Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Malaysia vs Barcelona FC Keputusan Semasa dan Penuh

on Saturday, August 10, 2013

Malaysia vs Barcelona FC Keputusan Semasa dan Penuh

Aksi perlawanan persahabatan di antara pasukan pilihan Malaysia (Harimau Malaya) menentang Barcelona adalah merupakan sebahagian daripada perancangan sebagai persediaan mengharungi baki kempen kelayakan Piala Asia 2015

Perlawanan ini berlangsung di Stadium Shah Alam setelah di tukar dari Stadium Bukit Jalil yang mendapat kritikan daripada pegawai Barcelona. Perlawanan ini akan berlangsung pada malam ini, Sabtu jam 8.45 malam dan turut disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi stesen penyiaran Tv3 dan juga di Astro.


Peminat bolasepak tempatan pastinya tidak sabar-sabar lagi untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara kelab terhebat dunia, Barcelona FC menentang ke Malaysia.Admin sendiri tidak sabar-sabar lagi mahu melihat aksi lincah Lionel Messi yang sering membayangi Cristiano Ronaldo.

Barcelona FC, terkenal dengan panggilan ‘Los Blaugrana’ memulakan Jelajah Asia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand, 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok, Rabu lepas.

Barcelona menamatkan siri jelajah itu dengan menentang Malaysia sebelum pulang bagi menghadapi musim baharu Liga Primera Sepanyol yang dijangka bermula pada 17 Ogos.

Kopilekat menjangkakan keputusan perlawan persahabatan antara Malaysia menentang Barcelona ini adalah  berpihak kepada Barcelona dengan jaringan 7 berbalas 1.

Kami akan membawakan keputusan secara live update kepada anda sehingga tamat perlawanan. Teruskan bersama kami.
 
Berikut adalah keputusan semasa dan penuh di antara skuad Harimau Malaya melawan FC Barcelona


StatusTuan RumahvsPelawat
entri dikemaskini keputusan malaysia vs barcelona fc 10 ogos 2013 jam 8.45 mlm
Malaysia
Min-40 Amri Yahya
1 – 3Barcelona
Min - 33 Fabregas
Min - 42 Neymar
Min - 74 G.Pique



PANAS!!'Semua orang salah, bukan saya seorang' - Rajagobal

on Thursday, August 1, 2013

PANAS!!'Semua orang salah, bukan saya seorang' - Rajagobal  




JURULATIH skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal terus mempertahankan dirinya meskipun gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan siri jelajah di Jepun.Terus berdalih tanpa memberi alasan kukuh mengenai prestasi anak buahnya termasuk gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan tersebut, Rajagobal sebaliknya memberitahu semua pihak harus bertanggungjawab.

“Saya kena bertanggungjawab, pasukan kena bertanggungjawab dan pemain juga kena bertanggungjawab. Semua pihak kena bertanggungjawab.“Memang ada masanya kita tidak akan mencapai apa yang kita mahu, apa yang penting pasukan kebangsaan memerlukan sokongan daripada semua peminat,” katanya selepas perlawanan terakhir semalam.

Semalam, hari malang skuad negara berterusan apabila kebangkitan yang diharapkan akhirnya bertukar menjadi igauan ngeri setelah Harimau Malaya diaibkan Tokyo Verdy 0-5.Sebelum itu, Harimau Malaya tewas kepada dua kelab Divisyen Satu Liga Jepun iaitu Shonan Bellmare (0-5) dan Shimizu S Pulse (0-2).

Apa yang pasti, kekalahan semalam pastinya memberikan kesan besar terhadap nasib Rajagobal apabila Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak FAM bersidang hari ini untuk membincangkan kedudukan pengendali kebangsaan itu.Apakah Rajagobal masih berkesempatan membawa cabaran Malaysia pada Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain dan Qatar pada Oktober serta November ini?

Biarpun ramai menjangkakan bahawa Rajagobal akan terus membimbing Harimau Malaya, namun ia bukan sesuatu yang mustahil jika pengendali berusia 57 tahun itu diarah meletak jawatan selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.Ini kerana, selepas mengharungi 13 perlawanan tahun ini, Harimau Malaya sekadar mampu melakar dua kemenangan dan itu jelas satu rekod yang cukup memalukan.

Dua kemenangan itu direkodkan ketika Harimau Malaya menewaskan Yemen 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada 22 Mac lalu dan menang 4-0 ketika menentang kelab Australia, Sydney Olympic pada aksi persahabatan bulan lalu.Harimau Malaya dijangka tiba ke ibu negara hari ini selepas ‘berguru’ hampir dua minggu di Jepun sebelum mereka di jadual menentang juara Liga Sepanyol, Barcelona pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil 10 Ogos depan.

Selepas itu, skuad negara bertemu China dalam satu lagi aksi persahabatan pada 10 September sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Oktober depan.

Sumber

9 Gambar ~ Keadaan Kereta Chua Boon Huat Setelah Kemalangan

Berikut adalah beberapa gambar yang membabitkan kemalangan pemain hoki negara Chua Boon Huat pada jam 2.25 pagi tadi. Kehilangan Chua diakui semua termasuk pemimpin negara. Chua, seorang rakyat Malaysia yang telah berjasa dan banyak berkorban untuk negara. Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang.









sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Gempar!Pemain Hoki Negara Chua Boon Huat Maut Kemalangan

 Pemain Hoki Negara Chua Boon Huat Maut Kemalangan

Gambar Chua Boon Huat Pemain Hoki Negara Maut Kemalangan


Pemain Hoki Negara Chua Boon Huat Maut Kemalangan | Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat maut dalam satu kemalangan ngeri selepas keretanya melanggar lori di Lebuhraya Damansara-Puchong, dekat Stesen LRT Kelana Jaya, 2.25 pagi tadi. 





Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Chua Boon Huat yang berumur 33 tahun antara pemain hoki paling lama bermain untuk negara dengan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998. – bHarian


Sumber

Kes Mat Yo Dengan KAFA Kini Selesai

on Wednesday, July 31, 2013


Baguslah macam tu. Ini tidak aku tengok tuntutan KAFA awal musim lalu amat mengarut kerana hinggakan majlis perkahwinan Mat Yo pun nak claim juga...

 Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelaskan, kes saman antara pihaknya dengan bekas penyerang The Red Warriors musim lalu Norshahrul Idlan Tahala atau Mat Yo sudah selesai.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Azman berkata, kes saman tersebut telah diselesaikan di luar mahkamah dan pihaknya berharap isu tersebut tidak akan dibangkitkan selepas ini.

"Kes ini telah di selesaikan di luar mahkamah dan berharap tidak akan ada lagi sebarang isu yang timbul berhubung perkara berkenaan selepas ini," katanya. 
sumber : http://puakasatelit.blogspot.com/

Park Ji-Sung Akui Bercinta Dengan Kim Min-Ji

on Monday, July 29, 2013


Selepas tabloid mengeluarkan berita tentang temujanji mereka di Taman Hangang, bintang bola sepak Park Ji-sung telah tampil menjelaskan spekulasi tentang hubungannya dan pengacara “Live Today”, Kim Min-ji.

Menurut laman sesawang M Wave, dalam satu sidang media yang pada mulanya diadakan bagi mengumumkan acara sumbangan yang akan diadakan oleh JS Foundation, Park Ji-sung menjelaskan tentang hubungannya dengan personaliti TV berkenaan.

“Pada mulanya saya nak umumkan tentang hubungan kami hari ini, tapi kini saya hanya perlu mengakuinya kerana gambar kami telah pun diterbitkan. Maafkan saya kerana tidak dapat mengejutkan anda dengan berita hubungan kami,” jelas Park Ji-sung.

Pemain tengah kelab Inggeris Queens Park Ranger tersebut memberitahu bahawa dia dan Kim sudah pun berkawan selama hampir setahun sebelum hubungan mereka didedahkan pihak media.

Namun begitu, bila ditanya tentang perkahwinan, Park menjelaskan, “Kami masih belum sampai ke situ. Kami baru mulakan hubungan serius pada cuti musim panas lalu.”

Bila ditanya bagaimana mereka mula berkenalan, Park menjelaskan bahawa dia diperkenalkan kepada Kim melalui bapanya pada tahun lalu, selepas personaliti TV Bae Seong-jae meyakinkan bapanya bahawa Kim merupakan gadis yang baik untuk anaknya.
sumber: http://myinfohubs.blogspot.com/

Tengku Mahaleel dipilih Presiden BAM yang baharu

on Saturday, July 27, 2013

KUALA LUMPUR 27 Julai - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holding Berhad, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dipilih sebulat suara sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu.

Menyuarat agung tahunan (AGM) BAM di sini hari ini turut menyaksikan semua anggota gabungan badan sukan itu bersetuju mengekalkan Datuk Dr Ir Mohamed Al-Amin Abd Majid sebagai Timbalan Presiden I dan memilih Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai Timbalan Presiden II yang baharu, untuk penggal 2013/2017.

Sementara itu, jawatan Setiausaha Kehormat dan Bendahari BAM akan diputuskan kemudian oleh Presiden.

Tengku Mahaleel bukan muka baharu dalam dunia sukan kerana pernah menjadi juara badminton dalam acara perseorangan dan beregu serta menjadi kapten pasukan kriket Kolej Sultan Ismail Kelantan dan pasukan bola lisut pada tahun 1960-an dan awal tahun 70-an.

Beliau turut menganggotai pasukan badminton Universiti Malaya bersama Tan Aik Huang yang merupakan juara All-England.

Selain itu, Tengku Mahaleel merupakan seorang pelumba rali antarabangsa dan pernah muncul juara rali Malaysia pada 1989. - BERNAMA

KJ tegur sikap sambil lewa BAM

on Friday, July 26, 2013

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegur sikap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang tidak memandang serius mengenai etika pemakaian ketika menghantar skuad badminton negara berlepas ke Hong Kong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Menurut Khairy, situasi itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan pemakaian uniform itu penting kerana ia melambangkan imej Malaysia semasa beraksi di luar negara.

"Nampak perkara kecil tapi BAM tak patut hantar pasukan kita ke luar negara tanpa beruniform sukan nasional.

"Bab baju, blazer dan tali leher, itu gaya FAM,”kata Khairy menerusi laman Mikro Twitternya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika melihat etika pemakaian pemain badminton negara yang tidak memakai pakaian uniform rasmi kebangsaan ketika berlepas berlepas ke Hong Kong di KLIA, semalam.

Semalam, pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengetuai 29 pemain Malaysia ke Hong Kong untuk menjalani latihan fasa akhir selama 10 hari sebelum beraksi pada Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China dari 5 hingga 11 Ogos.

Keputusan Malaysia vs Chelsea 21 Julai 2013

on Monday, July 22, 2013


Keputusan Malaysia vs Chelsea 21 Julai 2013 - Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea yang bertandang ke Malaysia sempena Jelajah Pra-Musim sejak beberapa hari lepas akan menentang skuad kebangsaan pada jam 9.45 malam ini di Stadium Shah Alam, Selangor.



Jangan lupa saksikan pertembungan hebat ini memandangkan Chelsea kini dibimbing oleh jurulatih dan pengurus lagenda dunia, Jose Mourinho. Berikut ialah keputusan terkini perlawanan antara Malaysia menentang Chelsea. Keputusan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah.

Malaysia (1) - (4) Chelsea (FT)

Senarai penjaring gol :
  1. Bertrand Traore 6' (CHE)
  2. Kevin De Bruyne 29' (CHE)
  3. Romelu Lukaku 49' (CHE)
  4. VictorMoses 89' (CHE)
  5. Fadhli Shas 90+ (MAL) 

SAH!!Cavani sertai Lavezzi di PSG,pecah rekod Perancis!!

on Wednesday, July 17, 2013


SAH!!Cavani sertai  Lavezzi  di PSG,pecah rekod Perancis!!


Paris: Edinson Cavani tiba di Paris kelmarin untuk memuktamadkan perpindahannya ke Paris Saint-Germain (PSG), dengan sumber rapat berkata tanda harga 64 juta euro (RM267 juta) akan memecahkan rekod Perancis.



Penyerang Napoli berusia 26 tahun itu, penjaring gol terbanyak Serie A musim lalu dengan 29 gol, mendarat di Paris pagi kelmarin sebelum menuju ke sebuah hotel terkemuka di bandar raya itu untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

PSG kemudian mengumumkan akan mengadakan sidang akhbar malam tadi, mencetus spekulasi pemeriksaan perubatan berjalan lancar dan kontrak akan ditandatangani dengan segera.

Cavani dijangka mengikat kontrak lima tahun, menurut sumber PSG.

Lewat kelmarin, Pengarah Sukan PSG Leonardo dilihat meninggalkan hotel mewah itu dengan seorang penasihat kepada pemain Uruguay itu, yang digelar 'The Matador'.

Sekiranya pemain dari Amerika Selatan itu mengikat kontrak bersama kelab juara Perancis itu, dia akan beraksi di samping bekas rakan sepasukan Napoli Ezequiel Lavezzi dari Argentina.

Rekod perpindahan semasa Ligue 1 Perancis dicatat baru-baru ini apabila penyerang Colombia Radamel Falcao berhijrah ke AS Monaco dari Atletico Madrid dengan harga dianggarkan hampir 60 juta euro (RM250 juta).

Sekalipun Monaco mencuri tumpuan di Perancis pada musim panas ini, dengan pemilik bilionair dari Russia Dmitry Rybolovlev berbelanja sekitar 140 juta euro (RM584.8 juta) dalam usaha mencabar juara bertahan itu, PSG kini membayangkan hasrat mereka tidak ketinggalan berbelanja besar.

Kelab berpangkalan di ibu negara Perancis itu bagaimanapun cuba tidak mengendahkan khabar angin dalam akhbar sukan Catalunya minggu lalu mengenai kemungkinan pertahanan tengah Brazil Thiago Silva berpindah ke Barcelona.

Ejen Silva, Paulo Tonieto dipetik berkata: “Thiago seorang pemain PSG. Dia mempunyai kontrak dan menghormatinya.

“Desas-desus ini sama seperti tahun lalu tapi Silva seorang pemain PSG dan dia akan melunaskan kontraknya bersama kelab ini.” - AFP HM

AGAK-AGAK SIKIT KALAU NAK LARISKAN PRODUK!






AGAK-AGAKLAH KALAU NAK PROMOSI PRODUK | Sekarang ramai di antara kita yang gemar mencuba pelbagai jenis produk yang memberikan kesan putih di wajah dalam masa yang cepat dan singkat.



Apa yang ingin dikongsikan penulis ialah mengenai tindakan sesetengah pengusaha yang cuba mempromosikan produk mereka dengan menggunakan wajah selebriti antarabangsa yang sudah pastinya tidak pernah

JDT terlepas aksi Piala AFC tahun depan

on Monday, July 8, 2013

JDT terlepas aksi Piala AFC tahun depanJohor Bahru: Selangor muncul naib juara Liga Super sekali gus layak ke saingan Piala AFC biarpun sekadar seri 1-1 dengan Johor Darul Takzim (DT) pada aksi terakhir di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.  

Pemain Selangor ceria sebaik menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua selepas seri 1-1 dengan Johor DT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi.  

Keputusan itu memastikan anak didik Irfan Bakti Abu Salim mengumpul 40 mata dan menyamai kutipan mata barisan kendalian Fandi Ahmad namun kelebihan jaringan memihak Red Giants untuk mengiringi Kelantan yang muncul juara Piala FA ke saingan kelab-kelab Asia buat kali kedua berturut-turut.

Bagaimanapun, Harimau Selatan tampak lebih garang untuk memburu slot ke Piala AFC apabila lebih awal mengancam kubu Selangor menerusi rembatan deras Jasazrin Jamaluddin seawal minit keempat tetapi tersasar.


Bisa Forkey Doe

Selang empat minit kemudian skuad Gergasi Merah juga hadir menerusi percubaan berbahaya hasil rembatan leret Forkey Doe tetapi gagal merobek gawang tuan rumah.

Selepas berhempas pulas mengasak ke kubu lawan, akhirnya gol yang dicari Johor DT menjelma pada minit ke-21 berpunca sepakan lintang Mohd Farid Ramli yang menyaksikan Leonel Nunez yang menyusup dari belakang pantas merembat leret menewaskan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee.

Bersambung babak kedua, Red Giants tampak rakus mengasak ke kubu tuan rumah dan akhirnya mencipta gol penyamaan pada minit ke-51 selepas Francis Forkey Doe yang mengambil sepakan percuma bijak melencongkan bola tepat ke penjuru kiri gol sekali gus menewaskan Mohd Al-Hafiz Hamzah yang tergamam di gawang sendiri. BH

Akibat tikam pemain,pengadil maut dipenggal kepala

Akibat tikam pemain,pengadil maut dipenggal kepala |

Penonton, ahli keluarga Santos masuk padang belasah da Silva

SAO PAULO: Seorang pengadil maut dibelasah dan dipenggal oleh penonton apabila dia menikam mati seorang pemain kerana enggan keluar padang selepas diberi kad merah.

Pengadil itu, Octavio da Silva, 20, menikam Josenir dos Santos, 30, dalam perlawanan yang berlangsung 30 Jun lalu, kata jurucakap polis, Kena Souza. 

Sekadar hiasan

Dos Santos tidak bersetuju dengan keputusan da Silva bahawa dia melakukan kesalahan.


Selepas bertikam lidah, da Silva menunjukkan kad merah terhadap dos Santos yang kemudian enggan keluar padang.

Da Silva dilihat mengeluarkan pisau dan menikam dos Santos beberapa kali yang maut dalam perjalanan ke hospital.

Penonton termasuk kawan dan ahli keluarga dos Santos kemudian masuk ke padang dan membelasah da Silva sebelum memenggal kepalanya yang diletak pada satu pancang.

Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan pada 2 Julai lalu berhubung kejadian itu yang masih disiasat, kata Souza.
Polis dilaporkan mencari dua lelaki lagi dikenali sebagai ‘Chiquinho’ dan ‘Pirolo’, lapor beberapa blog Brazil.


Bercanggah undang -undang

Ketua Polis Santa Ines, Valter Costa, mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Saksi memberi laporan mengenai orang yang berada di tempat kejadian. Kami akan kenal pasti mereka yang perlu bertanggungjawab atas kejadian itu.

“Jenayah tidak boleh jadi alasan untuk membalas dendam jenayah lain. Tindakan ini bercanggah dengan undang-undang.”

Brazil menghadapi tekanan supaya membuktikan ia adalah selamat untuk kedatangan pelancong di 12 kota tuan rumah Piala Dunia 2014 selain kejohanan Olimpik di Rio de Janeiro pada 2016. - REUTERS BH

Atlet SUKMA 2013 dakwa dirogol bergilir-gilir

on Sunday, July 7, 2013

Atlet SUKMA 2013 dakwa dirogol bergilir-gilir | Kuala Lumpur: Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.


Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.

Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.BH

BERITA THE RED DEVILS 3

Nani yang dikaitkan dengan Galatasaray dahulunya tidak lagi berpanjangan apabila pihak kelab tersebut tidak mampu memenuhi tuntutan United. United meletakkan harga Nani sebanyak 10 juta manakala kelab Turki itu hanya mampu setakat 7 juta. Maka, Nani akan berbincang dengan Moyes mengenai masa depannya di United jika dia tidak dijual semasa perpindahan musim panas ini.



kredit to http://gomomerahgomo.blogspot.com/

Jaguh Veteran


USIA 65 tahun tidak menghalang DJ Dave untuk kekal tangkas bermain badminton.

SEMAKIN dimakan usia, pastinya ramai di antara kita lebih gemar memilih untuk menghabiskan masa dengan berehat dan melakukan aktiviti-aktiviti ringan. Namun terdapat segelintir di antara kita yang menjadi aktif apabila semakin berusia.
Perkara ini sebenarnya sesuatu yang positif apatah lagi kesihatan kita lebih mudah terganggu sekiranya kita hanya duduk berdiam diri dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti riadah bagi mengekalkan kecergasan fizikal.

Itulah perkara yang dilakukan oleh penyanyi veteran, Datuk DJ Dave bagi memastikan tahap kecergasannya tidak pernah luntur tatkala dirinya menghampiri usia 65 tahun.
Jelas Dave, dia memang memilih untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif dengan melakukan aktiviti-aktiviti riadah, antaranya berjoging tetapi yang paling diminatinya, adalah sukan badminton.

“Sebenarnya sewaktu saya muda dahulu, saya lebih gemar bermain bola sepak, kerana selain ia sukan paling popular di Malaysia, kita juga dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan.
“Tetapi lama-kelamaan apabila semakin dikejar usia dan masing-masing sudah terikat dengan kehidupan sendiri, saya mula aktif dalam sukan badminton.

Selain daripada itu, antara sebab utama yang membuatkan saya memilih badminton adalah kerana saya pernah mengalami insiden patah tulang hidung sebanyak dua kali sewaktu bermain bola sepak," katanya yang mula aktif dengan sukan badminton pada usia 45 tahun.

Jelas Dave lagi, kebiasaannya dia akan mengunjungi gelanggang badminton kira-kira dua minggu sekali tetapi jika mempunyai kelapangan, dia akan ke sana tiga atau empat kali seminggu.
“Menurutnya, adalah penting bagi dirinya kekal aktif kerana sungguhpun sudah semakin berusia, karier seninya masih tetap diteruskan memandangkan rasa cinta yang mendalam terhadap bidang nyanyian.

“Melalui aktiviti seperti ini, saya dapat memastikan stamina diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Ini kerana saya masih aktif sebagai penyanyi," katanya yang baru sahaja memenangi pingat perak dalam kategori perseorangan dan beregu di 42nd World Morning Cup Badminton Championship 2013 yang diadakan di Taipei, Taiwan, pada penghujung Mei lalu.

Tambah Dave lagi, dia mahu terus kekal aktif kerana selain dapat mengekalkan stamina, ia juga dapat membantunya menjaga disiplin diri selain memastikan tugas sehariannya berjalan dengan lancar.
“Apabila aktif, kita akan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, bukan sahaja tubuh kita cergas, tetapi minda juga kekal cerdas.

“Pastinya apabila kita mempunyai fizikal yang baik, kita akan mempunyai aura tenaga yang positif dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup seharian," tambah Dave lagi.
sumber : http://www.utusan.com.my/

BERITA THE RED DEVILS 2

Hangat diperkatakan bahawa United sedang berusaha mendapatkan Thiago Alchantra (Barcelona), Marco Reus (Borussia Dortmund) dan Robert Lewandowski (Borussia Dortmund). Selain itu, pemain tengah Belanda dan PSV, Kevin Strootman dan pertahanan muda Southampton, Luke Shaw juga dikaitkan ke United.


kredit to http://gomomerahgomo.blogspot.com/

BERITA THE RED DEVILS 1

David Moyes telah membuat pembelian pertama sebagai pengurusn Manchester United apabila berjaya mengikat pemain pertahanan kanan berusia 20 dari kelab Penarol, Uruguay. Guillermo Varela itu mengikat kontrak selama 5 tahun bersama The Red Devils. Menurut satu sumber, perpindahan pemain itu berjumlah 1.5 Juta.


kredit to http://gomomerahgomo.blogspot.com/

PENGURUS BARU MANCHESTER UNITED

David William Moyes dilahirkan pada 25 April 1963 di Bearsden, East Dunbartonshire, Scotland.



Beliau pernah bermain sebagai pertahanan tengah untuk IBV Vestmannaeyjar (1978), Drumchapel Amateur FC (1978-1980), Celtic (1980-1983), Cambridge United (1983-1985), Bristol City (1985-1987), Shrewsbury Town (1987-1990), Dunfermline Athletic (1990-1993), Hamilton Academical (1993), Preston North End (1993-1999). Beliau juga pernah mewakili Scotland B18 pada tahun 1980.

Sebelum dilantik menjadi pengurus Manchester United untuk menggantikan Sir Alex Ferguson pada musim yang akan datang, David Moyes hanya pernah mengendalikan 2 pasukan iaitu Preston North End (1998-2002) & Everton (2002-2013).

Senarai kejayaan/anugerah yang pernah dimenangi oleh David Moyes:

» Sebagai Pemain
• Celtic - Scottish League Premier Division (1981/1982)
• Bristol City - English Associate Member's Cup (1986)
• Preston North End - Football League Third Division (1995/1996)

» Sebagai Pengurus
• Preston North End - Football League Second Division (1999-2000)

» Anugerah Peribadi
• LMA Manager of The Year 3x (2002/2003, 2004/2005, 2008/2009)
• Premier League Manager of The Month 10x (Nov 2002, Sept 2004, Jan 2006, Feb 2008, Feb 2009, Jan 2010, March 2010, Oct 2010, Sept 2012, Mar

kredit to http://gomomerahgomo.blogspot.com/

Jersey Baru Bola Pasukan pasukan Ternama Untuk 2013 2014

Beberapa pasukan handalan seperti Chelsea Football Club, MU, Real Madrid, Barca, PSG dan banyak lagi pasukan telah memperagakan jersey baru untuk musim 2013/14 akan datang, yang mana sudah boleh mula ditempah sekarang.
Berikut adalah antara jersey-jersey baru samada untuk home, away atau jersey ke tiga beberapa pasukan handalan untuk musim 2013-2014.


              Barcelona Home


              Barcelona Away





                         Chelsea Away





                  Dortmund Home





                   Dortmund Away





                     Real Madrid Home


                   Real Madrid Away



                               Juventus



                Liverpool Away


           Liverpool Goalkeeper



            Liverpool Home


              Man. City Home



                    MU Home



                             AC Milan





                                   PSG


kredit to http://chengyo.blogspot.com/