Showing posts with label Info Cool. Show all posts
Showing posts with label Info Cool. Show all posts

Spiderman Benar Benar Wujud di Jepun..Awesome!!!

on Wednesday, March 20, 2013

Akan nampak sangat ridikeles!

Saksikan video di bawah :

PEWANGI UDARA MESRA ALAM DARI TAHI LEMBU

Genius!

Tahi lembu berbau busuk dan hanya digunakan sebagai baja di negara kita. Di negara miskin tahi lembu digunakan sebagai mortar untuk membina rumah dan juga bahan api untuk memasak. Di Indonesia dua orang pelajar sekolah menengah menemui cara terbaru untuk mengitar semula tahi lembu. Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki mengalahkan 1000 peserta Indonesia Science Project Olympiad (Olimpiad Projek Sains Indonesia) dengan pewangi udara berasaskan tahi lembu ciptaan mereka. Sungguhpun menggunakan tahi lembu, pewangi udara yang dicipta dua remaja ini mempunyai bau seperti rumput yang menyegarkan. Ianya juga mesra alam dan jauh lebih murah kerana tidak menggunakan bahan tambahan kimia seperti majoriti pewangi udara yang ada di pasaran sekarang.

Untuk menghasilkan pewangi udara ini, tahi lembu ditapaikan selama 3 hari. Kemdian air dari proses penapaian dikutip sebelum dicampurkan dengan air kelapa sebelum disuling secara berperingkat selama 7 hari. Air yang terhasil dari proses penyulingan ini akan berbau seperti rumput yang baru dipotong dan kini boleh digunakan sebagai pewangi udara.

Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki akan mewakili Indonesia di International Environment Project Olympiad di Istanbul tahun ini. Mereka sedang dalam proses mendapatkan paten untuk rekaan mereka. Syabas keapda dua orang saintis muda ini. Siapa tahu wakil negara kita nanti menghasilkan projek apa? Sila tinggalkan komen di bawah!
Laporan asal Tribun via Treehugger

BILIK SUSUAN DAN PENUKARAN LAMPIN BAYI DI SEPANYOL (9 GAMBAR)

on Tuesday, March 19, 2013

Cozy!

Pusat penukaran lampin dan bilik susuan adalah amenities yang masih agak terabai di Malaysia. Kebanyakkan bilik tukaran lampin dan susuan bayi di Malaysia agak kurang selesa. Bilik nurseri yang paling cantik kami temui adalah di One Utama dan kami pernah paparkan di laman ini. Hari ini mari kita ke Sepanyoldan melihat nurseri merangkap bilik tukaran lampin di pusat membeli belah Parque Principado. Pusat membeli belah ini terletak di Oviedo Sepanyol dan nampak sungguh selesa. Kaum ibu pasti suka sekiranya rekaan sebegini diguna pakai di kesemua pusat membeli belah di Malaysia. Make it more parents friendly please!
Laporan asal Design Milk

(8 GAMBAR)Kucing Dengan Bulu Kening, Comel Sangat-Sangat!!!

on Saturday, February 2, 2013

Oh ~~ Comelnya kucing berbulu kening ini. Macam tertumpah cat pun ada jugak. Memang comel sangat-sangat. Pencinta kucing mesti super excited tengok keanehan ini. Tak gitu?
Yang pasti, kucing ini tak perlu nak buat-buat manja untuk mendapatkan makanan daripada tuannya. Cuma perlu buat muka comel dan angkat bulu kening ke atas sikit. Confirm cair dibuatnya.
Lagi 6 keping gambar kucing berbulu kening dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Keunikkan Jambatan Banpo di Seoul (9 Foto)

on Friday, February 1, 2013

Siapa di sini pernah mendengar tentang Jambatan Banpo yang terletak di Seoul, Korea Selatan ini? Mesti ada yang tertanya-tanya kan, apa faktor yang menyebabkan jambatan ini menjadi unik dan sering menjadi tumpuan para pelancong. Secara ringkasnya, Jambatan Banpo di Seoul, Korea Selatan baru sahaja menerima elemen ‘kejutan’ yang besar iaitu pemasangan hampir 10,000 nozel pancuran air di sepanjang jambatan pada kedua-dua belah sisi. Nozel pancuran air tersebut baru sahaja dipasang pada bulan lepas dan kini ia menjadi daya tarikanpelancong di sana. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Pancuran air ini mengepam sebanyak 190 tan air dalam tempoh seminit daripada sungai yang berada di bawah jambatan dan menjadikannya mesra alam.

6 Potret 'Real!' Fotografi Oleh Andrzej Dragan

Andrzej Dragan,seorang artis yang mempunyai minda yang hebat dan berbakat dengan mempuanyai PhD dalam fizik kuantum dan mata yang menakjubkan untuk mewujudkan satu cerita dalam satu imej.

Dia berada dalam senarai 200 jurugambar pengiklanan terbaik mengikut Arkib majalah berprestij Lurzer dan telah dicalonkan untuk hadiah di Cannes Lions dalam fotografi pengiklanan.

Gadis Litar Neon Genesis Evangelion (6 Gambar)

on Saturday, January 26, 2013

Race queen selalunya seksi. Hari ini aku nak paparkan race queen Japan GT versi comel dan otaku compliant. Awek-awek dibawah ialah race queen kepada Team Evangelion Racing. Kereta lumba mereka kedua-duanya dicat untuk kelihatan seperti robot dalam anime Evangelion. Alang-alang kereta dah Evangelion apa salahnya gadis litar pun cosplay terus. You like?

10 Batu Yang Unik Di Dunia (9 Gambar)

on Friday, January 25, 2013

Batu-batu yang unik di dunia ini di mana batu yang besar boleh bertenggek di batu yang kecil. Itulah kuasa kebesaranNya.
Bayangkan batu yang kecil duduk di bawah dan batu yang besar duduk di atas, dan batu tersebut sedikit pun tidak menunjukkan untuk jatuh.

Wow…Foto-Foto Menakjubkan Perobohan Sebuah Jambatan

[15 Foto] Perbezaan Ketara Sebelum Dan Selepas Jadi Model

on Wednesday, January 23, 2013

Angelababy or Yeung Wing adalah seorang model yang famous di Hong Kong. Model yang berusia 20 kini mula menceburi pada umur 14 tahun. Dia kini adalah model yang meraih untuk berjuta-juta. Dari menjadi model yang meraih HK$1,000 satu photoshoot kini dia meraih HK$30,000 untuk satu photoshoot. Cuba tengok betapa berubahnya muka dia dari seorang pelajar sehingga menjadi model. Orang kata kalo nak cantik, jadi la MODEL!!!. betul ke?? hehe

WAKTU dia student..macam tak ada harapan je ni..
Tiba-tiba..masa jadi ARTIS..eh...cun gilerr
sumber : link