Showing posts with label Variasi. Show all posts
Showing posts with label Variasi. Show all posts

Video Sedih Penderitaan Polis Berjuang Di Lahad Datu

on Monday, March 25, 2013



Video Sedih Penderitaan Polis Berjuang Di Lahad Datu | Video ini memaparkan perjuangan pegawai & anggota PDRM di Lahad Datu, Sabah dan dipersembahkan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 206 di Pulapol Kuala Lumpur.


sumber

GEMPAR!!!Hantu Lebuh raya di Malaysia yang benar-benar wujud



GEMPAR!!!Hantu Lebuh raya di Malaysia yang benar-benar wujud | MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula.

KANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.

Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.


GAMBAR ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.

Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.
Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.
Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.

“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.
Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.



Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.

Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.

Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.


Kisah Seram Doktor Penggugur Janin



Kisah Seram Doktor Penggugur Janin | Kisah di bawah ini adalah tentang pengalaman seorang doktor yang sering menggugurkan kandungan bagi pasangan yang mengandungkan anak luar nikah. Tindakannya itu sebagai seorang doktor telah menyebabkan dirinya diselebungi ketakutan dan sering didatangi mimpi ngeri. Mimpi berdarah, anak tidak berkepala dan sebagainya. Kita harus tahu bahawa pengguguran janin ini bukan sewenang-wenangnya dilakukan kerana ia boleh jatuh hukum haram. Ikuti kisah di bawah ini.

 DI sebuah bilik yang gelap-gelita saya terkapai-kapai sendirian. Saya cuba mencari-cari arah keluar daripada kegelapan malam itu. Puas mencari akhirnya saya terpandang kilauan cahaya yang datang dari sebuah katil bujang berwarna putih bersih.Saya hampiri cahaya itu namun langkah saya terhenti kerana di hadapan saya ada seorang wanita sedang bermandikan darah duduk sambil melunjurkan kedua-dua belah kakinya. Wanita itu meratap sesuatu lantas saya tertanya-tanya.

Saya cuba memanggil, malangnya jeritan Saya tidak dihirau oleh wanita itu. Dia terus duduk sambil memerhatikan sesuatu yang berwarna kemerah-merahan.Tiba-tiba suara tangisan wanita itu bergema memenuhi segenap ruang bilik. Saya perhatikan gerak-gerinya, dia memegang sesuatu yang janggal bentuknya. Saya perhatikan lagi, ketulan apakah yang sedang dipegang wanita itu, daging yang berkepala, ada jari-jemari yang halus dan lebih mengejutkan, daging itu juga seolah-olah berkaki.

Hati saya terus berperang, siapakah dia? Dan kenapa wanita ini berkeadaan seperti itu. Menakutkan! Saya dengar wanita itu menangis lagi kemudian meneran kesakitan.Arrrrrggghhhh!!! Arggggghhhhhh!!!Suaranya semakin membingit telinga ini. Berketul-ketul daging Sebesar penumbuk tersembul keluar dari celahan kangkangnya. Saya tersentak, kenapa dengan wanita ini? Sakitkah dia? Keadaannya sungguh sengsara bagai menanti saat-saat untuk mati.

Saya termuntah bila melihat wanita itu menarik satu persatu daging yang keluar daripada alat sulitnya. Macam-macam bentuk dan rupa yang keluar. Ada yang berkepala, tetapi tidak berlengan. Ada yang berkaki tetapi kepalanya terputus. Mengerikan. sungguh!Wanita itu meratap lagi, saya turut mengalirkan air mata melihatnya sedang bertarung dengan maut. Saya mesti membantunya, keluarkan dia segera daripada kesengsaraan itu. Lalu kaki ini cuba melangkah merapati tubuh yang penuh sengsara itu.

Tetapi saya tidak mampu berganjak. Saya cuba gerakkan tangan, mahu saya capai tubuhnya. Pun demikian hajat ini tidak kesampaian. Saya tatap wajah wanita itu, rambutnya yang panjang menutupi muka membuatkan saya sukar melihat wajahnya.Saya menjerit sekuat hati memanggilnya. Wanita tersebut langsung tidak ambil peduli.”Hei kamu!!!” laung saya.Peliknya wanita itu tidak sekali-kali mahu berpaling, dia masih menarik-narik daging merah yang mengerikan. Sambil menangis ketulan-ketulan itu dicampaknya. Katil yang putih itu disimbahi darah pekat, baunya yang meloyakan menusuk-nusuk hulu hati ini.

Ketika dia berpaling, saya tatap wajahnya. Wajahnya mirip saya. Rambutnya, lengannya dan bentuk tubuhnya serupa tubuh saya. Saya tertanya-tanya sendirian, kenapa saya berada di atas katil itu? Kenapa darah-darah merah itu membasahi tubuh saya? Dan kenapa daging-daging merah itu keluar dari rahim saya?Saya cuba menarik wanita yang persis saya itu. Tapi saya tidak dapat selamatkan diri sendiri dan di saat itu tanpa disedari air mata saya mengalir. Saya menangis dan terus menangis menyaksikan diri sendiri dalam keadaan yang sungguh mengerikan.

“Tolonggggg! ! ! Tolonggggg! ! !” jerit saya cuba meminta orang datang membantu. Tapi tiada. Tiada, seorang pun yang saya lihat di dalam bilik kecil. itu. Hanya saya dan wanita yang wajahnya mirip saya yang berada di atas katil. Saya meronta-ronta, dan.Tiba-tiba saya tersentak. Tubuh saya basah, bukan basah kerana darah, tapi peluh. Mimpi! Ah… rupa-rupanya saya bermimpi. Mimpi itu sungguh ngeri sekali.

Sepanjang malam saya menangis, takut menyelubungi seluruh inci dan ruang diri ini. Saya tidak mahu apa yang saya lihat sebentar tadi akan menjadi kenyataan. Saya takut.Saya tidak mahu diri saya ini disakiti seperti mimpi tadi. Bukan saya yang melakukan semua itu. Bukan! Gadis-gadis muda di luar itulah yang menggugurkannya. Mereka yang bunuh janin sendiri, bukan saya. Tetapi… siapa yang melakukannya? Siapa yang menarik janin-janin itu keluar dari rahim mereka?

Saya gamam, sekali lagi perasaan takut menyelubungi diri ini. Lalu saya renung jari-jemari ini. Saya… sayalah orangnya. Sayalah yang membantu gadis-gadis itu menggugurkan bayi mereka.Perasaan bersalah mula bersarang dalam jiwa. Saya benar-benar rasa diri ini terlalu keji atas apa yang telah dilakukanselama ini. Saya pembunuh! pembunuh!Daging-daging kecil yang saya keluarkan dari rahim sendiri itu adalah sebahagian daripada janin-janin yang saya buang dahulu. Bukan milik saya tapi nyawa-nyawa yang tidak bersalah itu kepunyaan gadis-gadis yang datang menagih bantuan untuk membunuh anak dalam kandungan mereka.

Ya… saya bersalah! Memang sayalah yang bersalah kerana bersubahat melakukan perbuatan keji itu. Saya kejam terhadap insan yang bernama wanita. Sepatutnya saya bantu mereka, mereka kaum yang lemah sama seperti saya tapi kerana wang saya sanggup meracuni fikiran mereka. Saya suruh mereka bunuh nyawa yang tidak berdosa itu.Saya gunakan kepakaran yang ada pada jalan yang salah, yang merosakkan gadis-gadis muda dan mentah. Betapa berdosanya saya…

Mengenang apa yang telah saya lakukan selama hampir tiga tahun, air mata saya mengalir deras. Di atas katil saya terus menangis. Saya kesal dengan yang saya lakukan selama ini. Dan saat itu wajah Azimah datang menari-nari di ruang fikiran ini. Antara ratusan gadis yang pernah datang menggugurkan janin mereka, Azimahlah yang paling saya ingat kerana gadis ini kerap datang ke klinik. Saya berdosa padanya, saya paksa gadis itu mengugurkan kandungannya.

Kata saya; “Kamu mahu bayi ini atau tidak?”Azimah menggeleng. Wajahnya tiada langsung perasaan sedih.”Nah… kalau begitu gugurkan saja.Saya yakinkan gadis itu bahawa segala urusan akan selamat dan selesai, hanya mengambil masa dua jam saja. Setelah gadis itu menandatangani Surat perjanjian, saya mulakan tugas.Jari-jemari inilah yang membius tubuh Azimah dan saya bersama doktor telah bekerjasama membunuh janin itu serta menariknya keluar dari rahim.

Sejak itu Azimah sering keluar masuk klinik. Bukan sekali, tetapi empat kali berturut-turut wanita itu datang bertemu saya. Ini bermakna empat kali juga hidup gadis ini dijahanamkan oleh kekasihnya yang lepas tangan.Belum ada gadis yang seberani Azimah. Kalau ada pun hanya sekali dua yang datang. Tidak seperti Azimah yang empat kali menggugurkan janinnya.Pada kali kedua Azimah datang ke klinik saya mula bertanya bagaimana dia boleh terlanjur? Dia memberitahu semua itu gara-gara tinggal sebumbung dengan kekasihnya, Haris. Lelaki itulah yang menyuruhnya menggugurkan janin tersebut. Kalau tidak, dia akan tinggalkan Azimah.

Hanya dua kali saya melihat lelaki itu datang bersama Azimah sewaktu kali pertama pasangan ini menggugurkan bayi mereka. Selepas bayi itu digugurkan, Azimah tinggal serumah dengan Haris lagi.Kali ketiga Azimah datang, saya tanya mana Haris? Gadis itu diam. Apabila saya tanya, tidak sayangkah pada bayi dalam kandungannya itu. Azimah geleng kepala.Dan setelah doktor berjaya menggugurkan bayinya barulah Azimah ceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku. Kata Azimah, Haris salahkan dirinya kerana mengandungkan benihnya itu. Malah Haris juga hayunkan tangannya ke tubuh Azimah.

Kata wanita itu lagi, Haris marah kerana dia tidak berduit untuk menanggung perbelanjaan menggugurkan bayi. Jadi beberapa kali dia menumbuk perut Azimah, namun bayi itu terus membesar.Mahu tidak mahu Azimah pinjam duit daripada kawan-kawan sepejabat. Cukup RM600 Azimah ke klinik dan sayalah yang menguruskan segala-galanya.Saya simpati melihat Azimah yang datang dengan bibir pecah dan badan lebam sana sini. Saya nasihatkan gadis ini agar tinggalkan sahaja lelaki kejam dan jahanam itu. Kenapa mesti biarkan diri diperlakukan seperti binatang!

Azimah mengangguk. Dia berjanji mahu mulakan hidup baru tanpa Haris. Saya yang mendengarnya gembira. Saya berdoa agar gadis ini benar-benar sedar dan mengubah haluan hidupnya. Tapi kata-kata Azimah dusta semata-mata. Azimah terus hidup dalam pelukan lelaki kejam itu dan buat kali yang keempat, dia mengandung lagi.Saya terkejut bila melihat gadis ini datang dengan tubuh yang kurus cengkung. Saya jelaskan pada Azimah kesan dan akibatnya;

“Jangan gugurkan lagi, bahaya.”
Tapi Azimah menangis, merayu-rayu tetap mahu buang anak dalam perutnya itu. Katanya jika anak itu tidak digugurkan dia akan dibuang kerja dan sudah pasti masa depannya gelap-gelita. Azimah tidak mahu mengecewakan emak dan ayahnya di kampung. Dia juga tidak mahu Haris meninggalkannya terkontang-kanting.

Akhirnya saya terpaksa akur dengan keputusan Azimah. Saya bius gadis ini dan doktor yang bertugaslah yang menarik janin berusia tiga bulan itu keluar. Ketika Azimah sedar daripada pengsan, saya serahkan janin itu kepadanya. Saya tahu sebagai seorang yang beragama Islam mereka sepatutnya mengebumikan mayat itu.

Meskipun saya beragama Kristian, saya masih menghormati pesakit beragama Islam. Saya tahu sedangkan binatang pun harus dikebumikan dengan cara yang baik inikan pula anak yang digugurkan.Tapi seperti sebelum ini Azimah menolaknya. Dia menggeletar bila saya berikan bungkusan berisi mayat janinnya.”Buang saja. Saya tidak mahu,” ucapnya terketar-ketar.

Lalu saya campak saja mayat kecil itu ke dalam tong sampah. Bukan hak saya, jadi tidak perlulah saya menguruskannya.Seperti biasa pada setiap petang puluhan bungkusan janin yang kami gugurkan akan dicampakkan ke dalam sebuah tong besar di lorong kecil belakang klinik.Maka, anjing-anjing liar sekitar Bandar Raya Kota Kinabalu pun berpesta. Daging-daging itu akan menjadi santapan mereka. Daging berkepala kecil dan berjari halus itu dicarik-carik sebelum diratah berekor-ekor anjing yang ganas.

Saya menyaksikan sendiri bagaimana anjing-anjing liar menanti bungkusan berisi daging manusia kecil itu dihumban ke dalam tong sampah sebelum mereka menyelongkar dan memakannya.Memang sayalah yang bersalah. Saya bersalah pada kaum Hawa. Saya kejam, sama seperti lelaki yang merosakkan hidup gadis-gadis mentah itu.Pada siapa perlu saya memohon maaf? Pada gadis-gadis yang pernah datang menggugurkan anak? Atau pada Azimah yang kini hidup terumbang-ambing tanpa arah?

Saya takut sebaik sahaja mengenang apa yang telah saya lakukan. Saya takut mimpi buruk itu akan berulang. Saya tidak mahu melihat diri ini berdarah dan menarik-narik daging yang jijik itu lagi.Lalu saya ambil keputusan untuk meniggalkan alam pekerjaan itu. Saya tidak sanggup melihat lebih ramai lagi gadis yang menjadi mangsa kekejaman lelaki, datang meminta saya menggugurkan bayi mereka. Saya tidak mahu bersubahat.

Saya juga tidak mahu lebih ramai gadis seperti Azimah yang kecundang di tangan lelaki kejam yang berhati binatang!Cukuplah Azimah seorang yang menderita kerana saya mendapat tahu kini gadis itu hidup sengsara kerana lumpuh separuh badan akibat kerap kali menjalani pengguguran.Seperti yang saya katakan tadi, kami sudah memberi amaran pada Azimah tentang akibat buruk itu kalau dia menggugurkan janinnya buat kali keempat, tapi dia tidak pedulikan. Azimah lebih sayangkah Haris berbanding nyawa dan kesihatannya sendiri. Ternyata amaran kami itu benar-benar menjadi kenyataan.

Kini di atas kerusi roda, Azimah menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang masih jauh dan panjang. Haris? Lelaki yang telah menjahanamkan hidupnya itu entah ke mana menghilang.Dalam keadaan Azimah memerlukan sokongan dan kasih sayang, Haris lenyap tanpa dapat dikesan. Lelaki itu kejam! Dayus! Lelaki seperti Haris tidak layak hidup di muka bumi ini!

Sucinya Hati Seorang Isteri Pada Suaminya

on Thursday, September 6, 2012

Selamat malam diucapkan kepada semua pembaca,malam nie saya ingin kongsikan satu cerita yang menyayat hati,sama ada ini kisah benar atau sekadar cerita belum dapat disahkan lagi,tetapi percayalah bila anda membaca cerita ini terutamanya anda yang bergelar seorang suami,anda pasti akan merasa sungguh terharu dan inginkan mempunyai seorang isteri seperti kisah dibawah.Tanpa membuang masa lagi,marilah sama-sama kita hayati kisah ini.Kisah ini dikongsikan di facebook.
seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Ya Allah...
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

Pasangan kekasih buat train ini macam dia punya saja

on Wednesday, February 22, 2012

sumber gambar : stomp.com.sg
Berkelakuan tak senonoh ditempat awam macam sudah menjadi kebiasan
bagi remaja baik diluar mahupun dinegara kita...Adakah anda berani menegur
kelakuan mereka ini?Pengalaman aku pernah cuba menegur mereka yang berkelakuan
begini tetapi aku yang kena marah balik malahan aku di ajaknya bertumbuk.
Jadi apa yang patut kita buat???

Gambar Menara Azerbaijan – Bakal Bangunan Tertinggi Di Dunia

on Saturday, February 18, 2012

Bakal Bangunan Tertinggi Di Dunia | Azerbaijan Tower atau Menara Azebaikan yang akan mula dibina tahun hadapan bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 3,445 kaki (1,050 meter). Menara Azerbaijan akan mempunyai 187 tingkat dan apabila siap akan melangkaui ketinggian Burj Khalifa dan Kingdom Tower yang sedang dibina di Jeddah. Menara Azerbaijan ini akan menelan belanja sekurang-kurangnya USD 2 Billion manakala pembinaan Khazar Islands sekitarnya pula sekitar USD 100 Billion! Azerbaijian Tower dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2020. Jom tengok gambar menarik Menara Azerbaijan yang bakal dibuat ini. Memang cantik!




Sumber: Blog Serius via Oh Alkisah

Separuh Mati Wanita Ini Ditakutkan

Separuh Mati Wanita Ini Ditakutkan
Sekarang dah jadi semacam trend serata dunia untuk membuat lawak jenaka realiti.
Ada yang benar-benar menarik, namun ada jugak yang luar batasan.
Kekadang tu penerbit pun tak faham ke batas dan bila nak berhenti buat lawak.
Daripada lawak berubah menjadi lawak bodoh, terutama dalam kes klip di bawah ini.
Klip berkenaan memperlihatkan bagaimana seorang wanita yang baru habis kerja di Brazil dan ingin pulang ke rumah dipermainkan krew sebuah program lawak realiti.
Tak tahulah anda, tetapi penulis simpati pada wanita itu dan tak faham penerbit program berkenaan letak otaknya di mana.

Oleh: AK-47

sumber

Disco Ball Helmet: The Safest Helmet on Earth. Heh.

on Friday, February 17, 2012

Cool Helmet1. Malaysia will be soon banning the half-shell helmet and this decision alone has angered most of bikers and riders in Malaysia, at least to the teen and youth group. Well, they are actually love style in everything they do without thinking the consequence.

2. Today, accidentally while surfing the internet, I found this unique and good looking helmet. The designer of the helmet got the idea from a disco, somewhere in Paris. So, I found out this helmet is actually can be the alternative to those half-shell helmets among Malaysian bikers. Not only it is full-shell, the helmet also provided great reflective light and without doubt, will increase the visibility of the motorcylist at the night. It looks very stylo too.

3. The bad news is this only my recommendation. The helmet is still not yet in the market, or even in the hand of SIRIM. Lots of things need to be researched and analyzed before the government can approve this kind of helmet in the market. Till then, please don't use half-shell helmet okay? Thanks. :D

source

Siapakah Ananda Krishnan Orang Kaya Malaysia No-2?

Siapakah Ananda Krishnan Orang Kaya Malaysia No-2? | Tatparanandam Ananda Krishnan (lahir 1938) merupakan usahawan yang kedua terkaya di Malaysia serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4 bilion, menurut Majalah Forbes (2005). Ananda Krishnan terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya minyak, penternakan kuda bibit (di Australia), perjudian, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia, perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara.
Pada tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda Krishnan menjadi penaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke Asia Beliau tidak suka menonjolkan diri dan sentiasa memeliharakan profil yang rendah, akan tetapi kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai.

Masa Muda Ananda Krishnan

Dilahirkan di Brickfields yang merupakan “India Kecil” kepada Kuala Lumpur, Ananda ialah anak kepada sebuah keluarga Tamil daripada Sri Lanka. Sewaktu kecil, beliau seorang kanak-kanak gagap.
Ananda belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Institusi Victoria, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Mudanya (Kepujian) daripada Universiti Melbourne, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1964. Ananda Krishnan pernah berkahwin dengan seorang puteri Thailand sewaktu muda lagi.

Kerjaya Ananda Krishnan

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu tempat asalnya, latar belakang Ananda sebelum tahun 1992 merupakan satu misteri. Banyak cerita mengenai kejayaannya melalui kegiatan-kegiatan perjudiannya di Australia dan sebagai pembuat tawaran perniagaan (dealmaker) kini telah pun disiarkan di media tempatan dan asing. Salah satu suku daripada kekayaannya datangnya daripada usaha perjudian (loteri, pertaruhan perlumbaan kuda) – (P/S: Judi haram!).
Usaha Ananda Krishnan yang sulung adalah dalam bidang perdagangan minyak. Sebelum 1992, Ananda merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleum di Asia. Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.

Perhubungan Tokok Politik

Pada masa Tengku Razaleigh Hamzah berada di kemuncak kekuasaannya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, Anandalah yang merupakan rakan yang sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan, baik sosial mahupun rasmi, bersama-samanya. Dan apabila Tengku Razaleigh terlibat dalam perunding-perundingan yang penting, Anandalah yang menjadi orang perantaraan. Tengku Razaleigh adalah yang memperkenalkan Ananda Krishnan kepada Dr Mahathir dalam tahun 1970-an. Tetapi Ananda sendiri yang telah berusaha memupuk perhubungan beliau dengan Dr Mahathir. Walaupun hubungannya dengan Dr Mahathir semakin rapat, beliau mengekalkan hubungannya dengan Tengku Razaleigh. Setelah Tengku Razaleigh meninggalkan UMNO dan menubuhkan Semangat 46, Ananda Krishnan telah memainkan peranan yang utama dalam pemulihan semula hubungannya dengan Dr Mahathir yang berakhir dengan pengembalian Tengku Razaleigh ke UMNO pada tahun 1996.
Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Dr Mahathir, Ananda sentiasa dianggap sebagai kroninya. Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang merupakan kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor). Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan Malaysia. Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda Krishnan telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek. Adalah Ananda yang meyakinkan Dr Mahathir terhadap pembinaan Menara Berkembar Petronas yang kini merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh beliau.

Empayar Multimedia Ananda Krishnan

Pada awal 1990-an, Ananda memulakan sebuah empayar multimedia yang kini termasuk:
Maxis Communications Berhad (Maxis)
Sistem Rangkaian Siaran Measat (MEASAT Broadcast Network Systems) – hak milik sebanyak 91%
Astro All Asia Networks Plc
Binariang Satellites Systems Sdn Bhd (hak milik hampir 100%)
Bumi Armada Berhad
Objektif Bersatu Sdn Berhad – hak milik sebanyak 49%
Celestial Pictures Ltd yang berasas di Hong Kong – hak milik sebanyak 100%
Ananda Krishnan membeli 46% daripada ekuiti Maxis daripada Telekom British dan AT&T dengan harga sebanyak AS$680 juta dan menaikkan hak miliknya menjadi 70%. Maxis ialah syarikat telefon bimbit yang terbesar di Malaysia, dengan jumlah pengguna melebihi 8 juta, dan bahagian pasaran tempatan melebihi 40%.
Ananda juga merupakan ketua Astro All Asia Networks Plc yang merupakan rangkaian televisyen berbayar yang sulung di Malaysia. Beliau juga mempunyai rangkaian pawagam multipleks yang memegang lebih daripada 800 judul filem, serta memiliki sebahagian daripada TVB.com (cabang interaktif kepada penyiar utama di Hong Kong) dan arkib filem Shaw Brothers.
Pada tahun 1996, Ananda Krishnan melancarkan satelit perhubungan Malaysia yang sulung, berikut kemudian dengan satelit yang kedua, melalui syarikatnya Binariang Satellites Systems Sdn Bhd. Bagaimanapun, kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara Asia Tenggara mengurangkan keuntungan syarikat itu dan memaksanya memberhentikan sejumlah pekerja-pekerja dan menangguhkan beberapa projek multimedianya.
Ananda kini merupakan Rupert Murdoch Asia Tenggara. Apa yang membezakan Ananda Krishnan daripada kroni-kroni yang lain ialah beliau telah berjaya mengumpulkan harta kekayaan berjuta-juta ringgit melalui usahanya di luar negara sebelum mengalihkan pandangan ke dalam negara.
P/S: Tidak berguna harta kaya setinggi gunung, emas simpanan sedalam lautan, tetapi fikrah tidak berada dalam Islam, yang mana akhirnya akan rugi juga di akhirat kelak. Dunia dijadikan oleh Allah untuk manusia, tetapi manusia dijadikan Allah untuk akhirat.

Sumber: Wikipedia | Nak dengar kata-kata semangat Syed Bukhary? (LINK)

Amazing Gundam Building in Tokyo

The Gundam building in Shibuya rests on its axled haunches like the ultimate guard-dog, anxiously awaiting the day it will be called into service to leap-frog into battle to protect its city, tackling Mothra or some other evil invading alien with its fire-eyes and laser tail. Kind of irony, the building is known as the “Gundam” building, because many people think that it looks like the robots from Gundam anime series.
Many people in Japan believe that the Gundam building also keeps a close eye on those ‘satellites’ launched out of North Korea, ready to leap up and catch them in its big red mouth as if they were frisbees. Interesting imagination eh?
And what’s it for? The Gundam building houses the Aoyama Technical College for aspiring architects- so the form is quite fitting and relevant in a country where they train architects to build things that are mad. For that reason, Makoto Sei Watanabe built it in 1990 as a vision of what he saw as the future of urban architecture. This can be their touchstone.
Source: Michael John Grist

Hanya Kerana Topup RM10.00 Aliya Sanggup Melacurkan Diri


Hanya topup RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.
Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi. pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai aliya berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.
“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.
Aliya berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.
“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an. “Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.
Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring. “Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.
Aliya berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja semata mata untuk memperoleh topup free. “Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.

“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya. “Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya.
(Petikan bahan dan gambar: Perdana Hitam)

Kuil Buddha , Pusat Pemulihan Dadah Terbaik Di Dunia

  • Menghilangkan masalah ketagihan dadah antara perkara paling susah untuk diselesaikan.
  • Tokong Thamkrabuk, sebuah tokong Buddha terpencil di Thailand mendapat pengiktirafan dunia sebagai sebuah pusat pemulihan masalah ketagihan dadah terbaik di dunia dan telah menarik ribuan penagih dari Eropah dan Amerika.
  • Tokong tersebut yang diuruskan oleh sami-sami Buddha yang masih belia, menyediakan perkhidmatan pemulihan secara percuma. Sejak ditubuhkan pada tahun 1959, mereka telah menerima seramai 100,000 penagih dan 30% daripada penagih menjadi sami selepas itu. Peratus yang berjaya bebas dari dadah adalah 95%.
  • Bagaimana mereka lakukannya:
    • Sebelum diterima pesakit akan diminta bersumpah untuk menghindari dadah serta arak.
    • Pesakit hanya akan dibenarkan menerima rawatan sekali seumur hidup, jika mereka melanggar sumpah, tidak akan diterima lagi untuk mendapatkan rawatan
    • Pesakit tidak dibenarkan membawa wang ketika berada di situ.
    • Pesakit akan dilayan sama tanpa mengira status samada kaya, miskin, terkenal atau apa saja.
    • Mereka dikenakan berpakaian merah dan tidur di asrama untuk bangun awal setiap pagi mengemas dan membersihankan timpat tidur, tandas serta mencuci kawasan tokong.
    • Menekankan amalan mengenali diri dan meditasi kepada pesakit
    • Dipaksa minum ubat tonik rahsia yang diperbuat daripada 108 ramuan herba. Ramuan tersebut membuatkan penagih terus memancutkan muntah dengan laju mengeluarkan segala racun yang ada di dalam badan mereka.
  • Adakah pusat seumpama itu di negara kita? saya dengar ada pondok atau pusat pengajian Islam tradisional di negara kita yang melakukan perkhidmatan yang sama dan agak berjaya.
  • Barangkali elok kementerian kesihatan kita atau menteri kebajikan masyarakat melawat ke sana dan mempelajari sesuatu untuk diubahsuaikan di negara kita.
Sumber