10 Detik Suka Duka Anggota Beruniform

on Wednesday, January 2, 2013

Disiplin antara elemen paling utama kepada setiap individu yang bekerja. Jika tiada disiplin dalam diri, kita sendiri boleh bayangkan hasilnya nanti. Lebih berat jika salah satu tugas kita ialah membimbing dan menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Tersilap buat, mata orang ramai akan cepat tertumpu kepada kesilapan atau perkara tersebut. Contohnya seperti dalam gambar-gambar di bawah. 
Kantoi menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Korang pun sama kan?
Kantoi meletakkan kereta merata-rata?!
Kantoi menggunakan ruang letak kereta OKU?!
Apa yang kantoi?
Kemalangan boleh berlaku tanpa mengira harga kereta...
dan jenis kereta.
Tak naik kereta sekali pun, kemalangan masih boleh berlaku.
Bila kemalangan, banyaklah 'nombo' naik konon-kononnya...
Ini lebih baik!
Dan buat baik dibalas baik.

Harap maklum, mereka juga manusia biasa seperti kita. Ambil yang elok, buang yang tak sepatutnya.


Mari Lihat Pertandingan "Mr. Singh" Di Amritsar, India (8 Gambar)


Pertandingan Mr Singh International 2012 Turban Pride ini telah diadakan di bandar Amritsar, India. Pertandingan ini juga kelihatan lebih kurang sama seperti pertandingan "Mr Universe India" yang diadakan sejak abad ke 16 lagi. Pemenang bagi tahun 2012 dalam pertandingan ini ialah Tejinder Singh, yang telah mendapat penghargaan sebagai Duta Kebudayaan Kaum Sikh.










Siapa Lelaki Yg Erat Memeluk Nasha Aziz?

Melihat kepada susuk tubuh wanita yang terdapat didalam gambar yang diberikan kepada kami ianya persis milik seorang model jelita dan juga selebriti tanah air yang sangat dikenali iaitu Nasha Aziz.
Figura yang kini berusia lewat 41 tahun ini diketahui ramai sebagai seorang yang masih solo. Bererti tidak mempunyai kekasih hati mahupun suami. itu yang kami dengar kira kira pertengahan tahun 2012 sewaktu ditemui pada satu sidang media.
Tidak silap kami juga Nasha pada ketika itu mengakui hubunganya dengan seorang jejaka bernama Nur Iman Tang sudah menemui titik nohtahnya. Tapi Bagaimana pula pada ketika ini?
Menurut apa yang dimaklumkan kepada kami, gambar yang dilepaskan ini dirakamkan di Stadium Malawati S.Alam pada 31 Disember 2012 sempena Blackberry Music Mania bagi menyambut kedatangan tahun 2013.
Figura yang kini berusia lewat 41 tahun ini diketahui ramai sebagai seorang yang masih solo. Bererti tidak mempunyai kekasih hati mahupun suami. itu yang kami dengar kira kira pertengahan tahun 2012 sewaktu ditemui pada satu sidang media.
Tidak silap kami juga Nasha pada ketika itu mengakui hubunganya dengan seorang jejaka bernama Nur Iman Tang sudah menemui titik nohtahnya. Tapi Bagaimana pula pada ketika ini?
Menurut apa yang dimaklumkan kepada kami, gambar yang dilepaskan ini dirakamkan di Stadium Malawati S.Alam pada 31 Disember 2012 sempena Blackberry Music Mania bagi menyambut kedatangan tahun 2013.











[14 Foto] Sebelum dan Selepas 'Awek Bina Badan'

Yeon Woo Jhi dari Seoul, South Korea merupakan awek bina badan yang berjaya di negaranya. Lihat gambar sebelum dan selepas perubahan bentuk tubuh badannya daripada ayu ke sasa. Bagi admin, bentuk tubuh begini sangat mengerikan atau menakutkan!

pic from asiantown.net

Manchester City Robohkan Benteng Stoke City 3-0






MANCHESTER, - Manchester City berjaya meraih mata penuh apabila menewaskan Stoke City, 3-0, dalam lanjutan Premier League di Stadium Etihad, Manchester, Selasa (1/1/2013).

City membuka peluang ketika perlawanan baru berlangsung sembilan minit. Menerima umpandari Gareth Barry, Sergio Aguero mengawal bola menggunakan dada dan dilanjutkan sepakan voli ke gawang Asmir Begovic. Sayang, bola masih melambung tinggi daripada sasaran.

Setengah jam perlawanan berjalan, Edin Dzeko memberi amaran kepada barisan belakang The Potters. Sebuah serangan balik kilat Aguero dilanjutkan umpan kepada Dzeko di sisi kanan serangan. Tanpa berusaha menggocek bek lawan, Dzeko melepaskan tendangan dari sudut sempit yang melencong jauh dari gawang Stoke.


Pada minit ke-33, lagi-lagi Aguero memperoleh kesempatan emas membungkam Stoke. Umpan manis Barry dari sisi kiri, diteruskan tandukan jarak dekat Aguero. Kembali, Begovic jadi pahlawan dengan menyelamatkan bola menggunakan kakinya.

Kebuntuan City akhirnya diselesaikan pada minit ke-43. Dari usaha Milner yang masih boleh dihentikan Begovic, Pablo Zabaleta merangsek naik ke pertahanan Stoke untuk menakluk gawang sang lawan. Skor 1-0 bertahan hingga babak pertama berakhir.

Pada babak kedua tepatnya minit ke-56, City menggandakan skor melalui Dzeko. Pemain asal Bosnia-Herzegovina itu berjaya memanfaatkan bola muntah hasil tembakan mendatar Aguero.

Aguero pun akhirnya turut menyumbangkan gol. Pada minit ke-74, Aguero berjaya menyelesaikan tugas sebagai pertanda penalti untuk membuat City unggul 3-0. Penalti diberikan setelah Silva dijatuhkan Steven Nzonzi di dalam kotak penalti. Hingga bubaran skor 3-0 tetap bertahan untuk kemenangan City.

Raihan tiga mata ini tetap tak mengubah kedudukan City di papan liga sementara Premier League. City kini mengemas 45 mata di tempat kedua, tertinggal tujuh mata daripada Manchester United yang menang kontra Wigan di perlawanan yang lain.

Lawak ! Alahai Murid Sekolah

Disuruh berdiri, dikatakan mendera. Diberi kerusi, disalah guna. Cikgu pun dah naik pening dengan pelajar sekarang. Tak kisahlah, asalkan tak menyusahkan orang lain sudah. Mungkin salah cikgu jugak sebab tak memberi pendedahan awal cara menggunakan kerusi dengan betul.


Mayat wanita dalam Perodua Viva

KULAIJAYA – Misteri kereta mencurigakan di kawasan kebun rambutan berhampiran Kampung Desa Idaman, Sedenak, di sini, akhirnya terjawab apabila polis menemui mayat wanita yang dibungkus dengan plastik hitam, semalam.
Mayat wanita ditemui dibungkus dengan plastik hitam dalam kereta.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Asisten Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mayat itu ditemui pada bahagian tempat duduk pemandu dan terdapat kesan bakar pada tempat duduk berkenaan..

“Mayat ditemui selepas pihak polis menerima panggilan dari orang awam sekitar jam 7.20 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal, mayat berkenaan dipercayai cuba dibakar berikutan terdapat kesan kebakaran di tempat duduk pemandu.

“Bagaimanapun, tindakan itu mungkin tidak berjaya disebabkan kekurangan oksigen di dalam kenderaan jenis Perodua Viva berwarna putih itu,” katanya kepada Sinar Harian mengesahkan kejadian, di sini, semalam.
Anggota polis mengangkat keluar mayat dari kereta untuk dibawa ke hospital bagi proses bedah siasat.
Mohd Kamil berkata, hasil pemeriksaan, polis mendapati barang peribadi seperti kad pengenalan atau telefon bimbit milik mangsa tidak dapat ditemui.

"Tetapi kami percaya mangsa baru sahaja meninggal dunia beberapa jam sebelum dia ditemui orang awam dan kita masih menyiasat punca kejadian,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut juga turut mendapati kenderaan terbabit menggunakan nombor pendaftaran dan cukai jalan palsu milik kenderaan sebenar yang berada di Kelantan.

“Punca sebenar kematian atau kesan kecederaan dialami mangsa juga masih belum dapat dikenal pasti dan mayat telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Wak Jalil, 50, berkata, dia menyedari kereta itu diparkir dalam kebun sejak tengah malam kelmarin, namun menyangka kenderaan itu milik pekebun di lokasi berkenaan.

“Sejak dari malam tadi (kelmarin), saya perasan ada kereta di kebun itu, tetapi tidak berani untuk tinjau lebih dekat sebab keadaan terlalu gelap dan saya fikir kenderaan itu mungkin milik tuan kebun.

“Bagaimanapun, pagi ini kawasan kebun mula dipenuhi orang ramai selepas mendapati terdapat mayat berada di dalamnya.

“Kenderaan itu mungkin milik penduduk luar kerana saya tidak pernah melihatnya di sekitar kampung ini sebelum ini,” katanya.

Sumber