| Gambar Awi Rafael bertatu dan peluk wanita - Penyebaran beberapa keping gambar penyanyi terkenal, Awi Rafael sedang memeluk wanita dan memakai tatu di laman maya cukup membuatkan empunya diri sedar kesilapan seumpama itu. Menerusi laman myartis, Awi Rafael, 26, memberitahu sudah melakukan proses untuk membuang tatu berkenaan menerusi rawatan islam. Bagaimanapun, beliau mengakui proses pembuangan tatu itu memerlukan kos yang tinggi dan memakan masa yang cukup lama. "Proses berkenaan telah dilakukan sejak setahun lalu sebelum gambar saya bertatu tersebar di Internet baru-baru ini. Saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam." "Alhamdulillahlah,  sokongan mereka (peminat) membuatkan saya ingin terus memperbaiki diri  dan mempelajari bahawa jika kita buat sesuatu kesilapan kita harus  mengakuinya dan belajar daripadanya." "Siapa sangka apabila kita ditimpa musibah, rupa-rupanya ia turut disulami dengan perkara baik dan rezeki. Saya sangat bersyukur." Menurut  Awi, sejak kontroversi penyebaran gambar-gambarnya itu, dia kini  semakin banyak menerima undangan untuk mengadakan persembahan.  Bagi  admin, segala perkara buruk berlaku ke atas diri kita memang ada hikmah  di sebaliknya. Yang buruk itu ada baiknya juga, tak gitu? Apapun, mari  layan beberapa keping gambar Awi Rafael yang dikritik hebat peminat dan  masyarakat. | 
Showing posts with label Gambar Artis. Show all posts
Showing posts with label Gambar Artis. Show all posts
Home > Posts filed under Gambar Artis
Panas! Gambar Awi Rafael bertatu dan peluk wanita, kini sudah taubat..!
Posted by TerbaikLaH on Saturday, July 27, 2013 at 5:40 PM
Hot! Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim sah bertunang..!
Posted by TerbaikLaH at 5:43 AM
| Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim sah bertunang - Dalam diam, pasangan selebriti popular Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim sudah pun mengikat tali pertunangan pada awal bulan Julai 2013. Berita gembira ini disahkan sendiri oleh Pekin menerusi media hiburan. Hari  ini, Pekin sendiri tampil membuat penjelasan di media hiburan selepas  tersebarnya gosip liar yang mendakwa dia dan Uqasha Senrose tidak lagi  bersama dan dikatakan putus cinta. "Mungkin  juga orang ingat kami dah putus sebab kami ada delete gambar di  Instagram sebab gambar tu menunjukkan seperti suasana merisik. Ya, saya  dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha  sudah bertunang pada awal bulan ini." | 
Bapa Farah Diana mengamuk anak perempuannya dituduh mencuri..!
Posted by TerbaikLaH at 5:38 AM
| Anuar yang dihubungi Sinar Harian,  menyatakan kekesalannya dengan tindakan segelintir pihak yang cuba  memburukkan anak perempuannya itu dan berharap agar tuduhan berkenaan  segera dihentikan. "Sepanjang  saya membesarkan Farah, dia bukanlah orang yang sebegitu (pencuri)  kerana keperibadiannya cukup baik dan bersih daripada sebarang masalah." "Saya  tak sangka perkara sebegini boleh timbul dan ada pihak yang cuba  mengaitkannya. Sebagai bapa, saya sangat terkilan dan kesal." "Saya berharap agar tuduhan liar ini segera dihentikan demi menjaga nama baik kami sekeluarga. Ianya sangat memalukan!" | 




 

