Showing posts with label Pelik aneh rare. Show all posts
Showing posts with label Pelik aneh rare. Show all posts

Gempar!!Usia Baru 18 Tahun,Sudah Kahwin 11 Kali!?

on Wednesday, July 31, 2013

Gempar!!Usia Baru 18 Tahun,Sudah Kahwin 11 Kali!?

Gambar hiasan

Gempar!!Usia Baru 18 Tahun,Sudah Kahwin 11 Kali!? | Bogor, Indonesia : Fitriasih, 18, mengakui dirinya telah melakukan perkahwinan kontrak dengan lelaki Timur Tengah sebanyak 11 kali di kawasan Puncak Cisarua, Jawa Barat.

Dia yang berasal dari Jakarta Timur itu mengakui terpaksa menjual diri kepada pelancong Timur Tengah atas alasan kesempitan ekonomi.

Ibu bapanya dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap manakala adiknya memerlukan pembiayaan sekolah.

"Demi adik, saya rela keluar dari sekolah saat masih duduk dibangku SMP.

"Orang tua saya tidak tahu pekerjaan saya begini. Yang jelas, saya dapat wang, saya bayar sekolah adik dan keperluan rumah tangga," katanya.

Dia mengenali jejaka Arab melalui bantuan pemandu pelancong yang telah lama dikenalinya.

Malah, Fitriasih juga mengakui yang dia pernah menikah ketika usianya mencecah 17 tahun.

"Selama lapan bulan saya menjalani profesion ini, sudah 11 laki-laki Arab saya nikahi.

"Usia kawin kontrak saya dengan mereka paling pendek 3 minggu dan paling lama 1 bulan.

"Selama kawin kontrak, saya diberi nafkah Rp5 juta (RM1,600 +-) seminggu," katanya.

Pengakuan Fitriasih telah mengejutkan Ketua Daerah, Drs Teddy Pembang.

Teddy seolah-olah tidak percaya yang Fitriasih telah melakukan kawin kontrak hingga belasan kali.

Malah, semua kegiatan tersebut dilakukan melalui ijab kabul.

Teddy menegaskan bahawa perkahwinan kontrak adalah bertentangan dengan syariat agama.

Justeru, dia sangat kecewa dan mengutuk perbuatan tersebut.

"Ibu yang membenarkan anak mereka bekerja demi kepuasan nafsu jejaka Timur Tengah, benar-benar tidak mempunya nurani. Saya akan minta pihak polis untuk menyiasat keterangan mangsa dan ibu mereka.

"Dia harus bertanggungjawab atas perbuatannya. Ini kali terakhir wilayah saya dijadikan maksiat. Jika tertangkap lagi sewaktu operasi, saya akan hantar mereka ke Jawa Tengah atau Pasar Rebo Jakarta Timur," ujar Teddy. – Inilah.com

Betul ke berita ni?Lembu Di Persalahkan Sebab Di Rogol

Betul ke berita ni?Lembu Di Persalahkan Sebab Di Rogol | Haa, cuba korang baca berita ni, agak-agak betul ke berita macam ni? macam pelik je berita ni, meh tengok ni..



err, tak tahula berita dari seberang ni.. nampak macam edit, kat tajuk atas tulis 5 bulan, kat bawah 3 bulan lak.. 

Pelik!!Koleksi Gambar Manusia Luar Biasa Daripada Abad Ke-19 (10 Gambar)

on Monday, July 29, 2013

Pelik!!Koleksi Gambar Manusia Luar Biasa Daripada Abad Ke-19 (10 Gambar)

Berikut merupakan koleksi gambar milik Ronald G Becker yang menggabungkan hasil fotografi milik Charles Eisenmann, Frank Wendt dan ramai lagi yang pakar dalam mencipta dan memasarkan gambar ahli circus di New York pada abad ke 19.

Kebanyakan gambar peserta circus dibawah adalah asli tapi ada juga sesetengah yang direka oleh boss circus untuk menarik perhatian orang ramai bagi menonton circus miliknya itu.


























Gempar!!Akibat Dirantai,Daging Bercantum Dengan Rantai !!

Gempar!!Akibat Dirantai,Daging Bercantum Dengan Rantai  !!



Gambar Zhang Chuanqiu , kulit pada tangannya telah bercamtum dengan rantai yang di ikat pada tangannya di penjara Cina haram .

Zhang Chuanqiu telah dirantai di kandang lembu pada tahun 2005 di sebabkan daripada pertikaian ke atas pinjaman untuk membina rumahnya. Beliau kini cuba untuk mengumpulkan £ 1000 (Pounds British) untuk membayar kos doktor untuk menyelamatkan tangannya.

Subhanallah!!Khinzir berkepala dua dengan satu mata

on Sunday, July 28, 2013

Subhanallah!!Khinzir berkepala dua dengan satu mata

HAIWAN berkepala dua adalah amat jarang ditemui dan agak pelik bila dilihat dan bukan tergolong dalam kejadian alam yang biasa ianya luarbiasa.



Kalau korang nak tau ape yang kita lihat ini adalah boleh dikatakan satu keadaan atau dikenali sebagaipolycephaly, termasuk yang berlaku kepada manusia. Beberapa haiwan yang pernah dicatatkan dilahirkan berkepala dua termasuklah lembu, ular, cicak, kura-kura, anjing, kucing dan ayam.

Perkataan polycephaly sebenarnya berasal daripada dua perkataan iaitu Yunani: poli, yang bermaksud "banyak" dan kephala, yang bermaksud "kepala."

Khinzir berkepala dua dengan satu mata, dilahirkan di ladang babi Xiao Jintu, yang terletak di kawasan yang jauh di Changtai County,Fujian.

"Saya telah memelihara babi selama 15 tahun dan saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini sebelum ini. Kami tahu ada sesuatu yang berbeza kerana kepalanya begitu besar dan kami terpaksa membantu ketika ibunya melahirkan", kata penjaga ladang ternak itu.

"Hanya seekor dari lima ekor anak babi yang dilahirkan itu dan ia belum diberi nama. Keunikannya itu akan menyelamatkannya dari disembelih untuk dimakan apabila dewasa. Daripada menjadi makan malam ham seseorang, satu penghormatan bagi haiwan yang bernasib malang ini", tambah pekerja ladang itu lagi.

Khinzir berkepala ini bukan yang pertama yang pernah dilahirkan, tetapi ia adalah kes yang terbaru. Mutasi gen yang menyebabkan terhasilnya keunikkan haiwan ini. Contoh macam yang berlaku kat jepun,arnab mutan lahir di sebabkan mutasi gen yang menyebabkan arnab tersebut tiada telinga.



Sumber

Allahurabbi! Bayi Tujuh Bulan Ditumbuhi Ekor Yang Panjang

Allahurabbi! Bayi Tujuh Bulan Ditumbuhi Ekor Yang Panjang | Mungkin kita tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku ke atas bayi ini. Jelas kelihatan ada sesuatu bentuk pelik yang tumbuh di belakang badan bayi ini.Difahamkan, bayi yang berusia tujuh bulan ini mengalami masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Menurut kata doktor juga, jika kita memotong ekor bayi ini, berkemungkinan ia akan tumbuh semula seperti sedia kala. Semoga bayi kecil ini dapat pulih seperti sedia kala. Kasihan dia..


China – Seorang ibu di wilayah Guangdong merayu pakar perubatan agar mengubati bayi lelakinya yang berusia tujuh bulan, yang mempunyai ekor di belakangnya.
Ekor sepanjang tiga inci itu melekat di belakang Xiao Wei dan ia bertambah panjang.

Menurut wanita itu, Chen, dia telah meminta bantuan daripada pakar bedah untuk membuang ekor tersebut, namun mereka menyatakan ia bukan satu proses yang mudah.

Dalam pada itu, seorang pakar bedah, Huang Chuanping berkata, Xiao Wei lahir dengan keadaan `pemecahan tulang belakang’ menyebabkan pembentukan tulang belakangnya tidak sempurna.

“Ekor itu kini semakin membesar dan telah memanjang 10 sentimeter.

“Jika kita memotongnya, maka ia akan tumbuh semula. Kita perlu membaiki laluan tulang belakang terlebih dahulu bagi menyekat pertumbuhan ekor tersebut,’’ katanya.

Myelomeningocele sering berlaku ke atas satu daripada 800 kelahiran.


Gempar!!Gambar Harimau Bintang Mengamuk Berakhir Ngeri!

on Saturday, July 27, 2013

Gambar Harimau Mengamuk Berakhir Ngeri | Seekor harimau bintang terlepas masuk ke dalam kampung Prakash Nagar village di India dan menyerang beberapa penduduk, termasuk 3 pengawal keselamatan, sebelum ditangkap oleh pegawai haiwan liar. Harimau tersebut akhirnya mati apabila diserang dengan pisau,senapang dan baton.











Menarik!!! Kumbang Gergasi Bersaiz Tapak Tangan Manusia

Menarik!!! Kumbang Gergasi Bersaiz Tapak Tangan Manusia

Seperti namanya, Titanus giganteus, atau Titan Beetle, adalah raksasa dari dunia serangga yang boleh tumbuh hingga panjang 6.5 inci (16.7 cm) dan mempunyai rahang yang sangat kuat yang dapat mematahkan pensil kayu menjadi dua bahagian. Titan beetle adalah salah satu makhluk paling misteri di Bumi yang hidup di hutan hujan tropika yang paling hangat di Amerika Selatan dan hanya keluar ketika mencari pasangan.



 

Larva Titan Beetle hidup di dalam kayu dengan memakan kayu hingga cukup dewasa. Dari saiz lubang yang berada di kayu, dapat diketahui bahawa diameter larva titan Beetle mencapai dua inci.

Sama seperti rama-rama Atlas, Titan kumbang tidak makan selama kitaran kehidupan dewasa, kumbang raksasa menggunakan  makanan yang terkumpul dalam tahap pupa untuk terbang di sekitar untuk mencari jodoh.


 

Titan kumbang biasanya hidup di hutan hujan Colombia, Ecuador, Peru, Bolivia, Guianas dan Brazil. Penduduk tempatan dan para penyelidik biasanya menangkap mereka selepas gelap, dengan lampu terang.


 

 

Ada industri eko pelancongan yang menawarkan pelancongan melihat Titan Beetele di habitat asal, dan penjualan serangga ini dengan USD 500. Rekod Titanus giganteus terbesar adalah 16.7 sentimeter, lebih besar dari saiz Chihuahua dewasa.

Subhanallah!!Penderitaan Manusia Tanpa Wajah

on Friday, July 26, 2013

Subhanallah!!Penderitaan Manusia Tanpa Wajah



KASHMIR-Manusia tanpa wajah. Itulah gelaran yang diberikan orang-orang kepada Mohammad Latif Khatana (32).

Lelaki asal Kashmir, India tidak boleh melihat, apalagi bekerja, kerana lipatan teruk pada wajahnya. Tak ada orang yang mahu melihat wajahnya.

Orang asing meludah di jalan saat Latif melintas, kerana jijik dengan wajahnya. Penderitaan Latif tak berhenti sampai situ. Apalagi, kini isterinya sedang hamil tujuh bulan.

Latif tinggal berpindah-pindah di sejumlah pergunungan dengan isterinya, Salima (25), antara lain di wilayah Tuli Bana, Jammu, dan Kashmir.

Ia melakukan perjalanan ke Srinagar selama empat bulan, untuk mengemis dan mencari wang. Latif dilahirkan dengan benjolan kecil di wajahnya. Benjolan itu terus berkembang dan membentuk lipatan besar di wajahnya, sehingga mustahil baginya untuk melihat.

"Ibu saya masih menangis ketika ia menatapku. Ia merasa bersalah begitu banyak, dan tidak dapat memahami mengapa anak lelaki bongsunya dikutuk," tutur Latif.

Latif adalah anak bongsu daripada enam bersaudara. Ia menjadi satu-satunya kanak-kanak di keluarganya yang mengalami penyakit aneh ini. Ia menjalani masa kanak-kanak dengan kesepian tanpa teman.

"Tak seorang pun ingin bermain dengan saya semasa kanak-kanak. Kanak-kanak di desa saya mengejek saya setiap hari. Saya kehilangan mata kiri ketika berumur lapan tahun, dan mereka biasa memanggil saya dengan sebutan si mata satu aneh," ungkap Latif.
Ketika beranjak dewasa, Latif tak berhenti berjuang untuk hidup. Ia punya mental yang kuat, tapi kerana buta dan buruk rupa, tidak ada orang yang mahu memberinya pekerjaan.

"Saya akan senang melakukan pekerjaan yang jujur, seperti lelaki normal yang bekerja untuk keluarganya. Itu akan membuat saya sangat bangga. Tapi, tak ada yang memberikan saya kesempatan, dan saya terpaksa harus mengemis, sehingga boleh memberi makan keluarga saya," ungkapnya.

Latif biasanya boleh mendapat wang sekitar 400 Rupee  dalam satu hari mengemis, lengkap dengan air liur orang-orang yang meludahinya di jalan.

"Tiga gadis muda pernah berjalan melewati saya. Mereka meludah kaki saya dan lari sambil menutup mulut mereka dengan selendang. Saya sangat malu," kata Latif berkisah.

"Saya terkejut melihat betapa kejamnya mereka. Saya merasa sangat tertekan selama berhari-hari. Tapi, aku harus meneruskan hidup dengan itu," katanya.

Namun, Tuhan memang adil. Empat tahun lalu, Latif akhirnya bertemu cinta dalam hidupnya. Ibu bapa Latif sudah lama berusaha keras mencarikan ia isteri, tapi tidak ada gadis yang sudi menerimanya menjadi suami, sampai akhirnya Latif mendengar tentang Salima.

"Isteri saya hanya mempunyai satu kaki. Bertahun-tahun ia berjuang mencari suami. Segera setelah kami bertemu, kami tahu bahawa kami adalah jodoh. Kami berdua sama dalam hal tidak normal , kami sesuai!" kenang Latif.

Latif dan Salima berkahwin dalam upacara musim panas dengan tata cara tradisional Muslim. Mereka mengundang 400 tetamu, pada Ogos 2008 silam.

"Saya merasa sangat beruntung bertemu Salima, dia tepat untuk saya. Saya merasa sedikit normal sekarang. Saya punya isteri, sedikit lebih lengkap daripada hidup saya sebelumnya.

"Kami tidak mampu berjumpa doktor, kami terlalu miskin Dan tidak pernah ada doktor yang mengingatkan saya agar tidak memiliki anak.

Kakak Latif pernah menjual sejumlah tanah milik keluarga mereka, lapan tahun lalu, untuk membiayai rawatan Latif. Tapi, tak ada doktor yang sanggup menangani penderitaan Latif.

"Ada doktor yang mengatakan, bahawa keadaan saya yang sekarang ini diakibatkan gerhana matahari, ketika ibu saya sedang mengandung saya. Saya tidak tahu apakah harus mempercayai doktor itu atau tidak," papar Latif.

"Sekarang, semakin banyak pembuluh darah yang melalui lipatan di wajah saya, dan tindakan operasi akan terlalu berbahaya. Saya telah kehilangan semua harapan untuk mendapatkan bantuan. Ini adalah bagaimana saya akan terlihat selamanya," kata Latif.

Gempar!! Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Di Perairan Arabian Gulf

Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Di Perairan Arabian Gulf | Makhluk ini ditemui oleh tentera laut Iran dan cuba anda lihat sendiri makhluk ini. Mesti sukar untuk anda menekanya.



Betul-betul Aneh! Benarkah Ini Batu Burung Ababil?

Betul-betul Aneh! Benarkah Ini Batu Burung Ababil? | Masih ingat lagikah kita tentang kisah tentera bergajah yang menyerang kota Mekah pada suatu ketika dahulu? Kisah ini ada terkandung dalam al-Quran pada surah Al-Fill. Namun pada kali ini kami tidak bercerita mengenai sejarah kisah burung Ababil ini, akan tetapi tentang penemuan batu yang dikatakan merupakan batu yang digunakan oleh burung Ababil untuk menghancurkan tentera bergajah. Persoalannnya, benarkah ini batu burung Ababil? Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Boleh lihat gambar di bawah ini.







Seorang lelaki ditawarkan AS$4 juta (RM12 juta) untuk membeli batu hitam disebut di dalam al-Quran yang ditemui ketika memburu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Yaman.

Saleh Musfer Al Gamdi berkata, batu itu yang memaparkan lukisan burung dan gajah, seberat 131 gram,sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.

Sumber

Tergempar!!Haiwan pelik dan unik ditemui!

on Wednesday, July 24, 2013


Tergempar!!Haiwan pelik dan unik ditemui!

Ismail memegang haiwan pelik yang ditemuinya di atas daun nipah di kawasan hutan berdekatan Kampung Alor Tuman



MARANG - Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.

Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.

“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus.

Gempar!! Di Gelar ‘Perempuan Kertas’,Kulit Boleh Ditulis!!

Gempar!! Di Gelar ‘Perempuan Kertas’,Kulit Boleh Ditulis!!

Huang Xiangji 52 tahun di gelar Perempuan Kertas kerana kulitnya boleh di tulis .Menulis di kulit tubuh dengan menggunakanpen itu sudah biasa. Tapi seorang perempuan yang menghidap penyakit kulit tinggal mencoret-coret kulitnya dengan kuku untuk membuat sebuah tulisan.




                                                                                                                                                          Kredit

Gempar!!Anjing Ditembak 40 Kali Di Kepala Masih Hidup

Gempar!!Anjing Ditembak 40 Kali Di Kepala Masih Hidup


Ini mungkin kes paling terok yang dialami oleh binatang. Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir,Subhanallah…dengan kekuasaan Allah,anjing itu tetap hidup. Kejadian ini berlaku di BIRZEBBUGA.

Anjing (crossbreed mongrel) yang diberi nama ‘Bintang’ oleh penyelamatnya itu ditemui dekat Kota Birzebbuga, Malta.

Anjing tersebut ditemukan oleh petugas yang sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang tertindih sebongkah kayu pohon besar. Saat menyiasat arah suara rintihan tersebut, petugas itu sangat terkejut dengan menemui seekor anjing yang nazak. Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing malang tersebut didapati keempat kaki ‘Bintang’ diikat sehingga tidak mampu bergerak sama sekali.

Ketika diperiksa didapati ‘Bintang’ telah ditembak sebanyak 40 kali. Ajaibnya, kumpulan doktor berhasil mengambil 40 peluru yang bersarang di kepala ‘Bintang’ melalui sebuah operasi dihospital Ta’ Qali.

‘Bintang’ Berjaya diselamatkan. Insiden penganiayaan binatang ini membangkitkan kemarahan masyarakat. Mereka menuntut agar hukuman terhadap pelaku penganiayaan binatang perlu dihukum berat menjadi satu tahun penjara dan denda 46.500 euro. Kumpulan pecinta binatang menggerakkan protes atas tindakan ‘menjijikan’ terhadap ‘Bintang’. Satu laman facebook diwujudkan di mana jumlahnya sudah mencapai 7.000 pengikut. Sebanyak 1.000 tandatangan menandatangani petisyen dunia maya untuk membantu menangkap pelaku penyiksaan ‘Bintang’. Mereka juga sepakat menyumbang untuk melunasi biaya operasi dan penjagaan ‘Bintang’. Tawaran juga dikeluarkan bagi siapa yang berjaya menangkap penembak bintang.

Renungan:
Sememangnya anjing itu menjadi bintang kini. Betapa manusia mempunyai naluri sensitif terhadap kezaliman, penyiksaan dan penindasan meskipun ianya terhadap seekor binatang.

Amat malang jika manusia yang melakukan kezaliman diatas bumi Allah ini disokong dan dibiarkan dalam melakukan kebinasaan. Munasabahlah didalam Islam, orang yang menyokong dan membiarkan kezaliman dimuka bumi ini disambar api neraka.Ingatlah Allah membenci orang-orang yang melakukan kerosakan dan kezaliman.

Sepertimana Firman Allah Ta’ala :

“Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain dari azab yang tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (At-Tuur 52:47)

Orang – orang yang zalim tidak memiliki penolong, teman dekat dan pemberi syafa’at.

Allah berfirman:

“Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;“ (A-li’Imraan 3:192)

Firman Allah Lagi:

“Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya.“ (Ghaafir 40:18)

Wallahu’alam….
sumber

MENARIK!!KANDANG KUDA DIUBAH SUAI MENJADI RUMAH!

MENARIK!!KANDANG KUDA DIUBAH SUAI MENJADI RUMAH!

Sebuah kandang kuda diubah menjadi sebuah rumah 3 bilik. Manor House Stables terletak di Winchester England. Kerana kandang kuda ini tersenarai sebagai bangunan bersejarah, kebanyakkan struktur asal kandang kuda dikekalkan. Siapa sangka, sekarang takda alasan tak boleh miliki sebuah rumah!


PELIK!! Lelaki Potong Cuping Telinganya Sendiri!!

PELIK!! Lelaki Potong Cuping Telinganya Sendiri!!