Guru Rotan Pelajar Tak Siap Kerja Rumah...Bapak Report Polis

on Wednesday, July 31, 2013

Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.

Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.

Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.

“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.

Katanya dia membuat laporan polis semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.

“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama

One Forteen: Bukan Farzana Tapi Danica Daripada Filipina!



Boleh tahan juga penangan daripada anak-anak muda anggota kumpulan Forteen ini. Dalam kolum gosip yang ditulis Murai Batu semalam, khabarnya seorang lagi ahli kumpulan Forteen, One katanya sudah bertemu pasangan hati.

Mana tidaknya, selepas Izzue Islam memilih untuk menamatkan status bujangnya dengan pengurus, Awin pada Jun lalu, Ameer pula turut mengambil kesempatan itu memperkenalkan kekasih hatinya.

Sudah tentu yang tinggal berdua ini tidak senang duduk dibuatnya hingga One dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Farzana.

Pertemuan di sebuah majlis iftar anjuran KRU Studios sempena pelancaran album Aidilfitri yang telah berlangsung di Hotel Peninsula, Jalan Semantan semalam telah mengejutkan One apabila soalan itu diajukan kepadanya.

"Mana datang cerita ni? Bila keluar? Rasanya saya tiada pula keluar atau rapat dengan mana-mana wanita buat masa ini. Kalau ada pun itu semua kawan-kawan sahaja," reaksi spontan One apabila menyambut pertanyaan daripada wakil portal murai.com.my semalam.

Tetapi apabila dia membaca kembali gosip tersebut, One seakan faham dan tahu siapakah yang dimaksudkan oleh Murai Batu sebagai seorang gadis bernama Farzana, kekasih hati One kini.

Gadis yang juga bakat baru dunia nyanyian Filipina itu merupakan antara peserta kontinjen negara berkenaan telah dikatakan rapat dengan One ketika mereka sama-sama bertanding dalam acara tahunan World Champioship Of Performing Arts (WCOPA), baru-baru ini di Los Angeles, California.

"Sebelum itu saya mahu berkongsi sedikit kegembiraan dimana pemergian saya ke World Champioship Of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles tahun ini sekaligus mengharumkan nama diri serta negara apabila saya berjaya membawa 2 pingat emas, perak dan gangsa bagi acara yang saya ceburi. Syukur kerana usaha saya selama untuk mengharumkan nama negara akhirnya telah menjadi kenyataan.

"Berbalik cerita gadis bernama Farzana, saya rasa ada yang salah faham mengenai cerita ini. Ia mungkin tercetus daripada entri saya di media sosial iaitu Instagram saya dan saya perasan pelbagai reaksi diberikan masyarakat. Memang saya ada rapat dengan seorang penyanyi baru daripada Filipina tetapi namanya Danica dan bukannya Farzana.

"Mengenai Danica yang saya kenali di WCOPA itu adalah bakat baru dari Filipina dan kami masih berhubung selepas pulang dari LA. Tetapi saya melihat hubungan baik saya dengan Danica lebih kepada rakan selebriti.

"Dari segi kerjaya, jalinan ini setidak-tidaknya boleh membantu mengembangkan sayap Forteen kesana(Filipina) jika ada peluang," ucap One kala menjawab soalan itu.

One menjadi antara delegasi kontinjen Malaysia yang saban tahun akan berkunjung ke Los Angeles, California untuk mengambil bahagian World Champioship Of Performing Arts (WCOPA).

Acara tahunan ini disertai oleh lebih 40 buah negara dan sudah ramai artis serta selebriti tempatan yang tampil membawa pulang pingat dan pengiktirafan dalam bidang masing-masing.
sumber : http://www.murai.com.my/

Merriam Bellina Bergaya Persis Orang Muda


Jika di Hollywood, Madonna pernah dikecam kerana berpakaian tidak mengikut usia, ada ramai lagi artis veteran lain yang juga berpakaian ‘tak agak-agak’.

Antaranya di Indonesia. Baru-baru ini, Meriam Bellina tampil dengan gaya bak gadis muda di khalayak dengan mengenakan blaus kuning, hot pants denim dan sneaker putih.

Tahun ini, usia Merriam sudah mencecah 48 tahun.

Di Malaysia, Merriam boleh dikira antara pelakon Indonesia yang terkenal juga di sini. Antara sinetron lakonannya yang pernah dan sedang ditayangkan adalah Mutiara, Aishiteru dan Dewi.
sumber : http://www.informasi.my/

Kes Mat Yo Dengan KAFA Kini Selesai


Baguslah macam tu. Ini tidak aku tengok tuntutan KAFA awal musim lalu amat mengarut kerana hinggakan majlis perkahwinan Mat Yo pun nak claim juga...

 Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelaskan, kes saman antara pihaknya dengan bekas penyerang The Red Warriors musim lalu Norshahrul Idlan Tahala atau Mat Yo sudah selesai.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Azman berkata, kes saman tersebut telah diselesaikan di luar mahkamah dan pihaknya berharap isu tersebut tidak akan dibangkitkan selepas ini.

"Kes ini telah di selesaikan di luar mahkamah dan berharap tidak akan ada lagi sebarang isu yang timbul berhubung perkara berkenaan selepas ini," katanya. 
sumber : http://puakasatelit.blogspot.com/

SEDIH : Anak Berstatus Muflis ‘BUANG’ Ibunya Kerana Anggap Membawa Sial


HANYA kerana dianggap malang dan pembawa sial, seorang wanita berusia 90-an, Seni Aisyah Abdullah yang kini menderita kesunyian selama tujuh tahun ditinggalkan oleh anak-anaknya.

Seni kini menjadi salah seorang penghuni Rumah Orang Tua Al-Ikhlas dan gembira menjalani kehidupan baru disana.Mesra dipanggil mami oleh penghuni, dia berkata telah dibuang oleh anak-anaknya dan dihantar ke rumah itu oleh anak lelakinya yang menganggap dirinya pembawa sial dan punca kegagalan perniagaan anaknya itu.

Dia yang mengalami masalah sakit tua turut nyanyuk dan hanya mengingati beberapa perkara semasa usia mudanya.“Selama tujuh tahun saya disini, saya dijaga dengan baik oleh sukarelawan, jadi saya tidak mahu ingat lagi apa yang berlaku sebelum ini”, jelasnya yang berasal dari Kinrara, Puchong.

Katanya, keadaannya yang uzur membuatkan dia tidak lagi berfikir mengenai anak-anaknya dan tidak berharap untuk kembali kepangkuan anak-anaknya lagi.

“Sekarang saya sudah tidak lagi ingat mereka dan kehidupan disini sekarang adalah lebih baik berbanding sebelumnya.

Menurut Pengasas Pusat Jagaan itu, Muji Sulaiman, Mami mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan dan mereka semuanya berada di sekitar Kuala Lumpur.

“Dulu semasa tahun pertama Mami berada di sini, selama 20 hari sepanjang Aidilfitri dia asyik termenung di luar pintu menunggu kedatangan anaknya, tapi kini sudah tujuh tahun dia menyambut Hari Raya bersama rakannya yang lain.

Muji yang juga bekas jururawat turut berkata ketiga-tiga anak Mami tidak pernah datang menziarah ibu mereka selepas menyerahkan Mami kepada pihaknya tujuh tahun lalu.

“Dulu, saya pernah cuba untuk mencari mereka tapi kini tidak lagi, dan 99 peratus daripada penghuni disini adalah ditinggalkan dan dibiarkan oleh waris mereka sehingga meninggal”, jelas Muji yang turut membiayai Pusat Jagaan dan Rawatan itu secara persendirian.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Sungai Yang Tersembunyi Di Dalam Dasar Laut (7 Gambar)

Sungai Yang Tersembunyi Di Dalam Dasar Laut | Apa yang korang lihat ini seolah-olah mustahil untuk digambarkan, tetapi gambar-gambar yang diambil oleh Anatoly Beloshchin ini menceritakan sebuah kisah sungai tersembunyi di dalam Semenanjung Yucatan Mexico yang dipanggil Cenote Angelita atau "Little Angel".

Sebenarnya sungai ini adalah satu ilusi hasil daripada fenomena yang dipanggil halocline, di mana air dengan tahap yang berbeza takat kemasinan membentuk lapisan kerana mengalami perubahan dalam ketumpatan. Menurut Beloshchin, Cenote Angelita terdiri daripada air tawar sehingga kira-kira 29 meter apabila ia beralih ke lapisan 1-meter hidrogen sulfida, dan selepas itu bahagian bawah gua keseluruhan dipenuhi dengan air masin dari 30 hingga 60 meter. Jadi, realiti "sungai" sebenarnya hanya lapisan tebal air masin yang berada di bahagian bawah gua.





Laut sangat misteri bagi kami kerana ia terlalu luas dan pastinya banyak benda yang tak dapat dirungkaikan oleh manusia.
sumber : http://www.hairanblog.com/

Gempar!!Ranting Kayu Sepanjang 38 Cm Tercucuk Leher

Gempar!!Ranting Kayu Sepanjang 38 Cm Tercucuk Leher



London: Seorang penunggang basikal tertusuk ranting kayu sepanjang 38 sentimeter di lehernya.Kejadian berlaku selepas Adrian Wood, 34, terjatuh ketika menunggang basikal.Ranting itu tertusuk pada vena jugular, peti suara dan esofagus bapa dua anak itu.


Dia bernasib baik kerana ranting itu tidak mengena arterinya yang boleh menyebabkan dia mengalami pendarahan teruk hingga meragut nyawanya.WOOD berhasrat untuk menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan.

Wood dikejarkan ke hospital Petersborough oleh rakannya dan doktor memberi harapan 50-50 untuk dia diselamatkan.Bagaimanapun, pakar bedah berjaya membuang ranting itu dalam pembedahan yang memakan masa lima jam.Wood kini semakin pulih dan berharap dapat pulang ke rumahnya tidak lama lagi.

"Saya akan menunggang semula secepat mungkin. Dan saya akan menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan," katanya. - Agensi

Allahuakbar!!Hebatnya Kekuasaan Allah, Kejadian Alam Mengganas (26 Gambar)

Allahuakbar!!Hebatnya Kekuasaan Allah, Kejadian Alam Mengganas (26 Gambar)

Bencana alam sesuatu peristiwa yang mungkin membuatkan kita hilang segala-galanya sekelip mata jer tapi bagi penggemar terhadap fotografi bencana alam adalah sesuatu yang ditunggu untuk merakamkan sesuatu yang jarang terjadi.
Cukup merbahaya kan? Jom kita tengok hasil-hasil fotografi alam yang mengganas nie.

Kena Tangkap ~ Pengawal Keselamatan Menangis, Merayu Takut Isteri?

Seorang pengawal keselamatan menangis dan merayu meminta polis melepaskannya kerana takut dimarahi isterinya selepas ditahan akibat mengambil dadah dan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin.

Menurut kata Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, ketika kejadian, anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar jalan Sungai Ular menghala ke Taman Seri Mahkota.

Katanya, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu suspek berusia 20 tahun itu dilihat memotong kenderaan awam dipandu polis.

"Apabila tiba di kawasan perindustrian Sungai Ular, tiga kenderaan polis berhenti di tepi jalan. Bagaimanapun, polis curiga kerana kenderaan dipandu suspek turut berhenti dan memasang lampu kecemasan.

“Apabila kenderaan polis mula bergerak, suspek dilihat memecut laju ke arah kilang lama. Curiga dengan keadaan suspek, polis memburunya. Dalam usaha melarikan diri, suspek gagal berhenti di enam lampu isyarat," katanya kepada wartawan.

Tambah Ghuzlan lagi, apabila tiba di simpang tiga jalan Kilang Lama, polis memintas kereta suspek yang cuba mengundurkan keretanya bagaimanapun dihalang oleh van polis yang ada di belakangnya.

Menurutnya, dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui plastik lut sinar dipercayai bekas menyimpan dadah. Selain itu, beberapa peralatan untuk menghisap dadah turut ditemui di dalam beg di bahagian belakang kereta suspek.

"Suspek menyatakan semua peralatan serta bungkusan dadah yang sudah dihisap itu dimiliki abangnya. Suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan polis mendapati suspek positif dadah dan akan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah dalam badan.

"Ketika kenyataan diambil, suspek menangis dan meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isteri yang baru dinikahinya tujuh bulan lalu. Menurut suspek, isterinya memberi amaran supaya jangan menghisap dadah," katanya.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Gempar!!Usia Baru 18 Tahun,Sudah Kahwin 11 Kali!?

Gempar!!Usia Baru 18 Tahun,Sudah Kahwin 11 Kali!?

Gambar hiasan

Gempar!!Usia Baru 18 Tahun,Sudah Kahwin 11 Kali!? | Bogor, Indonesia : Fitriasih, 18, mengakui dirinya telah melakukan perkahwinan kontrak dengan lelaki Timur Tengah sebanyak 11 kali di kawasan Puncak Cisarua, Jawa Barat.

Dia yang berasal dari Jakarta Timur itu mengakui terpaksa menjual diri kepada pelancong Timur Tengah atas alasan kesempitan ekonomi.

Ibu bapanya dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap manakala adiknya memerlukan pembiayaan sekolah.

"Demi adik, saya rela keluar dari sekolah saat masih duduk dibangku SMP.

"Orang tua saya tidak tahu pekerjaan saya begini. Yang jelas, saya dapat wang, saya bayar sekolah adik dan keperluan rumah tangga," katanya.

Dia mengenali jejaka Arab melalui bantuan pemandu pelancong yang telah lama dikenalinya.

Malah, Fitriasih juga mengakui yang dia pernah menikah ketika usianya mencecah 17 tahun.

"Selama lapan bulan saya menjalani profesion ini, sudah 11 laki-laki Arab saya nikahi.

"Usia kawin kontrak saya dengan mereka paling pendek 3 minggu dan paling lama 1 bulan.

"Selama kawin kontrak, saya diberi nafkah Rp5 juta (RM1,600 +-) seminggu," katanya.

Pengakuan Fitriasih telah mengejutkan Ketua Daerah, Drs Teddy Pembang.

Teddy seolah-olah tidak percaya yang Fitriasih telah melakukan kawin kontrak hingga belasan kali.

Malah, semua kegiatan tersebut dilakukan melalui ijab kabul.

Teddy menegaskan bahawa perkahwinan kontrak adalah bertentangan dengan syariat agama.

Justeru, dia sangat kecewa dan mengutuk perbuatan tersebut.

"Ibu yang membenarkan anak mereka bekerja demi kepuasan nafsu jejaka Timur Tengah, benar-benar tidak mempunya nurani. Saya akan minta pihak polis untuk menyiasat keterangan mangsa dan ibu mereka.

"Dia harus bertanggungjawab atas perbuatannya. Ini kali terakhir wilayah saya dijadikan maksiat. Jika tertangkap lagi sewaktu operasi, saya akan hantar mereka ke Jawa Tengah atau Pasar Rebo Jakarta Timur," ujar Teddy. – Inilah.com

SKMM SIASAT RAKAMAN VIDEO AIDILFITRI BERSAMA ANJING!







SKMM SIASAT VIDEO HINA ISLAM 1 HARI DI HARI RAYA OLEH CHETZ YUSOF | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam YouTube.


Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata SKMM diarah menyegerakan siasatan terhadap

Bukti Kebesaran ALLAH SWT Yang Benar

Bulan suci Ramadhan sudah berjalan dua minggu. Selama Ramadan berjalan sudah menjadi hal yang biasa apabila melihat umat Islam begitu berlumba2 berbuat kebaikan dan menjauhi kemaksiatan. Ramadhan juga bole dianggap sebagai bulan di mana Allah SWT menunjukkan cinta-Nya kepada seluruh umat manusia. Maha Besar Allah SWT memang tidak pernah habis untuk diceritakan betapa hebat-Nya, termasuk keajaiban-keajaiban yang Dia miliki.

1. Aurora di Alaska


Aurora adalah sebuah keajaiban alam yang dapat kamu lihat di wilayah kutub. Tapi aurora yang satu ini begitu indah. Kerana aurora yang tampak di atas gunung Gunsight kawasan Alaska ini membentuk tulisan kalimah Allah SWT yang indah.

2. Awan Lafadz Allah SWT


Image awan ini tertangkap seolah fotografer di langit Mekkah. Dan apa yang terlihat bukanlah awan berbentuk biasa. Namun ketika diamati lebih seksama, maka awan itu rupanya membentuk tulisan Asma Allah SWT.

3. Lautan Lafadz Allah SWT


Pernahkah kamu melihat bumi dari luar angkasa? Kelihatannya memang sangat menakjubkan. Namun rupanya NASA menemukan sebuah hal yang menakjubkan lagi. Hal itu adalah gugusan pulau di samudera yang dari luar angkasa tampak seperti lafadz Allah SWT.

4. Bukit Berwajah Manusia

Ini adalah sebuah Image perbukitan di salah satu website kuno bersejarah. Apa yang menarik adalah ketika gambar diputar, maka bukit itu terlihat seperti wajah manusia. Sebuah kebetulan atau tanda kebesaran Allah SWT? Wallahualam

5. Awan di Langit Baramullah, Kashmir Utara

Meski nampak nipis dan kurang jelas, namun awan yang terlihat di langit Kashmir Utara ini nipis-nipis membentuk lafadz Allah SWT. Meskipun hampir menghilang kerana angin, tulisan tetap jelas terlihat.

6. Nama Allah SWT di Langit Perth

Sebuah awan yang terlihat di saat senja di atas Kings Park, Perth Australia ini mungkin tampak seperti awan biasa. Namun cuba kamu perhatikan awan yang terkena pantulan sinar matahari, berbentuk seperti lafadz Allah SWT.
sumber : http://5pm-2am.blogspot.com/

ANAK BUANG IBU KERANA DIANGGAP PEMBAWA SIAL!






ANAK BERSTATUS MUFLIS BUANG IBU KERANA ANGGAP BAWA NASIB MALANG | HANYA kerana dianggap malang dan pembawa sial, seorang wanita berusia 90-an, Seni Aisyah Abdullah yang kini menderita kesunyian selama tujuh tahun ditinggalkan oleh anak-anaknya.



Seni kini menjadi salah seorang penghuni Rumah Orang Tua Al-Ikhlas dan gembira menjalani kehidupan baru disana.



Mesra dipanggil mami oleh

ISU VIDEO HINA ISLAM 1 HARI DI HARI RAYA : CHETZ YUSOF ENGGAN MINTA MAAF







ISU VIDEO HINA ISLAM 1 HARI DI HARI RAYA : CHETZ YUSOF ENGGAN MINTA MAAF - BUAT LAPORAN POLIS KERANA DIANCAM BUNUH | Pembikin video kontroversi bersama anjing peliharaannya, Chetz Yusof atau nama sebenarnya Maznah Mohd Yusof bertegas tidak akan memohon maaf.



Ini kerana dia menganggap apa yang dilakukannya itu bukanlah satu kesalahan.



Memetik sumber berita Astro Awani, Chetz berkata;

Bayi Nyaris Maut Di Gigit Musang.



London: Seorang ibu terpaksa berdepan detik amat mencemaskan apabila bayinya dibaham seekor musang malam kelmarin.
Ibu mangsa, Hayley Cawley, berkata selepas membaham anaknya, haiwan liar itu cuba menggoyang-goyang dan menggonggong bayi berkenaan.

Kata Cawley, 28, banyak darah keluar akibat kecederaan dialami anaknya, Denny. “Musang itu membaham muka Denny dan menariknya keluar dari katil bayi sebelum cuba melarikan diri keluar rumah,” katanya.

Tindakan nekad Cawley berjaya menyelamatkan nyawa Denny.

Kata Cawley, dia menendang musang itu sekuat hati ketika haiwan berkenaan menggonggong Denny melalui pintu rumah. Akibat tindakan itu, katanya, musang berkenaan melepaskan gigitannya dan Denny dapat diselamatkan. Sementara itu, doktor mengesahkan bayi lelaki terbabit kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan empat jam untuk merawat mukanya.


Doktor juga berjaya menyambung semula satu daripada jari Denny yang putus digigit musang itu. Kata Cawley, ketika membawa Denny ke hospital dari rumahnya di Bromley di tenggara London, dia dan pasangannya, Paul Dolan, mempersiapkan fikirannya jika bayi terbabit gagal diselamatkan. Sementara itu, kakak Dolan, Lorraine Murphy, berkata tindakan pantas Cawley berjaya menyelamatkan nyawa Denny.
Katanya, menendang badan musang itu adalah tindakan tepat bagi menyelamatkan Denny. Menurut Lorraine, 42, Denny diserang ketika dia ditinggalkan sendirian dalam katil bayi di ruang tamu rumah berkenaan. Katanya, Cawley hanya naik ke tingkat atas rumah berkenaan seketika apabila haiwan liar itu memasuki rumah itu. “Ketika ini Denny masih trauma, manakala Dolan belum mahu ditemubual,” katanya. Lorraine berkata, selepas pembedahan, doktor menjangkakan peluang Denny mampu menggunakan tangannya secara normal adalah 70 peratus. Katanya, dia membuat beberapa aduan kepada pihak berkuasa tempatan mengenai kerosakan bahagian belakang rumah mereka.

Kerosakan itu, kata Lorraine, menyebabkan haiwan liar berkenaan dapat menyelinap masuk. “Sehingga kini pihak terbabit belum membaiki kerosakan itu,” katanya.
sumber : http://dairishare.blogspot.com/

8 Gambar Yana Samsuddin Berniaga

Lama sudah tidak melihat kelibat selebriti cantik ni, Yana Samsuddin kan. Apa cerita dia sekarang ni ek, macam tiada gosip yang melanda dirinya. Bagus seperti itu, dapat menghindari gosip pada dirinya.

Kalau lihat Instagram miliknya, yanasamsudin# , dia tengah sibuk urus perniagaan kecil-kecilannya sempena nak menjelang Raya nanti, jual biskut/kuih kering gitu, dinamakanYana Super Cookish. Dengarnya sampai orang Brunei pun jadi pelanggannya. Wah baguslah, ada bakat juga Yana ni buat kuih-kuih, untung siapa suami dia nanti. Shaheizy Sam kot, hehe.