Showing posts with label Gempar!!. Show all posts
Showing posts with label Gempar!!. Show all posts

Gempar!!Cabut Batu Nisan Kerana Terima Wahyu Dari Tuhan

on Friday, August 16, 2013

Gempar!!Cabut Batu Nisan Kerana Terima Wahyu Dari Tuhan


ALOR GAJAH - Misteri batu nisan dicabut dan dipecahkan di Tanah Perkuburan Solok Zakaria, di sini, yang dikesan hujung Ramadan lalu, terungkai apabila ia didapati dilakukan dua beradik yang mendakwa menerima 'wahyu daripada tuhan'.
  
Beberapa batu nisan di kubur itu didapati pecah beberapa hari sebelumAidilfitri 8 Ogos lalu. Bilangan nisan yang pecah bertambah selepas itu.
 
Katanya, seorang penduduk melihat seorang wanita berusia 58 tahun bersama adik lelakinya yang berusia 44 tahun sedang leka memecahkan batu nisan berkenaan, kira-kira jam 9.30 pagi, Isnin lalu.
  
Menurut seorang penduduk yang tinggal kira-kira 50 meter dari kawasan kubur itu, Azri Ayob, 53, ketika kejadian, dia sedang memberi makan kepada ayam dan itiknya di reban di belakang rumahnya.
  
"Ketika itu saya lihat seorang perempuan dan lelaki sedang mencabut, memecahkan batu-batu nisan dengan tukul dan membuang batu-batu nisan tersebut.
  
"Saya tanya mereka mengapa buat begitu. Wanita itu berkata, dia mendapat 'alamat' daripada tuhan yang menyuruh dia mencabutkan batu-batu nisan di sini kerana tiada orang (mati) di tempat itu," katanya.
    


Azri berkata, bimbang lebih banyak batu nisan dipecahkan, dia menghubungi polis dan melaporkan perbuatan dua beradik itu.
   
Menurutnya, dia kembali semula ke kubur itu kemudian, tetapi dapati kedua adik beradik itu sudah beredar, dengan menaiki sebuah Proton Iswara Aeroback.   
   
"Saya kemudian mengekori sehingga ke rumah mereka sejauh kira-kira satu kilometer dan mencatat nombor pendaftaran kereta itu untuk diserahkan kepada polis," katanya.
   
Menurut Azri, dia menyedari batu nisan berkenaan tercabut beberapa hari sebelum hari raya ketika dia membakar rumput dan daun-daun kering di belakang rumahnya.
   
"Selepas membakar, saya sedar terdapat banyak batu nisan dilonggokkan di situ, tetapi masa itu saya tak pasti puncanya.
   
"Keesokan harinya, saya periksa tempat pembakaran itu dan melihat bilangan batu nisan bertambah. Apabila saya periksa kubur-kubur di situ, saya dapati lebih 50 batu nisan telah dicabut dan pecah," katanya.
   
Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, kedua orang yang disyaki itu ditahan di rumah mereka di Kampung Jelatang, kira-kira 4.30 petang hari yang sama.
   
"Siasatan awal mendapati wanita itu menyuruh adiknya mencabut batu-batu nisan di tanah perkuburan tersebut selepas mendapat 'rahmat' daripada tuhan.
   
"Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui bagaimana ia memperoleh 'rahmat' seperti didakwanya," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
   
Menurut Umar Ali, kedua-duanya kini ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan perkuburan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



Kejam!!Sepuluh Orang Pegawai Polis Panggang Kucing!

on Tuesday, August 13, 2013

Kejam!!Sepuluh Orang Pegawai Polis Panggang Kucing!

SEPULUH orang pegawai polis dari Dongguan di wilayah selatan China Guangdong telah dikritik kerana memanggang seekor kucing di hadapan biro keselamatan awam di bandar ini. Ape kejam deorang nih!



Orang ramai yang lalu disitu memberitahu akhbar harian tempatan Metropolis bahawa mereka melihat asap dari kalangan pegawai-pegawai polis yang duduk secara berkumpulan di jalan dan terkejut melihat mereka memanggang kucing pada tempat pemanggang barbeque yang diubahsuai.

Apabila wartawan mendekati pegawai-pegawai itu, salah seorang daripada mereka berkata mereka cuba untuk mencabut bulu kucing itu sebelum memasak.

Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu meninggalkan tempat itu untuk mengelak daripada bercakap dengan wartawan.

Orang yang lalu lalang disitu menyatakan bahawa mereka marah dengan kejadian itu kerana merasakan ia merosakkan imej pegawai polis tempatan.

Biro keselamatan awam memberitahu wartawan bahawa mereka belum dapat memastikan sama ada mereka yang terlibat adalah pegawai polis yang sebenar, tetapi akan menghukum mereka yang bertanggungjawab didapati merupakan anggota keselamatan.

Kejam!!Bayi Disembelih Dengan Kejam Di Tempat Pembuangan Sampah!!

on Saturday, July 27, 2013

Kejam!!Bayi Disembelih Dengan Kejam Di Tempat Pembuangan Sampah!!



Bayi Disembelih Dengan Kejam Di Tempat Pembuangan Sampah | BEIJING: Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam. Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.

Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.

"Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya," katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.

"Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit," katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.
Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.

Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggu.


GEMPAR!!Adlin Binti Abd Jalil(Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara) kini kembali aktif menghina agama Islam

on Sunday, July 21, 2013

Adlin Binti Abd Jalil(Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara) kini kembali aktif menghina agama Islam



Antara kata-katanya dalam Facebook..

Assalamualaikum dan selamat pagi sayang-sayangku! Bangun pagi jangan nak harap tonggek 2 rakaat jer! Orang yang rajin bangun untuk menonggek 2 rakaat tak gerenti sihat. Kalau nak betul-betul sihat, bangun pagi toksah jaga hati si dewa bulan Arab keparat si A**** swt tuh. Lebih elok berlatih berlari pantas untuk melintasi titian siratul mustaqim. Ini buktinya makcik boleh lari dan melintas lebih pantas dari si nabi keparat Babi M********! 


Ini link Facebook Makcik Hajjah Sitt Al-wuzara atau nama sebenar Adlin Binti Abd Jalil
Kita sebagai umat Islam xkan nak tengok saja benda ni berleluasa..
jom ramai2 report,samada di FB atau dengan pihak berkuasa..
SEBARKAN!!

                                                                                                                                          KREDIT