Showing posts with label Gossip Artis. Show all posts
Showing posts with label Gossip Artis. Show all posts

Bapa Farah Diana mengamuk anak perempuannya dituduh mencuri..!

on Saturday, July 27, 2013


Bapa Farah Diana mengamuk anaknya dituduh mencuri - Ekoran dakwaan tidak berasas yang kononnya Farah Diana mencuri duit dan baju semasa penggambaran sebuah program, telah membuatkan bapa kepada bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kedua (AF2) mengamuk dan marah.

Anuar yang dihubungi Sinar Harian, menyatakan kekesalannya dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memburukkan anak perempuannya itu dan berharap agar tuduhan berkenaan segera dihentikan.

"Anak saya bukan pencuri!"

"Sepanjang saya membesarkan Farah, dia bukanlah orang yang sebegitu (pencuri) kerana keperibadiannya cukup baik dan bersih daripada sebarang masalah."

"Saya tak sangka perkara sebegini boleh timbul dan ada pihak yang cuba mengaitkannya. Sebagai bapa, saya sangat terkilan dan kesal."

"Saya berharap agar tuduhan liar ini segera dihentikan demi menjaga nama baik kami sekeluarga. Ianya sangat memalukan!"