Dari kiri Tiz Zaqyah, Black, Jamal Khan, Fraid Kamil dan penulis noval Sara Aisha
Pengarah drama Jamal Khan terpaksa menangguhkan beberapa kali penggambaran drama adaptasi novel berjudul Jodoh Itu Milik Kita berikutan masalah kesihatan yang dialami oleh pelakon Farid Kamil.
Jamal berkata, terdapat satu episod dan beberapa adegan yang terpaksa ditunda sehingga kesihatan pelakon tersebut pulih.
"Cabaran utama adalah apabila kami terpaksa menangguhkan babak-babak yang ada Farid kerana dia mengalami kemalangan motor dan perlu melakukan pembedahan sebelum ini.
"Jadi ada satu episod awal yang belum lagi siap kerana menunggu kesihatannya benar-benar mengizinkan, namun Alhamdulillah babak-babak yang berat dan memerlukan sedikit aksi semuanya sudah selesai sebelum dia kemalangan," katanya ketika ditemui pada sidang media drama Jodoh Itu Milik Kita, di sini, Isnin.
Bagaimanapun, katanya, keseluruhan penggambaran drama 40 episod itu sudah hampir 90 peratus selesai dilakukan.
Farid mengalami kemalangan apabila terjatuh ketika sedang menunggang motosikal mini Kawasaki KSR-10 di sebuah litar di Subang Jaya di sini, pada awal Jun lalu.
Disebabkan kejadian tersebut, Farid terpaksa menjalani pembedahan kecil pada bahagian bahu kiri dan beberapa rawatan susulan di sebuah hospital.
Selain itu, kata Jamal, cabaran utama dalam mengadaptasi naskhah novel adalah perlu mengikut imaginasi pembaca.
"Apa yang sukar ialah untuk mengeluarkan penulisan novel dalam bentuk visual dan kita tidak boleh lari daripada jalan cerita asal.
"Selain itu kita perlu memenuhi jangkaan pembaca yang sudah membaca novel tersebut, ia bukan sesuatu yang mudah," katanya yang sebelum ini turut mengarahkan drama adaptasi novel Teduhan Kasih di TV3.
Drama Jodoh Itu Milik Kita ini mengisahkan konflik dalaman suami yang dilakonkan oleh Farid Kamil sebagai Aariz Danial yang terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir menggantikan tempat adiknya yang sepatutnya berkahwin dengan Dahlia (Tiz Zaqyah).
Drama ini turut dibintangi oleh Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Ziela Jalil, dan Keith Foo.
Jodoh Itu Milik Kita akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD.

sumber : http://mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment