Showing posts with label Gambar aneh lagi pelik sungguh rare... Show all posts
Showing posts with label Gambar aneh lagi pelik sungguh rare... Show all posts

GEMPAR!!MANUSIA MENANGIS AIR MATA DARAH WUJUD!

on Monday, August 12, 2013

GEMPAR!!MANUSIA MENANGIS AIR MATA DARAH WUJUD!

Ungkapan "Air mata darah" Sering di ucapkan dalam drama dan filem melayu, Tetapi ungkapan itu telah menjadi kenyataan pada masa kini. Seorang gadis di Chile mengejutkan doktor perubatan apabila dia dilaporkan menangis air mata darah.


Yaritza Oliva, 20, memberitahu, keadaan pelik tersebut mula berlaku pada awal bulan ini dan sejak itu matanya boleh mengeluarkan darah beberapa kali dalam tempoh sehari.


Jelasnya, dia cuba mendapatkan rawatan daripada doktor, namun hanya dibekalkan ubat titis mata selepas matanya didapati tidak menghadapi jangkitan.

"Doktor hanya memberi saya ubat mata untuk mengurangkan kesakitan," katanya.




Oliva berkata, setiap kali menangis air mata darah, dia akan merasa terlalu sakit.

Ibu dan bapa gadis itu yang muncul dalam rancangan berita televisyen tempatan, memohon jasa baik orang ramai untuk menderma kepada mereka bagi menampung kos rawatan Oliva.


Berdasarkan keadaannya, Oliva dikatakan mengidap penyakit yang jarang berlaku iaitu haemolacria yang menyebabkan pesakit mengeluarkan air mata darah.

Buat masa ini, hanya ada tiga kes sama dilaporkan, berpunca daripada paras tinggi hormon kesuburan wanita atau mungkin merupakan tanda-tanda penyakit serius dan barah. - AGENSI


Sumber

Pelik!!Suspek berkepala ganjil ditangkap

on Saturday, August 10, 2013

Pelik!!Suspek berkepala ganjil ditangkap


MIAMI, Florida - Polis menangkap seorang lelaki yang didakwa melanggan pelacur di sini pada awal bulan ini yang mempunyai bentuk kepala yang ganjil, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Carlos Rodriguez berusia 25 tahun kemudiannya dibebaskan oleh polis selepas disoal siasat.

Menurut laporan polis, seperti disiarkan dalam laman Miami New Times, polis mengklasifikasikan dia mempunyai separuh kepala dalam ruangan ciri-ciri fizikal suspek yang unik.

Seorang kakitangan wanita di Pusat Pratahanan Daerah Miami-Dade mengesahkan bentuk kepala lelaki itu dengan menyatakan dia melihat suspek tersebut kira-kira seminggu lalu. - Agensi.

Subhanallah!!Manusia Luar Biasa, Pelik Dan Aneh

Subhanallah!!Manusia Luar Biasa, Pelik Dan Aneh

Dalam dunia ni banyak manusia luar biasa, pelik, aneh dan ngeri yang belum anda lihat. Sesetengah kejadian disebabkan asal kejadian, sesetengahnya sebab sakit, ada juga kaitan dengan makluk halus, ada yang sengaja ubah kejadian Allah dan ubah wajah atau tubuh. Gambar yang saya tunjuk ini adalah sebahagian manusia aneh lagi pelik.










BIAR BETUL!!OTAK BERULAT AKIBAT MAKAN SUSHI?

on Wednesday, August 7, 2013

BIAR BETUL!!OTAK BERULAT AKIBAT MAKAN SUSHI?

Inilah akibat memakan sushi & sashimi (ikan mentah, sotong gurita mentah,udang mentah, dan lain-lain). Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, yang berumur 80 tahun telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemui sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.


Ulat yang ada pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya berada didalam tubuh ikan mentah, ikan laut dan ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dengan melalui proses memasak dengan kepanasan yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dengan pembekuan –10 sehingga –20 Darjah Celcius selama lebih dari 1 minggu).

Gempar!!Sotong Kurita Mirip Wajah Manusia Di Temui

on Sunday, August 4, 2013

Gempar!!Sotong Kurita Mirip Wajah Manusia Di Temui

Jika semasa musim Piala Dunia 2010, sotong kurita yang dikenali sebagai Paul mula menjadi popular di serata dunia. Ia menjadi popular gara-gara ramalannya menentukan keputusan perlawanan menepati keputusan yang sebenar. Itu kisah si Paul sotong kurita. Namun bagi penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.

Sotong ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, dua telinga, dan satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah manusia manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk di perkampungan yang lain.



Pelik!!Koleksi Gambar Manusia Luar Biasa Daripada Abad Ke-19 (10 Gambar)

on Monday, July 29, 2013

Pelik!!Koleksi Gambar Manusia Luar Biasa Daripada Abad Ke-19 (10 Gambar)

Berikut merupakan koleksi gambar milik Ronald G Becker yang menggabungkan hasil fotografi milik Charles Eisenmann, Frank Wendt dan ramai lagi yang pakar dalam mencipta dan memasarkan gambar ahli circus di New York pada abad ke 19.

Kebanyakan gambar peserta circus dibawah adalah asli tapi ada juga sesetengah yang direka oleh boss circus untuk menarik perhatian orang ramai bagi menonton circus miliknya itu.


























Uncang teh yang aneh lagi pelik sungguh rare serta lucu!!!(20gambar)

Uncang teh yang aneh lagi pelik sungguh rare serta lucu!!!(20gambar)























Menarik!!! Kumbang Gergasi Bersaiz Tapak Tangan Manusia

on Saturday, July 27, 2013

Menarik!!! Kumbang Gergasi Bersaiz Tapak Tangan Manusia

Seperti namanya, Titanus giganteus, atau Titan Beetle, adalah raksasa dari dunia serangga yang boleh tumbuh hingga panjang 6.5 inci (16.7 cm) dan mempunyai rahang yang sangat kuat yang dapat mematahkan pensil kayu menjadi dua bahagian. Titan beetle adalah salah satu makhluk paling misteri di Bumi yang hidup di hutan hujan tropika yang paling hangat di Amerika Selatan dan hanya keluar ketika mencari pasangan.



 

Larva Titan Beetle hidup di dalam kayu dengan memakan kayu hingga cukup dewasa. Dari saiz lubang yang berada di kayu, dapat diketahui bahawa diameter larva titan Beetle mencapai dua inci.

Sama seperti rama-rama Atlas, Titan kumbang tidak makan selama kitaran kehidupan dewasa, kumbang raksasa menggunakan  makanan yang terkumpul dalam tahap pupa untuk terbang di sekitar untuk mencari jodoh.


 

Titan kumbang biasanya hidup di hutan hujan Colombia, Ecuador, Peru, Bolivia, Guianas dan Brazil. Penduduk tempatan dan para penyelidik biasanya menangkap mereka selepas gelap, dengan lampu terang.


 

 

Ada industri eko pelancongan yang menawarkan pelancongan melihat Titan Beetele di habitat asal, dan penjualan serangga ini dengan USD 500. Rekod Titanus giganteus terbesar adalah 16.7 sentimeter, lebih besar dari saiz Chihuahua dewasa.

Subhanallah!!Penderitaan Manusia Tanpa Wajah

on Friday, July 26, 2013

Subhanallah!!Penderitaan Manusia Tanpa Wajah



KASHMIR-Manusia tanpa wajah. Itulah gelaran yang diberikan orang-orang kepada Mohammad Latif Khatana (32).

Lelaki asal Kashmir, India tidak boleh melihat, apalagi bekerja, kerana lipatan teruk pada wajahnya. Tak ada orang yang mahu melihat wajahnya.

Orang asing meludah di jalan saat Latif melintas, kerana jijik dengan wajahnya. Penderitaan Latif tak berhenti sampai situ. Apalagi, kini isterinya sedang hamil tujuh bulan.

Latif tinggal berpindah-pindah di sejumlah pergunungan dengan isterinya, Salima (25), antara lain di wilayah Tuli Bana, Jammu, dan Kashmir.

Ia melakukan perjalanan ke Srinagar selama empat bulan, untuk mengemis dan mencari wang. Latif dilahirkan dengan benjolan kecil di wajahnya. Benjolan itu terus berkembang dan membentuk lipatan besar di wajahnya, sehingga mustahil baginya untuk melihat.

"Ibu saya masih menangis ketika ia menatapku. Ia merasa bersalah begitu banyak, dan tidak dapat memahami mengapa anak lelaki bongsunya dikutuk," tutur Latif.

Latif adalah anak bongsu daripada enam bersaudara. Ia menjadi satu-satunya kanak-kanak di keluarganya yang mengalami penyakit aneh ini. Ia menjalani masa kanak-kanak dengan kesepian tanpa teman.

"Tak seorang pun ingin bermain dengan saya semasa kanak-kanak. Kanak-kanak di desa saya mengejek saya setiap hari. Saya kehilangan mata kiri ketika berumur lapan tahun, dan mereka biasa memanggil saya dengan sebutan si mata satu aneh," ungkap Latif.
Ketika beranjak dewasa, Latif tak berhenti berjuang untuk hidup. Ia punya mental yang kuat, tapi kerana buta dan buruk rupa, tidak ada orang yang mahu memberinya pekerjaan.

"Saya akan senang melakukan pekerjaan yang jujur, seperti lelaki normal yang bekerja untuk keluarganya. Itu akan membuat saya sangat bangga. Tapi, tak ada yang memberikan saya kesempatan, dan saya terpaksa harus mengemis, sehingga boleh memberi makan keluarga saya," ungkapnya.

Latif biasanya boleh mendapat wang sekitar 400 Rupee  dalam satu hari mengemis, lengkap dengan air liur orang-orang yang meludahinya di jalan.

"Tiga gadis muda pernah berjalan melewati saya. Mereka meludah kaki saya dan lari sambil menutup mulut mereka dengan selendang. Saya sangat malu," kata Latif berkisah.

"Saya terkejut melihat betapa kejamnya mereka. Saya merasa sangat tertekan selama berhari-hari. Tapi, aku harus meneruskan hidup dengan itu," katanya.

Namun, Tuhan memang adil. Empat tahun lalu, Latif akhirnya bertemu cinta dalam hidupnya. Ibu bapa Latif sudah lama berusaha keras mencarikan ia isteri, tapi tidak ada gadis yang sudi menerimanya menjadi suami, sampai akhirnya Latif mendengar tentang Salima.

"Isteri saya hanya mempunyai satu kaki. Bertahun-tahun ia berjuang mencari suami. Segera setelah kami bertemu, kami tahu bahawa kami adalah jodoh. Kami berdua sama dalam hal tidak normal , kami sesuai!" kenang Latif.

Latif dan Salima berkahwin dalam upacara musim panas dengan tata cara tradisional Muslim. Mereka mengundang 400 tetamu, pada Ogos 2008 silam.

"Saya merasa sangat beruntung bertemu Salima, dia tepat untuk saya. Saya merasa sedikit normal sekarang. Saya punya isteri, sedikit lebih lengkap daripada hidup saya sebelumnya.

"Kami tidak mampu berjumpa doktor, kami terlalu miskin Dan tidak pernah ada doktor yang mengingatkan saya agar tidak memiliki anak.

Kakak Latif pernah menjual sejumlah tanah milik keluarga mereka, lapan tahun lalu, untuk membiayai rawatan Latif. Tapi, tak ada doktor yang sanggup menangani penderitaan Latif.

"Ada doktor yang mengatakan, bahawa keadaan saya yang sekarang ini diakibatkan gerhana matahari, ketika ibu saya sedang mengandung saya. Saya tidak tahu apakah harus mempercayai doktor itu atau tidak," papar Latif.

"Sekarang, semakin banyak pembuluh darah yang melalui lipatan di wajah saya, dan tindakan operasi akan terlalu berbahaya. Saya telah kehilangan semua harapan untuk mendapatkan bantuan. Ini adalah bagaimana saya akan terlihat selamanya," kata Latif.

Gempar!! Di Gelar ‘Perempuan Kertas’,Kulit Boleh Ditulis!!

on Wednesday, July 24, 2013

Gempar!! Di Gelar ‘Perempuan Kertas’,Kulit Boleh Ditulis!!

Huang Xiangji 52 tahun di gelar Perempuan Kertas kerana kulitnya boleh di tulis .Menulis di kulit tubuh dengan menggunakanpen itu sudah biasa. Tapi seorang perempuan yang menghidap penyakit kulit tinggal mencoret-coret kulitnya dengan kuku untuk membuat sebuah tulisan.




                                                                                                                                                          Kredit