Agnes Monica Minta Video 'Panasnya' Tidak Disebar

on Saturday, December 22, 2012


Agnes Monica

Setelah video single terbarunya tersebar di merata dunia, Agnes Monica tiba-tiba meminta pada seluruh fans untuk tidak menyebarkan video itu. Melalui Twitter, penyanyi berbakat ini mengaku akan melancarkan video tersebut bila sudah tiba waktunya.

Agnes bakal melancarkan secara rasmi video-video barunya melalui akaun rasminya. Ia berharap fans atau peminat perlu bersabar menunggu pelancaran tersebut.

"Maaf tp sebisa mungkin video itu jgn diupload kemana2 lagi ya Tweez. Akan ada saatnya kami upload dari official account kami. But not now..," kata Agnes Monica pada 6 juta lebih followernya di Twitter.

Dalam 52 video detik Agnes menampilkan beberapa aksinya yang sedang melakukan sesi pergambaran video klip. Agnes juga mengudarakan lagu single barunya yang berbahasa English.

[10 Foto] Gambar Hanya Berlaku Di India

Selalu update tentang malaysia, now aku update pula tentang negara luar..

#THIS IS INDIA, NOT MALAYSIA!


[9 Foto] Model China Vs Lady Gaga?

Model Liu Yan Dengan Dress Getah Yang Super Ketat Oleh Pereka Fesyen Lady Gaga.
Memang agak pelik kerana nampak sangat macam getah dan ini menyusahkan model ini untuk berjalan. Dia perlu orang untuk tolong dia mara ke depan. Memang pelik rekaan Pereka Fesyen Lady Gaga ni.

#This not NEELOFA! THIS LIU YAN!


VCD seks: Speaker DUN akan ambil tindakan


IPOH - Berhubung tuduhan mengaibkan yang dilempar pembangkang hari ini, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk R. Ganesan secara tegas menyangkal cakera padat video (VCD) kononnya aksi di dalamnya melibatkan diri beliau.

Katanya, perkara sedemikian adalah amalan 'gutter politic' yang semakin menjadi ikutan pihak pembangkang khususnya apabila tarikh pilihan raya umum seperti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya lagi, penyebaran VCD berkenaan juga jelas bertujuan untuk memalukan dirinya serta keluarga yang bakal menanggung malu akibat fitnah yang jijik ini.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis terhadap fitnah yang dahsyat ini.

"Saya juga memberi amaran kepada mereka yang membuat dan menyebarkan fitnah ini kerana saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya ketika di Dun, hari ini.

Sumber

Awas Wanita Berskirt, Anda Bakal Mangsa Seterusnya!

on Friday, December 21, 2012


Sudah lumrah wanita, nak cantik, nak lawa mesti bergaya. Tapi kalau begaya kena pada tempatnya, ok la juga..kalau isteri, melawa untuk suaminya...

Tapi kalau nak cantik dengan berpakaian seksi dengan memakai skirt pendek di tempat awam, ini bakal mengundang bala!

Banyak buaya-buaya darat yang menunggu untuk sedia 'menerkam' atau dalam kes ini 'merakam'.

Aksi lelaki miang ini dirakamkan di dalam sebuah pengangkutan awam yang sesak. Kelihatan beliau menggunakan telefon bimbitnya untuk menangkap gambar atau merakam video seorang gadis yang memakai skirt pendek.


Entah apalah nasib si gadis tersebut...atau lelaki itu..

Gila! Lelaki Mabuk Cuba Kunyah Muka Wanita


WENZHOU – Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.

Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.

Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.

Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.

Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.

Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.

Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu. – AP

p/s : Bangang.. igt muka pompuan tu biskut ke hape nak kunyah2..

Sumber : Here

[4 Foto] Tenyeh Ais Krim Atas Kaunter Kerana Marah

Akibat bengang dan marah dengan perkhidmatan layanan yang diberikan, seorang lelaki China bertindak menterbalikkan 42 kon ais krim yang dibelinya di atas meja kaunter pembayaran di sebuah restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) di China.

Kejadian berpunca daripada pekerja restoran berkenaan lambat menyediakan hidangan yang ditempah lelaki terbabit dan menyebabkan dia terpaksa menunggu selama lebih 1 jam tanpa sebarang notis pemberitahuan.


Sumber