So Wincci Tetap Puasa Walau Dikecam

on Tuesday, July 30, 2013


Pelakon dan penyanyi yang mula dikenali menerusi program Masterchef Selebriti Malaysia, So Wincci yang telah mencuba berpuasa pada tahun lalu masih meneruskan usahanya berpuasa pada tahun ini. Walaupun apa pihak yang mengecam tindakannya itu memandangkan dia bukan beragama Islam, Wincci tidak melenting, sebaliknya menjelaskan niatnya dengan cara baik.

“Dapat dilihat pelbagai komen telah diberikan mengenai isu saya berpuasa. Ada yang negatif dan ada juga yang positif. Namun, saya cuba tidak melatah dengan isu tersebut, sebaliknya menerangkan mengapa saya mengambil keputusan untuk berpuasa.Keluarga yang banyak menentang keputusan saya untuk berpuasa pada tahun lepas kini mula memberi sokongan kepada saya. Mereka lebih peka untuk tidak makan depan Wincci dan makan pada waktu berbuka bersama-sama saya,” katanya.

Bagi Wincci, puasa tahun ini lebih bermakna buat dirinya kerana dia dapat merasai nikmat berpuasa dan pada masa yang sama turut mendidik diri ke arah kebaikan. Dia berpendapat, selain menahan diri dari lapar dan dahaga, puasa juga mengajar erti kesabaran serta saling menghormati satu sama lain.

“Menanti saat berbuka membuatkan saya lebih menikmati makanan, tetapi saya tidak mengamalkan makan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kerja lain terbantut sebaliknya saya lebihkan makan ketika sahur,” kata Wincci.

Antara cabaran buat Wincci ketika pada bulan puasa ini ialah dia perlu menjalani sesi latihan tarian tiang untuk persembahannya untuk sebuah konsert pada 17 Ogos ini di Bukit Jalil. Latihan yang diadakan pada siang hari itu sedikit sebanyak mengujinya kerana badan terasa agak penat selain tekak berasa dahaga.

Selain itu, Wincci juga tampil dengan lagu raya nukilannya sendiri berjudul, 'Salam Aidilfitri'. Malah dia juga turut berkolaborasi dengan Dina Nadzir, One Nation Em.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment