Misteri Wanita Hamil di Tembok Tangga

on Wednesday, January 2, 2013


Seorang wanita sarat mengandung enam bulan ditemui dalam keadaan tidak bermaya tersandar di tembok tangga berdekatan taman permainan sebelum diselamatkan pihak polis di Dataran Keris, dekat sini petang kelmarin.

Ana Nazirah Md Idriss, 27, berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang ditemui sebuah keluarga kira-kira jam 6 petang sebelum mendekati wanita berkenaan yang kelihatan sugul.

Sumber berkata, ketika didekati wanita berkenaan dalam keadaan sangat lemah dan keletihan.

"Keluarga terbabit cuba membantu Ana yang mengandung anak keempat itu namun dia hanya mendiamkan diri," katanya.

Ketika ditanya bagaimana wanita itu boleh tiba di Alor Gajah, Ana hanya mengalirkan air mata dan mendakwa tidak mengingati apa yang berlaku.

"Ana hanya meminta membelikannya air dan sedikit makanan kerana terlalu lapar selepas beberapa hari tidak menjamah apa-apa.

"Wanita itu diberikan roti dan sebungkus air milo sambil ditenangkan beberapa orang awam serta anggota polis yang kebetulan berada di lokasi kejadian," katanya.

Menurut sumber, wanita berkenaan mendakwa tidak mengikut sesiapa dan hanya membawa sebuah beg berisi MyKad serta sehelai baju panas berwarna hitam.

"Ketika ditanya mengenai suami dan tiga anaknya dia memberitahu mereka ada di Pulau Pinang sebelum menangis menyatakan hasrat hendak pulang semula ke rumah.

"Ana dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk menjalani pemeriksaan apabila wanita itu mengadu mengalami kesakitan pada badan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Shahrawati Shahrudin berkata, untuk sementara waktu wanita berkenaan diletakkan di bawah jagaan hospital berikutan kondisi badannya masih lemah.

"Dia diletakkan di bawah jagaan hospital sebelum diserahkan kepada JKM yang cuba membantu menjejaki keluarga wanita berkenaan.

"Difahamkan Ana berada dalam keadaan tertekan sehingga tidak mampu mengingati bagaimana dia boleh melalui perjalanan sejauh ini," katanya.

Menurutnya, JKM akan mengambil alih memantau keadaan Ana sekiranya dia berada dalam keadaan stabil sebelum membantunya pulang semula ke Pulau Pinang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan penemuan wanita hamil berkenaan yang kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan.

Buatan Malaysia: 10 Ayat Power Pada Kenderaan

Siri kali ini lebih kurang serupa dengan siri 10 Ragam Pemilik Kereta. Cuma dalam siri10 Ragam Pemilik Kereta, gambar-gambar lebih kepada modifikasi para pemilik mengubahsuai kereta mereka supaya 'menarik' di jalan raya. 10 gambar kali ini pula menghimpunkan kenderaan standard dengan ayat power. Ikuti luahan hati yang disampaikan melalui 10 kenderaan berikut.

Si Kancil yang mengajak kepada kebaikan. Like!
Sindiran merupakan salah satu cara terbaik menyedarkan orang kita.
Aku rasa ayat macam ini akan membuatkan ramai pemandu di belakang cuba memotong kereta ini. Nak tengok tuan kereta punya pasal.
Kepala bisness.
Betul-betul jiwa kacau gaya tuan kereta ini. Jangan terlepas pandang ayat maut pada tingkap.
Macam yang tertulis, ini bukan cermin kalis peluru.
Kalau gambar atas bukan cermin kalis peluru, ini pula bukan cermin tinted.
Bekeng setaro mano tuh?
Mangsa keadaan je ni rasanya.
Kalau yang ini, bukan mangsa keadaan. 2 patah perkataan pun sudah cukup. Muka ganas tak semestinya tak ada hati dan perasaan. haha...

Inilah Lelaki Di Sebalik Logo NBA



Sedikit yang mengetahui bahawa siluet dalam logo NBA adalah bintang NBA sepanjang masa. Dia adalah Jerry West, pemain Los Angeles Lakers.

Pemain yang kerap digelar Mr Clutch ini disebut-sebut sebagai guard terbaik dalam sejarah NBA. Bukan hanya kerana tinggi badan dan aspek atletisnya, melainkan juga kerana seringnya insiden berdarah yang menimpa dirinya.

Sekurang-kurangnya sembilan kali Jerry West mengalami patah tulang hidung ketika bertanding. Ia juga tak jarang harus dipapah, bahkan ditandu apabila keluar dari lapangan kerana kecederaan yang dialaminya.

West sendiri tercatat 14 kali masuk dalam All Star Team, namun baru satu kali memenangi pertandingan. Ia menjadi orang ketiga yang mencetak lebih dari 25 ribu mata, di mana di setiap pertandingan rata-rata ia membukukan 27 mata. Tahun 1997, West dimasukkan dalam senarai 50 pemain terbaik dalam sejarah NBA.







Zarina Anjoulie Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah

Pada 30 Disember lepas, seorang pelakon dan juga model yang dikenali kerana kontroversi, Zarina Anjoulie telah ditangkap bersama teman lelakinya dalam satu serbuan polis di sebuah rumah mewah di Damansara Damai kerana menyimpan dadah jenis eramin 5 di situ.

Hari ini, Berita Harian melaporkan yang Zarina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.
Zarina, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.

Ada-ada saja dengan Zarina. Ingatkan dia sudah insaf dari terbabit dengan kontroversi setelah terbabit dengan pelbagai kontroversi seperti gambar separuh bogel dan gambar seksi dengan majalah FHM.

Dalam serbuan kira-kira tiga hari lepas, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber:-

Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.

Buat pengetahuan anda, Zarina juga pernah ditangkap polis pada satu Ops Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di LCCT kerana disyaki mengambil dadah. Pada masa itu, dia mengaku mengambil dadah Ketamin dan Syabu, tetapi pada masa pengakuan dibuat dia masih belum menjalani ujian air kencing.

Apa agaknya alasan tak masuk akal yang akan diberikan Zarina berikutan penangkapan ini? Bersama kita nantikan. 8D

10 Detik Suka Duka Anggota Beruniform

Disiplin antara elemen paling utama kepada setiap individu yang bekerja. Jika tiada disiplin dalam diri, kita sendiri boleh bayangkan hasilnya nanti. Lebih berat jika salah satu tugas kita ialah membimbing dan menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Tersilap buat, mata orang ramai akan cepat tertumpu kepada kesilapan atau perkara tersebut. Contohnya seperti dalam gambar-gambar di bawah. 
Kantoi menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Korang pun sama kan?
Kantoi meletakkan kereta merata-rata?!
Kantoi menggunakan ruang letak kereta OKU?!
Apa yang kantoi?
Kemalangan boleh berlaku tanpa mengira harga kereta...
dan jenis kereta.
Tak naik kereta sekali pun, kemalangan masih boleh berlaku.
Bila kemalangan, banyaklah 'nombo' naik konon-kononnya...
Ini lebih baik!
Dan buat baik dibalas baik.

Harap maklum, mereka juga manusia biasa seperti kita. Ambil yang elok, buang yang tak sepatutnya.


Mari Lihat Pertandingan "Mr. Singh" Di Amritsar, India (8 Gambar)


Pertandingan Mr Singh International 2012 Turban Pride ini telah diadakan di bandar Amritsar, India. Pertandingan ini juga kelihatan lebih kurang sama seperti pertandingan "Mr Universe India" yang diadakan sejak abad ke 16 lagi. Pemenang bagi tahun 2012 dalam pertandingan ini ialah Tejinder Singh, yang telah mendapat penghargaan sebagai Duta Kebudayaan Kaum Sikh.










Siapa Lelaki Yg Erat Memeluk Nasha Aziz?

Melihat kepada susuk tubuh wanita yang terdapat didalam gambar yang diberikan kepada kami ianya persis milik seorang model jelita dan juga selebriti tanah air yang sangat dikenali iaitu Nasha Aziz.
Figura yang kini berusia lewat 41 tahun ini diketahui ramai sebagai seorang yang masih solo. Bererti tidak mempunyai kekasih hati mahupun suami. itu yang kami dengar kira kira pertengahan tahun 2012 sewaktu ditemui pada satu sidang media.
Tidak silap kami juga Nasha pada ketika itu mengakui hubunganya dengan seorang jejaka bernama Nur Iman Tang sudah menemui titik nohtahnya. Tapi Bagaimana pula pada ketika ini?
Menurut apa yang dimaklumkan kepada kami, gambar yang dilepaskan ini dirakamkan di Stadium Malawati S.Alam pada 31 Disember 2012 sempena Blackberry Music Mania bagi menyambut kedatangan tahun 2013.
Figura yang kini berusia lewat 41 tahun ini diketahui ramai sebagai seorang yang masih solo. Bererti tidak mempunyai kekasih hati mahupun suami. itu yang kami dengar kira kira pertengahan tahun 2012 sewaktu ditemui pada satu sidang media.
Tidak silap kami juga Nasha pada ketika itu mengakui hubunganya dengan seorang jejaka bernama Nur Iman Tang sudah menemui titik nohtahnya. Tapi Bagaimana pula pada ketika ini?
Menurut apa yang dimaklumkan kepada kami, gambar yang dilepaskan ini dirakamkan di Stadium Malawati S.Alam pada 31 Disember 2012 sempena Blackberry Music Mania bagi menyambut kedatangan tahun 2013.