[Video] Di Balik Tabir Sesi Pengambaran McDonald

on Friday, December 21, 2012

Terliur bila tengok iklan burger Mcdonald dekat Tv.Bila pergi beli, nape burger dia tak sama macam dalam iklan?Dalam iklan nampak lagi sedap.Dalam video ni tunjuk bagaimana mereka buat iklan McDonald yang nampak sedap tu

#Boikot or no boikot?




Kesan Penggunaan Make Up Selama 2 Tahun


Gambar Hiasan

Tidak Tanggal Make Up Selama 2 Tahun | Tahukah anda bahawa make up boleh meresap ke dalam kulit seperti di tattoo kan ke muka jika tidak ditanggalkan setiap hari. Kini terdapat sebuah kisah pelik, yang mana seorang gadis dari Korea menggunakan make up dan bertindak tidak menanggalkan make upnya selama dua tahun. Malangnya tiada siapa yang memberitahu Dal mi Bae, 20 tahun, yang menderita rupa paras yang tidak boleh dibaiki selepas memakai mekap setiap hari tanpa menanggalkannya.

Gadis ini memberi alasan “Saya ingin tampil sempurna bila-bila masa, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur” katanya. Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun. Semenjak itu, dari masa ke semasa make-up yang digunakannya semakin tebal.

Dia mengatakan bahawa benda yang paling penting dalam hidupnya adalah cermin. “Saya selalu melihat ke dalam cermin dan membawanya setiap masa,” ujarnya pada sebuah acara variety show di korea. Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up, ia tetap tidak berpuas hati dengan penampilannya “Saya ingin melakukan operasi plastik di 10 tempat,” katanya.

Ibunya yang putus asa atas perilaku Bae menghubungi sebuah program televisyen di Korea dan menceritakan kisah puterinya yang aneh. Ketika tampil di acara itulah seorang doktor ahli kecantikan berjaya memujuk gadis ini untuk menghapuskan make-upnya. Dan setelah pemeriksaan khusus, diketahui bahawakulitnya kelihatan berumur dua kali ganda dari usia gadis itu sekarang. Menurut pakar, membiarkan make-up terlalu lama bukan saja menutup liang-liang roma, tetapi juga boleh menyebabkan risiko penuaan lebih awal.

Sucinya Hati Seorang Isteri Pada Suaminya

on Thursday, September 6, 2012

Selamat malam diucapkan kepada semua pembaca,malam nie saya ingin kongsikan satu cerita yang menyayat hati,sama ada ini kisah benar atau sekadar cerita belum dapat disahkan lagi,tetapi percayalah bila anda membaca cerita ini terutamanya anda yang bergelar seorang suami,anda pasti akan merasa sungguh terharu dan inginkan mempunyai seorang isteri seperti kisah dibawah.Tanpa membuang masa lagi,marilah sama-sama kita hayati kisah ini.Kisah ini dikongsikan di facebook.
seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Ya Allah...
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

[Gosip] Benarkah Nurul Syuhada Sudah Meletak Jawatan?

Salam diucapkan kepada semua pembaca,petang ini heboh satu gosip yang mengatakan pengacara TV3 kesukaan ramai,puan Nurul Syuhada Nurul Ain sudah meletak jawatan,betulkah cerita ini atau hanya sekadar cerita dipetang hari?
Menurut laporan dari blog mynewshub,dipetik dari satu sumber yang diperolehi,Nurul sudah menghantar satu notis perletakan jawatannya yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.Berikut adalah maklumat dari sumber itu.
“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.
Baru-baru ini Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul agar membuat permohonan maaf secara terbuka diatas kenyataannya semasa   mengacarakan satu program lintas langsung stesen itu yang mengatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan yang daif.
Berikutan dari kesilapan atau kenyataan itu,Nurul telah mendapat kencaman yang hebat.

Bagaimanapun,apa yang saya respek,beliau tetap tenang dan bersikap profesional biarpun berdepan dengan dugaan itu dan telah membuat permohonan maafnya dengan mengakui tersilap cakap.
Manakala pihak majikan Nurul,iaitu TV3 juga sudah membuat tindakan yang sama,iaitu memohon maaf.
Tindakan atau kesilapan Nurul itu kemudiaannya telah diterima oleh semua pihak masyarakat termasuklah penduduk Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.

nota : Tidak ada sesiapa pun yang sempurna didunia ini,kita sebagai manusia tidak boleh lari dari melakukan kesalahan yang penting kita sedar akan kesalahan kita dan memperbaiki kesalahan tersebut.Pandangan peribadi dari saya,saya juga terima permohonan maaf Nurul kerana rasanya benda ini tidak perlu diperhebohkan lagi.Biarlah ianya menjadi satu pengalaman hidup bagi Nurul dan kita semua.amin



[Tips] Kenapa Enjin Kereta Saya Tidak Hidup

Hari ini dah la lewat bangun,baju kerja lak belum bergosok lagi,makan belum lagi,masa sekarang dah pukul 8.45pagi,time masuk keje kul 9.00pagi.Dengan muka yang berseri-seri walaupun mandi kerbau,baju tak bergosok digagahkan juga untuk pergi kerja walaupun niat di hati nak je MC aku ari nie.Ambil kunci kereta pastu nak on enjin kereta,alamak.....kenapa tak leh hidup lak nie..tekanannnnnnnnn....

Pastinya ada semua pernah mengalami masalah seperti diatas kan?Kalau belum pernah pun mesti pernah terkena kes enjin tak dapat dihidupkan.Jadi untuk artikel kali ini,saya ingin kongsikan bersama ilmu dan punca kenapa berlakunya kes enjin yang tidak dapat dihidupkan,artikel ini ditulis berdasarkan kajian di internet dan berdasarkan pengalaman sendiri.

Punca utama kepada masalah ini adalah berpunca daripada bateri anda sendiri.Tahukah anda bateri kereta mempunyai dua kategori iaitu yang pertama bateri sel kering atau lebih dikenali dengan nama bateri free maintenance dan kedua bateri air atau bateri sel basah.

1.Bateri Sel Kering
Untuk penggunaan bateri jenis ini,kita cuma perlu memeriksa indicator yang dipaparkan pada bahagian atas bateri.Jika ianya berwarna hijau,masalah enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan bukanlah disebabkan olehnya dan bateri tersebut masih dalam keadaan ok sekiranya warna bertukar hitam,maka bateri anda sudah bermasalah dan perlu ditukar dengan bateri yang baru.

2.Bateri Sel Basah atau Bateri Air.
Untuk anda yang menggunakan bateri jenis nie,anda perlulah kerap memeriksa airnya dengan lebih kerap,sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan air bateri didalam tidak kering.Dan jika anda seorang yang rajin menjaga air bateri dan kerap periksa keadaan bateri jenis ini,ia sebenarnya boleh bertahan lebih dari 2 tahun.

Punca Masalah : Bagaimana Bateri Boleh Jadi Punca
Bagaimana masalah ini boleh berlaku?

Jangka hayat bateri kereta itu sendiri,sampai masanya ianya perlu diperiksa dan jika perlu ditukarkan dengan yang baru.Alternator juga merupakan punca kepada masalah ini,tahukan anda,tugas alternator adalah untuk mengecas bateri kereta anda.Sekiranya alternator kita bermasalah,hubungi yang pakar dengan segera.
Pastinya anda pernah terjumpa kes,terutamanya dikawasan perumahan dan di parking kereta,tuan kereta tiada tetapi lampu tidak dimatikan,Bila keadaan ini berlaku,kuasa bateri banyak digunakan untuk menyalakan lampu tersebut.Ini akan menjadikan bateri anda mula mengalami masalah kekeringan(bagi sel basah) dan seterusnya menyebabkan kerosakan.

nota : Jika anda semua ada pendapat lain sila nyatakan dibahagian komen.



Mesti Tahu - Bahaya Aircond Kereta

on Wednesday, September 5, 2012

Assalamualaikum,hari ini saya ingin berkongsi satu tips yang rasanya tidak kesemua orang tahu bahaya aircond kereta kepada kita.Boleh dikatakan kenderaan ini(kereta) merupakan kenderaan yang tidak asing bagi kita,kecuali yang berada di hutan amazon..hehe.Tapi kita semua belum pernah sedar bahayanya aircond kepada kita semua,mesti ada perasan dan saya rasa anda semua sendiri yang bila hidupkan enjin kereta mesti bukak aircond kan?Tapi tahukah anda,berdasarkan kajian yang dijalankan,dashboard,sofa,pewangi udara menghasilkan benzene,iaitu sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba plastik di dalam kereta).Itu antara akibat jika kita hidupkan enjin terus pasang aircond.

Selain penyebab kepada kanser,ianya juga akan menyebabkan leukemia,meningkatkan risiko menghadapi kanser disamping punca keguguran.Jadi sebelum anda semua memasang aircond pastikan anda membuka dulu tingkap kereta sebaik sahaja memasuki kereta anda.


Kadar Pendedahan Benzene


Apa itu Benzene?untuk mengetahui apa itu benzene sila klik sini.Kadar pendedahan benzene yang dibenarkan adalah sebanyak 50mg bagi setiap kaki persegi.Kereta dikawasan berbumbung dengan tingkap tertutup akan menghasilkan 400-800mg Benzene.

Dan jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah farenheit,tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000 - 4000 mg,yakni lebih 40 kali ganda dari tahap yang dibenarkan.

Dan tahukah anda,penumpang didalam kereta akan terus-terusan menyedut sisa toksik yang berlebihan secara tidak sedar.

Cara Atasi

Tiada cara khusus untuk atasinya,cuma anda semua dinasihatkan agar membuka tingkap dan pintu kereta agar udara yang tercemar didalam kereta anda dapat keluar dengan sempurna.

Nota : tips ini dishare oleh kengkawan di fesbuk dan diubahsuai serta ditambahkan maklumat untuk dijadikan panduan bersama.

**** pasti korang pn biasa camni kan?buka enjin kereta terus switch on aircond..jadi lepas nie sila gunakan petua diatas kerana kesan nie walaupun lambat tetapi akan menjejaskan hidup kita.

[Panas] Nurul Syuhada Nurul Ain Dan Isu Bintulu Daif

on Tuesday, September 4, 2012

Dalam minggu nie mesti korang semua ada terbaca/terdengar/terlihat di blog/tv mahupun radio berkenaan isu panas,berpunca dari kesilapan pengacara MHI TV# Nurul Syuhada Nurul Ain(gambar) yang tersilap cakap berkenaan isu Bintulu.

Semuanya bermula semasa Nurul Syuhada bersama Fedtri yang mengacara siaran langsung MERDEKA 55 di TV3 dan telah menyebut statement seperti dibawah:-


Berikut ialah ulasan hos Nurul Syuhada dan Fedtri dalam konteks Bintulu sebagai lokasi Sambutan Hari Malaysia.

Syuhada, " Pastinya selepas sambutan Hari Kemerdekaan ini, satu lagi yang turut ditunggu-tunggu ialah pada 16 September iaitu Hari Malaysia yang akan diadakan di Sarawak...

Fedtri, " Di Bintulu jadi lokasi kerana dalam usaha transformasi ini untuk mencari satu daerah yang tidak hanya tipikal di bandar besar tapi jelajah masuk ke negeri lain dan juga di tempat yang jarang dibuat satu acara yang besar. Bintulu menjadi pilihan, kawasan yang dilihat jauh dari Kuching....

Syuhada, " kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan...berjaya dan terus mengangkat bandar itu sendiri....



Statement dari pengacara tersebut telah membangkitkan kemarahan penduduk Bintulu yang bandarnya merupakan kawasan perindustrian berimpak besar dan tinggi melibatkan minyak dan gas sejak tahun 1960-an lagi.Isu ini telah menjadi isu hangat baik dari media sosial facebook,twitter,dan juga di media-media elektronik.
Nurul Syuhada telah diminta agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penduduk Bintulu khususnya.Tetapi sehingga hari ini,Nurul Syuhada cuma memohon maaf dari twitter beliau dan memohon maaf merujuk kepada followers twitter beliau sahaja dan bukan kepada masyarakat Bintulu khususnya.
Tetapi pihak TV3 telah memberikan permohonan maaf dan disiarkan dalam buletin utama,dan video tersebut telah dicapture dan dimuat naik ke dalam youtube oleh saudara blogger oleng84 seperti dibawah :-



Jika ada diantara anda yang mempunyai update terkini berkenaan isu ini bolehlah suarakan dikotak komen dibawah,kita berharap agar isu ini tidak akan menjadi isu panas lagi dan tidak akan merencatkan perjalanan seni dan karier Nurul Syuhada.
Sebelum menutup artikel kali ini,saya ingin mengingatkan pembaca semua dengan satu peribasa melayu,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya..sekian.sehingga bertemu lagi dilain artikel - mediasiber

info terkini : nurul syuhada sudah memohon maaf berkenaan isu bintulu daif.untuk membacanya sila ke http://mynewshub.my/2012/09/02/bintulu-daif-nurul-syuhada-mohon-maaf/