[10 Foto] Gambar "Back To The Future" Yang Cool

on Saturday, December 22, 2012

Koleksi gambar bertemakan "Back To The Future" ini ialah hasil kerja seorang photographer iaitu Irina Werning. Photographer kelahiran Argentina ini telah menghasilkan gambar subjek beliau yang seakan-akan sama dengan gambar yang lama.


Fer 1981 & 2011 Buenos Aires
Sole 1988 & 2011 Buenos Aires
Patrick 1986 & 2011 Paris
Alexandra 1970 & 2011 Paris
Carli 1990 & 2011 Buenos Aires
Johannes 1994 & 2011 Hamburg
Christoph 1990 & 2011 Berlin Wall
Andy 1964 & 2011 Los Angeles
Giorgio 1982 & 2011 Paris
The Zurbanos 1999 & 2011 Buenos Aires

10 Benda Tak Boleh Beli Dengan Duit


Percayakah anda di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .


7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

[9 Foto] Selatan AS Sebelum dan Selepas Taufan Sandy

Dibawah adalah gambar Selatan AS sebelum dan selepas dilanda taufan sandy yang mengganas pada Oktober 2012 yang lalu.






Terjemahan Lagu Doraemon Yang Sebenarnya



Ramai juga yang meminati lagu Doraemon ni kan? Tapi ramai juga yang tidak mengetahui terjemahan sebenar lirik lagu Doraemon ni.



Saintis Rusia Temui Kala Jengking Di Planet Kejora


Sekumpulan penyelidik di Russia mendakwa wujud hidupan makhluk misteri di planet Kejora (Venus) selepas menganalisis gambar yang diambil satelit negara itu 30 tahun lalu.

Imej menunjukkan pergerakan makhluk misteri seakan-akan kala jengking atau ketam di permukaan Planet Venus

Saintis di Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Russia, Leonid Ksanfomaliti, berkata penelitian berulang kali ke atas imej yang diambil satelit Venus-13 pada 1982 menunjukkansejenis makhluk misteri berbentuk kala jengking dan ketam yang bergerak ketika dirakam.

Sekumpulan penyelidik di Russia mendakwa wujud hidupan di planet Kejora (Venus) selepas menganalisis gambar yang diambil satelit negara itu 30 tahun lalu.


Saintis di Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Russia, Leonid Ksanfomaliti, berkata penelitian berulang kali ke atas imej yang diambil satelit Venus-13 pada 1982 menunjukkan sejenis makhluk misteri berbentuk kala jengking dan ketam yang bergerak ketika dirakam.

“Makhluk itu ‘muncul, bergerak dan kemudian menghilang. Lupakan teori yang menyatakan bahawa tiada hidupan di Planet Venus kerana teori terbaru ialah Kejora dan Bumi kelihatan mempunyai persamaan,” katanya dalam laporan di jurnal Penyelidikan Saintifik Sistem Suria yang dipetik akhbar Daily Mail.

Suhu di planet Kejora sebelum ini dikatakan mencapai 464 darjah Celcius danpermukaannya sentiasa dipenuhi kabus tebal berasid akibat kesan gas rumah hijau di atmosfera.

Saintis di Universiti Teknologi California, Profesor Andrew Ingersoll, berkata teori baru ketika ini memang menunjukkan bahawa Bumi dan Kejora ada persamaan. Beliau berkata ada kemungkinan banyak air di Planet Venus dan ada banyak karbon dioksida di Bumi.

Suatu masa dulu mungkin pernah wujud lautan di Kejora, tetapi saintis percaya tiada cecair di planet itu selama hampir dua bilion tahun. Bagaimanapun, Ksanfomaliti berkata kemungkinan wujud hidupan di planet itu masih tidak boleh dinafikan.

Sementara itu, beberapa pihak berpendapat, kenyataan Ksanfomaliti memerlukan banyak lagi penyelidikan lanjut berikutan wujud beberapa keraguan.

Seorang profesor di Universiti Arizona berpendapat imej makhluk misteri bergerak diambil satelit Venus-13 mungkin tidak menunjukkan adanya hidupan di Kejora. “Ia mungkin hanya komponen mekanikal,” katanya.

Agensi Penyelidikan Angkasa Lepas Amerika (NASA) pula berpendapat, imej bergerak itu besar kemungkinan adalah lensa kamera yang tertanggal dan jatuh di permukaan Kejora.

“Kita perlu kajian lanjut,” kata seorang pegawai agensi itu. – Agensi

#Ilmu manusia di dunia ni hanyalah seperti setitis air di lautan yang luas jika nak dibandingkan. Banyak lagi ilmu yang tidak kita ketahui. Jadi tidak peliklah dalam keadaan yang sangat beracun, ada makhluk yang boleh hidup dalam Planet Kejora atau Venus itu. Wallahualam.

[10 Foto] Aksi Manja Nora Danish di Padang Pasir

Percutian Nora Danish di Dubai bersama keluarga. Mereka sampat merakamkan aktiviti-aktiviti lawatan termasuklah di sebuah gurun...panas! PANAS!!!


Sharifah Sofia Mengandung 6 Bulan, Dilayan Bak Puteri



Kami sendiri tidak tahu apa signifikan’nya kami menulis tentang selebriti mengandung di hujung hujung minggu begini.

Namun kami pasti ada peminat Sharifah Sofia yang mahu tengok gambar terkini selebriti kesayangan mereka yang kini kandungan’nya sudah masuk 6 bulan.


Berikut adalah beberapa keping gambar terkin Sharifah Sofia yang berjaya kami temui di’internet termasuk satu keratan majalah dari Media Hiburan untuk tatapan anda.

Sedikit sedutan dari temubual bersama Media Hiburan, Sharifah Sofia mengakui seronok dengan kandungan beliau kerana orang sekeliling melayan beliau bak seorang puteri.

Semua orang mengambil berat tentang pemakanan & cara penjagaan kandungan Sharifah Sofia lebih lebih lagi suami sendiri. Lagi gambar Sharifah Sofia selepas ini. Enjoice!