Showing posts with label Fakta Menarik. Show all posts
Showing posts with label Fakta Menarik. Show all posts

Punca Melatah Faktor Psikologi Dan Genetik !!

on Saturday, July 27, 2013




Melatah didefinisikan sebagai satu fenomena tingkah laku dikaitkan dengan kaum tertentu di Asia Tenggara khususnya kaum Melayu.Berlaku kebanyakannya di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Singapura dan Indonesia, tingkah laku melatah ini dikatakan tidak ketara (mungkin ada) di negara-negara Eropah kerana tidak 'digalakkan' oleh masyarakatnya.

Ini kerana bagi mereka fenomena tersebut dianggap pelik atau seperti satu jenis penyakit.



Bukan Dibuat-buat

Tingkah laku melatah bukan satu perbuatan yang dibuat-buat, sebaliknya, ia berlaku spontan kerana sudah tertanam dalam diri individu berkenaan. Namun sekiranya pada permulaan seseorang itu melakukannya secara berulang kali, lama-lama ia akan menjadi satu kebiasaan iaitu tingkah laku yang akan dilakukan berulangan.

Ini bermakna ia satu situasi yang sukar untuk ditinggalkan apabila tingkah laku baru (perkara yang menjadi kebiasaan) mengambil tingkah laku lama dan perkara itu akan dilakukan berulangan.


Tumpuan Hiburan

Suatu waktu dahulu (kira-kira 20 hingga 30 tahun sebelum ini) khususnya di negara ini, individu yang melatah akan menjadi tumpuan hiburan terutama di majlis-majlis keramaian.

Individu yang melatah suatu waktu dahulu boleh dijadikan sebagai 'kerjaya' kerana mereka diundang ke majlis-majlis untuk memeriahkan suasana keraian. Mereka diundang atas fungsi tertentu dan ada peranan dalam masyarakat sebagai penghibur, khususnya di kawasan luar bandar.

Psikologi

Dari segi statistik, fenomena melatah ini melibatkan 80 hingga 90% daripadanya adalah golongan wanita yang telah agak berumur.

Dari segi aspek psikologi, orang melatah ini sebenarnya ada ciri personaliti tertentu iaitu neurotik.

Biasanya dari aspek peribadi, individu yang suka mendapat perhatian dan menonjolkan diri seperti terlibat dalam bidang seni adalah antara mereka yang suka melatah.


Selain itu mereka yang tergolong dalam perlakuan ini dianggap mempunyai personaliti yang celaru, resah atau darah gemuruh, cepat terkejut dan lemah semangat (easily hyperstartle response) termasuk apabila melihat berita yang menggerunkan serta mudah mendapat serangan panik (panic attack).

Faktor Genetik

Melatah juga dikaitkan dengan faktor genetik turun-temurun dalam keluarga kerana ia ada unsur berjangkit.

Mungkin bukan daripada ibu atau bapa yang melatah tetapi pakcik atau makcik yang melatah juga dapat dijangkiti oleh anak saudara mahupun cucu mereka.

Ahli keluarga akan terdedah kepada tingkah laku melatah sekiranya mereka berdepan dengan masalah psikologi. Ia juga boleh dikaitkan dengan aspek keturunan dan persekitaran yang mendorong kepada berlakunya keresahan, kesedihan dan kecenderungan mewarisi personaliti cepat gemuruh.

Tidak Digalakkan

Perilaku melatah sepatutnya tidak lagi digalakkan dalam masyarakat sekarang kerana ia boleh menjejaskan harga diri si pelatah. Seharusnya ketika situasi latah sedang berlaku, orang di sekeliling hendaklah meredakan si pelatah dengan menenangkan dirinya.


Caranya ialah dengan menampar bahu si pelatah lalu mengajarnya mengucap dan beristighfar beberapa kali sehingga fikirannya kembali tenang dan tenteram.

Orang melatah ini sebenarnya tidak suka dijadikan bahan ketawa dan ia boleh menyebabkan mereka rasa tertekan. Orang melatah akan memberi hiburan kepada orang lain tetapi pada dirinya ia rasa tidak elok, selain mengundang panik di kalangan awam dan menyebabkan kejatuhan harga diri.

Dari aspek pengurusan, jangan galakkan ahli keluarga mengusik individu yang ada ciri-ciri melatah jika mereka tahu seseorang itu berpotensi untuk melatah. Juga jangan tambah usikan berkenaan sekiranya si pelatah sedang melatah sehingga menyebabkan proses berkenaan berlarutan.

Tiada Ubat

Tiada sebarang ubat untuk merawat latah, namun ia boleh dikawal menerusi sesi kaunseling psikoterapi perkara-perkara yang boleh menjadi pencetus kepada latah yang berhubung dari aspek kognitif dan tingkah laku.

Ketika melatah, individu ini seolah-olah terpisah dari alam sekeliling, tidak sedar apa yang berlaku yang membentuk keadaan di bawah sedar (trance state). Pada ketika ini tahap kesedarannya amat rendah bagaikan bermimpi, ralit atau seolah-olah dipukau seperti yang berlaku pada pengangkat kavadi ketika Thaipusam, pemain wayang kulit, penari kuda kepang dan sebagainya.


Hipnosis

Individu yang melatah boleh menggunakan cara hipnosis untuk menyelami keadaan di bawah sedarnya yang menyebabkan punca-punca berlakunya latah.

Minda manusia terdiri daripada pemikiran sedar (12%) dan pemikiran di bawah sedar (88%). Justeru kaedah hipnosis ini akan mencungkil kisah lalu pengalaman di bawah sedarnya yang mempengaruhi tabiat melatahnya.

Ini kerana emosi seseorang dipengaruhi dengan apa yang berlaku kepada individu tersebut lama dahulu, ia seolah-olah data yang tersimpan dalam pemikiran minda tidak sedar.

Individu yang melatah ini juga perlu belajar teknik pernafasan yang betul seperti senaman yoga atau berzikir untuk menangani masalah ini.

Semakin Berkurangan

Fenomena melatah ini semakin berkurangan di negara ini khususnya di majlis-majlis keraian kerana persekitaran yang masyarakat tidak lagi menggalakkan perlakuan berkenaan.

Ramai masyarakat sekarang sudah tidak 'menggalakkan' perlakuan melatah ini. Sekiranya mereka tahu individu berkenaan melatah, mereka tidak akan cuba mengusiknya. Bahkan generasi muda mungkin ramai yang tidak tahu apa itu melatah kerana sudah jarang terlihat dalam masyarakat sekarang.

Apakah Maksud Tersirat Lagu M. Nasir "Tanya Sama Itu Hud - Hud"?

on Friday, July 26, 2013

Agent Pembongkar Misteri Datang Lagi di Blog ini.....


FAKTA KOT - Apakah Maksud Tersirat Lagu M. Nasir "Tanya Sama Itu Hud - Hud"? | Pernah tak korang dengar lagu hasil ciptaan M. Nasir iaitu 'Tanya Sama Itu Hud - Hud'. Lagu yang senang melekat di halwa telinga ini sebenarnya mempunyai lirik yang tersirat serta bermakna. Mari kita rungkaikan maksud lagu tersebut satu persatu.
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).
Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,
"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"
Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?
Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari
Yang ni, kena baca kisah Musyawarah Burung. Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.


 Musykil lagi? hmm..tanya sama itu Hud-hud!

kredit

Antara Pantang Larang Datuk Dan Nenek Bagaimana Cara Nak Cantik !!



Jangan

Cantik bukan setakat di definisikan sebagai cantik rupa paras saja tetapi merangkumi banyak aspek, dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Bagaimanapun, jika seseorang itu memiliki rupa paras menawan, ia bonus kepadanya. Selain itu, keinginan untuk cantik bukan setakat menggunakan produk kecantikan di pasaran dengan pelbagai fungsi, ia juga perlu diselaraskan dengan beberapa pantang larang supaya kesannya lebih maksimum.

Pantang larang ini wujud sejak zaman dulu kala lagi. Lihat saja datuk nenek kita mengekalkan kecantikan tanpa bantuan produk. Jawapannya mudah, hanya mengamalkan pantang larang ditambah pula mengambil pemakanan berkhasiat dan aktiviti harian, kecantikan asli itu pasti terserlah. 
 

Malah, ada yang sehingga usia tuanya tetap kekal dengan petua dan pantang larang berkenaan.

Tiada kos yang tinggi diperlukan, hanya konsisten dan elakkan daripada melakukan perkara dilarang. Justeru, di sini, terdapat beberapa pantang larang mudah yang boleh di aplikasi terutama membabitkan wajah dan rambut wanita kerana ia antara aset paling berharga buat mereka. 
Jangan memicit jerawat

1. Jangan memicit jerawat 
Jerawat memang menjadi masalah kepada penampilan wanita. Setiap bulan pasti akan tumbuh dan 'mencacatkan' wajah. Timbul geram dan terasa ingin saja dipicit.
Apa pun, jangan sesekali memicit jerawat menggunakan kuku kerana ia akan merosakkan kulit dan memburukkan lagi keadaan jerawat anda sehingga meninggalkan parut. Jika ingin teruskan juga, pastikan tangan anda betul-betul bersih atau gunakan sarung tangan.

2. Jangan gunakan sabun mandi 
Sabun mandi sesuai untuk kulit badan saja, bukannya kulit wajah. Bahan yang terkandung di dalam sabun mandi itu boleh menghilangkan minyak asli kulit muka dan kesannya ia boleh menjadikannya kering. Gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda.

3. Jangan keringkan rambut guna tuala 
Kebanyakan wanita selepas mandi sering menggosok rambut yang basah dengan tuala dengan hasrat supaya ia cepat kering. Tapi tahukah anda, menggosok terlalu kuat boleh menjadikan rambut mudah putus dan kusut terutama jika rambut panjang.

Cara yang sepatutnya digunakan ialah dengan memerah rambut anda dan membalut dengan tuala. Biarkan ia kering sebentar tanpa perlu memberi tekanan kepada rambut anda.

4. Jangan sikat rambut basah 
Seeloknya sikat rambut anda ketika kering kerana rambut yang basah, ia mudah tersimpul, kusut dan boleh mengakibatkan rambut mudah putus dan rosak.

5. Bersihkan muka sebelum tidur 
Jangan sesekali anda tidur tanpa membersihkan muka. Ini kerana muka yang tidak dicuci dan bermekap ia boleh menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan seterusnya memberikan masalah kulit seperti jerawat. Jika malas sekali pun, cuci saja sudah mencukupi. Jangan biarkan kulit anda tidak boleh bernafas.

6. Jangan mandi air panas 
Mandi air panas ada kelebihan dan kekurangan, tetapi jika kulit anda kering seeloknya cuba elakkan daripada mandi air panas atau mandi menggunakan mandian haruman.

kredit