Showing posts with label Berita Dalam Dan Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Berita Dalam Dan Luar Negara. Show all posts

Bayi 14 Bulan Maut Didalam Baldi.

on Wednesday, May 22, 2013


Kuantan: Hanya kira-kira dua minit meninggalkan anak untuk menelefon suami, seorang wanita sesal seumur hidup apabila anak bongsunya berusia 14 bulan maut akibat lemas dalam baldi di rumahnya di Taman Putra Putri, Permatang Badak, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Mohamad Bilal Mohd Zawawi ditemui ibunya, Surianti Zahari, 34, dalam keadaan tertonggeng dengan kepalanya berada dalam baldi berisi air manakala kakinya ke atas dalam bilik air di bilik tidur utama.

Sebelum itu, Surianti meninggalkan Mohamad Bilal bersama seorang lagi anaknya, Nur Arina Damia dan anak saudaranya dikenali sebagai Shira, masing-masing berusia lima tahun manakala anak sulung pasangan itu, Mohamad Eusoff, 8, mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) di Jaya Gading.

Suami wanita itu, Mohd Zawawi Husain, 34, berkata, isterinya yang juga guru sebelum itu baru pulang dari sekolah dan masuk ke bilik tidur rumah sewa mereka bersama tiga kanak-kanak terbabit.

Mohd Zawawi yang juga pegawai bank di Kemaman, Terengganu, berkata, Surianti kemudian menghubunginya untuk berbincang mengenai hasrat mereka membeli rumah.

Zalimnya Kakitangan Air Asia di Vietnam - Derita Ibu Berakhir Dengan Bantuan MAS.

on Tuesday, May 21, 2013



KUALA LUMPUR - Kisah seorang ibu malang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat Air Asia   untuk pulang ke Malaysia kerana anaknya disyaki demam campak berakhir apabila Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah mengambil tindakan yang sangat-sangat berhati perut apabila membawa mereka kembali ketanah air.

duit hasil kutipan derma kilat rakyat Malaysia semasa di airport
Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) menjelaskan bahawa pihaknya telah membawa pulang Izan Suhaila Mohd. Ali dan bayinya, Maryam Sofea Mohd. Reza dari Vietnam ke Malaysia setelah mendapati bayi itu sihat dan boleh menaiki pesawat.

inilah kakitangan Air Asia yang tidak berhati perut......... 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, pihaknya telah membawa Maryam Sofea, 14 bulan, ke sebuah klinik tempatan pada hari Ahad lalu dan bayi itu disahkan sihat.


Tengoklah betapa biadapnya komen anak buah Tony Fernandez yang bernama Her Unglaubliche
Jelasnya, bayi berkenaan sudah sembuh dan parut di badan bayi tersebut hanyalah kuping kering serta tidak berisiko untuk menjangkiti orang lain.

"Sehubungan itu, kakitangan kami telah mengambil segala langkah yang perlu bagi membantu ibu dan anak berkenaan untuk pulang ke tanah air menerusi penerbangan MH759 yang berlepas dari Bandar Ho Chin Minh pada pukul 4.40 petang kelmarin (Ahad)," katanya.

Syarikat penerbangan seperti inike yang perlu kita sokong, yang langsung tidak berhati perut, bayangkan jika pelancong asing yang mengalami masalah seperti itu, adakah mereka di Air Asia akan melayan mereka seperti apa yang dialami oleh ibu malang ini, saya rasa sudah tentu tidak.

Bapa Yang Takde Hati Perut, Terajang Anak Macam Bola (Video).



Belum reda lagi dengan isu amah yang mendera seorang bayi dengan cara melambung, kita tersebar pula sebuah video yang memaparkan aksi ngeri. Aksi ngeri ini bukanlah melibatkan pergaduhan, tetapi tentang sikap seorang bapa yang sedang menerajang anak kecil secara bertalu-talu. Kejadian ini telah berjaya dirakamkan kerana ia berlaku di depan khalayak umum.

Entahla nak kata bersyukur ke tidak, tapi kejadian ini tidak berlaku di Malaysia.

Ia dipercayai berlaku di China.

Namun, sebagai manusia dan seorang bapa, penulis tidak sanggup melihat apa yang lelaki dalam klip ni buat kepada seorang kanak-kanak yang mungkin anaknya tidak kira di mana pun ia berlaku.

Apakah nasib budak tu kan? Kalau macam ni punya gaya layanan, entah dia sempat nak membesar tengok dunia atau, budak tu jalan pun tak larat mungkin sebab dah didera berkali-kali sebelum itu atau terlalu penat.

Kalau hendak kata mendidik anak pun, bukan begitulah caranya, harap kerajaan China mengesan lelaki dalam klip di bawah dan mengambil tindakan.

Cara perempuan baju pink itu yang mencubit telingga tu dan mengheretnya pun tak kurang sengal jugak.

Jom Tonton Video Ini


Kulat Gergasi Ditemui Di Tumpat Kelantan.

on Sunday, May 19, 2013


Apa yang anda lihat ini bukanlah spesis bunga terbesar dunia seperti Raflesia, tetapi sejenis kulat Gano yang ditemui dalam fizikal yang besar. Spesis kulat gergasi ini merupakan satu penemuan yang dianggap pelik. Ia sangat besar lebih daripada biasa. Kulat Gano ini telah ditemui di Tumpat Kelantan dan dipercayai mampu menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam kita tidak boleh bergantung kepadanya bimbang jatuh kepada syirik, kerana hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa di alam ini.

Kemunculan kulat gergasi yang menyerupai spesies kulat gano di Kampung Kok Pasir di sini, menjadi tumpuan orang ramai. Kulat berwarna hitam seberat 8.6 kilogram itu ditemui Azizah Hamid, 56, di sebuah kolam di tepi rumahnya pada 15 November lalu.

Sejak tersebar penemuan kulat tersebut, rumah Azizah tidak putus dikunjungi orang ramai yang datang untuk melihat secara dekat kulat gergasi itu.Malah, kedatangan mereka juga adalah untuk untuk mendapatkan air dari kulat tersebut yang dikatakan mengeluarkan air jernih dan berkilau selepas direndam dalam air semalaman serta mampu mengubat penyakit.

Azizah berkata, dia menemui kulat gergasi itu pada 1 Muharam (15 November), tumbuh subur di batang pokok sagu yang dibuang ke dalam kolam selepas ditebang tiga tahun lalu, “Sebelum kulat ini muncul, ada buih dalam kolam tersebut dan saya sangkakan ada kura-kura, “Saya ambil kayu lalu menjoloknya ke dalam kolam, tetapi tiada apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia berusaha mencabut kulat yang melekat di batang pokok sagu itu, tetapi tidak berhasil, Azizah berkata, disebabkan kulat itu besar dan berat, dia terpaksa meminta bantuan suami, Nawi Mahmod, 63, untuk mencabutnya dan membawanya ke rumah.

“Saya terpaksa gunakan kereta sorong mengangkutnya untuk dibawa masuk ke dalam rumah,” katanya yang mempunyai sembilan anak.

Menurutnya, sejak kulat itu muncul, ia membawa rezeki kepadanya kerana orang ramai sentiasa datang untuk melihat dan mengambil air penawar.
“Selepas beberapa minggu, saya dapati kulat ini hidup kerana ada kelopak baru tumbuh dan saya percaya, ia adalah spesies kulat gano yang mampu merawat pelbagai penyakit,” katanya.

Azizah berkata, ibunya, Rokiah Idris, 80, yang tidak dapat berjalan akibat serangan strok minggu lalu, dipercayai pulih selepas beberapa kali meminum air rendaman kulat tersebut.

Wanita 57 Tahun Perompak Kubur.

on Tuesday, May 14, 2013

Debra Farinella 


Polis di St. Cloud, Florida telah menahan seorang wanita, Debra Farinella yang dikenali sebagai “Perompak Kubur” apabila menjumpai 150 pelbagai jenis barangan yang digunakan untuk menghias rumahnya.







Patung-patung, lampu dan banyak barangan lagi yang dicurinya di Tanah Perkuburan Mount Peace di St. Cloud, Florida.

Debra Farinella telah berjaya ditangkap hasil daripada maklumat orang ramai melalui pengecaman nombor pendaftaran keretanya.

Penumpang Keretapi Bawah Tanah Yang Paling Teruk Dan Menjijikan.


Jika anda hendak menyaksikan pemandangan yang hodoh dan menjijikan anda boleh menaiki keretapi bawah tanah diStesyen Big Apple di Bandaraya New York.

Jom tengok gambar-gambar dibawah ini...............























Kalau Dah Pencuri, Kereta Polis Pun Nak Dirembatnya.

James Milsom, 21 telah dirakam gambarnya semasa sedang  beraksi............ action!!!
Bristol - Sesetengah orang tidak pernah belajar daripada kesilapan, pencuri James Milsom, 21, telah dirakam semasa sedang memecah kereta anggota polis yang sedang menyamar buat kali ketiga didalam masa 4 bulan. Pihak polis mengecam wajah lelaki tersebut sebab sebelum ini telah 2 kali merakam wajahnya semasa sedang melakukan kegiatan tersebut.


Pihak polis kerap menggunakan kereta tanpa tanda untuk memerangkap penjenayah dimana kereta tersebut dilengkapi dengan kamera kecil dan diletakkan dengan barang-barang yang boleh menarik perhatian pencuri seperti GPRS, beg tangan, stereo dan telefon bimbit.

‘Emak saya terhebat’.

on Monday, May 13, 2013


Kota Bharu: Kudung kedua-dua kaki dan tangan tidak melemahkan semangat seorang wanita yang gigih menggunakan sepenuh kudrat untuk membesarkan tiga anaknya seperti ibu normal yang lain.


Zabedah Setapa, 43, dari Kampung Membatu, Ketereh yang cacat sejak lahir, selayaknya diberi penghormatan istimewa sempena Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia, semalam.

Wanita itu hanya mampu mengengsot untuk bergerak, namun dia amat cekap melakukan pelbagai kerja rumah seperti memasak, membasuh dan menjahit.

Dia yang mengahwini lelaki normal, Badrul Hussin, 39, sejak 14 tahun lalu dikurniakan tiga anak iaitu Mohd Imran, 13, Mohd Adam, 10, dan Nor Farah, 6, dan semuanya berfizikal normal.

Zabedah berkata, dia tidak pernah berasa rendah diri dengan kekurangannya, sebaliknya begitu bersemangat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

.........kalau nak tahu lebih lanjut lagi kena beli Harian Metro ler....

Letupan Bom Sasar Calon Pilihan Raya Ragut 11 Nyawa.

ORANG ramai berkumpul di lokasi serangan bom Taliban di Karachi semalam yang mengorbankan 11 orang dan mencederakan 36 yang lain. Serangan itu menyasarkan seorang calon Parti Kebangsaan Awami, Amanullah Mehsud.

KARACHI, Pakistan - Satu serangan bom oleh kumpulan Taliban yang menyasarkan seorang calon pilihan raya telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 36 lagi cedera di sini, kata seorang doktor.

Pilihan raya umum Pakistan berlangsung semalam.

Menurut polis, serangan tersebut disasarkan ke atas seorang calon Parti Kebangsaan Awami (ANP), Amanullah Mehsud untuk kerusi wilayah Sindh.

Namun, seorang jurucakap polis, Mazhar Nawaz berkata, Amanullah sempat menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Menurut perangkaan agensi berita AFP, sekurang-kurangnya 130 orang terkorban dalam beberapa serangan berani mati dan letupan sejak pertengahan April lalu.

Pilihan raya itu menyaksikan persaingan antara dua parti berpengaruh di Pakistan, Parti Rakyat Pakistan (PPP) dan Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif.

Lebih 600,000 anggota keselamatan ditugaskan untuk melindungi pusat mengundi dan pengundi yang dianggarkan seramai 86 juta di seluruh negara tersebut.

Ulama Gesa Amina Direjam Sampai Mati.

on Sunday, May 12, 2013




Seorang ulama di Tunisia menggesa agar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, Amina yang bergambar bogel dalam Facebook dikuarantin dan direjam dengan batu bagi mengelakkan perbuatan berkenaan menjadi `wabak’.

Alami Adel, yang mengetuai Suruhanjaya Mencegah Maksiat berkata, berdasarkan hukum Islam, Amina perlu dirotan sebanyak 80 hingga 100 kali.


Namun disebabkan kesalahan yang dilakukan adalah serius maka dia perlu direjam sampai mati.

“Dia seperti seseorang yang sakit,’’ katanya.

Amina yang juga anggota kumpulan FEMEN, iaitu pergerakan aktivis wanita telah memuat naik gambarnya yang mendedahkan payu dara sambil menghisap rokok.

Pada badannya ditulis perkataan Arab bermaksud `Badan saya milik saya’.

Dia sebelum itu telah dihantar oleh ibu bapanya ke hospital psikiatrik di Tunis.

Menurut media Tunisia, sabit kesalahan, Amina boleh dihukum penjara hingga dua tahun dan didenda antara $60 hingga $600 dolar.

Tindakan Amina yang tidak bermoral itu telah dikecam banyak pihak malah ada yang mengancam akan membunuhnya.

Dalam pada itu, Khamis lalu, Facebook FEMEN telah digodam dengan gambar-gambar tidak senonoh itu telah digantikan dengan ayat-ayat Al-Quran.

“Syukur pada ALLAH kerana kami berjaya menggodam laman web tidak bermoral ini. Lebih banyak yang akan menyusul,’’ itu mesej yang diletakkan oleh penggodam dikenali sebagai `al-Angour’.

FEMEN merupakan sebuah pertubuhan yang berpengkalan di Ukraine dan ia menghimpunkan wanita untuk melakukan protes dalam keadaan bogel dengan alasan memperjuangkan hak-hak wanita.

Gabenor Jakarta, Joko Widodo serah gitar dihadiah kumpulan Metallica kepada KPK.

on Tuesday, May 7, 2013


Joko Widodo dan gitar bass pemberian basis Metallica, Robert Trujillo
(Foto: merdeka.com)
Jakarta: Gabenor Jakarta Joko Widodo semalam melapor dan menyerahkan sebuah gitar diberikan kepadanya oleh kumpulan heavy metal Amerika, Metallica kepada Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) bagi mengelak sebarang pelanggaran undang-undang rasuah.

Robert Trujillo
Pemain bass Metallica, Robert Trujillo memberikan gitar Ibanez kepadanya menerusi penganjur Jonathan Liu yang merancang mengadakan konsert Metallica di Jakarta tahun ini.

Wartawan sedang bertanyakan gitar Robert Trujillo yang dihadiahklan kepada Gabenor Jakarta - Foto: tribun.news.com 
Trujillo menulis mesej peribadi di gitar itu mengatakan “Balasan pemberian kepada Jokowi! Selamat bermain gitar bass yang hebat ini”.

Jokowi (gambar) menafikan gitar itu diberikan kepadanya sebagai ganjaran terhadap pengeluaran permit konsert.

“Ia seperti apabila seorang pemimpin negara lain datang membuat lawatan dan memberikan saya cenderahati. Semua konsert yang baik patut diluluskan...mengapa tidak?,” katanya.