Barisan peserta Kecoh Pengacara Beraya bersama AG. - Foto instagram Scha Al-Yahya
LAPAN pengacara popular ‘bergaduh’ atas pentas dalam sebuah program ‘gameshow’ terbaru TV3, Kecoh Pengacara Beraya.
Kumpulan pengacara wanita yang dianggotai Scha Al-Yahya, Fara Fauzana, Neelofa dan Amyza bertempur dengan kumpulan pengacara lelaki yang diwakili oleh Zizan Razak, Awal Ashaari, Kamal Adli dan Faizal Ismail (FBI).
Apa yang pasti, gelagat spontan dan celoteh mereka bakal menggeletek hati penonton.
Kedua-dua kumpulan ini diuji melalui tiga cabaran termasuk Mengulas Sukan, Teka Selebriti dan K-Pop Style.Pasangan suami isteri, Awal dan Scha tidak ketinggalan menampilkan aksi manja mereka di pentas yang direka seperti gelanggang tinju itu.
Selepas sesi rakaman program tersebut melabuhkan tirai, Scha dan Awal akui terbit sedikit kebimbangan atas aksi mereka yang mungkin tidak disukai mana-mana pihak.
“Atas pentas itu kami jadi diri sendiri. Apa yang berlaku sebab spontan kan, buat saya risau juga. Tapi insya-ALLAH tak melebih-lebih,” kata Scha.
Sementara Awal berkata, “kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Tengok dari sudut positif, suami isteri perlu semai keceriaan. Selagi ia tidak melebihi batas, tak apa.”
Tambahnya, “jika ada yang tak suka itu, nak buat macam mana kan?” Sementara pelawak terkenal, Zizan terus menggeletek hati penonton dengan aksinya.
Selain mereka, pelawak BMB, Bocik turut hadir di pentas untuk menjadi juri.
Program ini tidak mempunyai pengacara sebaliknya, penyampai radio dan pengacara, AG bertindak sebagai suara latar.
Wang kemenangan berjumlah RM 8,000 disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Sungai Klang dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.
Program ini bakal memeriahkan Hari Raya Aidilfitri anda kelak di TV3.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment