tidak lama lagi.

PELAKON jelita, Rozita Che Wan pernah ditipu seorang penerbit yang tidak menjelaskan baki bayaran lakonannya selepas enggan mengikut kemahuan lelaki terbabit.

Katanya, insiden berlaku selepas dia menolak pelawaan untuk ‘minum’ bersama penerbit itu pada masa dan tempat yang dirasakan kurang sesuai.Menurutnya, walaupun berusaha menghubungi kembali penerbit itu, lelaki itu terus menghilangkan diri.

“Saya fikir biarlah tidak dapat baki bayaran itu asalkan maruah tidak jatuh ke tangannya. Saya bekerja ikhlas dan Tuhan yang memberikan rezeki, bukan penerbit itu.

“Sebelum ini saya pernah mendengar cerita di kalangan pelakon tambahan wanita yang mengeluh apabila penerbit atau pengarah mengajak mereka menjadi teman ke pusat hiburan.

“Pelakon wanita terbabit diminta duduk atas riba lelaki itu semata-mata kerana mahu mendapat tawaran berlakon. Mungkin mereka bersemangat mahu berlakon sampaikan sanggup ikut kemahuan apa saja kemahuan jeliknya,” katanya.

Fouziah Ghous Dihentam Teruk Kerana Upload Foto ‘Dajal’

Tidak dinafikan bahawa kepelbagaian teknologi dan aplikasi di telefon bimbit menjadikan anak muda zaman sekarang semakin bijak mengambil gambar cantik-cantik dan sedikit pelik.
Kerana aplikasi itu jugalah adakalanya manusia teruk dibidas. Hal ini terjadi kepada Fouziah Gous selepas dia memuat naik sekeping gambar yang dikatakan menyerupai dajal oleh beberapa orang peminat Fouziah di Instagram.
Melalui foto itu, Fouziah teruk dihentam hingga ada yang mengatakan gambar berkenaan tidak sesuai untuk dilihat oleh ibu mengandung.
Namun begitu, Fouziah Gous dan tunangnya, Zhaf Yusof tidak hanya berdiam diri sebaliknya membidas teguran-teguran diberikan dengan meminta mereka membuat rujukan terlebih dahulu.
Memang tidak elok untuk kita menyamakan seseorang dengan sesuatu namun diharapnya selepas ini Fouziah Gous atau mana-mana artis lain berfikir masak-masak sebelum memuat naik gambar yang boleh mencetuskan kontroversi.

Pelajar 14 Tahun Antara Yang Dicekup Khalwat Malam Merdeka

khalwat
SUNGAI PETANI - Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin.
Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini.
Lebih berani, perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah Shahirah.
Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu.
“Pintu hanya dibuka setelah anggota penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu,” katanya.
Menurutnya, setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun.
Zaiferi berkata, hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon.
Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya.
Beri pelbagai alasan
Sementara itu, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak.
Walaupun pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan, alasan berkenaan bagaimanapun tidak menghalang anggota penguatkuasa menahan mereka atas alasan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.
Menurut Zaiferi, pihaknya turut menahan sepasang kekasih masing-masing merupakan penjawat awam berusia 24 tahun yang turut menjadikan hotel bajet sebagai lokasi melakukan maksiat.
Amran (bukan nama sebenar) dimaklumkan menetap di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini.
“Saya memang nak balik tetapi kereta saya rosak terpaksa baiki di Sungai Petani,” katanya.
Sementara, pasangannya, Riani (bukan nama sebenar) yang menutup kepala menggunakan tuala dikatakan tinggal bersama nenek di Kuala Nerang sebelum mahu pulang ke kampung halaman berdekatan rumah Amran di Pengkalan Hulu.
Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah selain mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan intim.
Lebih memalukan, hasil soal selidik pada hari kejadian mendapati, Amran sudah bersedia mahu menghantar rombongan ahli keluarganya ke rumah Riani kerana berhasrat mahu bertunang pada hari yang sama.
Serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam.
Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa Haslinda (bukan nama sebenar) adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi.
Rumah sewa turut diserbu
Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang.
Menurut Zaiferi, hasil dari maklumat awam, sepasang kekasih berusia 21 dan 26 tahun dicekup berdua-duaan dalam rumah berkenaan.
Berdasarkan pemeriksaan, Zaimi dan Nadia (bukan nama sebenar) dipercayai baru pulang dari makan malam.
Zaimi berkata, mereka merancang mahu ke rumah keluarga angkat tetapi setelah beberapa kali menghubungi tiada jawapan diterima.
Zaimi dengan alasan letih tidak menghantar Nadia pulang sebaliknya menghabiskan masa di rumah sewanya bersama kekasihnya itu.
Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.
Zaiferi berkata, seramai 10 individu disiasat termasuk seorang lelaki bukan Islam yang berada bersama pasangan beragama Islam dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar daerah termasuk di Taman Jubli Perak, Pantai Merdeka, Titi Semeling dan beberapa buah hotel bajet yang menjadi tumpuan.
Seramai 10 anggota bertugas dalam operasi yang bermula jam 6 petang sebelum berakhir jam 5 pagi.
Katanya, sembilan individu ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya meminta masyarakat prihatin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku dengan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak jawatankuasa masjid, pejabat agama atau agensi berkaitan bagi membanteras gejala itu. -SINAR HARIAN

(8 GAMBAR)Abby Abadi Dan Farhan Bersanding Sederhana Untuk Keluarga

Amboi. Memang bak pinang dibelah dua. Walaupun banyak perbezaan umur, Abby nampak seperti anak dara di hari persandingannya. Memang kedua-duanya sama cantik sama padan. Majlis persandingan sederhana ini telah berlangsung semalam di rumah Abby Abadi.
abby abadi
Comel kan? Lagi comel apabila Abby sendiri yang make up kan wajah suaminya. Memang terserlah kemesraan mereka berdua. Semoga kebahagiaan akan menjadi Abby dan Farhan sehingga ke hujung hayat. Sama-samalah kita doakan agar mereka dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.
abby abadi
Beberapa lagi keping gambar sekitar persandingan Abby Abadi dan Farhan dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
bbwP.S: BestBuy-World kembali dengan promosi yang menarik dan barangan-barangan yang terbaru. Semuanya ada….koleksi beg tangan, kasut, wangian, peralatan rumah dan elektronik dan lain-lainlah. Jom layari www.my.bestbuy-world.com untuk pembelian segera. Jangan lupa untuk LIKE Facebook BestBuyWorldMalaysia untuk maklumat lanjut.
abby abadi
abby abadi
abby abadi
abby abadi
abby abadi
abby abadi

Payudara Rozita Che Wan Dalam Drama Pun Jadi Bahan Bualan


Penulis sebenarnya tergelak besar tatkala membaca thread Forum Cari mengenai kisah payudara Rozita Che Wan dalam drama Rahsia Gambar yang di tayangkan semasa sesi Cerekarama, Sabtu lepas.

Rata-rata mengakui aset tidak ternilai milik Rozita Che Wan itu makin lama makin menonjol dari masa ke semasa. Malah lebih ranum & sihat walaupun selepas menjalani pembedahan kanser usus.

Apakah rahsia Rozita Che Wan sehingga ramai wanita berasa cemburu dengan aset mantapnya itu? Di’tambah lagi dengan rupa parasnya yang cantik, petik jari sahaja 10 lelaki beratur panjang.


Paling seronok si Zafrul kerana dalam drama tersebut, beliau dapat tindih-tindih Rozita Che Wan. Ha ha

HOT! Benarkah Tiz Zaqyah Di Dalam Video Ini???

Tiz Zaqyah Abdul Razak

Tiz Zaqyah (dilahirkan pada 25 Oktober, 1988) merupakan model, pelakon dan penyanyi yang sudah memiliki populariti dan peminat tersendiri di Malaysia. Kejayaan besar dengan memegang watak sebagai 'Nur Amina' dalam siri drama popular 'Nur Kasih' telah membawa beliau untuk terus dikenali sehingga hari ini. Tiz juga menjadi teraju utama dalam filem 'Nur Kasih The Movie'. Beliau turut menyumbangkan suara dengan berduet bersama penyanyi Yassin untuk lagu tema filem tersebut.

Tapi, apa masalahnya dengan video di bawah? Anda tonton sahajalah. Sesuai untuk tontonan umum. :P


10 Sebab Mengapa Mat Rempit Masuk SYURGA




Maha suci Allah dari segala sekutu. Tempat manusia berserah dan berwala’ kepadaNya. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW diatas rahmat yang dicurahkan baginda ke seluruh alam.


10 Sebab Mengapa Mat Rempit Masuk SYURGA

1. Bukankah Allah itu Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat. Mereka berazam betul-betul untuk tidak buat lagi perbuatan yang sia-sia dan berdosa. Insya Allah, mereka akan masuk Syurga.

2. Jumlah mat rempit di Malaysia sahaja sudah mencecah ribuan orang. Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan ‘amali istisyhadiah’ atau dihantar jihad di Palestin. Berdasarkan pengetahuan penulis, peperangan di Palestin adalah perang jihad kerana mempertahan hak, nyawa dan harta orang Islam.

3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang tidak sedarkan diri. Antara ‘basic knowledge’ bagi seorang Mat Rempit ialah, CILOK. Penulis kadang-kadang kesian melihatkan ambulan yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Dengan bantuan Mat Rempit, insya Allah lebih ramai nyawa yang akan diselamatkan.

Kalau pesakit tak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat kejadian dengan sepantas kilat.

4. Berlumba-lumba untuk solat berjemaah. Walau sibuk macam mana sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan penguasaan track (jalan2) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana kedudukan masjid dan surau dengan tepat.

Itu tidak lagi ditambah dengan pahala memboncengkan pakcik yang ditemui ditepi jalan untuk ke masjid.

5. Qiamulail. Seorang mat rempit telah terdidik untuk selalu berjaga tengah malam sehingga pagi buta. Terutama malam-malam minggu. Masjid dan surau-surau akan penuh dengan motor 125, RXZ dan lain-lain. Motor-motor ini tidak lain dan tidak bukan adalah milik Mat Rempit yang berqiamullail. Mereka menangis dalam solat tahajjud dan taubat. Bersungguh-sungguh meminta dari Allah dalam solat hajat. Khusyu’ dalam berzikir dan beristighfar.

6. Bincang masalah umat. Kebiasaan mat rempit adalah berkumpul dahulu sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincagkan masalah-masalah umat Islam, isu politik, berbincang mengenai kekuasaan Tuhan dan banyak lagi. Perbincangan mereka adalah perbincangan yang tidak sia-sia.

7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seorang yang ‘ribat’ ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan isinya. Yang dimaksudkan dengan ribat ialah berkawal di tengah malam. Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah yang sering berlaku pada tengah malam. Macam super hero lah kiranya Mat Rempit ni.

8. Menghiburkan isteri dan keluarga. Jika dulu, Mat Rempit adalah sinonim dengan Bohsia dan Bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti yang dulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor.

Pada hujung minggu, Mat Rempit akan berpiknik dan mengeratkan silatur rahim dengan Mat Rempit yang lain.

Mafhum Hadith ‘Sebaik-baik kamu adalah yang melakukan kebaikan kepada keluarganya‘.

9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam kesusahan telah sebati. Dalam apa jua keadaanpun, seorang mat rempit selalu ‘alert’ dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Kes ragut yang disiarkan di dalam TV tidak akan berlaku jika Mat Rempit ada di tempat kejadian, kerana merekalah orang yang pertama akan menangkap penjenayah itu.

Selain daripada itu, seorang Mat Rempit dikurniakan Allah satu ’sense’ yang istimewa. (sixth sense lah ni). Mat Rempit dapat menghidu jenayah dari jauh dan dapat juga mengetahui niat jahat seseorang itu. Jadi, sebelum jenayah berlaku, seorang Mat Rempit mungkin akan mengalihkan perhatian orang yang berniat jahat tadi.

10. Tawakkal yang tinggi. Sentiasa bezikir. Sentiasa mengingati kematian. Membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya.

Mat Rempit sedar bahawa ajal dan maut di tangan Allah. Nyawanya boleh ditarik Allah bila-bila masa sahaja. Justeru, Mat Rempit selalu mempersiapkan dirinya menghadap Yang Maha Esa

Dengan segala sikap, sifat dan perkara yang ditulis di atas, adalah tidak mustahil bagi seorang Mat Rempit untuk masuk ke syurga.

===================

p/s: Post ini dibuat sebagai response kepada masalah Mat Rempit yang semakin menjadi-jadi. Namun penulis sangat yakin bahawa ada nilai perubahan terhadap mereka yang bergelar REMPIT ini. Buktinya disini.

Disclaimer : Tulisan ini dbuat bersandarkan Al-Quran dan Sunnah serta ilmu pengetahuan penulis. Ianya mungkin sahaja salah dan tidak bertepatan dengan natural seorang Manusia. Namun disinilah tugas ANDA sebagai harapan kepada Mat Rempit ini. Segala kritikan, komentar dan teguran adalah amat dialu-alukan.

BANGKITLAH BANGSAKU HARAPAN ITU MASIH ADA ...  

(Gambar Peribadi) Zahida Rafik yang seksi

on Sunday, September 1, 2013



(Gambar Peribadi) Salamiah Hassan Seksi


Salamiah Hassan merupakan ibu kepada Atilia yang juga merupakan penyanyi yang seksi. Jika Atilia kita panggil hot mama, adakah patut kita gelarkan Salamiah Hassan sebagai hot granny.