Showing posts with label Gambar Pelik. Show all posts
Showing posts with label Gambar Pelik. Show all posts

Seni Ukiran Dari Gading Gajah !!

on Saturday, July 27, 2013





Ukiran patung Guanyin mendapat permintaan yang sangat tinggi di China
"PERNIAGAAN ukiran gading yang diperbuat dengan campuran batu jed sangat menguntungkan. Ia merupakan antara patung yang terbesar pernah dijual di sini," kata Chen Yin seorang jurujual yang merujuk kepada patung Buddha, Guanyin kerana ia dijual pada harga RM600,000 (1.2 juta yuan).

Ukiran gading in mendapat permintaan yang cukup tinggi di Asia walaupun pencinta alam membantah penyeludupan terhadap spesies terancam seperti badak sumbu dan gajah. Pembuat dasar juga kini sedang mengadakan mesyuarat serta menandatangani perjanjian di Konvensyen Kebangsaan Spesies Flora dan Fauna Terancam di Bangkok, Thailand.

World Wide Fund for Nature (WWF) menganggarkan kira-kira 25, 000 gajah diburu bagi mendapatkan gadingnya pada 2011 dan jumlah tersebut terus meningkat pada 2012. Kini dilaporkan hanya tinggal 470,000 ekor sahaja yang tinggal di Thailand dan Congo. Keadaan yang sama turut dicatatkan apabila hanya tinggal 25,000 badak sumbu dilaporkan masih hidup di utara Afrika, dengan 668 ekor telah dibunuh pada 2012 untuk mendapatkan tanduknya.

 

Ukiran yang diperbuat daripada gading gajah ini sangat mendapat tempat dikalangan pembeli
Jumlah tersebut juga dianggarkan meningkat sekurang-kurangnya 50 peratus daripada tahun sebelumnya.
Laporan aktivis menyebut kumpulan pemburu haram di Afrika itu membunuh gajah dan badak sumbu untuk mendapatkan gading dan tanduk haiwan tersebut untuk diseludup dan dijual kepada pelanggan di Asia Timur dan kebanyakkannya dilaporkan di China.

"China antara negara yang mempunyai pasaran yang mempunyai permintaan yang cukup tinggi dengan 70 peratus daripada permintaan kesuluruhan terhadap haiwan berkenaan," kata Tom Miliken penganalisis hidupan liar Traffic.
Harga tanduk dan gading gajah meningkat tiga kali ganda dari tahun 2006 hingga 2011. "Pelanggan tidak membeli terus daripada penyeludup yang menjual hidupan liar sebaliknya membelinya daripada orang tengah.
"Ia juga sering dijadikan hadiah," kata Chen.

Perniagaan menjual barangan spesies hampir pupus diharamkan di peringkat antarabangsa.
Ia sekaligus mengurangkan pembunuhan gajah di seluruh dunia. Bagaimanapun, seperti negara lain, China mengeluarkan permit bagi menjual barangan berkenaan sejak 2008. Ia adalah bagi mengurangkan penjualan barangan berkenaan di pasaran gelap, kerana setiap penjualan perlu disertakan dengan sijil pengesahan daripada pihak berkuasa.

-AFP

Kucing Mempunyai 4 Cuping Telinga !!



Terdapat seekor kucing mempunyai keunikkan tersendiri dan tiada pada kucing yang lain iaitu kucing mempunyai 4 cuping telinga. Kucing ini bernama Yoda dan dilahirkan dengan 2 pasang telinga. Pemiliknya, Valarie dan Ted Rock memelihara Yoda dua tahun yang lalu selepas mengunjungi sebuah bar di Chicago, Yoda diletakkan di dalam sebuah sangkar berdekatan pintu masuk untuk dijadikan tarikan.


Pasangan tersebut kemudiannya meminta kebenaran pemilik Yoda untuk menjaganya dan di bersetuju.

Mereka kemudiannya membuat kajian terhadap kucing yang betelinga empat, dan menurut beberapa pakar haiwan, mereka tidak pernah mendengar tentang perkara tersebut.


"Kami memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada Yoda, kerana kami takut dia akan diculik kerana keistimewaan yang dimilikinya," kata Valarie.

kredit

Pelik : Batu-Batuan Pelik Di "Love Valley", Turkey


Love Valley ini terletak di Cappadocia, Turkey dan ia mempunyai sebab yg tersendiri kenapa ianya dipanggil Love Valley. Korang boleh tengok sendiri gambar kat bawah ni. Love Valley ini dipenuhi dengan batuan panjang yang menyerupai bentuk kemaluan lelaki. Lembah ini menarik perhatian pelancong dan ramai yg datang kesini untuk melihat sendiri dan mengambil gambar.




























P/s : kalau orang yang otak kuning tu mungkin la tingol batu-batuan kat gambar atas ni macam bentuk kemaluan... tapi kalau fikir dari segi lain nampak macam roket pon ada macam cendawan baru nak naik pon ada dan lain-lain lagi lah,,,huhuhuhu....tapi apa-apa pon memang pelik..hihihi..