Gambar Awi Rafael bertatu dan peluk wanita - Penyebaran beberapa keping gambar penyanyi terkenal, Awi Rafael sedang memeluk wanita dan memakai tatu di laman maya cukup membuatkan empunya diri sedar kesilapan seumpama itu. Menerusi laman myartis, Awi Rafael, 26, memberitahu sudah melakukan proses untuk membuang tatu berkenaan menerusi rawatan islam. Bagaimanapun, beliau mengakui proses pembuangan tatu itu memerlukan kos yang tinggi dan memakan masa yang cukup lama. "Proses berkenaan telah dilakukan sejak setahun lalu sebelum gambar saya bertatu tersebar di Internet baru-baru ini. Saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam." "Alhamdulillahlah, sokongan mereka (peminat) membuatkan saya ingin terus memperbaiki diri dan mempelajari bahawa jika kita buat sesuatu kesilapan kita harus mengakuinya dan belajar daripadanya." "Siapa sangka apabila kita ditimpa musibah, rupa-rupanya ia turut disulami dengan perkara baik dan rezeki. Saya sangat bersyukur." Menurut Awi, sejak kontroversi penyebaran gambar-gambarnya itu, dia kini semakin banyak menerima undangan untuk mengadakan persembahan. Bagi admin, segala perkara buruk berlaku ke atas diri kita memang ada hikmah di sebaliknya. Yang buruk itu ada baiknya juga, tak gitu? Apapun, mari layan beberapa keping gambar Awi Rafael yang dikritik hebat peminat dan masyarakat. |
Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts
Home > Posts filed under Artis Malaysia
Panas! Gambar Awi Rafael bertatu dan peluk wanita, kini sudah taubat..!
Posted by TerbaikLaH on Saturday, July 27, 2013 at 5:40 PM
Hot! Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim sah bertunang..!
Posted by TerbaikLaH at 5:43 AM
Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim sah bertunang - Dalam diam, pasangan selebriti popular Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim sudah pun mengikat tali pertunangan pada awal bulan Julai 2013. Berita gembira ini disahkan sendiri oleh Pekin menerusi media hiburan. Hari ini, Pekin sendiri tampil membuat penjelasan di media hiburan selepas tersebarnya gosip liar yang mendakwa dia dan Uqasha Senrose tidak lagi bersama dan dikatakan putus cinta. "Mungkin juga orang ingat kami dah putus sebab kami ada delete gambar di Instagram sebab gambar tu menunjukkan seperti suasana merisik. Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini." |
Kesian! Betty diserang mertua kerana berpuasa?
Posted by TerbaikLaH at 5:42 AM
Disaat ini Betty Benafe dan suaminya, Bruce Darghous sedang melalui detik cukup bahagia dalam melayari rumah tangga mereka. Lebih-lebih lagi aktres dan penyanyi kacukan Melayu-Arab ini bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Bagaimanapun Betty mendedahkan baru-baru ini dia dimarahi oleh temannya, pelakon dan pengacara Yasmin Hani. Lebih malang, Betty yang kini hamil anak sulung telah diserang ibu mertuanya. Apa kes? "Sebenarnya masa tiga bulan pertama hamil, saya memang sangat lemah. Asyik tidur dan murung saja. Tiada selera makan. Berat badan saya turun 4 kg. Tapi Alhmdulillah bila usia kandungan saya cecah empat bulan, saya mula ada tenaga dan aktif macam sewaktu anak dara dulu. Baru ada selera makan. "Jadi bila dah ada tenaga, 1 Ramadan lalu saya berpuasa. Walaupun ibu mertua saya dah bagi amaran awal-awal supaya tak perlu puasa tapi saya puasa juga. Sebab saya fikir kalau tak puasa, nanti susah nak ganti semula. "Hari kedua puasa, ibu mertua saya datang serang saya di rumah. Dia kata, kalau mengandung tak diwajibkan puasa. Tak perlu ganti pun tapi boleh bayar fidyah. Saya baru tahu tentang itu jadi saya tak puasa. Memang sepanjang saya berpuasa tu pun, saya berasa sangat dahaga yang luarbiasa dan cepat lapar", kata Betty Benafe kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui pada majlis berbuka Puasa Universal Music Malaysia dan Rumpun di Restoran Warisan, Dataran Merdeka semalam. Pemilik nama sebenar Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe ini bernikah dengan Bruce Darghous yang berdarah kacukan England dan Lebanon pada 8 Disember 2012. Tak cukup 'diserang' ibu mertuanya, Betty juga mendedahkan dia teruk dimarahi oleh Yasmin Hani (Hani). Ini kerana pada peringkat awal kehamilannya hingga mencecah tiga bulan dia tidak mengambil vitamin kesihatan. Sehinggalah dia bertanyakan kepada Hani mengenai makanan kesihatan yang diamalkan oleh temannya itu. "Hani hamil sebulan awal dari saya. Memamg masa tiga bulan tu saya tak bagi tahu sesiapa sebab ikut pesan orang tua-tua. Lagipun saya takut tak 'menjadi'. Tapi lepas tu saya ada tanya pada Hani, dia ambil vitamin apa? Hani terkejut bila dapat tahu yang saya mengandung. Dia mengamuk sebab saya tak ambil apa-apa vitamin. "Hani cadangkan saya ambil vitamin, buat senaman yoga juga berenang. Pembaca berita TV3, Azwaliza Azman pun ada nasihatkan saya untuk ambil makan kesihatan. Saya banyak rujuk pada teman-teman yang berpengalaman sebab maklum lah anak sulung dan saya tak ada banyak pengetahuan tentang kehamilan", katanya. Begitu pun Betty merahsiakan jantina bakal anak sulungnya itu kerana dia mahu mengumumkannya sewaktu kemunculan bersama Yasmin Hani menerusi sebuah program khas tentang ibu hamil, tidak lama lagi. Betty dan suaminya Bruce Darghous.Betty dan suaminya Bruce Darghous. Dalam pada itu Betty turut berkongsi mengenai gelagat suaminya yang nyata begitu teruja bakal bergelar ayah. Beritahu Betty, sejak kebelakangan ini Darghous cukup mengambil berat tentang dirinya. "Dia ekstra teruja! Dia layan saya sepenuh kasih sayang. Semasa jerebu hari tu, dia langsung tak bagi saya keluar rumah, dia suruh saya duduk dalam bilik saja", ujarnya. Meskipun berbadan dua, Betty tetap aktif dan kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama. Malah dia baru selesai menjalani penggambaran sebuah telemovie untuk saluran Suria TV. Selain itu dia baru saja mereleasekan single berjudul Tak Sengaja. "Selagi saya kuat, saya akan bekerja. Lagipun saya dah biasa bekerja dan memang tak boleh duduk diam. Suami saya okay, dia tidak letakkan had. Cuma dia selalu ingaatkan saya yang saya sekarang sedang hamil. Sebab, kadang-kadang kerana asyik bekerja, saya terlupa saya ni hamil", katanya yang dijangka bersalin sekitar pertengahan Disember depan. kredit |
Bapa Farah Diana mengamuk anak perempuannya dituduh mencuri..!
Posted by TerbaikLaH at 5:38 AM
Anuar yang dihubungi Sinar Harian, menyatakan kekesalannya dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memburukkan anak perempuannya itu dan berharap agar tuduhan berkenaan segera dihentikan. "Sepanjang saya membesarkan Farah, dia bukanlah orang yang sebegitu (pencuri) kerana keperibadiannya cukup baik dan bersih daripada sebarang masalah." "Saya tak sangka perkara sebegini boleh timbul dan ada pihak yang cuba mengaitkannya. Sebagai bapa, saya sangat terkilan dan kesal." "Saya berharap agar tuduhan liar ini segera dihentikan demi menjaga nama baik kami sekeluarga. Ianya sangat memalukan!" |