Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts

2 Lelaki Capai Kata Sepakat Kongsi Isteri

on Thursday, August 29, 2013


2 Lelaki Capai Kata Sepakat Kongsi Isteri | Nairobi : Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.

Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.

Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.

Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.

“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.

Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.

Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku. – Agensi

Rupa Penyanyi Hyuna Sebelum Popular (4 GAMBAR)

on Wednesday, August 28, 2013

Rupa Penyanyi Hyuna Sebelum Popular (4 GAMBAR)







Persembahan Miley Di MTV VMA Dikritik Hebat


Persembahan Miley Di MTV VMA Dikritik Hebat | Persembahan penyanyi remaja Miley Cyrus dikritik hebat sesetengah pelayar laman video Youtube apabila ramai mengatakan aksinya ketika beraksi di pentas Anugerah Muzik Video MTV semalam sebagai sesuatu yang keterlaluan.

Ketika mendendangkan lagu hits terbarunya, We Can’t Stop, Cyrus sentiasa menjelirkan lidahnya selain beraksi separa lucah dengan penyanyi duetnya, Robin Thicke ketika menyampaikan lagu popular Thicke, Blurred Lines.


Miley yang mula popular dengan siri drama terbitan Disney Channel, Hannah Montana kini diihat seakan-akan berusaha terlalu keras untuk membuang imej gadis baik atau ‘girl next door’ ketika zaman Hannah Montananya.

Malah kebanyakan selebriti yang hadir turut dilihat kurang menyenangi aksi yang dipaparkan Cyrus kerana majlis itu disiarkan secara langsung dan tindakannya itu adalah tidak wajar untuk tontonan peminat-peminat ciliknya – Mynewshub.my

KESIAN : 13 Anak Yatim Maut Terbakar

on Wednesday, April 3, 2013



KESIAN : 13 Anak Yatim Maut Terbakar | Yangon – Beribu-ribu umat Islam di Myanmar menghadiri upacara pengebumian 13 pelajar lelaki anak yatim yang terkorban apabila sebuah kompleks masjid yang menempatkan sekolah agama di timur Yangon, terbakar awal pagi semalam, dipercayai akibat litar pintas.

Ramai diantara jemaah juga tidak dapat menahan sebak ketika solat jenazah diadakan sebelum upacara pengebumian.

“Tiga belas kanak-kanak terbunuh dalam kebakaran di sebuah sekolah agama di pinggir Yangon. Kami mengesyaki ia akibat litar pintas. Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran.

Penggunaan voltan tinggi

“Siasatan mendapati kebakaran disebabkan penggunaan elektrik voltan tinggi,” kata seorang pegawai polis di tempat kejadian.

Anggota jawatankuasa masjid, Soe Myint, berkata kebanyakan kanak-kanak yang tidur di tingkat bawah berjaya menyelamatkan diri.

“Bagaimanapun 16 daripada mereka tidur di bahagian serambi kecil dan terperangkap apabila tangganya terbakar. Tiga kanak-kanak berjaya melompat dan terselamat tetapi 13 lagi terbunuh,” katanya.

Soe Myint berkata, beliau turut mengangkat mangsa keluar dari masjid dan tidak percaya kebakaran berpunca daripada litar pintas.

“Seluruh masjid berbau diesel sedangkan kami tidak pernah menggunakan bahan api itu di sekolah,” katanya yang mendesak siasatan terperinci dijalankan.

Pasukan Polis Myanmar melaporkan dalam ruangan rasmi Facebook bahawa mangsa maut akibat melecur atau terhidu asap.

Polis turut dipanggil untuk meredakan keadaan dan berjanji menubuhkan jawatankuasa dianggotai pemimpin Islam bagi menyiasat punca kejadian selepas sekumpulan penduduk yang berang berkumpul di tempat kejadian mendesak siasatan dilakukan.

Kelas musim panas

Bangunan itu menempatkan sebuah masjid dan sekolah agama di mana kanak-kanak tinggal ketika mengambil kelas musim panas. Kira-kira 75 anak yatim sedang tidur di masjid berkenaan ketika kejadian berlaku.

Tahap piawaian keselamatan kini teruk di Myanmar, negara miskin yang baru keluar daripada pemerintahan tentera sejak lebih enam dekad.

Keganasan agama bermula 20 Mac lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 43 maut manakala masjid dan rumah dibakar di beberapa bandar di tengah negara itu, menyebabkan kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung.

Konflik itu memberi cabaran besar buat Thein Sein, yang memenangi pujian antarabangsa atas usaha pembaharuan sejak mengambil alih kepemimpinan dua tahun lalu.

Keadaan agak tenang sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas bekas jeneral itu Khamis lalu, berazam bahawa maklum balas tegas berhubung keganasan yang mendakwa ‘ahli politik mengambil kesempatan dan pelampau agama.’

Keganasan agama yang membabitkan penduduk Buddha dan Islam di negeri barat Rakhine tahun lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 180 orang terkorban. – AFP

Jamalul Kiram Nafi Upah Askar Ceroboh Sabah



Jamalul Kiram Nafi Upah Askar Ceroboh Sabah | MANILA – Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III menafikan dia membayar upah kepada askar-askar pasukan Keselamatan Diraja untuk memasuki Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu, lapor akhbar dalam talian Philstar .com semalam.

Jurucakapnya, Abraham Idjirani berkata, Jamalul Kiram tidak mampu untuk membayar mereka dan para pengikutnya itu.

Idjirani turut berkata, Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman telah mengaku tidak menyalurkan dana kepada Jamalul Kiram.

Bagaimanapun, katanya, Muhammad Ridhwan mengaku menyalurkan sumbangan kepada Muedzul Lail Tan Kiram yang didakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.

“Muhammad Ridhwan mengaku tidak kenal Jamalul Kiram dan adiknya, Azzimuddie Kiram. Itu bermakna wujud konspirasi di Malaysia. Mereka (Malaysia) menggunakan yayasan amal untuk mencabar kesahihan Kesultanan Sulu,” kata Idjirani.

Menurutnya, Muhammad Ridhwan merupakan individu yang membiayai istiadat pertabalan Muedzul sebagai Sultan Sulu pada Disember lalu.

Idjirani menegaskan bahawa walaupun Muedzul yang merupakan anak saudara Jamalul Kiram, dia sebenarnya berada pada kedudukan ke-14 sebagai pengganti Sultan Sulu.

Dia menyatakan, Malaysia kini terlibat dalam kempen memberikan maklumat yang palsu.

Idjirani turut menyelar Malaysia kerana mendakwa lapan orang lelaki yang dilaporkan telah ditangkap sebagai para penyokong Tentera Kesultanan Sulu.

Katanya, daripada lapan nama itu hanya seorang sahaja merupakan anggota tentera Kesultanan Sulu.

Para pengikut Jamalul Kiram memasuki Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu bagi menuntut tanah yang didakwa milik nenek moyang mereka.

Sementara itu, menurut portal berita, ABS-CBNnews.com kelmarin, Jamalul Kiram menemui Ketua Persidangan Biskop Katolik Filipina, Jose Palma dengan harapan tuntutannya ke atas Sabah akan mendapat perhatian Pope Francis I yang merupakan Ketua Gereja Roman Katolik.

Jamalul Kiram menemui Palma hampir sejam di pejabatnya di sini.

Palma berjanji untuk membawa kes itu ke Majlis Vatican di Vatican. – Agensi




KEJAM :Remaja Dibakar Hidup-Hidup Tak Bayar Tambang Teksi (6 Gambar)

on Monday, April 1, 2013



KEJAM : Remaja Dibakar Hidup-Hidup Tak Bayar Tambang Teksi (6 Gambar) | Seorang budak berumur 14 tahun telah ditangkap oleh beberapa pemandu teksi dan membelasah beliau dengan teruk kerana cuba untuk lari dari membayar tambang teksi.

Kemudian pemandu-pemandu teksi itu memutuskan untuk membakar budak lalu mereka mencurahkan gas gasolin pada tubuh badan budak tersebut. Budak tersebut tahu apa yang bakal mereka buat, dan dia merayu-rayu untuk hidup dia, tapi mereka terus membakar budak itu.

Kejadian menyayat hati ini berlaku di tempat awam, orang ramai hanya memerhati, termasuk beberapa orang anggota polis, tiada siapa yang cuba untuk tolong. DiMexico, inilah yang berlaku apabila anda tidak membayar tambang teksi.

entah berapa nilai tambang tu,,sampai pemandu-pemandu teksi membakar remaja itu,,,Ngeri...

Lagi 5 keping gambar dibawah :-








Penderitaan Islam Sebenar Di Iran

on Sunday, March 31, 2013



Penderitaan Islam Sebenar Di Iran | Sunni adalah fahaman kedua paling popular di Iran melibatkan lebih 30 peratus dari populasi Iran. Kebanyakan Sunni Iran tinggal di Kurdistan Balushstan, bandar-bandar sempadan Khorasan, Turkamen Sahara dan sepanjang pinggiran wilayah. Bermula dari era Safawi tahun 906 sehingga ke hari ini, Sunni Iran terpaksa melalui kepayahan akibat diskriminasi dan ketidakadilan dari kerajaan yang dikuasai golongan Syiah.

Selepas apa yang dipanggil “Revolusi-Islam”, kerajaan Syiah Iran telah mengambil langkah-langkah secara berterusan samada memaksa puak Sunni memeluk Syiah atau menghalau mereka keluar dari Iran melalui berbagai cara.

Berikut adalah beberapa contoh jelas taktik kotor yang digunakan kerajaan bagi memastikan golongan minoriti Sunni terus ditindas:

1) Menghalang dari memegang jawatan penting dalam kerajaan, sebagai contoh, hanya terdapat 15 wakil Sunni (yang kebanyakannya dianggap boneka Syiah) daripada keseluruhan 270 ahli parlimen Iran. Dalam pejabat pentadbiran atau institusi penting, memang tiada langsung di kalangan Sunni yang berjawatan menteri, duta atau gabenor sekalipun di wilayah-wilayah yang dikuasai Sunni. Tapi yang peliknya, kerajaan Iran pula bersikap tegas apabila meminta kerajaan Afghanistan memperuntukkan 1/4 kerusi mewakili Syiah di sana, pada hal populasi penganut Syiah hanya sekitar 10% dari jumlah penduduk Afghanistan. Pada masa kini amat payah untuk melihat seorang pengurus sebuah institusi yang mempunyai latar belakang Sunni. Dalam institusi yang lebih sensitif seperti pengawal revolusi, kementerian luar, kementerian pertahanan atau dalam bidang perniagaan, keadaan menjadi lebih teruk lagi.

2) Penindasan dalam Perindustrian dan Economi. Pada masa sekarang, semua sektor industri dan ekonomi di kawasan ramai penduduk Sunni dimonopoli oleh minoriti Syiah. Sebaliknya, golongan Sunni terpaksa bergelut dengan kepayahan sekalipun untuk mewujudkan perniagaan kecil-kecilan. Memang terbukti yang pihak regim bermatlamat menindas golongan minoriti Sunni dalam pelbagai aspek kehidupan supaya dapat memaksa mereka memeluk Syiah atau menghalau keluar dari tempat asal mereka. Kerajaan malah menafikan hak Sunni untuk membuka kilang kecil, atau jika mereka memiliki sebuah kilang, maka undang-undang membenarkan ianya dimiliki oleh puak Syiah. Di sepanjang sempadan teluk, situasi ini menjadi lebih teruk dari yang disangkakan. Di kebanyakan kawasan, penduduk setempat Sunni dinafikan hak mendapatkan lesen menangkap ikan, bagi membolehkan industri perikanan ini dikuasai oleh peneroka-peneroka baru Syiah (yang digalakkan kerajaan berhijrah ke situ). Seperti yang dinyatakan sebelum ini, matlamat utama pihak kerajaan berbuat demikian adalah untuk mengubah populasi penduduk supaya golongan akan menjadi minoriti dalam wilayah mereka sendiri

3) Polisi mengubah persamaan sosial dan memaksa penduduk tempatan berpindah. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi mewujudkan vakum dalam kawasan-kawasan majoriti Sunni, terutamanya di bandar Abbas, Gheshm, dan bandar sempadan wilayah Balushistan yang berhampiran dengan Negara-negara majoriti Sunni seperti Pakistan, Afghanistan dan Negara-negara teluk. Apabila matlamat ini dicapai, pihak kerajaan akan akan mempunyai kawalan penuh terhadap kawasan majoriti Sunni dan pada masa yang sama dapat memutuskan hubungan yang terjalin sekian lama antara masyarakat Sunni dengan saudara sempadan mereka. Oleh sebab itulah, pihak regim Iran telah menggalakkan sekumpulan besar masyarakat Syiah untuk berhijrah ke Khorasan, Hormozgan, Balushistan dan Kurdistan. Apabila Muslim Sunni menjadi minoriti, sudah tentu mereka tidak mempunyai undi mencukupi untuk menghantar wakil dalam Parlimen regim. Akibatnya, Muslim Sunni tidak akan mempunyai suara dalam polisi Iran. Jika didapati satu-satu kawasan itu masih bermajoriti Sunni, kerajaan akan menggunakan taktik menyuruh sebahagian penduduk berpindah ke kawasan majoriti Syiah, dan dengan cara ini Muslim Sunni tidak akan berpeluang menghantar wakil mereka ke parlimen. Di beberapa kawasan dalam Balushstan, Kurdistan, Khorasan dan bandar sempadan dengan Afghanistan, keseluruhan penduduk kampung dipaksa meninggalkan tanah mereka untuk berhijrah ke kawasan lain di Iran. Sebaliknya pula, puak-puak Syiah ditempatkan di kawasan-kawasan yang ditinggalkan tadi. Antara contoh kawasan majoriti Muslim Sunni yang tempatkan dengan penduduk Syiah adalah seperti di Sarbaz, Bahokalat dan Rask di Balushstan.

4) Meminoritikan Muslim Sunni melalui kawalan kadar kelahiran. Kebanyakan Muslim Sunni tinggal di luar bandar dengan kadar pertumbuhan populasi sekitar 13% berbanding 3% di bandar. Dengan mengenakan kawalan kelahiran ketat secara jelas akan membawa kepada kesan yang buruk kepada struktur sosial dalam satu-satu kawasan. Beberapa siri kempen pemandulan lelaki dan wanita dilancarkan oleh agensi-agensi kerajaan bagi membendung populasi Muslim Sunni.

5) Penguasaan puak Syiah dalam angkatan tentera memang jelas. Ketakutan mereka kepada Muslim Sunni tidak pernah pudar sekalipun ramai di kalangan golongan muda Muslim Sunni telah dikenakan hukuman penjara, siksaan dan hukuman mati atas pelbagai dakwaan yang samar. Sekalipun terpaksa merekrut Muslim Sunni sebagi tentera, mereka hanya akan ditempatkan di pejabat tanpa perlu membawa senjata. Dalam organisasi yang lebih penting seperti pengawal revolusi, tentera Sunni tidak dibenarkan langsung mengambil bahagian. Dalam kementerian penerangan pula, keadaan menjadi lebih teruk lagi kerana tiada seorang pun penjawat jawatan di kalangan Muslim Sunni. Perlu diingatkan bahawa ketua organisasi ini adalah Ali Fallahian (gambar) yang sangat dikehendaki oleh Interpol. Beliaulah di belakang pembunuhan ketua-ketua pembangkang di luar Negara.


Regim Syiah di Iran sedar yang ia akan menerima nasib yang sama seperti Soviet Union iaitu Negara yang multinasional dengan populasi dari latarbelakang agama berbeza. Oleh yang demikian, mereka perlu menyiapkan diri menghadapi sebarang bentuk perpecahan di masa depan. Sekalipun berdepan dengan pelbagai bentuk diskriminasi, penyiksaan, dan hukuman bunuh terutamanya di Baluchistan dan Kurdistan, pihak Syiah percaya golongan Muslim Sunni mampu bangkit untuk menentang kerana mereka memang terkenal sebagai pahlawan gagah berani lebih-lebih lagi kawasan yang diduduki mereka amat sesuai untuk gerakan memerangi diktator Syiah di Iran. Pelbagai usaha dibuat bagi mengekang kebangkitan Muslim Sunni termasuk melarang para pemimpin agama Sunni menyuarakan pandangan mereka dan menghalang mereka menyebarkan sebarang bentuk risalah.

Di awal revolusi Iran, pihak kerajaan telahpun memulakan usaha memerangi Sunni Muslim seperti yang dilakukan tentera Kristian dalam perang salib. Mereka menyebarkan propaganda dan kemudian memaksa mereka meninggalkan Sunni dan memeluk Syiah.

Pada waktu itulah pihak regim melakukan kerja-kerja ‘brain wash’ terhadap remaja-remaja Sunni. Antara kempen yang dilakukan oleh pihak regime adalah memperkenalkan perkahwinan sementara, iaitu “sigheh” yang turut disokong oleh bekas presiden Iran, Ali Akbar Hashemi Raftsenjani. Perkahwinan sementara atau Seigheh ini bertentangan dengan fahaman Muslim Sunni. Inilah salah satu cara memerangkap golongan remaja supaya memeluk Syiah.

Taktik lain yang digunakan pihak regim di wilayah tersebut ialah penginayaan dan penahanan tokoh-tokoh berpengaruh atas dakwaan yang meragukan. Telah berlaku banyak kes di mana ketua-ketua puak dijatuhi hukuman bunuh tetapi boleh dibebaskan dengan syarat ia mengahwinkan anak perempuannya dengan ulama Syiah. Dengan cara inilah, ulama Syiah tadi dapat masuk ke dalam populasi Sunni dan seterusnya mengembangkan fahaman mereka.

Dalam bidang pendidikan pula, tekanan yang dikenakan oleh regim keatas Sunni Muslim melalui bidang pengajian sejarah dan agama. Dalam pendidikan sejarah dan agama, semua angka dan fakta sejarah telah diubah. Keperibadian tokoh-tokoh terulung dalam sejarah Islam telah diaibkan supaya pemuda-pemudi Muslim Sunni hilang minat terhadap tokoh-tokoh tersebut, terutamanya bila ia berkaitan tentang pewaris Nabi Muhammad (SAW). Sebaliknya, tokoh-tokoh agama Syiah diagung-agungkan seolah-olah mereka datang dari syurga. Dengan cara ini, apabila tamat pengajian, pelajar-pelajar tadi akan lebih cenderung memahami keperibadian Syiah dan kitab-kitab mereka, berbanding fahaman Sunni itu sendiri.Ini satu contoh jelas bagaimana ‘brainwash’ dilakukan.


Masjid Diroboh

Selepas didesak beberapa kali oleh Molavi Abdel Aziz, seorang pemimpin agama Sunni di Baluchistan, sekeping tanah telah diperuntukkan untuk komuniti Sunni membina masjid namun kebenaran untuk membinanya masih belum diterima hingga ke hari ini. Perlu juga dinyatakan di sini, iaitu sewaktu permulaan revolusi di mana regime Iran belum lagi mempunyai kekuasaan penuh terhadap Negara, pihak Muslim Sunni Berjaya membina banyak masjid di kawasan-kawasan majoriti mereka. Malangnya pembinaan masjid baru telah menyebabkan pemimpin-pemimpin agama Sunni diinaya dengan dikenakan hukuman kerana kononnya bersekutu dengan “Wahabism”. Kes-kes begini telah menyebabkan masjid-masjid diruntuhkan atau disita oleh pihak regim. Yang peliknya dalam ibukota Tehran sendiri, di mana terdapat berpuluh gereja, kuil Hindu, dan tempat ibadat agama lain, tidak terdapat walaupun satu masjid untuk Muslim Sunni. Inilah bukti bahawa regim Syiah amat takutkan Muslim Sunni, seperti apa yang dikatakan oleh Molavi abdul Aziz bahawa “mereka malah tidak membenarkan kita membuka kedai kerana takut nanti mereka akan menjadi bankrap, sementara pembinaan masjid dan sekolah agama pula akan menganggu mereka”.


Selepas itu, banyak masjid dimusnahkan satu demi satu. Sememangnya regim Islam Iran adalah satu-satunya kerajaan yang berbangga kerana meruntuhkan masjid di negara sendiri. Berikut adalah beberapa buah masjid yang telah dimusnahkan oleh regim Syiah Iran.

1) Masjid Sunni di Ahwaz adalah masjid pertama diruntuhkan dan di atas tapaknya dibina pusat penerangan sebelum perang Iran-Iraq.

2) Masjid Torbate-Jam disita pada 1982 dan kemudian dijadikan berek tentera.

3) Masjid Negor dan sekolah agama di Balushistan (chahbahr) – Dirobohkan dengan bulldozer. Pihak regim menuduh pemimpinnya bersekutu dengan Wahabism.

4) Masjid Saleh Abad dan sekolah agama disita.

5) Sekolah agama di Tawalesh – pemimpinnya ditahan- disiksa dan dipenjarakan.

6) Masjid Hassanian di Shiraz – masjid ini pimpin oleh Dr. Mozafarian seorang pakar fizik. Masjid disita dan dijadikan panggung wayang.

7) Masjid Shaikh Faiz Mosque di Mashed -berusia 200 tahun. Arahan dikeluarkan sendiri oleh pemimpin kerohanian Syiah Iran, Khomeini. Selepas itu, berpuluh-puluh lagi masjid di Zahedan dan Kurdistan dimusnahkan.


Bunuh Pemimpin Sunni

Selagi mana pihak regim gagal ‘mensyiahkan’ bangsa Baluchis, Kurdis, Turk dan lain-lain Muslim Sunni, selagi itulah taktik-taktik kotor digunakan samada melalui penginayaan, hukuman penjara atau hukuman bunuh ke atas pemimpin-pemimpin Sunni.

Program pembersihan seperti ini adalah bertujuan untuk mewujudkan vakum di kawasan majority Sunni supaya mereka hidup tanpa pemimpin. Apabila ini tercapai, mudah bagi kerajaan mengembangkan kekuasaannya melalui radio, tv dan sumber-sumber lain. Perlu diingatkan di sini bahawa Khomeini berulangkali mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “kita musnahkan masjid-masjid Sunni tapi tiada reaksi apa-apa dari mereka, kita bunuh pemimpin mereka, juga tiada reaksi apa-apa dari mereka, oleh itu kita perlu rogol wanita mereka, kerana bagi mereka isu ini sangat sensitif, dan apabila mereka mula berprotes, barulah kita boleh hapuskan mereka”. Dalam perkara berkaitan, seorang ulama muda Syiah mengaku telah merogol 60 wanita Sunni, dan kemudian telah ditahan dan dibunuh oleh kumpulan Sunni di bawah pimpinan Hameed Narooei (yang kemudiannya diracun oleh agen regim).

Berikut adalah beberapa tokoh penting Muslim yang ditahan dan dibunuh:

20 September 2010 - Sunnionline
KURDISTAN: Beberapa hari lepas, pihak berkuasa Iran menahan Ulama Sunni, Shaikh Mullah Muhsen Husaini, imam dan khatib masyarakat Sunni di bandar Kamyaran dalam wilayah Kurdistan.
Menurut HRANA, sebuah pertubuhan aktif hak asasi manusia di Iran, beberapa hari lalu pihak berkuasa rahsia Iran di Kamyaran menahan ulama Sunni yang juga seorang hakim Mahkamah Keluarga Kamyaran, dan ditempatkan di penjara yang tidak diketahui. Dua minggu sebelum itu, Shaikh Husaini menyebut dalam khutbah Jumaat mengaitkan kerajaan mensabotaj usaha-usaha kearah perpaduan antara penganut Sunni dan Syiah. Ulama berkenaan telah beberapa kali ditahan sebelum ini kerana menyuarakan diskriminasi dan kemiskinan dalam kawasan masyarakat Kurdis.

TEHRAN: Abdolmalek Rigi yang digelar Umar Mukhtar kedua, ketua pemberontak kumpulan Sunni, Jundullah, yang melancarkan penentangan di wilayah Sistan-Baluchestan, digantung pagi Ahad lalu, lapor IRNA. “Selepas diputuskan dalam tribunal revolusi Tehran, Abdolmalek Rigi digantung pagi Ahad di penjara Ein Evin ,” kata IRNA.

Bahman Shakuri dari Tawalesh, sebuah bandar di bahagian barat Irana, dituduh kerana tidak mempercayai Imam 12 Syiah adalah nabi, dan dihukum bunuh pada 1988.

Shaikh Abdel Wahab Khafi dari Khorasan, dituduh bekerjasama dengan wahabism, akibatnya disiksa hingga mati pada 1990.

Dr. Ali Mozafarian seorang pemimpin agama Sunni Muslim dan seorang pakar bedah terkenal, telah disiksa dengan teruk dan akhirnya dihukum mati pada 1992 kerana tuduhan mempunyai hubungan dengan pergerakan wahabi.

Ayatollah Allameh Abu AlFazl Borqaie pemimpin agama Syiah terkenal sebelum revolusi, kemudiannya memeluk Sunni. Percubaan kali pertama untuk membunuhnya gagal. Kemudian ditahan dan dibuang daerah. Akhirnya meninggal pada 1992.

Allameh Ahmad Mofti Zadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Kurdis, menderita disiksa di penjara selama beberapa tahun sehingga membawa kematiannya pada 1993. Telah dibebaskan sebelum itu, tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan luar negeri.

Molavi Abdel Malek Mullazadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Baluchi. Moalvi Abdel Malek adalah anak sulung kepada pemimpin agama terulung di Baluchistan, terbunuh dalam serangan di Karachi oleh kumpulan pengganas Aid Mohamed Bamari yang didalangi regime Iran pada 1996. Kumpulan yang sama juga dipercayai terlibat dalam usaha menghapuskan pemimpin pembangkang Iran di Britain.

Molavi Abdel Naser Jamshid Zahi, dari Baluchista, Iran – seorang pensyarah di salah sebuah sekolah Islam Karachi terbunuh syahid bersama Movlavi Abdel Malek pada 1996 di Karachi.

Farouq Farsad dibunuh pada 1996 selepas dibuang daerah.

Molavi Qlandar Zahi dibunuh pada 1997.

Molla Mohammed Rabiei pemimpin agama Sunni Muslims di Kermanshah dibunuh oleh pihak perisikan Iran pada 1996. Beliau adalah penulis terkenal yang telah menghasilkan 40 buah buku dan artikel-artikel penting.

Dr. Ahmad Mirin salah seorang ulama terulung di Baluchstan dibunuh oleh pihak regime pada 1996 selepas ditahan di lapangan terbang Bandar Abbas.



SAH! Jutawan Wanita Yang Ditahan Di Mekah Adalah Isteri Ashaari Dan Lima Anaknya



SAH! Jutawan Wanita Yang Ditahan Di Mekah Adalah Isteri Ashaari Dan Lima Anaknya | Kuala Lumpur –  Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, yang ditahan di Makkah kelmarin kerana disyaki memimpin ajaran sesat dipercayai memiliki aset ratusan juta ringgit.

Hatijah bersama lima anaknya dan 84 rakyat Malaysia dan sembilan warga Indonesia ditahan dalam tiga operasi berasingan di Makkah kerana didakwa mengamalkan amalan meragukan, bidaah dan menjalankan aktiviti nasyid berunsur syirik.

Tinggal tanpa permit

Mereka juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen Arab Saudi, tinggal tanpa permit.

Kelmarin media tempatan negara itu, SABQ melaporkan kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia sejak Disember 2006.

Wanita berusia 52 tahun itu dan anak-anaknya tinggal di banglo mewah milik mereka yang dinamakan Istana Rasulullah Saidi Abuyya (RSA), manakala pengikutnya tinggal di chalet Nur Muhammad dan Mat’am Asaari, juga di kawasan mewah di Makkah.

Tujuh pemimpin yang turut ditahan bersama Hatijah ialah Hasnan Abd Hamid, Abd Rahman Said, Abd Rahman Ahmad, Johari Murad, Azri Mohd Yunus, Dr Hamzah Osman dan Inamullah Asaari.

Menurut sumber, semua mereka ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Jeddah, Arab Saudi bagi siasatan lanjut. Mengikut rekod, semua yang ditahan masuk ke Arab Saudi menggunakan pas lawatan sosial, yang sudah tamat tempoh. Bagaimanapun, pasport Hatijah masih aktif sehingga Oktober 2014.,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam.

BH difahamkan, tangkapan yang diketuai Mejar Turkey bin Mohamad As-Sowat dengan Imigresen Arab Saudi itu hasil maklumat awam berhubung kegiatan Hatijah, yang dipercayai mempengaruhi jemaah Umrah dan Haji dari Malaysia supaya menetap dan bekerja untuknya di Makkah.

Sumber itu berkata, kumpulan Hatijah ini memperoleh keuntungan hasil pelbagai rangkaian perniagaan pelancongan, ternakan, restoran, industri makanan dan pelbagai rangkaian yang beroperasi di lebih 20 negara, termasuk Jerman, London, Australia, Indonesia, Thailand dan negara lain di seluruh dunia.

Kekal pengaruh, rahsia selamat

“Modus operandi kumpulan ini lebih bertujuan mengekalkan dan menguatkan pengaruh sesama ahli bagi memastikan rahsia kegiatan kumpulan mereka selamat,” katanya.

Selain itu, sumber berkata, di negara ini kumpulan itu mempunyai lebih 3,000 pengikut di tujuh lokasi, yang beribu pejabat di Makkah.

Tujuh lokasi itu dikenal pasti di Sungai Penchala, Bandar Country Homes, Selangor; Batu Hampar, Perak; Kampung Pilin, Negeri Sembilan; Kampung Pochan, Kedah; Rompin, Pahang dan Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay mengesahkan penahanan terbabit, bagaimanapun berkata, jumlah sebenar penahanan dan pertuduhan hanya akan diketahui pada hari ini kerana semalam adalah cuti hujung minggu di Arab Saudi. (Berita Harian) via Mynewshub

Kesian : Enggan jadi pelacur, wanita ini diseksa oleh keluarga suami

on Friday, March 29, 2013



Kesian : Enggan jadi pelacur, wanita ini diseksa oleh keluarga suami | Seorang gadis remaja Afghanistan secara brutal disiksa, dipukul dan terkunci di toilet oleh keluarga suaminya selama lima bulan setelah ia menolak untuk menjadi pelacur, itu muncul hari ini.

Sahar Gul, 15, berada dalam keaadan kritikal ketika dia diselamatkan dari sebuah rumah di utara provinsi Baghlan minggu lalu, setelah jirannya melaporkan mendengar Nona Gul menangis dan mengerang kesakitan.
Menurut polis di Baghlan, mertuanya mengeluarkan kuku dan rambut, dan menguncinya di bilik mandi ruang bawah tanah yang gelap selama sekitar lima bulan, dengan makanan dan air hanya cukup untuk bertahan hidup.

Keluarga suaminya juga membakar remaja itu dengan rokok dan memotong keluar potongan daging dengan players.

Meskipun hampir tidak dapat berkata, Miss Gul berhasil untuk memberitahu media tentang cubaan yang mengerikan.
“Selama beberapa bulan aku dikurung di toilet dengan saya di-hukum dan khususnya ibu mertua saya,” katanya

anak 15 tahun ini, dipukul dan disundut dengan rokok setelah terkunci di toilet selama lima bulan. Polis mengatakan remaja mertua juga mengeluarkan kuku dan rambut dan menguncinya dengan makanan yang hampir tidak cukup dan air untuk bertahan hidup.







Gadis ibu mertua dan adik ipar kedua ditahan namun polis memburu adalah pada untuk suami dan ayah mertuanya Nona Gul tercakup dalam bekas luka dan memar, dengan satu mata masih bengkak ditutup enam hari setelah menyelamatkannya.

Dia dirawat di sebuah hospital pemerintah di Kabul, tapi dia mungkin harus dikirim ke India, kata dokter.
“Ini adalah salah satu kesterburuk dari kekerasan terhadap perempuan Afghanistan. Para pelaku harus dihukum sehingga orang lain belajar pelajaran, ”kata menteri kesehatan Suraya Dalil wartawan setelah mengunjungi Nona Gul hari ini dengan menteri urusan perempuan.

Mohammad Zia, seorang pejabat polis senior di Baghlan, yang membantu untuk menyelamatkan gadis itu, kata Miss Gul ibu mertua dan adik ipar telah ditahan, namun suami dan ayah mertuanya telah melarikan diri.

Meskipun kemajuan dalam hak-hak perempuan dan kebebasan sejak jatuhnya Taliban 10 tahun yang lalu, perempuan di seluruh negeri masih beresiko penculikan, pernikahan perkosaan, paksa dan diperdagangkan sebagai komoditi


Namun akan sukar bagi perempuan untuk menghindari situasi kekerasan di rumah, kerana tekanan sosial dan kadang-kadang hukum besar untuk tinggal dalam pernikahan.

Melarikan diri dari suaminya yang suka atau kawin paksa dianggap ’kejahatan moral,’ perempuan yang saat ini dipenjara di Afghanistan.Beberapa mangsa pemerkosaan juga telah dipenjara, karena seks di luar pernikahan, bahkan ketika perempuan dipaksa, dianggap perzinahan, yang lain ’kejahatan moral. ”



Big Liar!!! ... Media Filipina The Philiphines Inquirer Memang Pembohong


Big Liar!!! ... Media Filipina The Philiphines Inquirer Memang Pembohong | Apa Motif Media Filipina Berbohong?

The Philippines Inquirer sejak beberapa minggu lalu menyiarkan laporan kononnya pihak keselamatan Malaysia telah bertindak kejam terhadap warga Filipina yang melarikan diri dari Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak apabila keganasan tercetus berikutan pencerobohan puak Sulu di Sabah.

Media tersebut turut memetik kenyataan beberapa pelarian yang menceritakan kononnya mereka telah diheret keluar rumah, ditendang dan dipukul oleh pihak keselamatan Malaysia. Kononnya juga, mereka telah dipaksa berlari sepantas mungkin atau mereka akan ditembak. Menurut laporan tersebut lagi, kononnya mereka yang mempunyai dokumen yang sah, termasuk MyKad juga turut menerima nasib yang sama, malah ada yang ditembak.

Sebagai rakyat Malaysia, atau warga luar yang pernah tinggal di Malaysia atau mereka benar-benar mengenali Malaysia, pasti tahu bahawa apa yang dilaporkan tersebut adalah fitnah belaka. Sifat kejam dan ganas bukanlah sifat rakyat Malaysia. Manakala pihak keselamatan negara pula telah diiktiraf antara terbaik di dunia,
iaitu professional, dedikasi dan prihatin. Malaysia sudah terkenal sebagai negara pengaman, bukan pengganas.

Bukan sekali Malaysia membantu dalam usaha keamanan di negara-negara lain yang berkrisis, malah berkali-kali sejak dahulu sehingga kini. Oleh itu, fitnah yang dilaporkan oleh media Filipina ini membuktikan apa yang kita syaki selama ini iaitu terdapatnya agenda yang lebih besar selain ‘merampas’ Sabah. Apatah lagi, apabila cerita-cerita kekejaman pihak keselamatan Malaysia ini pantas mendapat respon dari Human Rights Watch dan PBB.

Kepantasan kedua-dua pihak ini memberi maklumbalas amatlah ‘mengkagumkan’ memandangkan mereka masih belum berbuat apa-apa mengenai nasib Palestine, Rohingya mahupun Syria yang terbukti jauh lebih dahsyat. Namun, apa yang nak dihairankan dengan ‘minat’ Human Rights Watch dalam isu mengenai Malaysia
memandangkan organisasi itu telah lama mengambil sikap ‘tidak mesra’ dengan Malaysia dan secara terbuka membela orang2 tertentu atas alasan homoseksual merupakan hak asasi manusia.

PBB juga seperti yang diketahui hanyalah satu lagi organisasi yang sering ‘terpaksa’ menurut perintah kuasa besar yang didalangi Zionis. Jika tidak, tidak mungkin nasib Rohingya akan begitu buruk dan tidak mungkin Palestine masih menderita.

Kita sedia maklum kini bahawa tujuan musuh-musuh negara dan musuh Islam itu adalah untuk memastikan negara menjadi lemah dengan berlakunya pencerobohan dan keganasan. Dengan memahami motif di sebalik fitnah yang dilaporkan oleh Philippines Inquirer, maka rakyat Malaysia wajib berdiri teguh di belakang
kerajaan dan bukannya berpecah belah demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara ini.

Ketahuilah bahawa perancangan musuh hanya akan berjaya sepenuhnya jika kita turut membantu mereka dengan berpecah belah sesama sendiri sepertimana yang berlaku di negara-negara Arab. Namun, jika kita bersatu, memberi mandat yang kukuh kepada kerajaan, maka InsyaAllah, segala rancangan jahat mereka akan gagal sama sekali. Bersatu kita teguh, bercerai…maka kita bakal kehilangan nikmat yang dinikmati hari
ini.


sumber : VAT69 - perjuangan semalam

Polis Bogelkan Wanita Tak Bersalah



Polis Bogelkan Wanita Tak Bersalah | OTTAWA, Kanada : Satu klip video menunjukkan seorang wanita yang tidak bersalah dipukul manakala beberapa anggota polis menanggalkan pakaiannya secara paksa, lapor sebuah akhbar semalam.

Baju dan coli wanita itu, Stacy Bonds, 27, digunting oleh seorang anggota polis di sebuah balai polis di sini. Beberapa rakan setugasnya hanya memerhatikan perbuatannya.

Bonds yang merupakan jurusolek artis kemudiannya ditinggalkan dalam keadaan separuh bogel di dalam penjara selama tiga jam.

Wanita itu yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah ditangkap pada September 2008 di sini kerana mabuk di tempat awam.

Namun, klip video itu disebarkan kepada umum termasuk di laman YouTube selepas seorang hakim menggugurkan semua dakwaan terhadap Bonds.

Ekoran pendedahan klip tersebut, beberapa pihak di Kanada mendesak supaya dasar-dasar menahan orang yang tidak bersalah oleh polis dikaji semula.

Hakim Richard Lajoie membuat keputusan pada bulan lalu bahawa cara Bonds ditahan dan diperiksa merupakan satu pelanggaran hak-hak asasi di bawah Piagam Hak dan Kebebasan Kanada.

Menurutnya, Bond yang mabuk didapati tidak mencederakan orang lain dan polis tidak mempunyai asas untuk menahannya. – Agensi

Subhanallah! Lelaki Ini Ampuni Pembunuh Anaknya Jika Berjaya Hafal Al Quran

on Tuesday, March 26, 2013



Subhanallah! Lelaki Ini Ampuni Pembunuh Anaknya Jika Berjaya Hafal Al Quran | Rabia al-Dousari boleh jadi termasuk dalam golongan lelaki yang sangat pemaaf. Dia berjanji bakal memaafkan kesalahan Faisal al-Amiri, yang terbukti bersalah membunuh anak lelakinya bernama Abdullah.

Namun janji tersebut bersyarat, dimana Faisal akan dibebaskan dari hukuman penjara sekaligus terlepas hukuman mati jika berjaya menghafal Alquran, seperti dipetik daripada stesen televisyen Al ArabiyaFaisal al-Amiri mencium kening Rabi al-Dousari, iaitu ayah kepada Abdullah.

Perbicaraan di daerah sebelah timur Arab Saudi itu telah memutuskan Faisal bersalah membunuh Abdullah dalam sebuah pergaduhan. Sesuai syariat Islam yang diamalkan di negara itu, Faisal dihukum mati. Pelaksanaan hukuman mati dilakukan dengan cara dipancung kepalanya.

Tetapi, Faisal boleh bebas dari semua hukuman itu sekiranya keluarga Abdullah mahu memberikan keampunan. Mahkamah Tinggi di situ mendorong agar Dousari  memaafkan kesalahan Faisal.

Dousari menolak wang pengganti darah anaknya. Dia hanya memberikan syarat supaya Faisal menghafal kitab suci umat Islam itu.

Dousari barangkali yakin Faisal tidak akan mengulangi dosa itu lagi bahkan berubah menjadi soleh setelah menghafal Alquran.-halimislam

Ulama Gesa Amina Direjam Sampai Mati

on Sunday, March 24, 2013



Ulama Gesa Amina Direjam Sampai Mati | Tunisia – Seorang ulama di Tunisia menggesa agar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, Amina yang bergambar bogel dalam Facebook dikuarantin dan direjam dengan batu bagi mengelakkan perbuatan berkenaan menjadi `wabak’.

Alami Adel, yang mengetuai Suruhanjaya Mencegah Maksiat berkata, berdasarkan hukum Islam, Amina perlu dirotan sebanyak 80 hingga 100 kali.

Namun disebabkan kesalahan yang dilakukan adalah serius maka dia perlu direjam sampai mati.

“Dia seperti seseorang yang sakit,’’ katanya.

Amina yang juga anggota kumpulan FEMEN, iaitu pergerakan aktivis wanita telah memuat naik gambarnya yang mendedahkan payu dara sambil menghisap rokok.

Pada badannya ditulis perkataan Arab bermaksud `Badan saya milik saya’.

Dia sebelum itu telah dihantar oleh ibu bapanya ke hospital psikiatrik di Tunis.

Menurut media Tunisia, sabit kesalahan, Amina boleh dihukum penjara hingga dua tahun dan didenda antara $60 hingga $600 dolar.

Tindakan Amina yang tidak bermoral itu telah dikecam banyak pihak malah ada yang mengancam akan membunuhnya.

Dalam pada itu, Khamis lalu, Facebook FEMEN telah digodam dengan gambar-gambar tidak senonoh itu telah digantikan dengan ayat-ayat Al-Quran.

“Syukur pada ALLAH kerana kami berjaya menggodam laman web tidak bermoral ini. Lebih banyak yang akan menyusul,’’ itu mesej yang diletakkan oleh penggodam dikenali sebagai `al-Angour’.

FEMEN merupakan sebuah pertubuhan yang berpengkalan di Ukraine dan ia menghimpunkan wanita untuk melakukan protes dalam keadaan bogel dengan alasan memperjuangkan hak-hak wanita.


Harta Zuckerberg Dijangka Berjumlah RM54b

on Sunday, May 6, 2012

Mark Zuckerberg Harta Zuckerberg Dijangka Berjumlah RM54b

Harta Zuckerberg Dijangka Berjumlah RM54b


SAN FRANCISCO – Mark Zuckerberg akan menjadi antara orang paling kaya di dunia dengan harta berjumlah RM54 bilion apabila saham Facebook diapungkan di pasaran saham 18 Mei ini.

Pengasas laman sosial berusia 27 tahun itu akan bernilai lebih tinggi berbanding pesaing teknologi lain, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Balmer yang berusia 56 tahun, dua kali ganda usia Zuckerberg, menurut dokumen yang difailkan oleh Facebook pada pihak berkuasa kewangan Amerika Syarikat.
Beliau juga akan lebih kaya daripada Michael Dell, 47, dan bilionair keluli Russia, Vladimir Lisin, 55.

Zuckerberg yang akan memegang jawatan CEO juga akan mengekalkan kira-kira 58 peratus kuasa mengundi syarikat.

Saham Facebook ditetapkan antara RM84 hingga RM105 untuk diapungkan membolehkan syarikat itu dinilaikan pada RM238 bilion, pengapungan tertinggi dalam sejarah Silicon Valley.

Pelabur dijangka berebut untuk mendapatkan saham itu, walaupun sebahagian mereka menyuarakan kebimbangan mengenai pertumbuhan jangka panjang rangkaian sosial berkenaan Sambutan terhadap saham Facebook dijangka tinggi bukan setakat kerana jumlah wang yang akan dihasilkan tetapi ia sendiri adalah amat popular.

Rangkaian sosial online itu mempunyai 900 juta pengguna di seluruh dunia. – DM

Whitney lemas dalam bilik mandi

on Tuesday, February 14, 2012

WHITNEY bersama bekas suaminya, Bobby Brown, dan anak perempuan mereka Bobbi, di Disneyland pada Ogos 2004.
WHITNEY bersama bekas suaminya, Bobby Brown, dan anak perempuan mereka Bobbi, di Disneyland pada Ogos 2004.
LOS ANGELES: Penyanyi dan pelakon legenda, Whitney Houston, mati dalam bilik hotel disewanya selepas sekian lama bergelut dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol, semalam.
Berusia 48 tahun, Whitney ditemui lemas dalam tab mandi oleh pengawal peribadinya.

Menurut sumber, turut ditemui di bilik hotel itu, beberapa botol mengandungi ubat.

Katanya, paramedik berusaha menyedarkan penyanyi terbabit tetapi dia akhirnya disahkan mati pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam.

Anak perempuan Whitney, Bobbi Kristina, 19, dilaporkan menjerit-jerit dan bertengkar dengan polis yang enggan membenarkannya masuk ke Hotel Beverly Hilton untuk melihat mayat ibunya.

Rakan sepupu Whitney, Dionne Warwick, yang turut bergegas ke hotel itu berkata, Bobbi “tidak dapat dipujuk” sesiapa.
Setakat ini, punca kematian Whitney belum diketahui.

Sumber berkata, tiada ubat larangan ditemui di suite tingkat empat hotel berkenaan, tetapi petang kelmarin, Whitney dilihat berfoya-foya berlebihan, selain mabuk dan berborak dengan kuat di lobi.
Ketika mayat penyanyi itu diusung ke ambulans, beberapa ela dari situ, sejumlah selebriti, termasuk Britney Spears dan Kim Kardashian mengambil bahagian dalam majlis parti menjelang Anugerah Grammy di hotel sama.

Whitney sepatutnya hadir di majlis yang dianjurkan mentornya, Clive Davis.

Suasana parti itu bertukar apabila Davis memberikan penghormatan kepada Whitney sebelum berkata: “Tuan-tuan dan puan-puan, mari kita mulakan muzik.” Selebriti turut memberi penghormatan kepada Whitney sepanjang malam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutig Grammy, Neil Portnow, berkata majlis itu sama sekali tidak akan dibatalkan.

Menganggap Whitney sebagai rakan, Portnow berkata, Jennifer Hudson akan mengadakan persembahan di majlis anugerah itu hari ini untuk memperingati penyanyi terbabit.

Berita kematian Whitney mendorong ramai tokoh terkenal turut memberi penghargaan terhadap penyanyi yang terkenal itu.

Menurut Simon Cowell, Whitney adalah “diva sebenar” dan seorang daripada penyanyi memiliki suara terhebat pernah didengarnya.

Rihanna pula berkata, dia menangis apabila mendapat tahu kematian Whitney, manakala Mariah Carey terlalu sedih kerana kehilangan seorang kawan.

Mitch Winehouse, bapa Amy Winehouse - penyanyi yang mati akibat ketagihan dadah tahun lalu - berkata muzik Whitney dan anaknya akan kekal selamanya.

Sumber tidak disahkan berkata, Whitney ditemui bersendirian dalam tab mandi dan mungkin mati akibat lemas.

Jurucakap polis mengesahkan, mereka menerima panggilan dari hotel itu pada jam 3.43 petang dan tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian. - DM