Shahrul Tidak Menolak Jika Jodohnya Dengan Adira

on Tuesday, July 30, 2013


Bukan semua selebriti bermasalah, pemimpin belia tak tolak jika jodohnya bersama penyanyi Ku Ada Kamu

“Saya tidak menolak jika ditakdirkan antara kami memang ada jodoh. Jadi, doakanlah yang baik-baik. Jika hubungan ini melangkah ke peringkat seterusnya, saya bersyukur,” kata Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin, ketika ditanya mengenai keintimannya bersama penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adira.

Minggu lalu, muka depan HIP menyiarkan cerita mengenai artis berusia 21 tahun ini, yang kini dikatakan berkawan rapat dengan pemimpin belia muda terbabit.

Ditemui pada majlis berbuka puasa Suara Generasiku di Bukit Kiara, kelmarin, Shahrul, 27, bagaimanapun menegaskan, hubungannya dengan penyanyi dari Ranau, Sabah, itu ketika ini masih pada peringkat mengenali hati budi, selepas kedua-duanya mula rapat sejak lima bulan lalu.


Pada masa sama, pemuda dari Kota Bharu, Kelantan, yang menafikan khabar angin mengatakan mereka sudah bertunang berkata, dia tidak akan menolak jika perhubungan itu membawa kedua-duanya ke jenjang pelamin.

“Kami dalam proses mengenali antara satu sama lain. Buat masa ini, Adira saja kawan perempuan yang dekat dengan saya.

“Malah, Adira juga mengenali keluarga saya dan rapat dengan mereka. Sebelum ini, dia berkawan baik dengan adik saya,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi orang tua, Shahrul memberitahu, keluarganya menerima kehadiran penyanyi berkulit cerah itu dengan positif, apatah lagi Adira pernah berjumpa dengan mereka sebelum ini.

“Nyanyian juga ialah satu pekerjaan. Dan, tidak salah sekiranya saya sebagai orang biasa berkawan rapat dengan selebriti. Pemikiran (negatif) yang kita lihat sekarang perlu ditangkis, di mana selebriti tidak boleh berkawan dengan orang seperti saya.

“Kita juga tidak harus mempunyai anggapan semua selebriti bermasalah. Selama saya mengenali Adira, saya dapati dia seorang yang tidak suka keluar malam dan tidak gemar bersosial.
Dia memang berbeza daripada yang lain. Semua itu kita dapat nilai dan lihat apabila kita berkawan rapat dengannya. Kita tidak boleh melihat dari luaran ataupun mendengar mulut orang saja,” kata Shahrul.
Ujar pemuda yang tidak menganggap dirinya sebagai ahli politik ini lagi, jika hubungan mereka memasuki fasa seterusnya, dia tidak keberatan untuk mengadakan sidang media mengumumkan perkara itu.

Turut berkongsi ciri-ciri Adira yang menarik hatinya, Shahrul mendedahkan, gadis itu seorang yang berpendirian tegas dan tidak mudah mengalah. Sifat berkenaan pula katanya pasti akan membawa penyanyi Ku Ada Kamu itu melangkah lebih jauh dalam bidang seni.

Dia turut melihat Adira sebagai artis yang mempunyai misi tersendiri serta berdisiplin.
“Adira juga seorang yang cukup selamba, sikap yang agak bertentangan dengan diri saya,” katanya jujur.
sumber : http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment