Panduan penjagaan 'Mahkota' wanita
Sekali pandang, telur, yogurt dan madu kelihatan seperti hidangan makanan biasa, namun ketiga-tiga bahan semula jadi itu boleh digunakan sebagai ramuan penjagaan rambut yang berkesan tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.Selain tiga bahan itu, banyak lagi bahan makanan di dapur boleh digunakan untuk merawat rambut antaranya avokado, jus lemon dan minyak zaitun untuk membantu mencantikkan penampilan rambut.
Penggunaan bahan terbabit membuatkan rambut kelihatan lebih bermaya manakala dalam jangka panjang, ia tidak menjejaskan kesihatan, berbanding bahan kimia yang ada dalam alat kosmetik kini.
Sapukan bahan tadi ke seluruh kulit kepala dan rambut yang sudah dibasahkan. Biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air sejuk dan syampu seperti biasa. Rawatan telur secara seluruhnya, kuning dan putih boleh dilakukan sekali dalam sebulan, manakala rawatan yang menggunakan putih telur saja boleh dilakukan setiap dua minggu.
Kuning telur yang kaya dengan lemak dan protein, bersifat melembap secara semula jadi manakala putih telur mengandungi enzim yang memakan bakteria dan menyingkirkan lebihan minyak pada rambut.
Bagi rambut normal, gunakan seluruh telur untuk melembapkan rambut tetapi untuk jenis rambut berminyak gunakan hanya bahagian putih telur.
Sapukan bahan tadi ke seluruh kulit kepala dan rambut yang sudah dibasahkan. Biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air sejuk dan syampu seperti biasa. Rawatan telur secara seluruhnya, kuning dan putih boleh dilakukan sekali dalam sebulan, manakala rawatan yang menggunakan putih telur saja boleh dilakukan setiap dua minggu.
Penggunaan barangan tenusu seperti yogurt dan krim masam pula mampu memperbaiki rambut kerana kandungan asid laktik dalam dua bahan itu mampu membuang kotoran yang melekat pada rambut.
Bagi membolehkan rambut kusam berubah menjadi cantik beralun, urutkan setengah cawan krim masam atau yogurt pada rambut dan biarkan selama 20 minit, kemudian dicuci dengan air sejuk. Rawatan ini boleh dijalankan selang seminggu.
Pada masa sama, untuk menangani kulit kepala yang gatal, cuba sapukan dua sudu besar campuran jus lemon bersama dua sudu besar minyak zaitun dan dua sudu besar air untuk menyingkirkan kelemumur.
Asid yang ada dalam lemon menanggalkan kelemumur tetapi pada masa sama ia menyebabkan kulit kepala terdedah kepada rasa pedih. Oleh itu, minyak zaitun bertindak melembap kulit dan mengurangkan rasa pedih.
Rambut kering dan rosak akibat pancaran matahari boleh dirawat dengan menyapu madu ke seluruh rambut kerana ia bertindak mengikat lembapan pada rambut. Bagi memudahkan sapuan, campurkan sedikit minyak zaitun supaya madu lebih cair.
Bagi rambut yang sudah terlalu rosak dan kering, sapukan dua sudu besar madu bersama buah avokado dan kuning telur untuk membantu ikatan protein keratin rambut dan boleh dilakukan sebulan sekali.
Sebaik disapukan, biarkan sekurang-kurangnya 20 minit bagi memberi masa kepada rambut untuk menyerap segala nutrien yang ada. Sebaik masa 20 minit berlalu, cuci rambut menggunakan air suam.
Untuk rambut berminyak pula, campurkan satu sudu besar tepung jagung atau kanji, sebatikannya dengan menggoncang dalam satu bekas, kemudian tabur pada rambut. Selepas 10 minit, gunakan sikat untuk membuang semua tepung dari rambut. Rawatan boleh dilakukan selang sehari.
Bagi rambut mengerbang dan tidak terkawal, avokado mampu memberi penyelesaian dengan merawat, melembap dan meningkatkan kandungan protein serta nutrien diperlukan untuk menghasilkan rambut yang lembut dan lebih mudah diurus.
Hancurkan avokado dan urut pada rambut, biarkan selama lima minit sebelum dicuci. Jika mahu kesan lebih melembap, avokado boleh dicampurkan dengan dua sudu besar krim masam, kuning telur dan mayonis. HM