Malaysia Tersenarai Antara Negara Paling Biadab Di Dunia

on Sunday, January 6, 2013

Negara kita Malaysia melalui perubahan zaman, pembangunan, teknologi, ilmu pengetahuan yang sangat drastik dalam beberapa tahun kebelakangan. Dari golongan berpendidikan tinggi masih ada satu yang tidak berubah. Perangai dan amalan kita.

Enam tahun lalu, Reader’s Digest pernah meletakkan negara kita di tangga ke-33 negara paling biadap di dunia dan tahun ini, sekali lagi Reader’s Digest meletakkan negara kita Malaysia di tangga ke-33.

Dan melalui rekod kemalangan jalan raya oleh pihak polis. 20 peratus kemalangan di negara kita adalah kerana sikap yang biadap di jalan raya. Selain itu, merokok di tempat larangan merokok, menjawap telefon di dalam pawagam, lambat datang untuk temujanji, tidak mengamalkan mengucap ” terima kasih ” dan meninggalkan troli selepas membeli belah di tempat parkir kereta begitu sahaja.

Persoalan terakhir daripada kami, siapa membentuk imej negara kita kalau tidak bukan diri kita?

Bayi 38 Hari di Belasah Ayah Tiri Hingga Koma

PADANG BESAR: Seorang bayi perempuan berusia 38 hari kini terlantar koma di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dipercayai akibat didera termasuk digoncang badannya dengan kuat oleh bapa kandungnya.

Mangsa yang dikenali Sofia Juliana dimasukkan ke hospital itu jam 5 pagi Isnin lalu, selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri selepas diperlakukan dengan kasar termasuk ditepuk belakang badan dengan kuat oleh bapanya berusia 20-an.

Difahamkan, bayi itu diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana dia tidak berhenti menangis.

Datuk mangsa, Mahamud Hassan, 58, ketika menceritakan perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit berkata, dia juga percaya anak perempuannya yang juga ibu mangsa, Junita Mahamud, 23, turut dipukul suaminya jika dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.


Mahamud dari Jalan Padang Besar, dekat sini, berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh abang Junita ketika berada di Songkhla, Thailand.

6 Gambar Terbaru Elyana Bersama Suami dan Anak

Elyana (25) kelihatan semakin jelita dan menawan walaupun badannya agak berisi. Anak mereka pula sangat comel dan nakal. Suami Elyana, Khairul Anuar Hussin (35) semakin kacak dan bergaya.

Van Persie Selamatkan Manchester United Dari Tewas Keatas West Ham



LONDON, - Tertinggal 1-2 hingga injury time, Manchester United (MU) meraih berkongsi gol 2-2 dengan West Ham United dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Upton Park, Sabtu (5/1/2013). Gol kedua MU dicetak Robin van Persie pada minit ke-90 +1.

Meski bermain sebagai pasukan tetamu, MU tampil menekan lebih dulu. Upaya Setan Merah membuahkan hasil, setelah Cleverley membuka skor lebih dulu pada minit ke-23. Menerima umpan silang Javier Hernandez, Cleverley melepaskan tendangan terarah tanpa mampu dihalau penjaga gol Jussi Jaaskelainen.

Tertinggal, West Ham bangkit. Lima minit berselang, Collins membuat penyokong pasukan tuan rumah bersorak setelah berjaya menewaskan David De Gea pada minit ke-28. Gol tersebut ditorehkannya setelah mampu memaksimumkan umpan Joe Cole dengan tandukan terarah yang masuk ke dalam gawang.

Skor sama kuat membuat kedua-dua pasukan bermain lebih terbuka. Beberapa kali MU mencipta peluang melalui kombinasi Danny Welbeck, Hernandez di barisan depan. Pada minit ke-36 misalnya, bermula dari serangan balik, Welbeck melepaskan tendangan keras ke arah gawang. Beruntung, Jaaskelainen tampil cergas menahan bola tendangannya tersebut.

Selepas turun minum, tempo permainan kedua masih berjalan lambat. MU cuba mengambil alih permainan dengan lebih banyak melakukan penguasaan bola di lapangan tengah lewat aksi Shinji Kagawa, Cleverley dan Scholes.


Namun, penyokong pasukan tetamu terdiam setelah West Ham mampu berbalik unggul melalui tandukan kedua Collins pada minit ke-59. Lagi-lagi Cole menyumbang besar dalam gol ini setelah kembali mencetak assist lewat umpan silang yang kemudian dilanjutkan dengan tandukan kepala Collins yang berakhir gol.

Selepas gol itu, pengurus MU, Sir Alex Ferguson pun mengubah pola permainan. Robin van Persie dan Antonio Valencia dimasukkan untuk menambah daya gedor barisan depan. Meski demikian, barisan belakang pasukan tuan rumah tampil disiplin, sehingga membuat Van Persie dan kawan-kawan kecewa.

West Ham bahkan kembali mendapatkan peluang emas melalui Carlton Cole pada minit ke-88. Sayang, kesempatan itu gagal terhingga kerana De Gea dengan sigap menahan tendangan pemain berusia 29 tahun tersebut.

Pada minit ke-90 +1, MU akhirnya mampu menyamakan kedudukan selepas Van Persie berjaya mengoyak jala gawang Jaaskelainen. Menerima umpan panjang Ryan Giggs, bomber asal Belanda itu melepaskan tendangan tepat ke penjuru kanan gawang West Ham. Kedua-dua pasukan akan melaksanakan pertandingan semula selepas skor 2-2 bertahan hingga perlawanan tamat.

Johan Terpaksa Lupakan Maharaja Lawak Mega 2012.!!.

on Saturday, January 5, 2013



KUALA LUMPUR, 3 JAN 2013: Dalam debaran menanti isterinya melahirkan anak yang ketiga, Johan yang sedang rancak beradu nasib dalam Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) bersama Zizan baru saja selamat menjalani pembedahan di bahagian lutut pada 29 Disember lalu.
Atas alasan itu, Johan dinasihatkan doktor agar bercuti selama tiga hingga enam bulan serta tidak dibenarkan beraksi dalam MLM.
Berkongsi situasi yang menimpa suaminya itu, Ozlyn yang sarat mengandung memberitahu Johan kini sedang dirawat di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur dan masih menerima ubat tahan sakit.
“Dia sudah lama sakit. Ligamen dia sudah putus manakala meniscus dia pula koyak. Ini semua disebabkan dia kerap main futsal dan terlalu aktif. Doktor pun memberitahu saya bahawa sakitnya itu sudah pun lama.
 
“Sekarang ini, Johan terpaksa berehat tiga hingga enam bulan. Malah, dia masih terima ubat tahan sakit dan sedang menjalani fisiotrapi. Setakat ini, doktor tidak benarkan dia sertai MLM. Jika dia mahu, dia perlu membuat rakaman MLM di hospital. Sekarang ini pun, kaki dia masih lagi bengkak,” katanya.
Sungguhpun berada dalam keadaan sakit, Johan nyata masih sempat menyembunyikan perasaan sakitnyaitu.
“Saya sihat cuma kaki saya saja sakit. Bila sakit menyerang, saya akan meracau untuk menahan kesakitan. Sebenarnya, ligemen kaki saya sudah putus. Ia berlaku tiga hari sebelum MLM minggu lalu, peha saya terpusing dan waktu itu, ligemen saya dah putus dan Meniscus koyak.
 
“Sekarang, saya sedang menjalani rawatan dan kena jaga kesihatan. Tidak guna kalau saya tetap di MLM dengan ketepikan kesihatan saya. Kalau ada rezeki saya di MLM, adalah. Saya tidak mahu meraih simpati. Saya yang ingin jalani pembedahan untuk jaga kesihatan saya.
 
“Ini adalah ujian dari Allah. Saya perlu sihat untuk keluarga saya. Lebih-lebih lagi buat isteri saya yang sedang menunggu waktu bersalin. Saya kena sihat untuk dia dan ini adalah tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga,” ujarnya .sumber

[3 Foto] Misteri di Hujung Tembok Besar China


Tembok Besar China adalah salah satu daripada keajaiban senibina dunia..

Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjugi China.. Tetapi adakah anda tahu dimanakah letaknya hujung Tembok China?

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming.. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan.. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China.. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama.. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara..

Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China..

Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan.. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon`s Head atau disebut juga Laolongtou.. Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai.. Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongana kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil..

Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing.. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara langsung ke laut Bohai..

Kisah Rakyat Malaysia Yang Mati di WTC 9/11


Vijayashanker Paramsothy (23) adalah salah seorang dari tiga rakya Malaysia yang tekorban diWorld Trade Center tanggal 11 September 2001. Vijayashanker atau lebih dikenali sebagai Vijay oleh teman-temannya bekerja di tingkat 103 menara Selatan sebagai penganalisa syarikatAon Insurance. This is the same Aon yang menaja jersey Manchester United. In a strange conincidence Vijay ialah seorang penyokong tegar pasukan Manchester United. Beliau ialah anak tunggal kepada Sivapkiam Paramsothy dan Navaratnam Pathmawathy. Walaupun tinggal diQueen New York yang beribu batu jauhnya dari Petaling Jaya dimana dia dibesarkan, Vijay tak pernah lupa untuk menelefon ibu dan bapanya sertiap hari untuk bertanya khabar.

Check out his tie
Pada tarikh hitam 11 September Vijay baru sahaja pulang dari menghadiri majlis perkhawinan seorang teman di Sepanyol. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8 September dan beliau berkeras untuk pulang segera ke New York untuk kembali bekerja. Mengikut laporan teman sepejabat yang terselamat, pada hari tersebut Vijay berjaya turun ke tingkat 78 sebelum berhenti bagi membantu Timbalan Presiden Kanan Aon, Howard Kestenbaum yang tercedera. Hubungan Vijay dan Howard bukanlah hubungan biasa antara seorang pekerja dan boss. Menurut isteri Howard, suaminya menjadi mentor kepada Vijay kerana mereka mempunyai minat yang sama iaitu bermain permainan video dan menyelesaikan soalan matematik kompleks.

Selepas menara utara dilanggar pesawat United Airlines Flight 11, semua orang didalam menara selatan diarahkan supaya mengosongkan menara. Vijay serta beratus-ratus individu lain segera turun ke lobi lif utama untuk turun ke bawah. Ketika menanti giliran masuk kedalam lif menara selatan dilanggar pesawat United Airlines Flight 175 . Pelanggaran pesawat ini menghasilkan ledakan bola api yang besar. Boss kepada Vijay, Howard Kestenbaum cedera parah. Vijay sendiri dilaporkan mengalami luka teruk dan melecur akibat letupan tersebut. Vijay menyuruh rakan sepejabat lain turun menyelamatkan diri sementara beliau tinggal di tingkat 78 bagi memberi pertolongan kecemasan kepada Howard.

Here is the thing. Aku masih ingat lagi selepas 911 ada cerita bodoh mengatakan tiada orang Yahudi mati di WTC pada 911. Sepuluh tahun kemudian aku masih dengar ada orang percaya dengan khabar angin ini . It's bullshit of the highest order. Howard Kestenbaum was a practicing Jew who was very active in his temple. He and Vijay died when the tower collapsed. So please stop spreading the myth of "tiada yahudi mati ketika 911". Ini penipuan besar dan memalukan sahaja sesiapa yang mempercayainya
Howard Kestenbaum - A pious jew man. Mentor to Vijay
Anyway kembali kepada kisah Vijay. Selepas kematian beliau ibunya menjadi seorang recluse. Beliau enggan keluar rumah kerana patah hati dan masih percaya Vijay akan "pulang ke rumah"suatu hari nanti. Bapa beliau Sivapkiam pula bekerja di rumah anak yatim selama 10 bulan selepas bersara dengan harapan mengambil anak angkat yang dapat menggantikan tempat Vijay dalam hidup mereka. Selepas 10 bulan mencari Sivapkiam berkata;

"Saya mencuba mencari pengganti Vijay tapi saya menyedari beliau terlalu istimewa dan tempat beliau mustahil boleh digantikan. Selepas itu saya berhenti bekerja di rumah anak yatim tersebut"

Kematian Vijay walaubagaimanapun tidak sia-sia. Jabatan Negara US dan Fullbright Comissionmenubuhkan sebuah sebuah biasiswa atas nama beliau. Ibu bapa Vijay pula menubuhkanFulbright-Vijayashanker Memorial Exchange Fellowship dimana penerima biasiswa Fullbright dari USA akan menjalani program pertukaran pelajar ke Malaysia. Sivapkiam Paramsothy dan Navaratnam Pathmawathy percaya program pertukaran pelajar ini is the way to increase understanding of culture between East and West. Fulbright-Vijayashanker Memorial Exchange Fellowship akan memberikan biasiswa sebanyak USD 23 000 setahun kepada seorang pelajar selama 23 tahun berturut-turut. Angka 23 diambil kerana ianya simbolik umur Vijay ketika beliau meninggal dunia.

Sebagai tanda kasih terakhir mereka, Sivapkiam Paramsothy dan Navaratnam Pathmawathy juga menerbitkan sebuah biografi bertajuk "The Perfect Son" bagi memperingati Vijay.

So please stop talking crap about 911. Korang cakap padan muka and shit but do you know selain dari Vijayashanker Paramsothy, dua orang warga Malaysia juga turut tekorban di World Trade Center. Mereka ialah Ang Siew Nya (37) dan Khoo Sei Lai (38) .May God have mercy on their souls. RIP. Never Forget.

Ang Siew Nya
Diolah dari:

Legacy
New Straits Time
USinfo
USAtoday