Namanya sudah lama menyepi, namun penyanyi yang popular sekitar awal 2000, Liza Hanim sebenarnya sibuk di belakang tabir. Dia yang kini menguruskan syarikat produksi sendiri, LH Media Sdn Bhd, akui rindu untuk kembali aktif menyanyi.
“Memanglah saya rindu untuk merakamkan single dan saya ada perancangan ke arah itu. Tapi bukan dalam masa terdekat ini kerana sekarang saya begitu sibuk menguruskan syarikat produksi saya dan banyak terlibat dengan projek pengiklanan,” ujar Liza ketika ditemui di rakaman Melodi Raya, baru-baru ini.
Dianugerahkan putera yang bernama Mohamed Salahuddin yang sudah mencecah usia setahun merupakan salah satu faktor Liza terpaksa menyimpan hasrat kembali aktif menyanyi buat sementara waktu.
“Saya tak mampu nak kembali aktif menyanyi sekarang sebab baru saja mendapat anak lelaki. Maklumlah, budak lelaki ni aktif dan lasak,” tambah Liza berkongsi kegembiraannya dianugerahkan anak ketiga hasil perkahwinannya dengan Shahrin Samsudin atau lebih dikenali dengan nama Shah Indigo.
Akui mungkin sukar untuk dia membuat kemunculan semula ekoran terlalu lama menyepi, kata Liza, itu adalah pengorbanan yang harus ditempuhinya sebagai anak seni.
“Sekarang ni citarasa muzik sudah berubah. Jadi untuk saya kembali menyanyi, saya perlu mengikut trend masa kini. Saya anggap itu pengorbanan dan saya serahkan segalanya kepada Allah SWT,” ujar Liza.
sumber : http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment