Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts
Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts

Ngeri!! Dua Bayi Dimakan Tikus Gergasi

on Tuesday, August 13, 2013

Ngeri!! Dua Bayi Dimakan Tikus Gergasi

Tikus makan bayi? Seperti agak sukar diterima dek akal kerana apa yang kita tahu, tikus mempunyai saiz yang sangat kecil. Namun begitu, jangan nafikan tentang bahaya gigitan tikus ini. Apatah lagi, tikus yang mahu kongsikan ini adalah antara spesis yang paling besar di dunia. Saiz yang menyerupai seperti seekor kucing sudah cukup menjadikan bayi sebagai sasaran mangsanya. Sungguh ngeri apabila mengetahui dua orang bayi kecil ini menjadi mangsa seekor tikus gergasi.



Cape Town | Afrika Selatan diserang tikus. Bukan tikus biasa, tikus-tikus ini sebesar seekor kucing. Dengan ukuran sebesar itu, tikus-tikus itu mencari mangsa yang cukup besar iaitu Bayi.

Tikus itu boleh membesar hingga hampir satu meter, dari muncong hingga ekor. Sementara gigi depannya sepanjang 2,5 cm.

Minggu ini sahaja sudah berlaku dua tragedi yang mengerikan.

Tikus-tikus raksasa memakan dua orang bayi dalam dua peristiwa berbeza. Lunathi Dwadwa, 3 tahun terbunuh dalam tidurnya di kawasan perumahan di luar Cape Town. Sementara seorang bayi lain menjadi mangsa tikus di Soweto, tak jauh dari Johannesburg pada hari yang sama.

Lunathi ditemukan terbunuh dalam keadaan mengerikan oleh orangtuanya, pada 29/5/2011. Tidak ada tangisan ataupun jeritan sebelumnya.

“Saya tidak dapat melupakan betapa mengerikan keadaan anak saya. Matanya terkeluar. Wajahnya rosak dari alis hingga pipi,” kata Bukiswa Dwadwa (27 tahun), ibu bayi itu.

“Tidak ada yang boleh melakukannya kecuali tikus,” ujar Mncedisi Mokoena, ayah Lunathi.

Beberapa jam kemudian, polis menemukan kes yang serupa. Seorang bayi perempuan diserang segerombolan tikus besar ketikan ibunya yang masih remaja pergi dengan teman-temannya.

“Kami mendapat panggilan dari lokasi kejadian, tentang terbunuhnya bayi tersebut akibat serangan tikus,” kata polis bernama Bongai Mhlongo.

“Kami menahan ibunya dengan tuduhan kelalaian yang mengakibatkan kematian,” tambahnya.

Bulan lalu, Nomathemba Joyi (77) juga tewas setelah tikus-tikus raksasa memakan sisi kanan wajahnya.

Di kawasan perumahan Afrika Selatan, tikus raksasa biasa ditemukan di tempat-tempat sampah.

Tikus-tikus itu diyakini termasuk jenis African Giant Pouched Rats, salah satu jenis tikus terbesar dunia.

Mereka lebih aktif di malam hari, pemakan segala, dan boleh membiakkan 50 anak dalam setahun. Beberapa suku di Afrika mengembangbiakkan tikus jenis itu untuk dimakan.


Luar Biasa!! Haiwan Seperti Makhluk Asing Di Jumpai!!

Luar Biasa!! Haiwan Seperti Makhluk Asing Di Jumpai!!

NEW YORK – Seekor haiwan ganjil yang disangka sebagai makhluk asing oleh para pengguna internet selepas ia disiarkan di laman Reddit sebenarnya ialah spesies haiwan seperti belut.




Menurut laman GrindTV.com, seorang jurucakap Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York menyatakan, berdasarkan saiz pada gambar di laman itu, haiwan tersebut ialah lamprei.


Imej itu juga disiarkan di laman YouTube semalam yang dtangkap di New Jersey. Menurut jabatan berkenaan, lamprei juga tidak mempunyai tulang dan mulutnya dipenuhi dengan barisan gigi yang jarang.

Gambar tersebut menunjukkan haiwan itu ditusuk dan darah keluar daripada badannya. – Agensi

Gempar!!Paru-paru Di Masuki Ikan Hidup!!

Gempar!!Paru-paru Di Masuki Ikan Hidup!!

Satu kejadian yang mengerikan apabila ikan hidup masuk ke bahagian paru-paru seorang kanak-kanak di India. Doktor diminta untuk mengambil ikan hidup yang terdapat di bahagian paru-paru kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di India.


Para doktor terus menjalankan operasi pembedahan kanak-kanak lelaki yang bernama Anil Barela menelan ikan sepanjang 9 centimeter di tepi sungai ketika sedang bermain dengan temannya. Setelah menelan ikan hidup itu, lama kelamaan Anil merasa susah untuk bernafas. Kadar oksigen dalam darahnya semakin menurun.
 Menurut salah satu media India, kebanyakan kanak-kanak di negara tersebut gemar menelan ikan hidup-hidup saat bermain. Namun kes yang menimpa Anil dianggap cukup pelik, kerana ikan yang ditelannya masuk ke bahagian paru-paru.

“Ikan ini hidup, namun akhirnya mati ketika pembedahan selesai dilakukan. Ikan itu mengganggu fungsi paru-paru dan menyebabkan kurangnya aliran oksigen,” ujar Dr Pramod Jhawar.
Doktor pakar itu berjaya mengambil ikan yang tersangkut di dalam paru-paru Anil. Dr Jhawar mengatakan, ini merupakan kes pertama yang muncul sejak 20 tahun lalu.

Sumber

GEMPAR!!MANUSIA MENANGIS AIR MATA DARAH WUJUD!

on Monday, August 12, 2013

GEMPAR!!MANUSIA MENANGIS AIR MATA DARAH WUJUD!

Ungkapan "Air mata darah" Sering di ucapkan dalam drama dan filem melayu, Tetapi ungkapan itu telah menjadi kenyataan pada masa kini. Seorang gadis di Chile mengejutkan doktor perubatan apabila dia dilaporkan menangis air mata darah.


Yaritza Oliva, 20, memberitahu, keadaan pelik tersebut mula berlaku pada awal bulan ini dan sejak itu matanya boleh mengeluarkan darah beberapa kali dalam tempoh sehari.


Jelasnya, dia cuba mendapatkan rawatan daripada doktor, namun hanya dibekalkan ubat titis mata selepas matanya didapati tidak menghadapi jangkitan.

"Doktor hanya memberi saya ubat mata untuk mengurangkan kesakitan," katanya.




Oliva berkata, setiap kali menangis air mata darah, dia akan merasa terlalu sakit.

Ibu dan bapa gadis itu yang muncul dalam rancangan berita televisyen tempatan, memohon jasa baik orang ramai untuk menderma kepada mereka bagi menampung kos rawatan Oliva.


Berdasarkan keadaannya, Oliva dikatakan mengidap penyakit yang jarang berlaku iaitu haemolacria yang menyebabkan pesakit mengeluarkan air mata darah.

Buat masa ini, hanya ada tiga kes sama dilaporkan, berpunca daripada paras tinggi hormon kesuburan wanita atau mungkin merupakan tanda-tanda penyakit serius dan barah. - AGENSI


Sumber

Gempar!!!Subhanallah..Bayi Lahir Dengan Kaki Kambing

Gempar!!!Subhanallah..Bayi Lahir Dengan Kaki Kambing

Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan berwajah manusia berkaki kambing tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah – bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.

Menurut sumber berita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini.

Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini







Sumber

Gempar!!Lelaki Cuba Lepaskan Diri Daripada Jerung!!

Gempar!!Lelaki Cuba Lepaskan Diri Daripada Jerung!!

Apabila gambar seorang lelaki berada dalam perut jerung dengan sebelah tangannya dikeluarkan memegang pisau bagi melepaskan diri daripada haiwan karnivor tersebut dipamerkan, ramai tertanya-tanya sama ada ia benar-benar gambar asli.


Jawapannya, gambar yang ditangkap oleh nelayan Australia dan dipamerkan di Hotel Metung, Victoria itu memang asli.

Tetapi yang tak betulnya adalah, jerung itu sudah ditangkap dan mati.

Nelayan yang mendapat jerung ini kemudiannya mengeluarkan isi perut ikan tersebut lalu melakukan aksi seperti dalam gambar.

Bagaimanapun di sebalik elemen berani dan lucu yang ditampilkan nelayan terlibat, ada juga yang merasakan tindakan ini tidak betul dan wajar. Mereka adalah para pencinta haiwan yang bengang melihat cara jerung itu diperlakukan.

SUMBER

GEMPAR!!BUDAK MIRIP NINJA TURTLE

BUDAK MIRIP NINJA TURTLE


Kanak-kanak ini di gelar "Ninja Turtle" oleh kawan-kawan dan jiran sekampungnya. Nama sebenarnya Didier Montalvo berasal dari Colombia.


Di gelar "Ninja Turtle" kerana kanak-kanak ini menghidap satu penyakit ganjil. Di mana Setompok tahi lalat hidup dan membesar di belakang badanya betul-betul menyerupai seperti kulit kura-kura dalam filem "Ninja Turtle".


Didier ditakuti oleh kanak-kanak lain dan dilarang bersekolah. Mendengar berita malang yang menimpa kanak-kanak itu, Seorang pakar bedah Neil Bulstrode telah pergi kerumah kanak-kanak itu untuk melakukan pembedahan membuang ketumbuhan yang mirip kulit kura-kura, Dan akhirnya berjaya dalam pembedahan tersebut.






Sumber

Kejam!! Singa Dililit Dawai Besi Selama 3 Tahun

on Friday, August 9, 2013

Kejam!! Singa Dililit Dawai Besi Selama 3 Tahun


Seekor singa betina di Tanzania masih hidup walaupun lehernya dililit dawai untuk 3 tahun. Sepanjang penyeksaan itu, dia telah dijaga baik oleh sekumpulan singa yang lain dengan mencari makanan untuknya. Pada Ogos lepas, pihak Rangers dari Mikumi National Park berjaya memutuskan dawai tersebut. Kini singa tersebut tengah dalam masa penyembuhan.






Pelik Dan Ajaib ! Kura-kura Mampu Hisap Rokok 10 Batang Sehari

Pelik Dan Ajaib ! Kura-kura Mampu Hisap Rokok 10 Batang Sehari


Tidak hanya manusia saja yang boleh ketagihan menghisap rokok haiwan pun ternyata juga boleh salah satu contohnya adalah kura kura ini.

Kura kura berjenis alligator ini sekurang-kurangnya setiap hari boleh menghisap rokok sebanyak 10 batang.

Nah awal mula kura kura ini mulai menghisap rokok kerana seorang chef bernama Tang, memberi kura kura ini sebatang rokok untuk mengambil tulang yang tersangkut di tekak kura kura ini.

Sejak itu kura kura ini mulai suka menghisap rokok dalam satu hari Tang  harus menyediakan 10 batang rokok.

Jika tang tidak memberikan kura kura ini rokok maka kura kura ini akan mengeluarkan suara suara aneh dan akan mengikuti tang kemana pun pergi.

Subhanallah!Kampung Dilanda Sumpahan Ketam

Subhanallah!Kampung Dilanda Sumpahan Ketam  | Di sebuah perkampungan yang terietak di wilayah Dusun Ulutaue, daerah Bone, Sulawesi Selatan, hampir kesemua penduduknya mengalami masalah kelainan fizikal. Pelik, tangan dan kaki mereka hanya mempunyai dua jari sehingga kelihatan seperti penyepit ketam.


Secara normal, manusia dilahirkan dengan dua tangan dan kaki, serta mempunyai lima jari di setiap bahagian berkenaana. Namun bagi penduduk di perkampungan terpencil di Sulawesi Selatan itu, perkara tersebut tidak berlaku kerana rata-rata mereka hanya mempunyi dua atau tiga jari di kaki dan tangan.

Sama ada bayi baru lahir, kanak-kanak sehinggalah kepada orang dewasa, hampir kesemuanya mempunyai bentuk jari yang sama. Boleh dikatakan, 90 peratus daripada mereka tidak memiliki tapak tangan.

Yang ada hanyalah dua belahan di bahagian hujung jari yang menyerupai penyepit ketam. Disebabkan kecacatan itu, penduduk di wilayah berkenaan menggelar perkampungan tersebut sebagai kampung manusia ketam.

Difahamkan, kecacatan ini telah melanda penduduk kampung berkenaan bermula sejak lebih dari seabad yang lalu. Ia berlaku secara turun-temurun, iaitu sejak zaman nenek moyang mereka lagi dan situasi itu masih lagi diwarisi sehingga kini.

Sesetengah penduduk menyatakan, keanehan fizikal tersebut sebagai suatu sumpahan misteri keturunan. Namun, rata-rata mereka pasrah dengan keadaan itu dan menerima seadanya kecacatan yang telah digariskan oleh nenek moyang mereka selama ini.

Bagaimanapun, didalam kampung tersebut terdapat juga segelintir bayi yang dilahirkan tidak mengalami kecacatan ‘sumpahan ketam’ ini. Tetapi, bilangannya terlalu sedikit dan jumlahnya tidak sampai sepuluh peratus pun daripada keseluruhan penduduk kampung.

Namun, apa yang pasti, walaupun seseorang itu dilahirkan dalam keadaan fizikal yang normal dikampung itu, tetapi mereka masih tetap membawa keturunan gen yang sama. Besar kemungkinan, generasi berikutnya akan turut mengalami masalah ini semula.

Keadaan ini dikatakan akan terus berulang sehinggalah kepada beberapa generasi akan datang. Sekalipun memiliki keterbatasan fizikal, tetapi warga dikampung berkenaan tetap menjalani kehidupan seperti biasa.

Sebahagian besar daripada mereka merupakan penduduk miskin yang bergantung hidup kepada laut. Kerana kecacatan itu, penduduk dikampung berkenaan kurang cenderung untuk bergaul dengan dunia luar.

Kehidupan seharian penduduk hanya berkisar dikampung itu sahaja dan mereka lebih selesa dengan keadaan tersebut.

Hebat!!Wanita Ini Penembak Tepat Dunia?Benarkah?

on Thursday, August 8, 2013

Hebat!!Wanita Ini Penembak Tepat Dunia?Benarkah? | Tidak semua orang mempunyai kepakaran dalam menembak secara tepat. Jadi tidak hairanlah jika kerjaya ini tidak semua orang mampu menggalasnya. Pihak polis juga mempunyai penembak tepat mereka sendiri. Di bawah ini adalah merupakan seorang wanita yang dipercayai mempunyai kemahiran menembak secara tepat. Ia sudah beberapa kali mengegarkan dunia dengan mengunguli kejuaraan dalam acara menembak.






Menyayat Hati!!Terpaksa Bernafas Dengan Pam Tangan Kerana Terlalu Miskin

Menyayat Hati!!Terpaksa Bernafas Dengan Pam Tangan Kerana Terlalu Miskin



Lelaki malang bernama Fu Xuepeng ini harus hidup dengan bantuan pam tangan untuk bernafas setelah lumpuh akibat kecederaan dari kemalangan jalan raya.

Atas faktor kemiskinan, keluarganya tidak mampu untuk membawanya mendapat rawatan di hospital. Oleh kerana itu, kedua orang tuanya terpaksa berganti-ganti pada setiap malam untuk membantunya bernafas.

Mereka juga pernah meminta bantuan untuk mendapatkan alat bantuan pernafasan (ventilator) dari ahli keluarga yang lain, namun ternyata ia memerlukan pembiayaan yang terlalu tinggi.




Hebat!!28 Tahun Bersembunyi Dalam Gua Bawah Tanah !

on Saturday, August 3, 2013

Hebat!!28 Tahun Bersembunyi Dalam Gua Bawah Tanah !

 
Shoichi Yokoi (横 井 庄 一 Shoichi Yokoi?, March 31, 1915 - September 22, 1997) adalah seorang sarjan Jepun dalam Tentera Imperial Jepun (IJA) semasa Perang Dunia Kedua. Beliau adalah antara yang terakhir tiga holdouts Jepun selepas berakhirnya permusuhan pada tahun 1945, yang ditemui di kawasan hutan di Guam pada bulan Januari 1972, hampir 28 tahun selepas tentera AS telah kembali menguasai pulau itu pada tahun 1944.

Pada mulanya, Yokoi berkhidmat dengan Bahagian Infantri ke-29 di Manchukuo . Pada tahun 1943, beliau telah ditukarkan ke Rejimen ke-38 di Kepulauan Mariana . Beliau tiba di Guam pada Februari 1943. Apabila  tentera Amerika yang berjaya menguasai pulau di 1944 Battle of Guam , Yokoi bersembunyi dengan sepuluh tentera Jepun yang lain. Tujuh daripada sepuluh asal akhirnya berpindah dan hanya tiga kekal di rantau ini.Mereka berpisah, tetapi mereka melawat antara satu sama lain sehingga kira-kira tahun 1964, apabila kedua-dua yang lain mati dalam banjir. Lapan tahun yang lalu dia hidup bersendirian.

Yokoi terselamat dengan memburu, terutamanya pada waktu malam. Dia menggunakan tumbuhan asli untuk membuat pakaian, katil, dan melaksanakan penyimpanan, yang berhati-hati dia bersembunyi di dalam gua itu.

Bagai mana dia dijumpai?

Pada 24 januari 1942 dia dijumpai oleh Yesus Dueñas dan Manuel De Gracia, dua orang tempatan yang sedang memeriksa perangkap udang mereka sepanjang sungai kecil di TALOFOFO. Mereka awalnya menganggap bahawa Yokoi adalah warga desa dari TALOFOFO,tetapi Yokoi menyangka hidupnya berada dalam bahaya dan menyerang mereka. Mereka berjaya menundukkan dia dan membawa dia keluar dari hutan dengan lebam kecil.




Selama dua puluh lapan tahun, beliau telah disembunyikan dalam hutan gua bawah tanah , takut untuk keluar dari bersembunyi walaupun selepas mencari risalah mengisytiharkan Perang Dunia II telah berakhir,dan mempercayai mereka menjadi propaganda Bersekutu palsu.


Nama: Shoichi Yokoi 横 井 庄
Lahir: March 31, 1915 di Saori, Aichi Prefecture, Japan
Meninggal: September 22, 1997 (aged 82)
Kesatuan: Tentera Jepun
Tahun Pengabdian :1941-1972
Pangkat: Sarjan
Peperangan: PD II, Perang GUAM I, PERANG GUAM II

Kanak-kanak malang dapat RM30 juta!!

on Friday, August 2, 2013

Kanak-kanak malang dapat RM30 juta!!


* My girl: Ryan Jeffers holds up daughter Malyia. The family were awarded $10m in one of the largest medical malpractice payouts ever in California

SACRAMENTO: Keluarga kanak-kanak yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki dan tangannya kerana terlalu lama terbiar di bilik kecemasan semalam bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan pampasan RM30 juta.

Malyia Jeffers baru berusia dua tahun apabila dibawa ibu bapanya ke Hospital Methodist di Sacramento pada November tahun lalu kerana demam, masalah kulit dan lesu.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sacramento pada 14 Februari lalu, kakitangan hospital berkenaan meminta keluarga terbabit menunggu di situ walaupun keadaan Malyia semakin serius.

Dokumen itu menyatakan, ibu bapa Malyia merayu berkali-kali supaya petugas hospital merawat anak mereka, tetapi terus diminta menunggu sehingga lima jam sebelum dibawa berjumpa doktor.

“Pasangan Ryan Jeffers dan Leah Yang melihat sendiri bagaimana anak mereka semakin lemah dan kritikal apabila petugas hospital enggan memberikan rawatan awal,” dakwa dokumen itu.
Motherly love: Malyia gets something to drink form her mother Leah

Sebelum dirawat, kesan tubuh Malyia semakin merebak sehingga ke kedua-dua kaki, tangan dan muka.Keadaan itu menyebabkan Jeffers dan Leah ketakutan kerana bimbang Malyia akan menghembus nafas terakhir sebelum sempat dirawat.

Selepas diperiksa, Malyia diterbangkan ke Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford.Di situ, doktor menemui bakteria Streptococcus A yang menjangkiti darah dan organ Malyia, memaksa mereka segera menjalankan pembedahan membuang kedua-dua kaki kanak-kanak malang terbabit.

Berdasarkan dokumen mahkamah, sebahagian besar wang pampasan itu akan disimpan dalam tabung amanah untuk kegunaan semasa dan akan datang Malyia.

Simpanan itu juga membolehkan Malyia menerima anuiti AS$16,932 (RM51,888) sebulan apabila dia berusia 18 tahun.

Bayaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa dan Milya akan memperoleh anuiti hampir dua kali ganda menjelang usianya 30 tahun. - DM

* Sumber

Pasangan Suami Isteri Ini Kumpul 240 Patung Seks


Ada-ada saja hobi pasangan suami isteri ini. Bob dan Lizzie Gibbins memenuhi rumah mereka dengan koleksi patung seks. Jumlah patung yang mereka miliki sekitar 240 buah.

Pasangan eksentrik ini memilih, dan menamakan boneka bersama, bahkan mereka membelikan tiap boneka pakaian, wig, dan make up setiap bulan. Tak hairan jika mereka telah menghabiskan £100.000 untuk hobi mereka ini.


 

Serius Cute - Awek Korea Comel : Tetapi Adakah Ini Realiti? (12 Gambar)


Awek Korea

Adakah ini realiti atau kombinasi surgeri, photoshop dan make up? Yang penting......... nice!








Laporan asal Sankaku

8 Juta Penonton Saksi Peserta Realiti DIrogol Secara Live di Kaca Televisyen


Salam sejahtera... Program realiti Big Brother versi Brazil mencetuskan kegemparan di negara tersebut apabila salah seorang pesertanya dirogol secara langsung di dalam kaca televisyen. Model, Daniel Echaniz dituduh mengambil kesempatan meratah tubuh pesaingnya, Monique Amin selepas berakhirnya satu program keramaian. 

Dalam episod terbaru Big Brother Brasil itu, yang disaksikan kira-kira lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique sewaktu wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk. Kemudian, dia menggeselkan tubuhnya dengan wanita itu sebelum berselimut. Monique yang berusia 23 tahun itu dikatakan tidak begitu sedar terhadap kejadian yang menimpa dirinya kesan daripada pengaruh alkohol.

Echaniz akhirnya disingkirkan serta-merta dari rancangan realiti tersebut dan bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam ke 10 tahun jika disabitkan dengan kesalahan.

5 Tahun Tidur Dengan Mayat Isteri

on Thursday, August 1, 2013






Takdir alam, setiap yang hidup pasti mati dan tiada siapa yang dapat melawan hakikat ini. Tetapi kasih sayang seorang suami yang mahukan isterinya berada di sampingnya walaupun telah meninggal dunia adalah sesuatu yang mustahil. Namun seorang warga Vietnam telah berjaya melakukannya! Dia menggali semula mayat isterinya dan menyelimutkan mayat itu dengan tanah liat sehingga meyerupai patung seorang wanita.

Lelaki tersebut, Le Van, 55, dari Ha Lam, wilayah Quang Nam berbuat demikian agar dapat memeluk isterinya setiap malam sejak lima tahun lepas. Isterinya meninggal dunia pada tahun 2003 dan Le Van tidur di pusara isterinya semenjak itu.

Setahun selepas itu, dia menggali sebuah terowong berhampiran tempat itu untuk melindungi dirinya dari hujan dan angin. Namun tindakan yang tidak masuk akal itu dikesan oleh pihak berkuasa tempatan dan mereka memujuknya supaya menghentikan perbuatan itu.

Tetapi Le Van tidak dapat meneruskan hidupnya tanpa isterinya di sisi. Oleh itu, dia menggali mayat isterinya dan membawanya balik ke rumah. Sehingga hari ini, dia masih tinggal bersama mayat isterinya serta anak mereka. Le Van memberitahu akhbar Lao Dong bahawa pada awalnya jiran-jiran tidak berani menjenguknya, tetapi kini mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut dan berkunjung ke rumahnya sekali-kala.

“Saya melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dan bukan seperti orang kebanyakan,” katanya.

Dia juga dapat merasakan kehadiran roh isterinya sentiasa bersama mereka dua beranak. Mereka juga tidak takut untuk tidur bersama mayat itu. Menurut pihak berkuasa tempatan, mereka sedang merancang untuk memeriksa kes tersebut kerana di bawah undang-undang sanitasi yang baru digubal, mayat mestilah dibakar atau dikebumikan.

Perbuatan menanam mayat di kawasan perumahan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.

Pelik!!Koleksi Gambar Manusia Luar Biasa Daripada Abad Ke-19 (10 Gambar)

on Monday, July 29, 2013

Pelik!!Koleksi Gambar Manusia Luar Biasa Daripada Abad Ke-19 (10 Gambar)

Berikut merupakan koleksi gambar milik Ronald G Becker yang menggabungkan hasil fotografi milik Charles Eisenmann, Frank Wendt dan ramai lagi yang pakar dalam mencipta dan memasarkan gambar ahli circus di New York pada abad ke 19.

Kebanyakan gambar peserta circus dibawah adalah asli tapi ada juga sesetengah yang direka oleh boss circus untuk menarik perhatian orang ramai bagi menonton circus miliknya itu.