Jom kita lihat kereta BMW milik Pak Arab yang telah dimodified oleh beliau. Diorang ni memang banyak duit. Jutawan minyak. Macam-macam kereta boleh beli. BMW ni dia buat macam kancil jer. Modified suka hati dia.
Home > All posts
[8 Foto] BMW Modified Milik Pak Arab..Cool!!
Posted by TerbaikLaH on Sunday, December 23, 2012 at 12:49 AM
Gambar Photoshop Untuk Facebook Paling Lawak!
Posted by TerbaikLaH at 12:46 AM
Gambar Photoshop Untuk Facebook Paling #Epic Dan WTF
Lelaki ini cuba ngorat pompuan dalam Facebook dengan gambar ini. Mantap giler badan laki ini eh #sarcasm.
Lelaki ini cuba ngorat pompuan dalam Facebook dengan gambar ini. Mantap giler badan laki ini eh #sarcasm.
14 Gambar Yang Dirakam Pada Masa Yang Tepat
Posted by TerbaikLaH on Saturday, December 22, 2012 at 7:40 PM
Cuba tangkap gambar pada masa yang tepat seperti masa melompat atau gambar candid seperti bawah-bawah ni.
[10 Foto] Gambar "Back To The Future" Yang Cool
Posted by TerbaikLaH at 7:30 PM
Koleksi gambar bertemakan "Back To The Future" ini ialah hasil kerja seorang photographer iaitu Irina Werning. Photographer kelahiran Argentina ini telah menghasilkan gambar subjek beliau yang seakan-akan sama dengan gambar yang lama.
Fer 1981 & 2011 Buenos Aires
Sole 1988 & 2011 Buenos Aires
Patrick 1986 & 2011 Paris
Alexandra 1970 & 2011 Paris
Carli 1990 & 2011 Buenos Aires
Johannes 1994 & 2011 Hamburg
Christoph 1990 & 2011 Berlin Wall
Andy 1964 & 2011 Los Angeles
Giorgio 1982 & 2011 Paris
The Zurbanos 1999 & 2011 Buenos Aires
10 Benda Tak Boleh Beli Dengan Duit
Posted by TerbaikLaH at 6:02 PM
Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit
1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.
2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.
3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.
4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.
5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.
6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .
7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.
8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.
9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.
[9 Foto] Selatan AS Sebelum dan Selepas Taufan Sandy
Posted by TerbaikLaH at 4:52 PM
Dibawah adalah gambar Selatan AS sebelum dan selepas dilanda taufan sandy yang mengganas pada Oktober 2012 yang lalu.
Terjemahan Lagu Doraemon Yang Sebenarnya
Posted by TerbaikLaH at 3:58 PM