[5 Foto] Gambar Terbaru Aaron Aziz Berkulit Gelap

on Wednesday, December 26, 2012

 

Walaupun berkulit gelap, Aaron Aziz tetap kelihatan macho. Terbaru, Aaron Aziz telah menjalani pengambaran di utara sana, Perlis yang bertajuk 'Lari' arahan Ahmad Idham . Memandangkan cuaca di sebelah utara ni sangat panas, jadi kulit Aaron dah menjadi agak gelap sikit.

Selain dari Aaron Aziz, beberapa pelakon yang hebat juga turut menjayakan pengambaran ini seperti Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malik dan ramai lagi.

Kisah cerita Lari itu adalah mengisahkan cerita peneludupan manusia dari Siam Thailand. Menurut Aaron Aziz lagi, pengambaran filem itu memerlukan beliau berada di bawah pancaran matahari dan ada ketika dia perlu menyelam dalam laut.

Nak tau Aaron Aziz pegang watak apa, baik ke jahat? nantikan filem lari di pawagan tahun 2013. Jom lihat beberapa gambar Aaron Aziz selepas 'sunburn' selepas ini.

Koleksi Pantang Mati Sebelum Ajal [3 Foto gif]

#Pantang mati sebelum ajal!



[12 Foto] Jika Telur Direndam Dalam Cuka

#Mari berexperimen di rumah, Hanya perlukan segelas cuka dan sibijik telur


Arash Mohd Mengamuk di FB Kerana Azwan Ali


Berikutan dengan rancangan berkenaan berita dan gosip artis terbaru iaitu Propaganza, seorang artis senior Arash Mohd (gambar) telah meluahkan perasaan tidak puas hati di laman sosial facebook. Beliau mengatakan bahawa rancangan itu adalah rancangan 'sampah' dan memalukan.
Arash Mohd Mengamuk Di FB Lihat Azwan Ali Di Propaganza? -hfzkhazali.blogspot.com
Screenshot yang diambil salah seorang forumer forum cari ini adalah kenyataan Arash berkenaan ketidak puas hati beliau terhadap rancangan Propaganza dan Azwan Ali yang kelihatan sangat menjengkelkan. 




Azwan Ali Serang Johan Kerana Isu Maharajalawak



Jika anda sempat menonton program lawak terbitan Astro, Maharaja Lawak Mega 2012 pada Minggu 6 yang lalu, pasti anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan giliran kumpulan Jozan membuat persembahan. Pada ketika itu, Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan telah membuat persembahan bertemakan rancangan TV iaitu 'Propaganjil' (Propaganza).

Pada babak itu, Johan turut melakonkan watak Azwan Ali dengan menggelarkan dirinya Azwan Awie Ali (Triple A).

Padah kerana melakonkan watak itu, Johan telah diserang oleh empunya nama melalui panggilan telefon di konti radio ERA FM. Pada perbualan itu, Azwan Ali mengatakan akan mengambil tindakan saman terhadap Johan yang juga turut memegang watak 'Mak Jemah' pada JoHaRa Pagi ERA itu.

Tetapi jangan risau, perbualan telefon itu hanyalah gurauan semata-mata antara kedua belah pihak. Jika tidak percaya, anda boleh dengar sendiri audio sound yang kami sediakan di bawah.

Video - GuaTV

WTF : Bagaimanakah rupa kedai pertama McDonald?



Hari ini, siapa yang tak kenal McDonald's? Perusahaan yang mampu menjual 75 hamburger setiap saat di 31000 lokasi pada 18 negara. Bahkan anak-anak sudah hafal dengan logonya yang khas berwarna kuning. Namun, siapa sangka bahawa dulunya McDonald's juga bermula dari sebuah kedai barbeque kecil di San Bernardino, California, yang dibuka oleh dua bersaudara. Mereka menggunakan peralatan dari perak dan seramik dalam kedai barbeque pertama ini.

Bukan seperti yang disangkakan ramai orang, McDonald's bersaudara ini kemudian mengalami bangkrup dan kemudian membuka usaha mereka kembali lapan tahun kemudian. Mereka mengganti semua peralatan perak dan seramik dengan kertas dan gelas plastik. Mereka kemudian menggantikan barbeque dengan burger, kentang goreng, dan minuman ringan pada tahun 1940-an. Seperti inilah bentuk kedai McDonald's pada masa itu.

Cikgu BI di China Kini Menjadi Sensasi Di Internet

Seorang cikgu wanita dari Universiti Guangdong tiba-tiba menjadi terkenal serta sensasi di internet. Nama cikgu ini adalah Lin Xuewei. Dia menjadi terkenal bukan kerana seksi atau pakaiannya yang singkat tetapi kerana kecantikan semulajadinya. Dia dipanggil 'Goddess Sister'.