Lokasi Pengambaran Filem Hollywood (9 Foto)

on Friday, December 28, 2012

Baik pengarah mahupun penerbit filem, mereka perlu mencari lokasi yang sesuai bagi mendapatkan sudut yang cantik dalam filem. Antara lokasi yang menjadi pilihan mereka adalah di Ksar of Ait-Ben-Haddou yang terletak di Maghribi merupakan tempat yang cukup indah dan menjadi tumpuan pengarah-pengarah filem Hollywood untuk pergambaran filem diorang.

Antara filem-filem yang telah difilemkan kat sini ialah Lawrence of Arabia, The Man Who Would Be King, Jesus of Nazareth Time Bandits, The Jewel of The Nile, The Living Daylights, The Last Templation of Christ, The Sheltering Sky, Kundun, The Mummy, Gladiator, Alexander Prince og Persia : The Sand of Time. Jom lihat gambar di bawah ini.

Rupa Gadis Jadi 'Puaka' Kerana Lembaga Putih

Dua orang adik-beradik terkejut melihat gmabar yang diambil oleh mereka di salah sebuah tempat letak kereta Bukit Panjang, Singapura yang dikatakan berhantu. Di dalam gambar, salah seorang daripada mereka kelihatan seperti 'berhantu' kerana dipercayai terhalang oleh lembaga putih di hadapannya. Kalau tak percaya cuba tengok sendiri.. 

Bermaksiat di Rooftop Parking, Singapura

Lelaki Buka Pakaian Teman Wanita Di Rooftop Tempat Letak Kereta Singapura.
Gambar ini diambil oleh orang awam yang kebetulan ingin menuju ke arah keretanya. Selain itu, menurutnya juga, beberapa bangunan tinggi di sekitarnya juga boleh melihat perbuatan terlampau mereka itu. 

FunFair Berbajet Rendah Di Mexico (10 Gambar)

on Thursday, December 27, 2012

Ini ialah keadaan funfair atau taman tema di Mexico. Asalkan peralatan berfungsi dan dapat dinaiki, ia menjadi tarikan para pengunjung walaupun tahap keselamatan amatlah diragui. Kalau aku mesti fikir 2-3 kali sebelum nak naik benda-benda ni. Horror beb..

Angkara Politik, Warga Emas di Tampar [Video]


UMno amat sinonim dengan sikap ganas dan biadap. Kalau sebelum ini penyokong PR ditikam di Gombak [SINI], kali ini mereka mengganas lagi dengan merusuh terhadap Rombongan Kembara Oren – Selamatkan Felda. Amat menyedihkan kebiadapan pemuda UMno kerana terlolong-lolong dengan kata-kata kesat serta menampar warga emas seperti dipaparkan video di bawah.

Aksi kurang ajar dan biadap samseng UMno dengan isyarat lucah yang yang begitu mereka banggakan serta menjerit-jerit sambil menghunus kayu bendera jelas mereka memang biadap dan amat terdesak.

Untuk memasuki laluan dan kawasan awam Felda pun mereka seperti dirasuk syaitan. Ini sebenarnya samseng upahan UMno seperti didakwa, hidup kerana duit!! Dengan hujah mereka tak mampu lawan, maka kayu dan batu serta senjata menjadi taruhan.

Ajar mereka melalui pilihanraya dan jangan biarkan negara lebih huru-hara dengan politik gila babi serta budaya buruk dan samseng mereka. Biar mereka menangis tak berlagu selepas ini.



Kelibat Terkini Nur Amalina di UniKL


Nur Amalina, pelajar cemerlang 17A1 serta penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005 pernah menjadi kontroversi sebelum ini ekoran dari beberapa keping gambar kurang sopan yang dianggapnya sebagai fitnah.

Kini pelajar tahun akhir jurusan perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland pertama kali tampil bersama rambur ‘kaler’ dan meluangkan masa kira-kira dua jam berkongsi pengalaman serta tips belajar bersama pelajar Kolej Perubatan Di Raja Perak Universiti Kuala Lumpur (UniKL RCMP) 25 Disember lalu.

“InsyaALLAH pada satu hari saya akan pulang ke Malaysia dan berkongsi ilmu kepada anak tempatan yang bercita-cita untuk menjadi doktor,” kata Nur Amalina kepada Sinar Harian.

“Ini merupakan kali pertama saya adakan sesi interaksi bersama mahasiswa di negara ini selepas lapan tahun melanjurkan pelajaran di luar negara.

“Tujuan utama saya pulang ke Malaysia adalah untuk memperbaharui visa pelajar. Kebetulan, Pengerusi UniKL RMCP, Datuk Dr Adham Baba tawarkan saya mengadakan sesi ini,” katanya.

Gambar Nur Amalina dan ibunya, Sabariah Hassan bersama pelajar dan pensyarah UniKL RCMP.

Rupanya Guru Kungfu Wong Fei Ulama Hebat!!


Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib.Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli Perubatan, dan ahli bela diri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu / kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. Kedudukan Harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Kerajaan Ch’in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch’in ialah Kerajaan yang merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya. Kerajaan Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat pertahankan diri sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan Kerajaan penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, England, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya menghalau pendudukan Kerajaan Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan bela diri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan ilmu pertahankan diri semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun cekap yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jaguh pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu kejadian pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia muda. Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar bela diri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.

Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. .. Aamiin .. – HalimIslam.com