[5 Foto] Hukuman Penggal Kepala Yang Ngeri!

on Monday, December 24, 2012

Hukuman pancung telah digunakan sebagai salah satu bentuk hukuman yang telah dilakukan sejak dahulu kala lagi. Pemancungan dengan menggunakan pedang, kapak, bahkan dengan senjata militer terkadang dianggap sebagai salah satu cara terhormat untuk mati bagi seorang bangsawan, yang beranggapan bahawa sebagai prajurit, .

Di negara barat ada anggapan bahawa pemancungan sebagai hak istimewa seseorang yg terhormat. Pemancungan ini membezakan dari hukuman tidak terhormat (keji) dari membakar seseorang hidup-hidup diatas tumpukan kayu. Pada abad pertengahan di Inggris, pengkhianat yang dilakukan oleh bangsawan akan dihukum pancung, bagi para pelaku bangsawan lelaki, termasuk kesatria, akan digantung, diseret dan ditarik dengan kuda.

Untuk pelaku wanita akan dibakar hidup-hidup di atas longgokkan kayu.

Ketika kepala pesalah sudah putus dari anggota tubuh nya..

Artis Bertudung Sesatkan Masyarakat dalam Diam


Peminat bersorak girang melihat aksi awek bertudung di atas pentas. Bersorak bukan kerana awek bertudung itu beraksi ghairah di atas pentas, tetapi bersorak girang melihatnya hebat menyanyi. Kelunakan suaranya membuatkan peminat terpana.

Kepala yang disarung tudung menyebabkan peminat lebih dekat kepadanya. Kononnya awek yang bertudung adalah perempuan yang baik dan wajar untuk dicontohi. Inilah pemikiran sempit yang membelenggu umat Islam hari ini, akibat daripada penerapan hukum sekular. Asalkan bertudung sahaja, mereka itu membawa imej Islam.

Masyarakat menjadikan artis sebagai contoh, bukan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran undang-undang. Sekiranya artis itu bertudung, tudung seperti itulah yang akan dicontohi fesyennya, tanpa mengikut hukum syarak. Lazimnya, tudung ketat dan tudung yang tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk kedua-dua 'bukit' wanita sering dijadikan tudung contoh.


وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [an-Nur:31]

Inilah peranan artis bertudung. Memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Kononnya mereka bertudung, merekalah contoh ikutan yang wajar diikuti. Walhal, mereka tidak menutup aurat seperti mana yang Allah telah tetapkan. Maka, peminat yang mengikut gaya fesyen artis ini turut sama masuk longkang bersama-sama artis pujaan mereka.

Mereka bukanlah membawa ajaran sesat mahupun menyesatkan aqidah umat Islam, tetapi peranan mereka amat besar sekali untuk menjadi ejen Barat untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam. Perkara ini adalah hakikat yang harus ditelan walaupun pahit oleh peminat-peminat. Artis yang terbabit juga harus menelan hakikat ini, kerana mereka secara tidak sedar dan tidak rasmi menjadi ejen-ejen Barat dalam memesongkan umat Islam daripada ajaran Islam!


Ini baru diperhatikan daripada aspek tudung. Bagaimana pula dengan aksi-aksi mereka menonjolkan diri di khalayak umum meliuk-lentokkan tubuh mereka yang disarung dengan baju ketat serta mengenakan solekan yang berlebihan yang bisa menggetarkan jiwa lelaki normal? Hal aurat tidak lagi diambil peduli. Peminat terus memuji artis-artis bertudung dengan pujian yang lebih kurang, "Saya suka awak bertudung. Kekalkan imej bertudung". Begitu mudah hati ummat dibutakan dengan bertudung. Seolah-olah bertudung itu merupakan lesen untuk menyanyi dan menonjolkan diri di khalayak ramai!

Inilah kesan daripada penerapan hukum sekular yang lahir daripada akal manusia semata-mata. Undang-undang dicipta berdasarkan majoriti 2/3 undi di dalam parlimen. Artis juga tidak terkecuali daripada terkena bahana-bahana sekularisme.

Buktinya, tudung yang dipakai oleh para artis walaupun tidak mengikut hukum syarak diislamkan. Mereka telah mengislamkan trend supaya tindakan mereka itu adalah mengikut hukum syarak. Bertudung tapi menyanyi, berpakaian ketat pun, 'tepati syarak' juga, dan ummat tergila-gila untuk mencontohi fesyen tudung itu.

Sedarlah, Nabi Muhammad SAW itulah contoh ikutan terbaik, bukan para artis! Sedarlah, artis-artis itu sedang menyesatkan kita dalam diam. Mahukah kita masuk longkang bersama-sama artis itu?

*****

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [al-Ahzab (33):21]

Cara Mudah Hack Facebook Dengan Firefox

Sila ambil perhatian jika korang berkongsi menggunakan laptop atau pc.

Entry ni sebenarnya lebih kepada soal keselamatan ketika menggunakan browser Mozilla Firefox.

Perasan tak dengan dialog box di bawah ni?
Ya, Firefox akan bagi pilihan untuk korang sama ada nak remember password atau tak. Sesetengah orang beranggapan benda ni bagus dan sebenarnya ia adalah BAHAYA walaupun korang simpan menggunakan Master Password sekali pun.

Aku akan tunjukkan bagaimana nak tengok password yang telah disimpan tu.

1. Biasanya, setiap kali kita nak login website yang kita dah remember password akan keluar paparan macam kat bawah ni. Contohnya Facebook.

2. Right Click dalam kotak password nak pilih Inspected Element (Q).
3. Akan keluar paparan macam kat bawah ni

4. Cari perkataan ni

<input class="inputtext" name="pass" id="pass" tabindex="2" type="password">

5. Double click dekat password
6. Tukarkan menjadi text dan tekan enter. Hasilnya macam ni.


Nampak tak? Korang boleh je simpan password tu jika korang sorang je pakai laptop tu, maksudnya tak berkongsi dengan orang.

Sebagai peringatan, jangan guna tutorial ni untuk mengodam akaun orang lain, aku just nak buktikan yang menggunakan Master Password untuk simpan semua password tu masih tak selamat.

Beratus Bikers Kumpul Depan TV3, Mazidul Mana?

Menurut sumber dari laman Facebook SoutulMujahid, beratus-ratus geng-geng Bikers, motosikal berkuasa besar dan rider-rider motosikal biasa berkumpul di depan bangunan TV3 hari ini.

Katanya mereka semua berkumpul depan bangunan TV3 bagi membantah kenyataan Mazidul Akmal Sidik dalam salah satu segmen Majalah 3 yang disiarkan baru-baru ini.

Ramai yang mencari Mazidul, tapi dalam ramai-ramai tu tak seorang pun sempat melihat kelibat Mazidul. Di manakah Mazidul Akmal Sidik?

Dengar khabar Zizan Raja Lawak pun ada sama berhimpun depan bangunan Media Prima, TV3. Jom lihat gambar bikers yang berhimpun depan TV3 tu...


Glamorous MrJocko

Ingat Mazuin Hamzah?Ikuti Kisah Percintaannya..

on Sunday, December 23, 2012

Wanita dalam gambar ini adalah Mazwin Hamzah bekas Isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Pengiran Sufri. 
Lain sungguh muka Maziun Hamzah sekarang ni. Gambar ni diambil sewaktu Mazwin Hamzah menghadiri Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja yang berlangsung di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada malam 19.09.2012 lepas. Mazwin Hamzah berkahwin dengan Pengiran Sufri pada 11.12.1987 dalam usia 23 tahun dan kemudiannya berpisah setelah 17 tahun hidup bersama
anak sulung Mazuin..ops..lahir pada 1 September 1988,akak mmg ingat sbb satu tarikh ngan anak sulung akak lahir...
Dulu akak memang minat dengan nyanyian Mazuin dan beliau salah satu pemain drum dalam kumpulan Quinary M ni..dan mereka salah satu kumpulan yang top pada tahun 80..an..

Macamana Mazuin terjumpa dengan Pengiran Sufri Bolkiah..

Episod cinta penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Aku Ingin Dekat Kepadamu dan Cinta Palsu itu bermula pada 10 Julai 1987.
Pertemuan pertama di Villa Cinta Bersemi (kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) itu memberi kesempatan kepada pasangan itu untuk bertentang mata antara satu sama lain.

Bagaimanapun, itu bukanlah pertemuan rasmi dengan Mazuin, sebaliknya, rombongan artis Malaysia yang menyertai Mekar Sejambak dipelawa untuk bermesra dengan Sufri sebelum rombongan itu dijemput ke Bandar Seri Begawan untuk meraikan baginda sempena majlis ulang tahun kelahirannya pada penghujung Julai 1987.

Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang cukup hebat dan Mazuin pula sudah tentu mendapat perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan layanan kepada kekasihnya itu bertaraf lima bintang.
Sebelum Mazuin dan rombongan artis pulang ke Malaysia, Sufri memberanikan diri mengadakan pertemuan dengan artis wanita berkenaan yang ditemani ibunya, Maimon.

Di ruang pejabat di Istana Nurul Hana, Sufri secara gentleman menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang Mazuin.
Berdasarkan laporan dalam majalah URTV, sebelum menyunting si genit itu, Sufri terlebih dahulu bertanyakan Mazuin apakah dia sudah mempunyai pilihan hati.

Tergamam dengan pertanyaan itu, Mazuin menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani puterinya itu juga ditanya oleh Sufri apakah beliau sudi untuk menerima kehadiran putera diraja itu sebagai menantunya.

Maimon lebih senang membiarkan keputusan itu dibuat oleh Mazuin sendiri kerana pada usia 23 tahun, wanita itu berpendapat, lebih baik anaknya sahaja yang menentukan masa depannya.
Kata sepakat dicapai, selang seminggu selepas pertemuan di Bandar Seri Begawan, Sufri berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk melamar Mazuin.

Sekali lagi berita itu mendapat perhatian akhbar Utusan Malaysia yang berjaya mendapat pengakuan eksklusif Sufri yang mengesahkan baginda sudah melamar Mazuin.

Bibit cinta antara Mazuin dan Sufri mula berputik selepas detik itu sebagaimana bergulingnya musim-musim, hidup manusia direncahkan dengan peristiwa yang pelbagai.

Berbulan-bulan persiapan dilakukan sehinggalah majlis pernikahan dan persandingan berlangsung secara gilang-gemilang.
Sejak kisah percintaan beliau tersebar dengan Pengiran Sufri Bolkiah...kisah mereka berdua menjadi isu terhangat dan suratkhabar setiap hari menyiarkan tentang percintaan mereka berdua ..macam kisah Lady Dianalah...

Mereka mula bertemu pada tahun 1987 dan kisah percintaan mereka memang di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Kalau keluar cerita mereka berdua memang kedebumlah surat khabar tu..taklah macam sekarang ni...dah ada alternatif selain dari paper...

Selepas berkahwin, Mazuin diberi gelaran Pengiran Bini Mazuin dan tinggal di istana.

Namun selepas 17 tahun bersama, pasangan ini bercerai dan Mazuin hanya membawa gelaran Hajah Mazuin binti Hamzah sahaja. Alahai....Tak pe la..jodoh dah tak de...nak wat camana kan?
Tak tahulah samada Mazuin telah menamatkan zaman jandanya ataupun tidak...Pengiran Sufri Bolkiah telah pun berkawin lain...katanya dengan makcik Fazura...tapi silap nama dia Faizah.

Hhhmmm...dah tamat dah citer dia..

Bekas Isteri Najib VS Bekas Suami Rosmah...Siapa?


Semua orang tahu Datin Rosmah ialah isteri kedua DS Najib. Bekas isteri PM Malaysia, Dato Seri Najib ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin?


Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah beliau dengan Najib mungkin masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib.

Dahulunya ketika beliau masih menjadi isteri Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.


Mungkin ada juga yang tak tahu, bekas suami Datin Rosmah Mansor ialah Farid Ismeth Emir iaitu pembaca berita Dunia Jam 10 RTM1. Antara anak perempuan Datin Rosmah Mansor dan Farid Ismeth ialah Azrene Soraya iaitu isteri kepada penyanyi yang juga pakar motivasi terkenal Dr Fazley.



Anda percaya entry tersebut?Untuk pengetahuan pembaca..nama penuh isteri Dr Fazley ialah Azrene Soraya binti Abd Aziz so macamana ayahnya adalah Farith Isthmeth Emir..
kadang-kadang internet ni banyak yang infonya salah...jangan percaya bulat-bulat apa yang anda baca...
Sekian..

Sumber: Cina Islam dan Sumber

Apa Yang Lebih Power Dasi Nasi Kangkang?

Now you know!

Ye... kami dah jumpa benda lagi power dari Nasi Kangkang!

Thanks @Yuecchi86

Laporan asal Tweet @Yuecchi86