Showing posts with label Teladan. Show all posts
Showing posts with label Teladan. Show all posts

Allahurabbi!!Jenazah dihurung langau,liang lahad digenangi air

on Tuesday, July 16, 2013

Allahurabbi!!Jenazah dihurung langau,liang lahad digenangi air

KEMAMAN – Dipercayai akibat gemar berfoya-foya dengan wanita di Thailand, jenazah seorang pendulang emas bukan sahaja dihurung langau, malah liang lahadnya turut digenangi air.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebuah kampung di daerah ini yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah Musa berkata, kejadian yang berlaku pada 11 tahun lalu itu benar-benar menginsafkan.



Menurutnya, pendulang emas berusia 52 tahun ketika itu yang juga peneroka tinggal berdekatan dengan rumahnya, meninggal dunia selepas terjatuh dalam tandas ketika sedang minum di sebuah kedai makan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi.

“Apabila mendapati arwah tidak keluar dari tandas, pelayan kedai itu pergi memeriksa sebelum menemui arwah terbaring dengan mulut berbuih. Kes dilaporkan kepada polis, namun polis mengesahkan tiada unsur jenayah.

“Walau telah dilap, buih pada mulut arwah masih keluar dan ketika memandikan jenazahnya, secara tiba-tiba, datang beberapa langau dan menghurungnya,” katanya yang membantu memandikan jenazah.

Bercerita lanjut, katanya, kerja-kerja pengebumian sedikit terganggu apabila liang lahad yang digali digenangi air kerana hujan lebat turun selepas selesai kerja-kerja menggali kubur dilakukan penduduk.

“Jenazah dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 5 petang. Air dalam liang lahad waktu itu paras lutut. Biarpun ditimba berkali-kali, tetapi air tidak berkurang dan kami terpaksa juga semadikan jenazah dalam keadaan begitu,” katanya.

Kata Abdullah, sepanjang hayat, arwah hidup mewah kerana dia pakar mendulang emas, selain memperoleh hasil dari ladang kelapa sawit yang diusahakannya.

Difahamkan, setiap kali mempunyai wang banyak, arwah akan pergi berhibur ke Selatan Siam selama beberapa hari dan pernah mengajak penduduk kampung untuk pergi berhibur bersama samanya.

“Apabila orang kampung tanya buat apa pergi ke Thailand, arwah cakap nak cari ‘mek’,” katanya sambil memberitahu perkongsian pengalaman itu bukan untuk mengaibkan sesiapa, sebaliknya untuk dijadikan pengajaran kepada seluruh umat Islam supaya dapat menghindari perbuatan yang ditegah apatah lagi pada Ramadan yang mulia ini.SH

Mrkopilekat ulas: Artikel ini bukan untuk mengaibkan sesiapa..hanya sebagai tauladan dan sempadan bersama..moga kita bersama dapat mengambil iktibar dari kisah ini..Wallahualam..

Penjual tempe, doa dan kuasa Allah swt

on Monday, July 8, 2013

Penjual tempe, doa dan kuasa Allah swt | Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Sekadar hiasan

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe .. Amin"
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe .. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:

 Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

 Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita. 

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.