Pelik..!!!.Roti Berbentuk Kemaluan Lelaki Laris Di Jual Di Eropah

on Thursday, January 3, 2013

Inilah cara yang digunakan oleh sebuah syarikat roti untuk menarik pembeli, idea unik ini mungkin memang sangat menarik walaupun tentunya akan bermasalah jika idea ini dilaksanakan di Malaysia. Apa idea itu? Ideanya adalah membuat roti dengan bentuk alat kelamin lelaki atau zakar. Cara ini memang cukup berkesan untuk menarik minat beli dan terbukti perolehan jualan dari syarikat roti ini cukup bagus.







Perbezaan Skrit Pendek Zaman Dulu Dan Sekarang

Penggunaan skirt mini sebagai pakaian sudah ada sejak dulu, dalam perkembangannya pakaian sexy ini ternyata semakin "meningkat" dalam erti kata yang sebenarnya, jika dahulu skirt mini masih agak menutup paha sekarang semakin meningkat ke atas bahkan kadang punggung pun tidak tertutup. Itulah perkembangan budaya berpakaian, semakin lama semakin parah ..
















Pamer Payudara Semasa Catwalk,Supermodel Ini Di Denda Rm 500


Seorang supermodel di Vietnam didenda oleh pihak berkuasa lantaran memaparkan payudaranya dalam sebuah acara pertunjukan busana pada minggu lalu.

Si cantik Vo Hoang Yen dinilai oleh pihak berkuasa Vietnam, telah melanggar nilai kesusilaan, setelah ia mengenakan pakaian minimum yang memaparkan sebahagian besar payudaranya dalam pertunjukan busana berjudul, Gairah dan Konvergensi, di Bandar Ho Chi Minh, 20 Disember 2012.


Menurut pemberitaan Asiaone.com, Minggu (30/12/2012),, wanita berusia 24 tahun itu disoal siasat oleh pihak berkuasa di Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Ho Chi Minh, lalu kemudian didenda 3.5 juta Dong Vietnam


Sementara pihak penganjur pertunjukan busana dikenakan denda sebanyak 7,5 juta Dong Vietnam (Rm1000). Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Ho Chi Minh, Do Hoang Nam, berkata pihaknya menjatuhkan hukuman tersebut lantaran, kostum yang dipaparkan selama acara, termasuk pakaian yang dikenakan oleh Vo, tidak disajikan untuk diperiksa kepantasan oleh pihak berkuasa.
"Mereka tidak menunjukkan kepada kami dengan maksud untuk meloloskannya dalam panggelaran busana," katanya.


Sementara ketika disahkan, Vo, mengaku dirinya awalnya menolak untuk mengenakan pakaian tersebut, tapi kemudian ia dipaksa untuk memakai atau oleh pihak penganjur.


"Ketika saya diminta untuk mengenakan gaun itu, saya merasa itu salah dan sangat gugup. Saya juga merasa bahawa pakaian itu terlalu minimum. Awalnya saya tidak mahu memakainya, tetapi saya mengalah kerana saya tidak mahu meletakkan penganjur dalam situasi yang sukar," ujar runner up pertama Miss Universe Vietnam 2008 yang mewakili negara itu di ajang Miss Universe 2009 di Bahamas.


"Saya diperingatkan sebelumnya tentang perlunya untuk mengekalkan tahap tertentu kesopanan selama acara modeling, namun insiden ini berlaku secara tidak sengaja. Saya ingin meminta maaf kepada semua orang untuk tindakan saya," kata perempuan bertinggi 178 sentimeter ini.

Inilah Gambar-Gambar Tattoo Selebriti Hollywood

Semua kita sentiasa mencari cara untuk menyimpan kenangan dalam beberapa cara, beberapa melakukannya melalui tatu, seperti yang dilihat dalam koleksi ini tatu selebriti.

























Fatin Liyana Manusia Paling Dicari Pada Tahun 2011


Fatin Liyana adalah seorang gadis yang paling dicari di google search Malaysia pada tahun 2011. Di dalam data yang dikeluarkan oleh google zeitgeist, Fatin Liyana tersenarai di ranking ke-6 dalam kategori “Fastest Rising People” iaitu manusia yang paling dicari di Malaysia pada tahun 2011.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Fatin Liyana, kali ini saya akan membongkar siapakah sebenarnya gadis yang bernama Fatin Liyana ini. Fatin Liyana merupakan pemilik blog honeykoyuki.blogspot.com. Bermula sebagai blogger pada tanggal 5 Januari 2009, gadis cantik molek ini dikenali ramai apabila berjaya menarik minat pembaca setia ke blognya. .

Fatin Liyana merupakan pelajar jurusan perubatan di Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia. Pada awalnya, Fatin menulis blog bagi mengabadikan kenangan pahit manisnya sepanjang berada di Indonesia. Pelbagai cerita pahit manis diceritakan pada blognya. .

Antara cerita Fatin di blognya adalah: .
“Paling menyakitkan hati segelintir peniaga sesuka hati menaikkan harga nasi ayam penyet daripada 7,000 rupiah (RM2.50) kepada 20,000 (RM7) walaupun harga asalnya tertera pada menu,” cerita Fatin.
Setiap usaha pasti ada hasilnya, setelah 3 tahun laman blog http://honeykoyuki.blogspot.com/ kini mempunyai 33819 pengikut. Fatin Liyana gemar berkongsi tip kecantikan dan gaya hidup di blog miliknya itu. “Saya menulis blog sekadar ingin mengelakkan kebosanan bukan kerana populariti,” katanya yang pernah memperoleh pendapatan sebanyak RM2,500 sebulan daripada laman blog tersebut.

Terbaru, Fatin sedang menjalani latihan praktikal di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur begitu mencintai bidang perubatan. .

“Impian saya adalah untuk menjadi seorang yang boleh menyumbang sekurang-kurangnya kepada ibu bapa sendiri.“Menjadi seorang doktor adalah impian saya. Cita-cita itu terlaksana jika saya dapat menamatkan pengajian yang berbaki dua tahun lagi,” kata gadis berbintang Gemini ini.

Skill Memancing Yang 'Cool' di Sri Lanka

Kaki pancing semestinya mempunyai kaedah tersendiri untuk memastikan joran disentap.

Program Paling Menjijikkan di TV


LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.

Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.

Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.

STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.

Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” – Agensi