Marah Pada Blogger Plagiat(Copy Paste)?Cuba Cara Nie

on Monday, September 3, 2012

 (Gambar ihsan dari Google)

Hari ini rajin pula saya blogwalking ke blog-blog otai,nak cakap terlalu otai xde la terlalu otai tapi jika nak dibandingkan dengan saya yang baru lahir di alam blogging nie..ibarat langit dan bumi,dalam banyak-banyak post yang saya baca,saya tertarik pada satu tajuk yang dihuraikan dalam blog anastasyea mengenai kemarahan blogger apabila isi kandungan blog diambil seratus peratus oleh blogger lain tanpa meninggalkan sebarang backlinks dan juga kredit.
Saya sokong luahan hati dan perasaan anda,tetapi mungkin saya sebagai baru dalam dunia blogging nie,belum pernah mempunyai pengalaman seperti ini,hasil buah fikiran saya selama berhari-hari,buat research sana sini diambil sesuka hati dan paling menyakitkan hati tidak memberikan sebarang kredit atau backlink kepada tuan asal.Bagi mengelakkan berlakunya kes hasil seni anda semua diambil sesuka hati ramai yang mengambil inisiatif seperti menggunakan java script yang menghalang right click dan sebagainya.
Pernahkan anda mendengar tynt,satu laman web yang menyediakan perkhidmatan auto backlink,SEO dan peningkatan trafik secara percuma ke blog anda?Tutorial kali ini akan mengajar step by step cara untuk mendaftar dan seterusnya memasang script ini ke dalam blog anda,ikuti langkah berikut.

1.Buka new tab browser dan taipkan http://www.tynt.com/.Perkhidmatan ini disediakan secara percuma,so kepada rakan-rakan sekalian,cepatlah mendaftar sementara ianya masih percuma.

2.Daftar akaun secara percuma dan seterusnya isikan maklumat yang diperlukan.
3.Salin kod java script seperti dibawah
4.Untuk memasang kod java script tersebut,seperti biasa login ke dalam akaun blogger>dashboard>Design.
5.Klik pada Edit HTML dan jangan lupa klik pada Expand Widget Templates (arahan untuk antaramuka lama Blogger).
6.Seterusnya dengan menggunakan keyboard,tekan CTRL + F(pintasan untuk menggunakan fungsi search) dan cari</head>.
7.Pastekan code java script yang anda copy tadi sebelum </head>.Seperti gambar dibawah
8.Klik preview dan jika tiada error,klik save.done

9.Untuk membuat ujian sama ada anda sudah berjaya memasang auto backlinks tadi,sila masukkan URL dari blog anda yang ingin diuji,fungsi ini anda boleh jumpa dibawah sekali di laman Tynt.
Sebagai contoh,link URL yang saya masukkan : http://mediasiber.blogspot.com/2012/09/berbakti-kepada-ibu-bapa-sama-nilainya.html.Jika berjaya,paparan berikut akan keluar
Nota : setelah memasang script tadi,blog anda kini bersedia untuk menerima serangan dari blogger yang suka copy paste kandungan blog dari orang lain,saya tidak menyokong sepenuhnya aktiviti copy paste ini tetapi seperi pandangan dari anastasyea,sharing is caring.Bila artikel anda orang lain copy dan diletakkan dalam  blog diorang,secara automatik anda juga akan memperolehi backlinks,SEO dan peningkatan trafik percuma.

Nota 2: Sebagai seorang blogger baru,saya juga ingin menjadi seorang blogger sejati dan akan cuba untuk tidak membuat aktiviti copy paste ini,kecuali akan menjadikan panduan jika ingin post artikel yang serupa dengan blog lain dengan tidak meminggirkan kredit asal kepada empunya artikel dan sumber.
Nota 3 : Saya amat berbesar hati andai kiranya artikel saya ini mendapat maklum balas dan komen dari rakan-rakan semua,saya masih baru dan tidak mempunyai rakan dalam arena blogger ini,tetapi kali ini saya menulis berdasarkan hobi dan bukannya sebab mengejar duit semata-mata,sebab jika mengejar duit,bila anda tidak perolehinya anda akan putus asa,tetapi kali ini saya nekad,walaupun tidak mendapat trafik yang tinggi,betulla kejayaan tidak akan sampai dalam sekelip mata dan saya juga ingin meminjam ayat dari blogger terkenal,abang nara buat blog ini ibarat mendulang emas.saya mohon kerjasama dan sokongan dari anda semua untuk terus berkarya,sehingga berjumpa lagi di artikel lain yang lebih berkualiti,salam

Chelsea pancing Falcao?

LAPORAN media di Amerika Selatan mendakwa juara Eropah, Chelsea dan Atletico Madrid telah mencapai persetujuan awal dalam urusan jual beli penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao.

Falcao, 26, meledak hatrik ketika membantu Atletico membenam Chelsea 4-1 pada aksi Piala Super Uefa di Monaco, Jumaat lalu.

Laporan itu menyebut, Falcao bakal ke utara London apabila jendela perpindahan pemain dibuka semula Januari tahun hadapan dengan nilai perpindahan sekitar £48 juta (RM237 juta).

Sumber di Sepanyol pula mendedahkan, Falcao mungkin dilepaskan berikutan masalah kewangan yang melanda Atletico ditambah pula ejennya, Jorge Mendes merupakan individu yang sering membawa masuk pemain baru ke Stamford Bridge.

Sebelum ini beberapa kelab berminat mendapatkan khidmat Falcao antaranya Anzhi Makhachkala dan Barcelona bagaimanapun, dengan kuasa kewangan dimiliki Roman Abramovich berkemungkinan Falcao berhijrah ke England tahun hadapan.-sinar harian

p/s : ada duit..macam-macam boleh buat..tak gitu

Berbakti kepada ibu bapa sama nilainya dengan pahala jihad.

on Sunday, September 2, 2012

(Gambar ihsan dari google)

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog mediasiber,tadi masa buka facebook,saya ada terbaca satu update dari FB ustaz Don yang memberitahu tentang tajuk berbakti kepada ibu bapa sama nilainya dengan pahala jihad yang dipetik dari hadis riwayat al-bukhari dan muslim.

Jadi kepada kawan-kawan sekalian apa kata kita berbakti dulu kepada kedua ibu bapa semasa kedua ibubapa kita masih bernyawa,bila dibaca didada akhbar baik media cetak mahupun media elektronik banyak berlaku kes-kes ibu dan ayah dibuang,dihantar ke rumah orang-orang tua bahkan ada yang sanggup mendera,selepas dapat semua harta dari ayah/ibu,terus dibuang ditepi jalan.

Ini bukan cerita atau cerekarama TV3 tetapi inilah yang berlaku dalam masyarakat seharian,moga kita semua tidak lupa asal usul dan hargai pengorbanan ayah dan ibu membesar dan menjaga kita dari kecil hingga sekarang.Kepada anda yang berada jauh diperantauan,jika tidak dapat balik ke kampung sekurang-kurangnya telefon dan bertanya khabar.jauh saya merepek dari tajuk diatas tetapi rasanya perlu untuk kita ingat-mengingati sesama kita.Sebelum menutup artikel kali ini,saya berikan satu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: "Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu itulah terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dunia Artis : Ain Tidak Serik Dikecam Kerana Gambar Menjolok Mata

on Saturday, September 1, 2012

PETALING JAYA: Gara-gara penyebaran gambar seksinya, pelakon baru, Nurul Ain Nordin (Ain) akui ada pihak yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong dirinya di laman sosial Facebook.

Biarpun gambar tersebut memberikan kesan kepada Ain, namun dia menerima respons yang menunjukkan ada juga peminatnya yang akan menonton filem yang dikaitkan dengan kontroversi itu yang berjudul Satu Malam Kubur Berasap.

“Semuanya bergantung kepada penonton kerana ada yang ingin menonton filem itu disebabkan ceritanya dan bukan kerana gambar seksi itu semata-mata.

“Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, gambar itu hanya diambil dan disunting untuk dimuatkan pada poster bagi mempromosikan filem tersebut.
"Tetapi ada pihak yang menyalahgunakan gambar itu dengan menyebarkan gambar asal,” katanya yang pernah muncul dalam filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie.

Bagaimanapun, Ain tidak menyalahkan pihak produksi apabila gambar tersebut tersebar.

“Saya tiada masalah dengan pihak produksi dan tidak menuduh mana-mana pihak,” katanya yang pertama kali memegang watak utama melalui filem ini.

Biarpun dikecam, Ain tidak serik untuk tampil dengan imej seksi jika diminta dalam filem atau drama yang ditawarkan kelak.

“Saya akan melihat kepada tawaran dan sejauh mana saya diminta berpenampilan seksi. Jika saya rasa boleh lakukan, saya akan terima. Bagaimanapun, saya tetap akan menjaga sensitiviti masyarakat agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

“Saya perlu belajar daripada kesilapan. Tetapi pada saya seksi itu subjektif,” ujarnya.

Ain melakonkan watak seorang wanita bernama Siti yang telah meninggal dunia setelah menjadi mangsa rogol. Roh Siti mula mengganggu ketenteraman penduduk di Kampung Angan Tak Sudah bagi menuntut bela di atas kematiannya.

Suatu Malam Kubur Berasap, turut membariskan lima alumni Raja Lawak iaitu Angah, Along, Azrul, Wira dan Faiz, pelakon Zach Diamond, Ruminah Sidek, Zami Ismail dan Accapan.

Filem arahan Ernie Chen ini akan ditayangkan di pawagam mulai 22 Disember ini di seluruh pawagam di negara ini.
sumber

Mengarut!Pesta Cabul Beramai-ramai Di China


Pesta air di China terpaksa dibatalkan apabila bertukar jadi pesta mencabul. Pihak polis terpaksa menyuraikan mereka apabila gadis-gadis menjadi sasaran kumpulan nakal. Selepas itu mereka beramai-ramai membuka baju dan meraba. Kanak-kanak lelaki pun join sama- Informasi
Lihat paparan gambar dibawah,apa komen anda?










Persenda Hijab?Shila dituduh

 
Atas desakan peminat, pelantun Patah Seribu ini kembali mengaktifkan semula akuan Twitternya.
Akui timbul rasa bersalah di atas keputusannya yang menutup laman sosial itu sejak seminggu lalu, Shila Amzah, akhirnya akur dengan kehendak peminat yang mahukannya kembali ke alam maya.
“Saya sebenarnya sibuk sangat sejak kebelakangan ini dan saya tak sempat untuk melayan peminat di Twitter.
“Tetapi banyak pula respons diterima sehingga saya rasa bersalah dengan peminat. Ada yang suka ada juga yang tak suka. Apa pun, demi peminat saya kembali mengaktifkan Twitter,” katanya.
Bagaimanapun, anak dara ND Lala ini tidak menafikan cemuhan diterima berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya menjadi antara punca dia menutup akaun Twitternya.
“Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.
“Sejujurnya saya kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen televisyen dalam situasi ini. Walaupun saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang,” kata kekasih Shanaarz Ahmad ini.
Walaupun dihantui pelbagai kontroversi, namun Shila tetap menjaga karier nyanyiannya.
Bakal menggegarkan kota Shanghai dengan penyertaan dalam pertandingan Asian Wave, Shila berharap membawa nama negara ke persada dunia.
Bukan calang-calang pertandingan, Asian Wave akan menyaksikan wakil dari setiap negara hebat seperti Jepun dan Korea untuk berentap meraih gelaran juara.
“Pada 31 Ogos ini saya akan berangkat ke sana selama seminggu. Jika saya berjaya melepasi peringkat saringan, saya akan berentap sekali lagi pada 18 September nanti.
“Saya sangat berbangga kerana dapat mewakili Malaysia dalam pertandingan besar ini. Sebelum ini, memang saya berhasrat untuk berkunjung ke Shanghai.
“Saya teringin nak lihat masjid tertua di dunia yang terletak di sana,” katanya. – Sinar Harian

BODOH!!!Gadis Melayu Bangga Tiada Dara Dalam Facebook

Apa nak jadi dengan remaja masa kini.Hancur luluh hati ibu dan ayah bila tahu ini anak gadis mereka..
apa komen anda??