Showing posts with label Latest Post. Show all posts
Showing posts with label Latest Post. Show all posts

Yang Pendek Yang Panjang.

on Saturday, August 3, 2013



Manusia terkecil didunia He Ping Ping yang hanya tinggi 29.37 inci berpeluang bergambar bersama-sama wanita yang mempunyai kaki terpanjang di dunia.


Svetlana Pankratova telah diiktiraf oleh Guinness Book of World Records sebagai mempunyai kaki yang terpanjang di dunia iaitu 51.96 inci.





Doktor gigi Jalanan Di India Dan China (Gambar)


Adakah anda berani membenarkan doktor gigi jalanan ini memeriksa gigi anda?..........











Yusuf Islam - Mengapa Saya Masuk Islam?.

on Friday, August 2, 2013


Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.

Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Cat Steven sebelum menganut Islam
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Titik Permulaan

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.

Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.

Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.

Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.

Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.

Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."

Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara seislam.

Melawat Jerusalem

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.

Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

Sumber 

Kisah Syaitan Mengajar Abu Hurairah Ayat Kursi.



Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba munculah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun Abu Hurairah berjaya menangkapnya. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, sehingga dia merayu : “Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya ramai dan saya sangat memerlukan makanan.”Maka pencuri itu pun dilepaskan.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka bertanyalah beliau : “Apa yang dilakukan kepada tetamu semalam, ya Abu Hurairah?” Dia mengeluh, “Ya Rasulullah, dia seorang miskin, keluarganya ramau dan sangat memerlukan makanan,” jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu, lalu dilepaskannya.

“Dia berbohong ” kata Nabi Muhammad s.a.w.: “Pada waktu malam nanti dia akan datang lagi.”

Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketatkan, dan kewaspadaan pun dipertingkatkan.

Dan, benar sekali pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti semalam. Kali ini dia juga tertangkap. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” ugut Abu Hurairah, sama seperti malam sebelumnya. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : “Saya orang miskin, keluarga saya ramai. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi.”

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun dia dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w. menegaskan : “Pencuri itu bohong, dan malam nanti dia akan kembali lagi.”

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan lebih berwaspada. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan dia berjaya menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Beliau kesal. Kenapa pencuri semalam itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.?

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dijaganya. “Benar, dia datang lagi,” katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. “Kali ini kau pastinya ku adukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya,” pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi.

Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : “Lepaskan saya, saya akan mengajar tuan beberapa kalimah yang sangat berguna.”

“Kalimah-kalimah apakah itu?” Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. “Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.” Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. “Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. “Dia mengajarku beberapa kalimah yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,” jawab Abu Hurairah. “Kalimah apakah itu?” tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : “Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari.”

Mendengar cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya dia tetap seorang pendusta.” Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula : “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?” “Entahlah.” Jawab Abu Hurairah. “Itulah syaitan.” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tengkorak Berharga RM205.5 juta.


Tengkorak bertatahkan berlian ini dicipta oleh seorang artis paling kaya di Britain iaitu Damien Hirst. Dengan seberat 2.156 kg, ia dibuat menggunakan kira-kira 8600 butir batu permata asli. Dibahagian dahi tengkorak pula, diletakkan sebutir permata bersaiz agak besar dengan ketulenan 52 karat dan gigi tengkorak tersebut adalah gigi manusia sebenar.




Hasil seni yang dinamakannya 'For The Love Of God' itu adalah salah satu hasil seni termahal di dunia, dijual pada harga USD 68,500.000 atau kira-kira RM 205.5 juta.

Pramugara Berhenti Kerja Ketika Pesawat Sedang Berlepas Di Landasan.



Aksi ini sungguh aneh tapi benar-benar terjadi. Lelaki bernama Steven Slater yang bertugas sebagai pramugara pesawat JetBlue melayani penerbangan antara negeri-negeri di Amerika Syarikat memutuskan untuk berhenti dari pekerjaannya semasa pesawat yang dinaikinya sedang berlepas dilandasan.







Steven yang berasal Kota Pittsburgh, di Pennsylvania, membuka pintu kecemasan dan terjun terus menggunakan peluncur. Dia mengambil tindakan berhenti bekerja setelah bertengkar dengan salah seorang penumpang. Sebelum melakukan aksinya, dia terlebih dahulu mengambil pembesar suara dan memaki-maki penumpang tersebut. 

Pesawat yang membawa 100 penumpang tersebut dijangka akan berlepas ke New York dari lapangan terbang Pittsburgh semasa kejadian tersebut berlaku iaitu pada bulan Ogos 2010.

Walaubagaimanapun Steven Slater 39 tahun telah ditangkap oleh pihak polis dirumahnya dan dibebaskan dengan ikat jamin.



Tahukah Anda Pejuang Taliban Mempunyai Tentera Monyet?.



Anda mungkin menyangka cerita ini hanya temberang dan menipu, tetapi apa yang sebenarnya memang berlaku.

Pejuang Taliban di Afghanistan telah melatih sekumpulan monyet dan baboon untuk dijadikan Tentera Mujahidin Monyet, monyet dan baboon ini dilatih menggunakan senapang jenis AK47 untuk membunuh tentera Amerika Syarikat pada tahun 2010.

Ahli psikologi yang juga Professor Emeritus di University California William Mason berkata untuk melatih seekor monyet atau baboon melakukan kerja-kerja manusia seperti menutup dan membuka lampu mungkin boleh tetapi jika kita bercakap tentang monyet atau baboon yang diajar untuk berperang sambil memikul senjata seperti AK47 adalah sangat-sangat tidak masuk akal.

Walaubagaimanapun kenyataan oleh Professor Emeritus William Mason apabila pihak British mendedahkan bahawa idea menggunakan monyet untuk berperang sebenarnya telah dicipta oleh tentera Amerika Syarikat semasa perang Vietnam, monyet yang diberikan kacang dan pisang itu telah dilatih untuk membunuh tentera Vietnam menurut satu laporan oleh media British pada 27 Jun, 2010.

Kisah Benar - Dalam Otak Bayi Ada Kaki Manusia.

Kaki yang dikeluarkan dari otak bayi.

Dunia perubatan kembali dikejutkan dengan peristiwa pelik. Doktor di Colorado, Amerika Syarikat, telah mengeluarkan kaki kecil dari otak bayi berusia tiga hari.

Sam Esquibel bayi yang mempunyai kaki di otak 
Ahli bedah otak pediatrik Dr Paul Grabb terkejut akan perkara ini. Ketika membedah kepala dan otak bayi yang bernama Sam Esquibel, ia mencari sepotong kaki yang hampir terbentuk dengan sempurna, lengkap dengan lima jari dan kaki yang lain yang hampir berbentuk. Tak hanya itu, ia juga mendapatkan beberapa bahagian tubuh lain, seperti sepotong tangan dan paha. "Seperti melahirkan bayi tapi dari otak," kata Dr. Grabb seperti dipetik Daily Mail.

Manny and Tiffnie Esquibel 
Prosedur perubatan itu, sebenarnya bermaksud untuk mengeluarkan tumor kecil di dalam otak Sam. Berdasarkan hasil merakam otak dengan x-ray, secara rasmi dinyatakan ada tumor dalam otak Sam. Namun secara fizikal, bayi pasangan Tiffnie dan Manuel Esquibel ini kelihatan sihat.

Grafik menunjukkan kedudukan kaki yang berada didalam otak bayi tersebut.
Gambar X-Ray menunjukkan kedudukkan kaki didalam otak bayi
"Selain struktur organ yang hampir terbentuk seperti ini merupakan hal yang unik, tak biasa, dan tak pernah terdengar di mana-mana," tambah doktor yang tidak dapat menjelaskan fenomena ini. Namun, 'kaki' di dalam otak Sam itu benar-benar suatu bentuk tumor otak bawaan.

Dr Paul Grabb
Tumor, menurut Dr. Grabb, boleh saja terjadi akibat kes fetus in fetu di mana janin kembar tumbuh di dalam janin lain. Walaupun demikian, ia tak pernah mendengar ada kes seperti itu yang terjadi di otak. Sehingga ia langsung ingat dengan mitos Yunani, raja para dewa Zeus, yang melahirkan putrinya Athens dari dahinya.

Kembar Tiga Yang Berjarak Usia 11 Tahun.

Bethany dan Megan bersama adik kembarnya Ryeigh Shepherd

Ini mungkin peristiwa paling aneh di dunia pernah menimpa ibu yang berasal dari Kota Birmingham, Inggeris, bernama Lisa Sheperd. Dia melahirkan anak kembar tiga, namun bayinya terakhir terpisah jarak 11 tahun dari kedua kakaknya.

Ketiga kedua-dua anaknya iaitu Bethany dan Megan lahir pada 1998, sementara di tengah kembar mereka Ryleigh hanya muncul di dunia pada tahun 2009.

Menurut keterangan doktor yang menangani kelahiran kembar tiga itu, Bethany dan Megan mempunyai embrio kuat hingga boleh bertahan dan lahir tepat pada waktunya. Sedangkan embrio Ryleigh lemah hingga harus dibekukan 11 tahun dan akhirnya dia lahir pada 2010.

Arwah Datin Umi Kalthum Tinggalkan Nota 5 Syarat.



KUALA LUMPUR: Sekeping nota tulisan Allahyarham Umi Kalthum yang menyatakan lima syarat ditemui ketika ahli keluarga itu dihimpit rasa duka akibat kematian pelakon veteran tersebut pada Rabu.


Nota yang diletakkan di atas meja solek, rumah salah seorang anak Allahyarham hasil perkahwinan pertamanya antara lain menyenaraikan barang keperluan yang disimpan dan perlu digunakan sekiranya dia meninggal dunia.

Noor Kumalasari sedang menabur bunga di pusara arwah ibunya.
Cucu dari suami pertama Allahyarham iaitu Amir Noor Muhamad , 32, berkata, dia menemui nota tersebut ketika masuk ke bilik untuk mencari kain kapan yang disimpan Allahyarham sebagai wasiat.

“Saya terkejut apabila saya masuk ke bilik, saya terjumpa sekeping nota yang arwah letakkan di atas meja mekap.

Arwah semasa dizaman kegemilangannya
"Dia seolah-olah sudah tahu hendak pergi buat selama-lamanya,” jelas Amir Noor kepadamStar Online di sini pada Rabu.

Allahyarham Umi Kalthum meninggal dunia pada usia 81 tahun dalam tidur kira-kira pukul 4 pagi di rumah anak hasil perkahwinan pertamanya dengan individu yang dikenali sebagai Jaafar di Ukay Prima di sini pada Rabu.

Beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu serta seorang cicit hasil dua perkahwinannya termasuklah dengan pelakon Datuk S Roomai Noor.

S Roomai Noor meninggal dunia di Mekah ketika menunaikan umrah pada 16 Mac 1996 akibat paru-paru berair.

Selain aktres Noorkumalasari, Allahyarham Umi Kalthum turut memiliki seorang anak tiri iaitu penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan terdahulu S Roomai Noor dengan pelakon Siput Sarawak.

Dalam pada itu Amir Noor berkata, lima perkara yang dicatatkan oleh neneknya itu ialah kelengkapan bagi menguruskan jenazahnya iaitu; kain batik untuk menutup dan memandikan jenazah, dua helai kain ihram termasuk milik S Roomai Noor sebagai kain kapan dan selendang putih menutup muka.

Turut ditulis ialah sarung bantal bagi kegunaan melapik kepala jenazah dan dua helai kain putih yang perlu diikat pada batu dan diletakkan di simpang jalan sebagai tanda ada orang meninggal dunia.

Kesemua kelengkapan jenazah itu disimpan rapi dalam sebuah almari dan digunakan sebagai memenuhi impiannya.

Allahyarham juga turut berpesan agar mengebumikan jenazahnya di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang di sini iaitu berdekatan dengan kubur arwah ibunya.

Arwah juga kata Amir Noor pernah melahirkan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah ataupun pada bulan Ramadan.

“Alhamdulillahlah... hajat nenek untuk meninggal dunia pada bulan Ramadan seperti yang diimpikan telah dimakbulkan Allah,” katanya.

Dalam pada itu rakan seangkatan Allahyarham iaitu Datuk Maria Menando, 81, berkata, dia amat terkejut dengan berita kematian itu kerana Umi Kalthum masih dilihat cergas walaupun ketika usianya sudah lanjut.

Katanya, kali terakhir mereka berjumpa ketika menziarahi jenazah Allahyarham Latifah Omar yang meninggal dunia pada 9 Jun lalu.

“Umi seorang rakan yang sangat baik dari segi tutur kata dan tingkah lakunya. Selama mengenalinya, saya amat senang berkawan dengan dia,” kata Maria.

Pelakon Salmah Ahmad, 76, pula berkata, Allahyarham ada berpesan kepadanya agar menjaga kesihatan sebaik mungkin selain mengadu sakit dada.

“Dua hari lepas dia ada telefon saya. Dia nak ajak saya bercuti ke Jakarta. Saya kata tak ada masalah. Kemudian dia bertahu, dadanya sakit sehingga kadang-kadang nak tarik nafas pun susah.

“Kerana masalah itu dia banyak kali supaya saya menjaga kesihatan dengan baik,” katanya yang pernah berlakon dengan Allahyarham dalam filem Yatim Mustapha pada tahun 1961.

Sepanjang hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.

Watak jahat iaitu Putih yang dipegangnya dalam Bawang Putih Bawang Merah pada tahun 1959 pernah menyebabkan dia dibenci peminat kerana sering mendera adik tirinya iaitu Merah lakonan Latifah Omar.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate selepas solat Zuhur pada Rabu.

Turut menziarahi Allahyarham ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Yusof Haslam, Datuk Sarimah Ahmad, Aspalela Abdullah, Zalifah Ibrahim, Hayati Tasrip dan Mariani. - mStar

Menakjubkan, Gurun Pasir Yang Boleh Bergerak Di Perancis.



The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis,adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumukpasir ini adalah sangat besar - berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut. Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.

Menariknya, gumuk pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutanbelakangnya untuk 'menelan' rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.

Kadar pergerakan adalah tidak berterusan, kadang-kadang ia bergerak pantas (10 meter dalam satu tahun) dan kadang-kadang sangat perlahan (kurang dari satu meter).


Sepanjang 57 tahun yang lalu, gumuk pasir ini telah berpindah sebanyak 280 meter memberi anjakan tahunan sebanyak 4.9 meter setahun.






Pelik Tapi Benar: Kilang Pemprosesan Mayat Di Russia.

 


Adakah anda percaya atau tidak di negara Rusia terdapat sebuah kilang yang beroperasi untuk memproses mayat. Tetapi itulah hakikatnya di mana kilang tersebut sememangnya wujud di dunia ini dan aktif memproses organ mayat-mayat yang tidak dituntut.

Namun, lebih mengejutkan apabila kilang yang terletak di Rusia ini akan mencuri buah pinggang, kornea mata dan lain-lain bahagian tubuh mayat untuk dijual. Hasil jualan organ itulah yang menjadi sumber pendapatan mereka bagi membiayai gaji kakitangan yang menguruskan operasi kilang tersebut.


Kilang ini kelihatan sangat ngeri di mana mayat-mayat akan dihimpunkan dalam satu bilik dalam keadaan berselerak dan seolah-olah tidak berharga lagi. Mayat-mayat tersebut hanya dibiarkan terlentang di mana-mana saja sebelum operasi membedah untuk mengeluarkan organ dilakukan.

Suasana seperti ini sungguh kejam bukan? Pastinya kilang ini dipenuhi dengan bau-bauan yang kurang enak!. Dan tidak mustahil juga menjadi kilang paling menyeramkan di dunia.


Sudah semestinya keberanian, semangat yang kuat serta memiliki hati yang keras untuk para pekerja yang berada di kilang itu. Jika lemah semangat mana mungkin mereka mampu untuk memproses mayat-mayat tersebut.


Mayat-mayat tersebut sebenarnya (mangsa) adalah mayat-mayat yang dikutip daripada pemandu mabuk yang telah meninggal dunia akibat kemalangan, orang yang tinggal bersendirian dan mati kesejukan, penjenayah yang ditembak mati dan mayat-mayat yang tidak dituntut oleh ahli keluarga. Malah, golongan kanak-kanak juga turut menjadi sasaran mereka.



Seterusnya, selain daripada organ-organ dalaman beberapa bahagian badan juga akan dijual kepada beberapa universiti di seluruh dunia. Tulang pula akan dieksport kepada farmasi di Ireland manakala negara Jerman membeli tulang-temulang manusia itu untuk membuat gigi tampalan.

Namun, bukan hanya Rusia, negara India juga dikatakan mempunyai kilang yang serupa iaitu untuk memproses organ-organ manusia untuk eksport. Mungkin juga kerana bilangan penduduk yang ramai maka mayat-mayat sering tidak dituntut atau gagal disempurnakan dengan baik.

Tidak mustahil juga jika ada ahli keluarga yang menjual mayat kerana tidak mampu untuk mengadakan majlis pengebumian. Hal ini terbukti kerana terdapat mayat-mayat dibiarkan hanyut di Sungai Gangga begitu sahaja kerana tidak mampu diuruskan oleh ahli keluarga.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah andai kita berada di luar negara kerana pelbagai ancaman boleh terdapat di mana-mana malah tidak mustahil juga berlaku di negara sendiri. Elakkan berjalan berseorangan terutamanya pada waktu malam khasnya kaum wanita malah tidak mustahil berlaku kepada lelaki juga.