[7 Foto] Hidangan Anak Ayam Goreng Di Filipina

on Wednesday, December 26, 2012

Korang pernah makan anak ayam goreng? Kalau kat Kenny Rogers tu ayam kecik..tapi bukan anak ayam.. Terliur tak tengok gambar kat atas nih? Anak ayam goreng BBQ tu beb.. Haha.. 

Fakta Ringkas:

1. Merupakan salah satu makanan popular yang dijual di sebuah pasar di Manila, Filipina
2. Ayam-ayam yang digunakan merupakan anak-anak ayam jantan yang direject dari industri penternakan ayam di sana. Ini kerana hanya ayam betina yang diperlukan untuk menghasilkan telur
3. Anak-anak ayam jantan ini dibunuh sejak dari hari pertama mereka menetas lagi.
4. Untuk tidak merugikan, ia kemudiannya dijual pula ke pasar-pasar utama di Manila
5. Cara penyediaan anak ayam goreng ini amat mudah. Hanya paruh dan usus yang dibuang sebelum ianya digoreng dengan mentega. Tulang-temulang ayam ini tidak dibuang kerana masih lembut dan enak dimakan sekaligus bersama isi ayam.

Sotong Goreng Telur Masin - Gambar VS Realiti

Ini Resipi baru tetapi apabila dibandingkan dalam gambar dan rupa dalam realiti, memang agak berbeza eh. Macam tu juga bila kita cuba buat kek seperti dalam buku resipi, memang lain rupanya bila dah dikeluarkan dari ketuhar.

Dalam gambar :
Realiti : 

Gambar-Gambar Selebriti Sekitar Tahun 90-an

on Tuesday, December 25, 2012


Sebenarnya seronok juga kalau dapat tengok balik wajah-wajah selebriti sekarang pada satu masa dulu. Ada yang maintain, ada yang berubah. Senang cerita memang menarik lah kalau tengok perubahan masing-masing. Lebih best, kita boleh tengok semula macam mana kaedahnya fesyen-fesyen artis sekitar tahun 90-an. Gambar-gambar dibawah diambil daripada majalah Remaja dan tak boleh dinafikan lah majalah ini sentiasa berjaya membawa wajah-wajah baru yang berkualiti ke dunia seni tempatan terutamanya dalam bidang lakonan. Respek sama Remaja!

Terima kasih kepada forumer di Cari.com, burung_pungguk kerana berkongsi gambar ini kepada masyarakat. Confirm makcik-makcik kita tersenyum lebar bila mengimbau semula wajah-wajah idola mereka. Haha. Jom layan.


[3 Foto] Kain Invinsible Dicipta Oleh U.S

Syarikat yang mengeluarkan peralatan ketenteraan telah mencipta sejenis kain yang sukar dilihat, iaitu seperti halimunan. Bahan-bahan yang digunakan adalah top-Secret. 

#Macam Metal Gear Solid da aku tengok, masa era PlayStation 1 gameshark adalah cd paling penting untuk aku. Sukati!

#Rekaan US - Rujuk link ni Quantum stealth

Gambar | Shafik Cili Padi Dulu dan Sekarang

Nik Fariz Nik Fadzil memang terkenal dengan wataknya sebagai Shafik didalam drama bersiri remaja, Cili Padi yang disiarkan pada tahun 1993. Drama bersiri yang disiarkan sebanyak tiga musim iaitu 13 episod setiap satu memang diminati kerana itulah satu-satu drama yang menonjolkan kanak-kanak sebagai pelakon utama.Turut sama membintangi rancangan itu adalah Melissa Saila, Tam Suhaimi(Salim), Anne Ngasri(Lili) dan Jaafar Onn(Cikgu Jaafar). Masa berlakon cerita Cili Padi ni, Nik Fariz baru berumur 10 tahun.

Sekarang dia dah berumur 28 tahun dan dah jadi ayah dah pun kepada seorang anak perempuan yang kini berumur 1tahun 5bulan! Mesti cute anak dia sebab ayahnya pun cute! hahaha. Ok jom tengok gambar Nik Fariz semasa dia kecil dan apabila dewasanya dia.

Nik Fariz semasa membintangi Cili Padi pada tahun 1993…
Semasa dewasa…

Mel: Memang kacak la Melissa Saila dalam cerita Cili Padi tu! Idola tu!


[9 Foto] Kemalangan Luar Biasa. Pelik Tapi Benar!

Melihat daripada gambar-gambar kemalangan di bawah ini, rasanya agak pelik juga bagaimana kemalangan itu boleh terjadi sampai sedemikian rupa.

Ada yang lawak dan ada juga yang tak masuk akal.

Tapi bila difikirkan semula, nampak logik juga.

Tidak sangka sampai begitu sekali kemalangan berkenaan boleh terjadi.
Ada di antaranya memang kecuaian manusia sendiri manakala ada diantaranya terjadi kerana kuasa alam.

Layankan gambar ini. Semoga kita menginsafinya.
Jika boleh, elakkanlah daripada ia terjadi. Berhati-hatilah dalam apa jua situasi yang kita lakukan. - MyNewsHub


Mayat Jadi Berat Kerana Makhluk Halus?

TRAGEDI...mayat bot pancung karam bergelimpangan di pantai, semalam. BANTU...anggota penyelamat dan penduduk kampung membantu menguruskan mayat yang dibawa ke pantai.


TRAGEDI...mayat bot pancung karam bergelimpangan di pantai, semalam.


BANTU...anggota penyelamat dan penduduk kampung membantu menguruskan mayat yang dibawa ke pantai.


KOTA TINGGI: Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.

Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu.

Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka.