Foto : Jehan Miskin & Isteri Pertama Kali Sambut Ramadhan Bersama

on Tuesday, July 30, 2013



Setelah mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihannya pada 4 Mei lalu, Jehan Miskin dilihat jarang memuat naik foto-foto isterinya yang berasal dari Korea itu untuk dikongsikan bersama peminat di laman sosial. Mungkin ini adalah salah satu cara bagaimana aktor tampan tersebut ingin menjaga privasi isteri kesayangannya.

Namun begitu, baru-baru ini Jehan dilihat telah memuat naik beberapa foto romantisnya bersama isteri tercinta, Julie Camelia Rhee, di mana melalui foto tersebut pasangan ini dilihat sedang sibuk menjalani sesi fotografi sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menerusi salah satu foto yang dikongsikan, nampaknya pasangan ini telah menggayakan busana sedondon bewarna ungu dan bertambah manis lagi apabila isteri pelakon tersebut turut menggayakan Baju Kurung tradisional.

Jehan juga tidak kurang kacaknya, apabila pelakon tersebut turut menggayakan sepasang persalinan lengkap Baju Melayu berserta sampin.

Kedua-duanya kelihatan sangat tampan & ayu

Nampaknya ini adalah kali pertama Jehan menyambut Ramadhan dan Hari Raya bersama isteri tercinta. Pastinya tahun ini merupakan pengalaman yang cukup indah buat pasangan yang baru dua bulan lebih mendirikan rumahtangga ini.

Selain itu, jika diteliti daripada status-status yang terdapat di laman Twitter milik pelakon ini, nampaknya Jehan terlalu komited dengan kerjaya seninya sehingga tiada masa untuk berbuka puasa bersama isteri tersayang.

Perkara ini dilihat apabila Jehan mula memaklumkan bahawa kali pertama dia berkesempatan untuk berbuka puasa dengan isteri adalah pada Ramadhan ke 12.



Amboi, bulan puasa pun Jehan gigih bekerja kan. Baguslah, itu pun untuk rezeki keluarga.
sumber:http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment