Memasukkan Gambar Ke Dalam Blog

on Tuesday, August 14, 2012

Bagi mencantikkan dan memeriahkan serta memudahkan pemahaman pelawat ke blog anda,salah satu perkara asas penting adalah dengan menggunakan gambar,dengan gambar anda boleh menggambarkan seribu satu maksud yang tersirat.

Selalunya gambar yang dimasukkan adalah menggambarkan atau menceritakan sesuatu post yang dimasukkan kedalam blog anda.

Untuk memasukkan gambar kedalam blog anda.

1. Login  ke blogger.com dan seterusnya klik pada menu create a new post

2.Pada paparan new post,klik pada menu insert image seperti dibawah


3.Pilih lokasi gambar yang anda ingin masukkan dan seterusnya image akan diupload secara automatik,bila sudah selesai,pilih pada menu add selected.

4.Anda boleh pilih sekiranya ingin kecilkan atau besarkan gambar anda,ingin letak ditengah,tepi atau  kira atau kekanan.rujuk gambar dibawah


5.Preview dan jika sudah berpuas hati,klik pada menu publish post.berikut adalah hasil


Memasukkan Entri Ke Dalam Blog

Blog sudah siap..tetapi tiada apa post dalam tue..so sekarang ini,kita perlu memasukkan apa saja entri untuk menjadikan blog tersebut lebih berinformasi dan juga untuk menarik trafik ke blog anda.

Untuk memasukkan post/entri ke blog anda,anda cuma perlu login ke www.blogger.com menggunakan akaun
yang anda gunakan masa pendaftaran blog tadi,dan seterusnya bila dimenu dashboard,anda cuma perlu pada menu new post dan anda akan dibawa kesini.
2.Apabila sudah isi apa yang patut,sebelum publish elok anda semua klik pada menu preview untuk melihat paparan preview,jika sudah berpuas hati bolehlah klik pada menu publish post


3.Sekarang post pertama anda sudah dihasilkan apabila paparan dibawah keluar


4. Siap

nota : Jika anda ingin melihat post terbaru anda,sila klik pada view post
         Jika anda ingin mengubah kembali post tersebut,sila klik pada edit post
         Jika anda ingin mencipta post yang lain,sila klik create a new post

Permulaan : Cipta akaun Blogger

Untuk menjadi seorang blogger,perkara asas dan paling penting adalah dengan mencipta akaun blogger dari google.untuk mencipta akaun ini tersangatlah senang,walau bagaimanapun saya ingin menunjukkan juga langkah-langkah permulaan sebelum menjadi blogger.

Bagi anda yang sudah mempunyai email Gmail anda boleh teruskan saja ke www.blogger.com ,tetapi jika anda tidak mempunyai sebarang akaun email dari gmail anda boleh memulakan langkah seperti dibawah :-

1.Buka link blogger.com

2.Apabila sudah keluar paparan halaman tersebut.Klik pada butang sign up seperti paparan ini.


3.Seterusnya masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan butang next step.


4.Setelah proses pendaftaran dengan blogger siap,sekarang bermulalah proses untuk mendaftarkan blog anda pula.caranya setelah log masuk klik pada menu create a blog.

5.Selepas itu,isikan maklumat yang diperlukan seperti berikut


6.Pilih starter template yang anda suka.


7.Siap


Ma Sha Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan

Ma Sha Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia.

"Allahuakbar"

- Kelantan Negeri Serambi Mekah

Cara Buat Burger Daging Ular & Dijual Di Indonesia

on Monday, August 13, 2012


Yogyakarta, Indonesia terdapat restoran yang menjual burger dengan menambahkan daging ular terutamanya ular tedung di dalamnya.
Sedia maklum, umat islam diharamkan memakan daging ular. Bagi yang beragama lain pula adakah korang tergamak nak makan burger daging ular ni? Harap daging burger ular ini tak sampai ke Malaysia la.







sumber asal

Pesanan DYH kepada Neelofa - Jangan Lupa Diri

Menurut tulisan Raja Nurfatimah Mawar, Yusof Haslam bukan sahaja marah tetapi kecewa dengan sikap Neelofa yang baru setahun jagung jadi artis, tapi sikapnya mengalahkan bintang filem. Dikatakan bahawa satu pejabat Skop Production cuba menghubungi Neelofa tetapi tidak dilayan langsung. Panggilan telefon dan SMS tidak langsung dibalas oleh Neelofa.



Pengurus Neelofa dikhabarkan bakal membuat kenyataan rasmi mengenai isu ini tidak lama lagi. Pastinya Neelofa ada jawapannya yang tersendiri. Sama-sama kita nantikan.

sumber asal

Serius - Kondom Perisa Zam Zam


"Keep the Satan away during Intercourse"... Bermaksud, "Menjauhkan Syaitan Ketika Persetubuhan". Bagi pandangan penulis, ada 'double-meaning' mengenai slogan ini. Adakah pengeluar kondom ini menggunakan istilah sebegitu dan logo halal untuk melariskan produk mereka???

Jika produk ini laris, ramailah pembelinya. Maka ramailah penggunanya. Tetapi siapa sasaran pasaran produk ini jika ianya dikatakan halal??? Tentu sekali orang-orang Islam. Adakah produk seperti ini akan mempengaruhi manusia untuk menghalalkan persetubuhan bagi pasangan yang belum bernikah juga?Pandangan anda?