Penjelasan Chetz Yusof pemilik video raya dengan anjing yang didakwa hina Islam. Terbaru ni, hangat diperkatakan apabila seorang individu didakwa menghina agama islam dengan membuat video menyambut perayaan Aidilfitri bersama beberapa ekor anjing. Oleh kerana dilemparkan dengan pelbagai cemuhan dan pandangan negatif, beliau tampil untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut. Untuk info, Chetz Yusof ni adalah seorang jejaka melayu yang gemar untuk memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan.
Video Hari Raya oleh Chetz Yusof
Penjelasan Chetz Yusof Video Raya Dengan Anjing Hina Islam
Saya tiada niat pun hina Islam sebaliknya video itu pada mulanya saya buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan. Menurutnya juga, video tersebut sudah lama sejak diterbitkan sejak tahun 2010 lagi dan kini hangat diperkatakan dilaman sosial.
Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela. Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.
(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi. Menurutnya, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.
Video Siapa Sebenar Chetz Yusof
Biodata Chetz Yusof
Nama: Chetz Yusof
Usia: 35 Tahun
Hobi: Gemar memelihara anjing
Pekerjaan: Jurutera
sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment