Pasangan selebriti, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari nampaknya semakin mendapat perhatian peminat dan pemerhati industri hiburan tanah air dek kerana gaya fesyen mereka yang sering dikongsikan di Instagram.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa cara Scha dan Awal berpakaian memang ada kelas tersendiri dan langsung tidak menampakkan mereka seperti pasangan yang telah berkahwin.
Padanan mereka yang sama cantik dan cukup sesuai bukan sahaja berjaya diangkat sebagai Pasangan Pujaan Anugerah Melodi 2013, malah peminat juga turut menggelar Schawal dengan jolokan Pasangan Beckham Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, Scha dan Awal telah mendirikan rumahtangga kira-kira setahun lalu pada bulan Mei 2012 yang mana majlis pernikahan dan persandingan mereka berlangsung di Pullman Lakeside, Putrajaya.
Kalau anda nak pastikan sama ada gaya Schawal ada iras-iras pasangan glamour David dan Victoria Beckham atau tidak, di sini ada sertakan beberapa keping lagi foto untuk tatapan anda. Semoga terhibur!
sumber : http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment