Kalau nak dapatkan benda nie bolehlah dapatkan dekat Jepun..kena pakai selama 20 minit setiap hari..kalau tak mau mancung gak..memang dah spesies hidung kemek nak buat macam mana haha..
Home > All posts
[3 Foto] Cara Mancungkan Hidung Tanpa Pembedahan
Posted by TerbaikLaH on Sunday, January 6, 2013 at 6:50 AM
Kejam! Budak Dihukum Gilis Tangan Dengan Lori Kerana Mencuri Roti
Posted by TerbaikLaH at 6:43 AM
Menurut info yang diperolehi budak ini dihukum kerana mencuri roti..mungkin kerana dia kelaparan atau keluarganya tidak mampu menyaranya..tapi persoalannya kenapa manusia semakin kejam meletakkan undang-undang ditangan sendiri?
Nabi Palsu di Indonesia Berjaya Tiduri Wanita Untuk Menghapuskan Dosa
Posted by TerbaikLaH at 6:34 AM
Polis menangkap seorang lelaki yang mengaku diri sebagai nabi dan menipu pengikutnya dengan meminta harta serta membolehkan dia meniduri isteri para pengikutnya.
Lelaki 48 tahun bernama Bantil yang berkerja sebagai guru agama itu mempunyai kira-kira 50 pengikut yang tinggal dalam kampung mereka dalam Kabupaten Kutai Timur, Kalimantan Timur, Indonesia. Para pengikutnya memanggilnya Syekh Muhammad dan dia mengaku sebagai Nabi, walaupun disebutkan ajarannya menyimpang dari nilai-nilai Islam.
Seperti dipetik The Jakarta Globe pada Khamis 13/12 lalu mengatakan, para pengikut mengaku diminta menyerahkan wang kepada Bantil si nabi palsu maka dosa-dosa para pengikutnya akan diampuni. Jika pengikutnya tidak punya wang, maka Bantil harus dibenarkan meniduri isteri para pengikutnya agar dosa mereka boleh diampunkan.
"Kami menangkapnya selepas menerima laporan daripada penduduk," kata Budi. "Setakat ini hanya satu orang yang dilaporkan ditipu oleh pelaku (Bantil) dengan memberikan 170 juta rupiah bagi membersihkan dosa-dosanya. Kami mengesyaki puluhan isteri para pengikutnya sudah ditiduri Bantil bagi menghapuskan dosanya. Kami masih menyiasat perkara itu," jelas Budi.
Budi juga menjelaskan polis telah mengumpulkan beberapa alat bukti termasuk peranti bagi ritual seperti serban, boneka, kayu azimat, wang kertas dan tanda terima atau nota bayaran daripada pengikutnya.
Bantil sendiri telah mengaku meniduri isteri puluhan pengikutnya dengan alasan "membersihkan dosa-dosa mereka". Polis juga mengesyaki Bantil menyihir para mangsanya.
Polis mengaku telah berunding dengan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Kementerian Agama tentang sekte Bantil, dan kedua-dua badan agama itu menyatakan kepada polis bahawa ajaran Bantil telah melencong dari Islam.
Polis juga telah berbincang apakah Bantil juga akan disabit dengan kesalahan penodaan agama.
Bantil dijelaskan memulakan ajaran menyimpangnya pada tahun 2006. Untuk mengaburi para penduduk tempatan ia mendirikan sebuah desa khusus bagi pengikutnya. Pada 2008, seorang warga sudah menyatakan menentang adanya nabi palsu dalam desa tersebut, namun polis tidak dapat menangkapnya kerana kurang bukti.
Malaysia Tersenarai Antara Negara Paling Biadab Di Dunia
Posted by TerbaikLaH at 6:28 AM
Negara kita Malaysia melalui perubahan zaman, pembangunan, teknologi, ilmu pengetahuan yang sangat drastik dalam beberapa tahun kebelakangan. Dari golongan berpendidikan tinggi masih ada satu yang tidak berubah. Perangai dan amalan kita.
Enam tahun lalu, Reader’s Digest pernah meletakkan negara kita di tangga ke-33 negara paling biadap di dunia dan tahun ini, sekali lagi Reader’s Digest meletakkan negara kita Malaysia di tangga ke-33.
Dan melalui rekod kemalangan jalan raya oleh pihak polis. 20 peratus kemalangan di negara kita adalah kerana sikap yang biadap di jalan raya. Selain itu, merokok di tempat larangan merokok, menjawap telefon di dalam pawagam, lambat datang untuk temujanji, tidak mengamalkan mengucap ” terima kasih ” dan meninggalkan troli selepas membeli belah di tempat parkir kereta begitu sahaja.
Persoalan terakhir daripada kami, siapa membentuk imej negara kita kalau tidak bukan diri kita?
Enam tahun lalu, Reader’s Digest pernah meletakkan negara kita di tangga ke-33 negara paling biadap di dunia dan tahun ini, sekali lagi Reader’s Digest meletakkan negara kita Malaysia di tangga ke-33.
Dan melalui rekod kemalangan jalan raya oleh pihak polis. 20 peratus kemalangan di negara kita adalah kerana sikap yang biadap di jalan raya. Selain itu, merokok di tempat larangan merokok, menjawap telefon di dalam pawagam, lambat datang untuk temujanji, tidak mengamalkan mengucap ” terima kasih ” dan meninggalkan troli selepas membeli belah di tempat parkir kereta begitu sahaja.
Persoalan terakhir daripada kami, siapa membentuk imej negara kita kalau tidak bukan diri kita?
Bayi 38 Hari di Belasah Ayah Tiri Hingga Koma
Posted by TerbaikLaH at 6:25 AM

Mangsa yang dikenali Sofia Juliana dimasukkan ke hospital itu jam 5 pagi Isnin lalu, selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri selepas diperlakukan dengan kasar termasuk ditepuk belakang badan dengan kuat oleh bapanya berusia 20-an.
Difahamkan, bayi itu diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana dia tidak berhenti menangis.
Datuk mangsa, Mahamud Hassan, 58, ketika menceritakan perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit berkata, dia juga percaya anak perempuannya yang juga ibu mangsa, Junita Mahamud, 23, turut dipukul suaminya jika dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.
Mahamud dari Jalan Padang Besar, dekat sini, berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh abang Junita ketika berada di Songkhla, Thailand.
6 Gambar Terbaru Elyana Bersama Suami dan Anak
Posted by TerbaikLaH at 6:07 AM
Elyana (25) kelihatan semakin jelita dan menawan walaupun badannya agak berisi. Anak mereka pula sangat comel dan nakal. Suami Elyana, Khairul Anuar Hussin (35) semakin kacak dan bergaya.
Van Persie Selamatkan Manchester United Dari Tewas Keatas West Ham
Posted by TerbaikLaH at 3:37 AM
LONDON, - Tertinggal 1-2 hingga injury time, Manchester United (MU) meraih berkongsi gol 2-2 dengan West Ham United dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Upton Park, Sabtu (5/1/2013). Gol kedua MU dicetak Robin van Persie pada minit ke-90 +1.
Meski bermain sebagai pasukan tetamu, MU tampil menekan lebih dulu. Upaya Setan Merah membuahkan hasil, setelah Cleverley membuka skor lebih dulu pada minit ke-23. Menerima umpan silang Javier Hernandez, Cleverley melepaskan tendangan terarah tanpa mampu dihalau penjaga gol Jussi Jaaskelainen.
Tertinggal, West Ham bangkit. Lima minit berselang, Collins membuat penyokong pasukan tuan rumah bersorak setelah berjaya menewaskan David De Gea pada minit ke-28. Gol tersebut ditorehkannya setelah mampu memaksimumkan umpan Joe Cole dengan tandukan terarah yang masuk ke dalam gawang.
Skor sama kuat membuat kedua-dua pasukan bermain lebih terbuka. Beberapa kali MU mencipta peluang melalui kombinasi Danny Welbeck, Hernandez di barisan depan. Pada minit ke-36 misalnya, bermula dari serangan balik, Welbeck melepaskan tendangan keras ke arah gawang. Beruntung, Jaaskelainen tampil cergas menahan bola tendangannya tersebut.
Selepas turun minum, tempo permainan kedua masih berjalan lambat. MU cuba mengambil alih permainan dengan lebih banyak melakukan penguasaan bola di lapangan tengah lewat aksi Shinji Kagawa, Cleverley dan Scholes.
Namun, penyokong pasukan tetamu terdiam setelah West Ham mampu berbalik unggul melalui tandukan kedua Collins pada minit ke-59. Lagi-lagi Cole menyumbang besar dalam gol ini setelah kembali mencetak assist lewat umpan silang yang kemudian dilanjutkan dengan tandukan kepala Collins yang berakhir gol.
Selepas gol itu, pengurus MU, Sir Alex Ferguson pun mengubah pola permainan. Robin van Persie dan Antonio Valencia dimasukkan untuk menambah daya gedor barisan depan. Meski demikian, barisan belakang pasukan tuan rumah tampil disiplin, sehingga membuat Van Persie dan kawan-kawan kecewa.
West Ham bahkan kembali mendapatkan peluang emas melalui Carlton Cole pada minit ke-88. Sayang, kesempatan itu gagal terhingga kerana De Gea dengan sigap menahan tendangan pemain berusia 29 tahun tersebut.
Pada minit ke-90 +1, MU akhirnya mampu menyamakan kedudukan selepas Van Persie berjaya mengoyak jala gawang Jaaskelainen. Menerima umpan panjang Ryan Giggs, bomber asal Belanda itu melepaskan tendangan tepat ke penjuru kanan gawang West Ham. Kedua-dua pasukan akan melaksanakan pertandingan semula selepas skor 2-2 bertahan hingga perlawanan tamat.