Boleh tahan juga penangan daripada anak-anak muda anggota kumpulan Forteen ini. Dalam kolum gosip yang ditulis Murai Batu semalam, khabarnya seorang lagi ahli kumpulan Forteen, One katanya sudah bertemu pasangan hati.
Mana tidaknya, selepas Izzue Islam memilih untuk menamatkan status bujangnya dengan pengurus, Awin pada Jun lalu, Ameer pula turut mengambil kesempatan itu memperkenalkan kekasih hatinya.
Sudah tentu yang tinggal berdua ini tidak senang duduk dibuatnya hingga One dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Farzana.
Pertemuan di sebuah majlis iftar anjuran KRU Studios sempena pelancaran album Aidilfitri yang telah berlangsung di Hotel Peninsula, Jalan Semantan semalam telah mengejutkan One apabila soalan itu diajukan kepadanya.
"Mana datang cerita ni? Bila keluar? Rasanya saya tiada pula keluar atau rapat dengan mana-mana wanita buat masa ini. Kalau ada pun itu semua kawan-kawan sahaja," reaksi spontan One apabila menyambut pertanyaan daripada wakil portal murai.com.my semalam.
Tetapi apabila dia membaca kembali gosip tersebut, One seakan faham dan tahu siapakah yang dimaksudkan oleh Murai Batu sebagai seorang gadis bernama Farzana, kekasih hati One kini.
Gadis yang juga bakat baru dunia nyanyian Filipina itu merupakan antara peserta kontinjen negara berkenaan telah dikatakan rapat dengan One ketika mereka sama-sama bertanding dalam acara tahunan World Champioship Of Performing Arts (WCOPA), baru-baru ini di Los Angeles, California.
"Sebelum itu saya mahu berkongsi sedikit kegembiraan dimana pemergian saya ke World Champioship Of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles tahun ini sekaligus mengharumkan nama diri serta negara apabila saya berjaya membawa 2 pingat emas, perak dan gangsa bagi acara yang saya ceburi. Syukur kerana usaha saya selama untuk mengharumkan nama negara akhirnya telah menjadi kenyataan.
"Berbalik cerita gadis bernama Farzana, saya rasa ada yang salah faham mengenai cerita ini. Ia mungkin tercetus daripada entri saya di media sosial iaitu Instagram saya dan saya perasan pelbagai reaksi diberikan masyarakat. Memang saya ada rapat dengan seorang penyanyi baru daripada Filipina tetapi namanya Danica dan bukannya Farzana.
"Mengenai Danica yang saya kenali di WCOPA itu adalah bakat baru dari Filipina dan kami masih berhubung selepas pulang dari LA. Tetapi saya melihat hubungan baik saya dengan Danica lebih kepada rakan selebriti.
"Dari segi kerjaya, jalinan ini setidak-tidaknya boleh membantu mengembangkan sayap Forteen kesana(Filipina) jika ada peluang," ucap One kala menjawab soalan itu.
One menjadi antara delegasi kontinjen Malaysia yang saban tahun akan berkunjung ke Los Angeles, California untuk mengambil bahagian World Champioship Of Performing Arts (WCOPA).
Acara tahunan ini disertai oleh lebih 40 buah negara dan sudah ramai artis serta selebriti tempatan yang tampil membawa pulang pingat dan pengiktirafan dalam bidang masing-masing.
sumber : http://www.murai.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment