Rahsia Besar KFC Hanya Diketahui Oleh 2 Orang

on Friday, December 21, 2012


Tapi ramai tak tahu rahsia besar tentang hidangan KFC yang digemari ramai ni.. Rahsia besar KFC ini dikatakan hanya diketahui oleh 2 orang sahaja..

Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.

KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.

Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang executives yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.

Hanya dua orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.
Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.

Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:

“Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami.”

Kesian : [Video] Aksi Artis K-Pop Mencium Lantai

Kesian gak la tengok dia cium lantai. macam terhempas muka je. Tu la pasal.. Sapa suruh menari pakai heels tinggi sejengkal.. dah tu lantai pun licin..

#Ke-POP!


Video di bawah :

Bugatti Veyron Ini Bergerak Hanya 60km/j Di Vietnam

Ini adalah satu-satunya kereta mewah jenis Bugatti Veyron di Vietnam. Kereta ini adalah kereta terpantas di dunia yang telah disahkan oleh dunia permotoran dan boleh dibawah sehingga mencecah kelajuan 431 km/j tanpa kena saman. Tetapi malangnya kereta milik Pham Tran Nhat Minh, seorang penolong pengurus di Long Thanh Plastic company limited hanya mampu dibawa sehingga 60km/j bukan kerana takut disaman tetapi kerana kesesakan serta saiz jalan yang kurang sesuai untuk kereta ini. Jadi apakah gunanya untuk membeli kereta mewah sebegini di kawasan tersebut. Video kereta bergerak di Vietnam terletak di bawah gambar...


Video :
Sumber

[9 Foto] Koleksi Gambar Hanya Berlaku Di Malaysia

Gambar 'Hanya Berlaku Di Malaysia'
Sekiranya anda mempunyai gambar yang menarik di Malaysia, sila hantarkan ke mychannels.org@gmail.com

Gambar 1-3 dihantar oleh Shasha sayang. 

Gambar ke-4 dihantar oleh mohamad Hafiz. TQ

[12 Foto] Labah Tarantula, Makanan 'Best' di Kemboja

Memang pelik tetapi benar.
Kanak-kanak di Kemboja akan tangkap labah-labah tarantulas, rendamkan dalam air dan masak dengan mentega. Kemudia mereka akan makannya seperti makanan segera mereka. Mereka hanya perlu masa 10 minit untuk menangkap seekor labah-labah. 

#Macam takda makanan lain yeeee


[Video] Di Balik Tabir Sesi Pengambaran McDonald

Terliur bila tengok iklan burger Mcdonald dekat Tv.Bila pergi beli, nape burger dia tak sama macam dalam iklan?Dalam iklan nampak lagi sedap.Dalam video ni tunjuk bagaimana mereka buat iklan McDonald yang nampak sedap tu

#Boikot or no boikot?




Kesan Penggunaan Make Up Selama 2 Tahun


Gambar Hiasan

Tidak Tanggal Make Up Selama 2 Tahun | Tahukah anda bahawa make up boleh meresap ke dalam kulit seperti di tattoo kan ke muka jika tidak ditanggalkan setiap hari. Kini terdapat sebuah kisah pelik, yang mana seorang gadis dari Korea menggunakan make up dan bertindak tidak menanggalkan make upnya selama dua tahun. Malangnya tiada siapa yang memberitahu Dal mi Bae, 20 tahun, yang menderita rupa paras yang tidak boleh dibaiki selepas memakai mekap setiap hari tanpa menanggalkannya.

Gadis ini memberi alasan “Saya ingin tampil sempurna bila-bila masa, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur” katanya. Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun. Semenjak itu, dari masa ke semasa make-up yang digunakannya semakin tebal.

Dia mengatakan bahawa benda yang paling penting dalam hidupnya adalah cermin. “Saya selalu melihat ke dalam cermin dan membawanya setiap masa,” ujarnya pada sebuah acara variety show di korea. Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up, ia tetap tidak berpuas hati dengan penampilannya “Saya ingin melakukan operasi plastik di 10 tempat,” katanya.

Ibunya yang putus asa atas perilaku Bae menghubungi sebuah program televisyen di Korea dan menceritakan kisah puterinya yang aneh. Ketika tampil di acara itulah seorang doktor ahli kecantikan berjaya memujuk gadis ini untuk menghapuskan make-upnya. Dan setelah pemeriksaan khusus, diketahui bahawakulitnya kelihatan berumur dua kali ganda dari usia gadis itu sekarang. Menurut pakar, membiarkan make-up terlalu lama bukan saja menutup liang-liang roma, tetapi juga boleh menyebabkan risiko penuaan lebih awal.